Tuesday, July 26, 2011

Flat 3A


At last... semalam berjaya juga aku tengok citer ni setelah kesukaran dan kepayahan nak tgk sepanjang minggu lepas. Actually memang teringin nak tgk citer ni, memandangkan anak perguruan yang kat Pasir Gudang tu dah tengok citer ni dan katanya memang best. And apa yang dikatakan pasal citer ni memang betul.. Jalan citer bagus and yang aku paling ska ialah aku tak leh nak predict akhir citer ni. Bagus2...

Last week lagi nak tgk citer ni, daripada Mines ke Jusco Cheras Selatan tak dapat tgk, tiket takde. Pastu bangun pepagi nak tgk kat mid valley on Saturday.. penuh parking lak... sampai ke Damansara and showtime lak lambat sangat.. Jauh sungguh perjalanan nak tgk citer ni, sudahnya semalam aku berjaya jugak tengok. Masa nak beli tix, dengan confidentnya minah yang jaga counter tu tanya aku :

- Untuk 2 orang ye?
- Tak la.. sorang je...
- Tengok citer antu sorang je?
- Ha ah.. hehehe

Giler teruk, tengok movie sesorang. Tapi nak wat camne.. takde yang ska nak tgk citer hantu. Lesbo yang ska tgk citer antu lak dah pindah JB.. so tgk la sesorang.. :(

Tapi pape pun, citer ni pada aku best dan perasaan tengok citer ni mcm aku tengok Khurafat, cuma Khurafat banyak lagi scene2 terkejut. Tapi dari segi jalan citer, aku lagi ska cita Flat 3A ni. So untuk Flat 3A.. aku bagi 5 out of  5. Chow dulu.... 

Thursday, July 21, 2011

Holiday jeee

Semalam mak, ayah dan Nisah da pi Penang laks.. best la jenjalan je. Ermm katanya nak makan lagi kat Nasi Kandar Line Clear. Thanks to Cik Yeen sbb recommend tempat ni ari tu. Memang best. As a result, mak and ayah pegi lagi kali ni and salah satu agenda diorang bawak anak kesayangan makan sekali kat situ. :).

Semalam sebelum mereka berangkat, sempat lagi aku meng inter frame nak lunch sama. Fakhrul amik kat opis. Mika pun ada. Penuh la satu kereta pi Gulai Kawah kat Pantai Dalam. Disebabkan aku masih lagi kena sambung protin diet aku, so kena la makan ikan je.. huhu.. padan muka sbb last week tak complete protin diet ni. Minggu ni kena kuatkan semangat. Kena complete seminggu.. Maju2!!!!.

Mika sekarang da kenal anggota badan. Mata,Hidung,Gigi, rambut...cuma kadang2 bila tanya hidung, tunjuknya kat telinga jugak. Confuse lagi la tu. So semalam after makan, aku mintak adik hantar aku ke bank.. maklumla utang tak abis bayar lagi. Lepas bayar utang, rasa cam ilang semua beban. Hishhh tak boleh la idup kalau kepala asik ingat utang ni...

P/S : Apa la citer org kat Penang ni.. jeles lak tak leh ikut..huhuhu

Wednesday, July 13, 2011

Letih ke? Tak cukup sleep ke?

Semalam kuar minum ngan kawan. Soalan pertama ditanya, U ni tak cukup tido ke? Huhhhh... Mana lak, rasanya da cukup tido. Katanya nampak sangat eye bag kat mata aku .. dah bergelung kat mata. Dan2 bukak cermin dan tengok sendiri...huhu... betullaaaa...

ishk.. dah la ada eye bag, muka lak garang.. ermmm.. Jirr..cepat bertindakkkk

Ermm.. tak leh jadi ni, apa nak buat ye.. terus la hari ni aku cari petua2 kat internet ni kot jumpa.. aku try la tengok blog2 petua yang ada dan aku berniat nak cuba beberapa cara. Antara yang aku rasa leh ikut ialah :



1) Tea Bag

So pasni aku kena minum teh 2 uncang sehari la. Dalam petua tu tak cakap lak uncang teh apa kan? so aku now asik minum green tea, so guna la uncang teh green tea.Kena sejukkan dulu uncang ni nanti.. so aku ingat nak rendam je dlm ais kejap before guna.
 2) Cold Eye Pad
Yang ni plak, kena beli kat farmasi. Katanya kalau nak guna ni, better di awal pagi, mean aku kena bangun 30 minit lebih awal untuk letak eye pad ni dan sambung tido skit lagi dan diingatkan kena set alarm jam, kalau tak, mau aku amik haf day lak sebab tak terbangun.

Budak besar ni pun pandai nak jaga kecantikan.. aku?? ishk2

3) Tomato or timun
Yang ni pun aku ska gak nak try, tapi disebabkan minggu ni aku protien diet, so aku tanak amik ni dulu.. walaupun letak kat mata, tapi selebihnya tu aku tak leh tengok bazir, mesti aku nak mengunyah.. so jangan amik risiko rosakkan diet tu.. later je aku buat yang ni.

 4) Lappy
Yang ni aku kena kurangkan.. asik mengadap je.. dah la kat opis satu hari ngan lappy, balik umah pun on lappy lagi.. So kena kurangkan la.. erkk boleh ke? Maju2!!!!.. Usaha tangga kejayaan.

 5) Tido secukupnya
Yang ni aku rasa memang kadang2 aku tido tak cukup.. So kena la refer pada petua2 nak tido awal kan.. Apa yang aku baca2, antaranya kosongkan fikiran, jangan pk sangat pada masalah2.. Masalah tak pernah habis, sama jugak macam keje. So kalau da tiba waktu tido, try kosongkan minda sekejap and tido la... apa yang aku salah selama ni, bila tak leh tido, on lappy lak.. macam mana la tak muncul eye bag tu..huhu..

Hope aku berjaya la dalam mengurangkan lingkaran hitam kat mata aku ni..ishk2...

Monday, July 11, 2011

Settle keje- Makan2 @ Bisou

Huhu.. ari ni aku masuk keje separuh hari je.. baru teringat nak kena renew road tax.. esok da expired. So tengahari amik all the dokumen and terus pi Kg Attap, Tq la cik yeen guide camne nak pi situ.. aku ni nama je duk sini 7 tahun, tapi jalan2 semua fail.. huhu.. setel ngan insuran terus la pi pejabat pos, aku balik drpada syarikat insuran.. tah jalan mana aku masuk.. tetiba sampai ke bandar permaisuri.. hehe.. aku ni memang la, dari kecik pandai sehala je.. Kalau memanjat pandai..ilmu nak menurun tak leh.. Kalau pegi kemana2 ilmu nak balik semula ke tempat pun fail.. sama la cam tadi tetiba sampai je kat umah aku ikut Bandar Permaisuri. Pastu aku terus pi pejabat pos amik road tax. Yesss.. settle suda.

Hari ni jugak pla dengan Arina nak bake red velvet katanya.. tapi sudahnya.. kami makan jugak red velvet.. tapi bukan yg buat sendiri.. tetapi di???? Bisou Bangsar Village.. ekeke.. Dua org ni da malas nak bake lak.. sudahnya pi la ke Bangsar Village, pi kedai kek Bisou tu.. Situ semua kek comel2 belaka... Tapi kitorang tetap nak amik red velvet la.. mmg tujuan utama nak rasa.

Untuk aku yang first time makan kek ni.. aku rasa kek ni best. Kitorang amik satu slice je.. tapi nak habiskan.. HAZAB.. bukan tak best, tapi muak skit nak abis kan... kek ni rasa mmg lain skit.. tapi bila makan dengan creme cheese tu.. ermmm.. sedap.. Cik Jirr.. mana diet protien awak ek? hehehe.. hancus diet aku. Takpe la.. teringin derrr... hehehhee..

Sempat gak snap pic kat bawah ni.... :) Lepas ni kena dtg lagi, nak try pavlova lak.. tadi kek ni abis suda... So tadi Arina amik orange juice, aku amik hot soya dan satu slice red velvet.. ok la... :) Balik dari situ lak, terus berhenti mc d, beli double cheese burger guna baucer buy 1 get 1 free... berbaloi2... Diet ku? Hancus lagi.. alang2 dah hancus... ekeke... esok start balik diet.. Maju2!!!

Kek ni tak terlampau dry dan moist.. sedang2 elok je
Cik Arina..dengan senyuman manis gittew...
P/S : Ok Arina, kita jadikan Bisou ni ritual desert kita laks... banyak lagi kek 2 comel yg tak khatam tu... :).. Semakin Debbbbssss la kita nanti.. hehehe

Balik Kampung and santai di Perhentian.. yayyy

Minggu lepas aku mc 2 hari, demam kuat laks.. maybe sbb jangkit demam org2 yg balik obersea ni.. :) Nak balik on Khamis, semua tak larat nak bawak kereta, sudahnya balik Jumaat pagi. So nak kuar dari KL minggu ni. 9 hb ada Bersih laks.. kalau isytihar darurat, aku leh lepak lama skit kat kg.. bole?? hehe.. Nauzubillah la.. takpe la kena masuk keje, janji Malaysia aman. Sampai je Dungun, rehat jap, pastu terus lepak umah Kak Yah, hantar baju raya budak-budakss... Nasib baik la muat. Takut gak aku masa tolong beli ari tu. Mana tau kalau tak muat. Alhamdulillah semua ok.

Sabtu pagi, mak ayah nisah and aku ke Pulau Perhentian. Memang da teruja nak pi sini lama dah.. tambah2 lagi bila tak kesampaian nak pi Tioman last 2 weeks sbb aku ada training..huhu. Perjalanan ke Jeti Kuala Besut lama sungguh.. penat. Aku asik tido..bangun..tido.. tak sampai2. Kul 12 tghari sampai terus pi kat travel agent yang ada kat pekan tu and terus la naik bot laju ke Perhentian. 

Ishk2.. macam menyabung nyawa naik bot ni.. bila bot langgar ombak.. huhu.. mak dah bising.. Ini la kali terakhir aku gi Pulau ni... huhu.. Aku lak, mula2 camtu, pastu 10 minit pastu, cam best lak naik bot tu. Bak kata ayah..buat biasa je... jangan rasa takut. Menjadi la petua tu. :) Duk sana semalam je.. Aku dari sampai pulau, mandi laut jap, dengan selamba tido je kat tepi pantai sampai petang. Puas hati aku.. Dah lama teringin nak rehat camtu.. tak yah pk pape.. tido sambil dengar bunyi ombak.. huhu... Ahad pagi, pepagi lagi kitorang kuar dr pulau.. Aku ingat nak balik KL hari ni.

maintain demmmokkss. 


acting sleep gittewww
on the way nak balik.. atas bot
 Kul 3 petang lepas lunch umah Cik Ngah, aku terus gerak balik KL. Dalam perjalanan, Ya Allah..hujan maha hebat sampai aku kena drive 20km/jam..langsung tak nampak jalan.. huhu.. Alhamdulillah hujan tak la lama dan aku selamat sampai juga pada kul 8 malam... Alhamdulillah.
sempat gak snap pic masa ujan.. huhu



Tuesday, July 5, 2011

Diet...Diet.. Diet

Ermm... bulan2 diet ni.. rasa nak pengsan je nak ikut jadual diet ni. Minggu lepas ok la jugak, diet detox.. tapi minggu ni? kena diet protein. Actually suka je aku ngan diet protien ni kalau aku tak tau lagi yang aku ni hi-cholestrol... tapi now bila da tahu sakit. Kena la pandai pilih protein2 yang boleh je.. so takde pilihan lain la, selain daripada ayam and ikan je.. seafood lain, tak leh la lagi. Erm.. So untuk menyesuaikan perut aku ni, bagi pandai skit tahan lapar, baik posa dulu.. 2 in 1, posa nazar periksa ari tu pun tak abis lagi.. :)

Semalam jugak last aku abis makan Crestor 10mg, mean dah 28 hari aku makan ubat tu. Hope la aku tak perlu sambung makan ubat tu, ada org bg 2nd opinion supaya amik ubat yang mild je.. crestor tu cam strong sangat. Tapi aku hope tak yah amik ubat langsung, try jaga makan and maintain exercise. Exercise? hehe, bulan ni cuti aerobik lak, cam tak sempat ngan keje n another commitment baru aku tu. So biar dulu, next month la sambung balik. Gg.. see u next month je la ek....

Semalam bila timbang berat, naik lak skit.. mau nyer tak naik, 2 malam makan kat umah cousin2. Tq la Abg Jang and Kak Roslina, nasi beriayani JM tu terbaek.. :) And thanks to Abg Shidi and Kak Sa jugak, nasi beriyani korang pun best jugak.. Sama lak yer.. And Hepi B'lated Birthday to Abg Shidi yang ke 50. Kek kak Sa buat tu pun best jugak.. :) So terjawab la kenapa aku naik kan KG aku lagi kan.. tapi tak per la, itu semua rezeki Allah.. Tak baik tolak kan.. 

Saturday, July 2, 2011

Senyum di bibir menangis didalam

Erm.. tajuk entry nyer la berat, seberat dada aku menahan sebak. Tak tahu nak tulis pe, tapi aku mcm tak larat la.. penat sungguh menahan perasaan. Dalam hati nangis tapi depan org2 lain..aku la manusia paling cool kot.. perasan lak memalam ni.

Pape pun aku syukur, hari ni pi jemput adik di KLIA, alhamdulillah perjalanan nya selamat. So hati lega tengok ahli keluarga semua selamat. Anyway tq to my lovely sis.. Handbag tu cantik.. Taste la.. :)