Ok terus ke resepinya.
Bahan2:
2-3 Keping ikan jenahak. Kalau nak letak ikan merah pun ok. Make sure ikan dibasuh elok, dan hilang hanyirnya.
*4-5 biji bawang putih, diketuk atau di cincang halus
*Seulas bawang besar , di mayang
*1 kulit kayu manis
*3 biji buah pelaga
*Sekuntum Bunga lawang
Minyak untuk menumis
2 mug air atau ikut selera nak kuah banyak mana
2 biji tomato di potong 4
Sedikit garam dan perasa
Sedikit lada hitam yang ditumbuk
Cara2 :
Masukkan sedikit minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan2 bertanda *. Tumis sampai kekuningan dan naik bau yang menusuk kalbu :)
Kemudian masukkan ikan dan seterusnya air. Air masuk sesuka hati. Kalau nak kuah banyak, sila masuk banyak. Tapi seeloknya tenggelam ikan skit dan ok :).
Bila menggelegak, masukkan bahan perasa dan setrusnya tomato yang telah dipotong tadi. Dan akhir sekali taburkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi.
Tunggu sebentar tomato masak skit, dah boleh tutup api. Dan siap untuk di hidang!! :)
So ini la gambo sup aku semalam. H kata best.. :)