Tuesday, November 22, 2016

Memanjakan diri di Telaga Bunga Spa @ Royale Chulan Hotel

Hari ini aku nak share pengalaman memanjakan diri di Telaga Bunga Spa. Aku dapat promo ni daripada Groupon. So rajin-rajinkan diri mencari deal yg terbaik disini. Ini kali kedua aku gunakan groupon untuk rawatan spa di hotel. Few years back aku ke spa di Pullman Putrajaya Hotel. Service pun terbaik berserta harga yang berpatutan.
 
Ok cerita kali ini ialah service yang kami dapat di Telaga Bunga Spa. Pakej yang kami dapat ialah :
 
2 hours Baliness Massage and Facial spa Package - 2 peoples for RM195 instead of RM828.
Berbaloi kan harga nya? :) Ok dalam pakej ini kami dapat :
 
1) Ginger Tea Serving
2) 10 minutes aromatherapy footbath
3) 20 minutes herbal steam infusion treatment
4) 60 minutes Balinese aromatherapy full body massage
5) 30 minutes refreshing facial
6) Kunyit asam tonic tea serving
 
Sesi urut bermula jam 7pm. Kena datang awal dalam 15 minit. Sampai2 kami dihidangkan ginger tea. Lepas minum dah masuk maghrib. Sbb takut sesi lambat, aku dan H tumpang solat di Spa tersebut. Mereka sediakan satu bilik untuk solat. Alhamdulillah. Maghrib pun masuk awal. By 7pm kami dah mula solat.
 
Selepas solat, terus la memulakan treatment diatas. Massage dalam bilik private untuk aku dan H. Urutan mmg best. Takde la kuat sangat dan tak la lembut sangat sampai tak rasa pape kan. So secara keseluruhan, spa kat sini memberikan aku perkhidmatan yang baik. Aku recommend siapa yang berhajat nak kesini.
 
Parking hotel ikut jam, tapi kalau kita customer Spa ni, sebelum balik boleh ke lobi dan mintak untuk flat rate. So parking hanya RM10.
 
So bawah ni layan je gambo :)
 

 
 




 

No comments:

Post a Comment