Monday, January 1, 2018

Short Vacation - Mutiara Taman Negara

Salam semua.. Selamat menyambut tahun baru Islam, Salam Awal Muharram :). Sure ramai yang bercuti last weekend disebabkan cuti 3 hari. Aku dan H jugak ambil peluang untuk gunakan voucher yang telah kami beli di Matta Fair tempoh hari. Sejujurnya menyesal tak amik 2 malam :). Takpe la lain kali pi lagi kat sana ya.
 
Harga voucher yang kami dapat during Matta Fair ialah RM250:
1) Penginapan 1 malam di chalet Suite with breakfast untuk 2 orang
2) Jungle Trekking & Canopy walk with Guide untk 2 orang
 
Sangat berbaloi kan? Ok. Macam mana perjalanan kami ke sana. Akan diceritakan dibawah. Sebelum kami ke sana, kami dah call untuk Tanya availability, then email pada Mutiara untuk reserve bilik kami.
 
Seawal pagi Jumaat kami gerak keluar dari rumah. Perjalanan ke Mutiarat Taman Negara mengambil masa dalam 3 jam 1/2. Dari Kuala Lumpur kami exit Temerloh dan seterusnya mengikut signboard Taman Negara. Sangat mudah ke sana. Banyak je signboard yang mengarahkan ke sana. Sampai di jeti, kami tinggalkan kereta di parking bermalam. Caj sebanyak RM8 sehari.
 
Daripada jeti ke seberang sana ke Taman Negara, hanya RM1 per person. Dekat je sebenarnya. Ini untuk seberang sg Tembeling :).
 
Sesampainya di Taman Negara, kami terus mendaki tangga untuk ke reception. Nasib baik ada welcome drink dan hot towel. Berpeluh kami nak sampai ke lobi resort :)
 
Tunggu dalam 15 minit, kami dah boleh check in. Alhamdulillah. Boleh la nak merehatkan badan.
 
Kami akan menginap di suite chalet. Agak kagum dengan biliknya. Dari luar mcm biasa-biasa je, tapi kat dalam cantik. Bilik besar, tv ada astro dan bilik air yang bersih dan luas. Yang paling kami suka ialah TIADA NYAMUK.. hehe. surprisingly la kat hutan camni kan. aku ingat banyak nyamuk. Atau maybe ada musim kot.
 
Kami makan tengahari di bilik sahaja sbb memang kami dah tapau sesiap dari kedai kat jeti tadi. So just rehat dlm bilik.
 
Selepas rehatkan badan, kami keluar berjalan-jalan sekitar resort dan terus membeli permit taman Negara di Park Center. Permit ini diperlukan untuk aktiviti jungle trekking esok hari. So kami sesiap beli. Kat sini ada akuarium Ikan kelah, bapak besar ikan ni. Then kami jalan-jalan trekking sendiri ke Bumbu Hide. ala2 menara tinjau nak tgk binatang liar. Kami tgu dlm sejam lebih, bukan rezeki nak tgk la sbb takde binatang liar yg muncul.
 
Untuk makan malam pulak kami ke restoran Mutiara. kat sini harga rate hotel la, tapi kalau nak amik buffet pun boleh, RM50 per person. Pilihan makan ok la. pada aku dah best la. Lagi2 kita kat dalam hutan ni kan.
 
Kat sini ramai foreigner berbanding org Malaysia. Maybe diorang ni ska ngan alam semulajadi kan :). Selepas makan kami balik ke bilik dan tido.
 
Bangun pepagi, kami terus ke restoran untuk breakfast. Alhamdulillah breakfast best. Dalam 9.30 am kami memulakan aktiviti jungle trekking dan canopy walk. Dalam group kami ada 11 orang termasuk 2 budak. Guide kami Melayu dan sangat bagus dalam memberi penerangan. Banyak benda yang ditujukkan kepada kami, antaranya pokok2 hutan yang boleh dimakan, yang boleh menjadi ubat dan sebagainya.
 
Aku dan H tidak Berjaya untuk mendaki Bukit Teresek kerana dah sangat penat, so kami menunggu kumpulan kami turun dan join balik untuk canopy walk. So kami hanya Berjaya mendaki 2 km. Another 1 km lagi untuk ke Bukit Teresek, terpaksa mengalah.
 
Kemudian kami berjalan menaiki canopy walk. Sangat best pengalaman ini, aku pernah naik canopy walk di Poring Sabah, pada aku yg Taman Negara ini lagi mencabar sebab canopy walk ada tangga..goyang ya.. berdebar la jugak. Tapi pengalaman yang best la.
 
Balik daripada jungle trekking dan canopy walk, kami terus cepat2 balik bilik untuk check out. Sempat la mandi dan solat zohor, kami dah maklumkan akan keluar lambat skit sbb aktiviti habis dalam pukul 1pm. Pihak resort pun ambil maklum berkenaan ini. aktiviti jungle trekking ini ambil masa 3 jam setengah :)
 
Kami bergerak balik ke KL dalam jam 3pm, singgah di Jerantut sekejap lunch. btw nak share jugak, kedai makan aku pi ni pun best. Sesiapa yang ada kat area Jerantut leh la singgah. Aku first time makan patin tempoyak yg best. tak hanyir dan tak de rasa Tanah.. sedap :)
 
Sampai KL dalam jam 9 malam. Alhamdulillah. Percutian yang pendek tetapi sangat bermakna. Aku recommend sesiapa yang nk ke taman Negara. Mutiara Taman Negara memberi pengalaman yang best. Kami akan kesana lagi sbb tak sempat nak ke Lata Berkoh. InsyaAllah
 
Kat bawah ni layan pic la :)

 













 



 

Wednesday, August 23, 2017

Jom ke Little Rara , masakan thai :)

Lamanya aku tak memasukkan apa2 cerita ke blog ini. So kali ini aku nak share maklumat berkaitan kedai makan baru yang aku pi. Sesapa yang berminat dengan makanan Thai, boleh la menyinggah di Little Rara ni. Makanan Thai asli gitu.
 
Kepada yang tak suka pedas, bila order jangan lupa mintak kurangkan pedas ya. Mcm H plak dia allergy ketam, so smlm masa order maggi, terlupa nak Tanya ada masuk ketam tak. sekali dah makan rasa merenyam .. tengok2 mmg ada isi ketam. So kena stop and order lain yang takde ketam. Jadi H order beef noodle. So next time kalau mai sini, kena la mintak jgn masukkan ketam tu.
 
Semalam kami order combo daging bakar dan ayam bakar. Daging bakar mmg superb, juicy. memang terbaik dengan sos cicah nya pun sedap. Ayam bakar pada aku biasa je, tapi kena cuba daging bakar. Memang terbaik.
 
Ice tea dan ice green tea jugak tak lupa kami order. 2-2 pun best. :) Ending aku makan pulut mangga. Yang ni pun kena cuba. Pulut nya sedap, lembut je. Santan pun ok. cuma missing bertih tabur tu je. Aku kalau ngan pulut mangga ni, ska yg ditabur bertih tu skit. So masa makan boleh gigit2 bertih beras pulut tu :)
 
Untuk ke Little Rara ni, ada 2 cawangan sekitar KL, 1 kat Jalan Chowkit/TAR bersebelahan dengan restoran Kudu. Satu lagi kat jalan Kia Peng, dalam parking open kat Paramount Club tu. Boleh je nak parking kat menara HL sebelah tu. Murah skit. Kalau parking kat Club tu, RM15 rasanya :) Boleh waze je nak ke kedai ni.
 
So layan gambar je la untuk makanan kami.
 
Comot skit sbb dah makan baru amik gambo hehe.. ni beef noodle

Combo (daging + ayam bakar )

Maggi Tomyam (saiz Small)

Pulut Mangga
 
 

Thursday, July 6, 2017

Makan-makan sepanjang di Istanbul

Ok now kita cerita plak bab makan. Hurmm.. makanan halal sangat mudah didapati. So tak perlu bimbang kalau nak berjalan ke sana ya. Tapi persoalannya sesuai dengan selera atau tak je la ya. Sepanjang di sana, aku banyak mencuba makanan turki dan juga Yaman dan juga Chinese food. Gitu kan.. Ok antaranya ialah :
 
1) Segala dessert dan manisan
Manisan yang dihidangkan perghhh sangat manis. Banyak yang kami cuba2 tapi lupa nak Tanya nama makanan. Cuma kat bawah ni layan gambar je la. Dalam banyak2 dessert, aku sangat suka dengan Kunafe. Memang best kunafe ni. Banyak cheese.


Ini lah kunafe. Sesiapa yg sampai Istanbul jangan lupa rasa. Best

Tengok tu, mana tak manis kan.. masih lagi menyiram air gula :)
 
 
2) Simit
Ini paling famous la. Mana2 je stall jual Simit ni. Ala2 auntie's Anne pretzel, tapi dia sangat keras.. boleh la nk mintak dia letak nutela. Bagi manis skit. Benda alah ni diselaputi oleh bijan. Sejujurnya ok je, cuma bukan taste aku la.
 
3) Buah berangan dan jagung rebus
Yang ni plak bersepah yg menjualnya. Buah berangan besar, jual per gram, sama la mcm tempat kita. Jagung rebus plak aku tak try. So tak leh review la.
 
4) Balik Ekmek
Apakah balik ekmek ni? Balik = Ikan maksudnya. So ni kebab ikan sekor la. Just roti panjang letak ikan. Perasakan la dengan lemon skit. Penuh kot kedai yang jual ni. Semua org enjoy makan. Tapi bagi aku, boleh la.. :) Tak habis makan pun. Besar sangat.

Ini la dia Balik Ekmek yang dimaksudkan :)
 
 
5) Nasi arab
Haaaa... yang ni aku dan H sanggup naik tram untuk ke station YusufPasa. Kat sini ada kedai jual nasi Arab. Baru la kami makan dengan semangatnya.. nak nasi jugakkkk kan. Best la. Mcm makan kat Malaysia rasanya. Mudah je kedai ni, keluar je dari tram, dah Nampak kedainya. Masakan Yemen.

Nampak berselera sangat kan :) Yang lauk kambing x sempat snap.. Lapor :)
 
 
6) Urguy Restaurant
Yang ni pulak kami cuba jugak. Makan masakan Chinese Muslim. Rasanya not bad. Kat sini dia bg complimentary tea satu jag ya. Minum la sampai kembung hehe. Makanan dia plak ok la. Boleh la kenyangkan perut lalu suka hati.. :)
 
7) Kebab/ Hot Dog
Yang ni plak best jugak. Kami beli je kat kedai2 yang jual newspaper. Dia ada jual makanan segera camni. Not bad rasanya
 
8) Pomegranate / Fruit Juices
Jangan lupa untuk minum jus buah yg segar2 ni jugak. Sangat fresh ok. So jgn miss minum disini. Aku merasa kat stall tepi jalan je.

9) Kumpir
Ok yang ni plak pada yg suka potato.. sila la rasa ya. Banyak je dijual kat kedai2 makan. Biasanya dari luar dah Nampak diorang tulis Kumpir ni kat cermin2 kedai. Kumpir ni ialah mcm bake potato la.. Potato saiz besar ni.. diorang benyek2.. dan kemudian letak la toppingnya.. antaranya ada sayur2 skit, meet atau ayam , olive.. so korang boleh la bgtau apa yg nak apa yg korang tanak. Mcm aku ari tu malas nk berkomunikasi sangat.. aku cakap je letak semua.. hamek la kan.. meninggi penuh. Tak abis pun makan dua org. Besar kot potato nya.

Tadaa.. this is Kumpir :)
 
 10) KFC & Makanan segera
Di Istanbul ni banyak je KFC, MC D dan Burger King. Sepanjang kat sini, aku dan H sempat la nak merasa KFC. Nak jugak KFC kan hehe.. kami ke KFC otw back from Spice Bazaar. Tak jauh daripada Eminonue Train Station. Best gak ayamnya cuma takde sos cili la. Adanya sos tomato je.


11) Lunch Turki
Yang ni plak kami terjah je restoran untuk merasa lunch makanan turki. Ok la, not bad. Boleh la telan :)




12) Breakfast gaya Turki
Ok, kami juga tak ketinggalan nak mencuba breakfast turki. Kami terjah je 1 café berdekatan Sultanahmet Train station.



Coffe Turki ni sangat la pahit huhu..

 
 
Sepanjang kat sini. Macam ni la cara kami makan.
 

Monday, July 3, 2017

Roti Jala

Sebelum ini aku pernah buat roti jala untuk resepi 1 kg gandum. Tapi sebab nak makan 2 orang je ni. aku ubah resepi kepada 2 cawan gandum. So bimbang aku kelupaan later kalau nak repeat menjala ni. Aku share la dulu kat sini ya :)
 
Resepi ini dapat dalam 25 gulung lebih kurang gitu la ya.
 
Bahan2
2 cawan gandum
1 mangkuk air
1 mangkuk susu cair/santan ( Aku guna santan kotak. )
1 biji telur
2 sudu minyak masak
Secubit garam
Pewarna kuning / serbuk kunyit
 
Cara-cara
Masukkan semua bahan dan pukul guna whisk je. biar bersatu semua bahan. Kalau pekat, tambahkan air sehingga adunan sesuai untuk dijala :)
 
guna acuan roti jala dan sila la menjala atas flat pan. Dah siap.. mudahkan?
 
Aku ni buat sebab masih ada gulai ayam yang berbaki. So mmg sedap pekena dengan roti jala panas2 ni :)
 
Kat bawah ni rupa roti jala ku :

 
 

Nasi Minyak & Gulai Ayam

Salam Syawal.

Dah lama tak update diari maya aku ni. Kali ni nak update resepi nasi minyak dan gulai ayam. Maklum aku tak pernah buat sebelum ini. Ini la kali pertama huhu.. Tapi ada lagi yg tak cukup bahan ni. So later akan di improvise lagi :)
 
Nasi Minyak ( Resepi untuk 8-10 orang )
 
Beras basmathi 3 mangkuk di basuh bersih.
Air 3 mangkuk untuk masak nasi
Butter 2-3 sudu
Minyak 2 sudu
Susu cair 1 mangkuk
Sos tomato 3 sudu besar
Halia 1 inci- mayang
Bawang besar 1 - mayang
Daun pandan
Garam
*Buah pelaga 3 biji
*Cengkih 5
*Bunga lawang 3 biji
*Kulit kayu manis
 
Pewarna kuning atau warna2 yang korang ska untuk cantikkan nasi :)
Cara-cara :
Beras di basuh dan direndam sekejap.
 
Aku menggunakan Philips Pressure Cooker. So untuk fungsi menumis ni, gunakan fungsi Bake.
 
Masukkan butter dan minyak. Tumis rempah 4 sekawan(*), kemudian masukkan barang2 mayang dan daun pandan. 
Masukkan 3 mangkuk air dan susu cair dan sos tomato.
Masukkan beras, Perasakan dengan garam. Tutup periuk dan tukarkan kepada SEAL dan tekan fungsi RICE.
 
Dalam 14 minit masak. Release wap dan buka penutup. Titiskan sedikit pewarna untuk meriahkan nasi minyak kita :). Gaul2 sekejap untuk cantikkan.
 
Gulai ayam utk seekor ayam
1 ekor ayam
Rempah masak ( Cap Bunga Ros ) 1 sudu besar
Rempah gulai (Cap Bunga Ros )1 paket kecil
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Kunyit 1 inci
Bawang besar 3 biji
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 4-5 biji
Asam keping 1
Gula melaka
Garam
Santan
Cili giling

 
*Bahan tumis awal :
Bawang merah mayang 3 biji
4 buah pelaga
5 bunga cengkih
Kulit kayu manis
3 bunga lawang
Cara2:
Bawang 2 , halia, lengkuas, kunyit di blend. Gaul rempah gulai dan rempah masak ke dlm bahan2 blend. Ketepikan sekejap.
 
Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan dan bawang kecik yg dimayang *(Bahan Tumis awal).Biar garing skit then masukkan bahan blend. Dan masukkan cili giling. Masak sehingga pecah minyak. 
Masukkan asam keping dan gula Melaka.Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sebentar. Last sekali masukkan santan. Perasakan. 
Masukkan kentang sekiranya suka.. optional
Note : rempah masak setengah pack kecik atau 1 sudu besar untuk seekor ayam Rempah gulai 1 paket kecik kalau seekor ayam.
 
Ni la gambo nasi minyak dan gulai ayam. Btw pelengkap rasa, sediakan acar timun dan sambal belacan kalau nak pedas2 skit :)
 
 

 


 

Sunday, May 28, 2017

Kuala Lumpur - Doha - Istanbul ( Day 1 )

Entry jalan-jalan kali ni aku tak akan masukkan itenari setiap hari. Just nak highlight perjalanan pergi dan perjalanan balik. Untuk tempat2 menarik aku masukkan dalam 1 entry yang lain.
 
Kali ini kami tak park kereta kat TBS, tapi mintak tolong adik aku hantar kami ke TBS. So dari TBS kami ambil bas ke KLIA. Beli tiket bas paling last iaitu pukul 11mlm. So kami sampai di KLIA dalam pukul 12mlm.


Tiket Bas TBS->KLIA
Kami terus check in luggage. Cari kaunter Qatar. Then ada satu barisan yang sangat panjang org beratur dan satu lagi kaunter sesiapa yang dah check in online. Alhamdulillah sebab kami dah check in online, so tak perlu la beratur. terus drop luggage. Untuk airline lain aku tak pasti. tapi bagi Qatar, kalau kita dah check in online, terus je drop luggage. Mudah sangat. Luggage akan terus ke Istanbul dan tak perlu collect masa di Doha ( Transit ).
 
Selepas check in luggage, aku dan H melepak sambal minum kopi. Sambil tu aku terus aktifkan Celcom Roaming ( 7 days Passport ), boleh carik maklumat di Celcom untuk pakej ini.
 
Banyak jugak flight yang delayed dan ada juga yang cancel. Alhamdulillah flight ke Istanbul seperti di jadualkan.
 
Kami boarding jam 2.50am daripada KLIA ke Doha. Perjalanan lebih kurang 7 jam lebih. Jam 5.00am waktu Doha kami tiba untuk transit disini. Jam 7.35pagi connecting flight ke Istanbul.

Baca doa dulu :)
Kami terus ke surau untuk solat subuh. Terpaksa qada sebab waktu subuh dah lepas. Subuh awal di Doha. Kemudian kami terus ke gate untuk flight ke Istanbul. Di Doha, boleh guna wifi airport dengan masukkan no booking/ flight # sebagai passwordnya. So gunakan kesempatan ini. Aku masih belum terima notification roaming Celcom Berjaya. So aku gunakan wifi airport je dulu.

Harus la bergambo dengan ikon Airport Doha ni kan :)

Pic skit sblm naik flight seterusnya :)
Jam 7.35pagi kami boarding dan melayan perasaan sambal tgk lagi movie2 dan in flight entertainment yang ada. Selama 5 jam lebih perjalanan lagi. Aku memang kebosanan, tetapi hadap je la kan.
 
Antara makanan-makanan yang dihidang dalam flight adalah seperti gambar dibawah. Boleh la untuk buat alas perut kan :)


 
 

Jam 1 lebih waktu Istanbul kami sampai dengan selamatnya. Alhamdulillah. Sampai je kat Airport Istanbul Ataturk, aku check line phone. Intermittent, kejap ada kejap takde. Untuk 7 days passport Celcom, bila sampai ke Istanbul, kita kena pilih Vodafone. Tapi boleh la nak contact En Fehmi, owner apartment kami. Selepas collect luggage kami ke arrival hall. Then dah Nampak nama aku di kertas. Terus kami tuju untuk mendapatkan transport yang telah dibincangkan sblm ini.


Kemudian kami terus ke shuttle yang disediakan. Suhu kat luar airport dalam 20 darjah. So ok la. Best la. X sejuk sangat, tak panas sangat. Untuk shuttle ini, harga yang dikenakan ialah USD20 dari airport ke Apartment. Kalau ramai yang naik, lagi menjimatkan la. So kami hanya naik berdua :)


Muka kepenatan. :)
Daripada airport ke apartment di area Sultanahmet, dalam 30 minit gitu. Bergantung pada traffic. So kami sampai di apartment dan disambut oleh En Fehmi. Dia terus membantu kami untuk naik keatas.

Anyway tq En H sbb sudi buatkan kita coffee :)
Kami kepenatan. Rehat la sementara tgu nak keluar untuk makan nanti :)