Lama tak masukkan post dalam, blog ni pasal movie. Kelmarin gegas la book online nak tengok citer korea yang tgh viral pasal zombie tu. Tgk org duk komen2 citer ni best. Hero yang berlakon tu plak mmg aku minat. Pernah tgk dia act dlm Coffee Prince.
So malam lepas Isyak dah sesiap masuk panggung. Hamekkk penuh plak.. Jarang on weekdays, MBO kat umah aku ni penuh kan. Nasib da beli sesiap siang tu. Kalau tak mmg duk bawah 2 la.
Cerita bermula dengan suam2 kuku je, pasal seorang ayah tunggal yang menjaga anak perempuan. Stay dengan dia ialah mak dia jugak. So most of the time, mak dia la yg tolong jaga anak dia ni. Watak hero ni digambarkan seorang lelaki yang sangat bz bekerja.
Cerita bermula dengan aksi dalam train, train ke Busan ni tetiba je ada seorang yang telah kena kokak ngan zombie ni masuk train ni. Dari situ la berjangkit2 bagai kan. Dari satu gerabak ke satu gerabak. Cemas jugak.
Dari segi aksi, ok la, takde la melampau2 sangat. tapi knowing cite korea ni, memang nak main perasaan kan. So dalam tu pelbagai watak yang ada :
1) Lelaki sado yang mulut leh tahan jahat, tapi baik hati dan kalah dengan wife dia yg pregnant. Wife dia lagi garang dari dia.
2) Pakcik yang sangat selfish, bekerja sbg CEO satu company besar di Korea
3) Dua beradik perempuan yang saling menjaga antara satu sama lain. Dua2 dah berusia.
4) 1 couple student yang comel
5) Watak gelandangan seorang ni.
Dan ramai lagi watak2 yang ada, cuma yang aku tertarik pada watak2 diatas.
Nilai-nilai murni dan mesej banyak la yang nak disampaikan dalam movie ini. Antaranya :
1) Berbuat baik dengan semua org tak kira masa
2) Ambil tahu tentang orang yang kita sayang ataupun orang sekeliling kita
3) Duit bukan segalanya
4) Penyesalan itu perkara yang menyakitkan
5) Jangan bersangka buruk pada semua orang, mungkin orang tu yang akan membantu kita kelak
So overall cite ni aku sangat la enjoy. Touching, Lawak dan macam2 ada dalam cite ni. So aku sangat cadangkan sesapa nak gi tengok. Memang tak menyesal pi tgk citer ni. Jom ramaikan panggung pi tgk citer ni.