Wednesday, August 10, 2011

Majlis Makan Malam di Gereja Methodist Damansara Utama

Partner takde ni sangap lak. Report da siap, so tak tahu nak buat apa, then aku terus online baca berita2. Maklum la, nak tgk berita memalam malas.. so baca je la. Tetiba terbaca isu panas ni. Majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama yang turut melibatkan 12 orang islam. Majlis ni dibuat pada 3 Ogos 2011. Sedih lak, dah la masa bulan Ramadhan ni. huhu. Dalam kesibukan semua orang berkejar2 nak mengimarahkan masjid dan surau untuk berterawikh, ada jugak yang menghadiri majlis seumpama ini.

JAIS yang buat serbuan pada malam itu dan memang majlis itu nampak mencurigakan. Erm.. then aku terbaca lagi, 12 belas orang islam yang terlibat itu tidak munculkan diri setelah dipanggil untuk memberi keterangan oleh JAIS. Kalau mereka takde hidden agenda, pergi semata-mata untuk 1 Malaysia katanya, so rasanya diorang tak perlu takut untuk memberi keterangan. Entah la, nak komen banyak2 pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi pada pandangan orang ramai, majlis itu mencurigakan.

Actually isu ni dah lama pun. Masa aku sekolah2 dulu, dah banyak aku dengar citer-citer camni, dalam usaha nak tukarkan agama, orang kristian memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang tak berkemampuan. Ada satu citer ni aku dengar masa kat Kolej, Lecturer Tamadun Islam aku kot yang citer, lupa da tapi citer yang dia citer kat aku memang aku ingat satu persatu. 

Lecturer aku ni dulu masa belajar kat oversea, course yang dia pilih tak banyak orang malaysia yang amik. Then bila dia da start belajar, dia rasa susah nak dapatkan panduan dan rujukan.Dia pun risik-risik la kot ada senior dari Malaysia yang amik the same course as her. Then dia jumpa sorang. Jamaluddin namanya. Happy sangat tahu ada malaysian yang amik kursus yang sama, dia terusla cari dan jumpa dengan Jamaluddin ni. Tapi dia pelik sebab Jamaluddin ni sangat la cold dan langsung tak membantu dia. Dia cuba juga bertanya banyak tapi jawapan Jamaluddin ni dingin je. Then lecturer aku ni pun da malas nak mintak bantuan lelaki ni lagi. Sampai la pada suatu hari dia dapat tahu, Jamaluddin ni sebenarnya dah kahwin. Apa yang dia terkejut ialah dia berkahwin dengan perempuan berlainan agama dan namanya adalah Jamaluddin Joshua. Lecturer aku ni nak tahu cerita lebih lagi dia try la tanya pada yang tahu dan dia dapat tahu yang lelaki ni dulu masa mula-mula datang dia pernah menghadapi kesukaran. Duit tak cukup all, then pada masa tu la ada paderi yang datang memberikan bantuan padanya. Dan tak lama selepas itu, dia dikatakan berkahwin dengan perempuan bukan islam. Selepas itu, dia langsung tidak berhubung dengan keluarganya di Malaysia.So tu la citer nya, Aku memang ingat nama Jamaluddin Joshua ni. 

Kesusahan yang kita hadapi tu sebenarnya ialah dugaan daripada Allah. Memang dalam masa kesusahan ini la agama kita diuji. Kalau tersalah perhitungan, maka terusla kita tercampak dalam golongan yang kerugian sebenarnya. Nauzubillah.

Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan di London

Semalam tengok news @ tv3. Alahai..kesian pulak tengok pelajar malaysia tajaan Mara , Asyraf kena serang dan kena pulak rompak. Sakit hati tengok orang yang rompak tu, mula-mula macam nak tolong, tapi di bukak nya beg budak tu dan curi barang. Siol la.

Tengok keadaan macam tu, bertuah la kita ni duk Malaysia. Setakat ni, takde la kejadian yang macam ni. Kalau berlaku, tak tahu la macam mana. Mesti kacau bilau. Hari tu bila ura2 nak ada perhimpunan Bersih tu pun aku dah cuak jugak. Dan2 rasa nak balik kg. And kebetulan memang aku balik pun..hehe.. siap pi Perhentian lagi.. Jauh skit dengan KL..hehe.. Tapi tanak la doa yang bukan2..KL ke, Terengganu ke, Kedah ke... Semua pun Malaysia. Memang la kalau diikutkan perhimpunan ini dikatakan perhimpunan secara aman, sama juga dengan kekecohan dan rusuhan di London ni yang pada asalnya adalah perhimpunan aman. Tapi siapa sangka berlaku perkara yang buruk jugak, serang2 orang la..bakar kereta la. Masing2 kalau dah berkumpul, perasaan marah dan nak memberontak ada, ganas jadinya. So syukur la kita kat sini setakat ni tak berlaku kejadian seumpama tu. Nauzubillah.

Tadi baca paper lak, katanya Asyraf tu dah dimasukkan ke Royal Hospital dan dirawat disitu. Patah rahang dan gigi. Ermm.. kesian la, niat nak pegi berbuka puasa, tapi malang lak menimpa. Tapi alhamdulillah, beliau tak kritikal. Hope cepat sembuh.

Facial @ Facial First

Hari ni balik keje je terus gerak gi Mines. Ada appointment facial. Ikut hati cam malas nak pegi lagi, tapi sebab Regine dah call and invite untuk Hari Terbuka Facial First, so aku pegi. Lepas facial, diorang siapkan jamuan berbuka puasa gitu. Ermm, sampai Mines sempat melencong ke Avon jap membeli barang2 keperluan.

Sampai je Facial First, ballon arch kat depan da ada. Actually diorang ni buat hari terbuka 2 hari. Semalam dan hari ni. Semalam aku tak leh, so aku pilih la nak pegi today. Facial seperti biasa dengan Fiza. Ok. Sejam lebih facial. Nangis2 bagai masa nak buang blackhead..ishk2. Tahan je la, nak cantik katanya, altho... nan hado.. :)

730pm terus la aku makan. Ok la, ada nasi putih, ayam masak merah ke rendang ke.. tak sure, aku jamah skit je. Otak da pk takut2 jalan jam nak balik nanti. And ada dalca. Yang ni aku ska. Dalca best. Nak makan banyak pun rasa bersalah, maklumla, semalam baru je turun 1 kg ehemmm..ehemm...somemore, Facial First ni attach ngan Bizzy Body lak tu. So letak nasi pun ujung2 senduk je la..huhu . Sebenarnya nape tanak makan sangat ialah nak simpan skit perut untuk berbukak posa ngan family ujung minggu ni. Gitu kekdahnya. :)

So untuk Hari Terbuka ni, Facial First bagi doorgift, Aku dapat Aromatic Body Lotion, Nesvita dan sekuntum mawar merah...sebuah puisi...(puisi tu takde..tetiba teringat lagu Hattan lak..). So tadi memang la meriah org berbuka puasa kat situ. Thumbs up la to Facial First Mines. Really enjoy berbuka puasa tadi. :)

Polaroid pic dengan Regine (Consultant Facial First)
Abg caterer menghidang makanan.. :)
Burppp... Alhamdulillah.
Tu je la. Balik aku terus drift pooh.. ada kiah kisah? Alhamdulilah, sempat la maghrib kat umah. And... sempat jugak ratah lauk mak masak sebelum pi terawikh.. diet gitu kan? Lepas makan..makan lagi.. Yayyyyy.

Monday, August 8, 2011

Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz

Semalam sedang bersembang dengan kengkawan ni, terkeluar cerita Aleesha. Erm.. aku tak tahu pun, maklumla tak baca surat khabar and tak tgk berita sangat. Ni la jadi nya. So bila da dengar citer ni. Macam teruja nak tahu cerita. Ada yang kata Aleesha atau nama sebenarnya Hafiz ni khunsa la, ada yang kata tak. Tapi hanya arwah dan keluarga je la kot yang tahu. Kita ni just mendengar dan melihat lately ni. Aku plak, tahu lepas berita dia dah pun meninggal. 

Tetiba aku teringat lak masa aku sekolah2 dulu, ustaz ada cerita yang khunsa ni tak boleh kawin kerana akan membawa kepada keturunan dan kekeliruan jantina. Tapi tak la belajar secara mendalam, sebabnya kalau aku tak silap, timbul cerita khunsa ni, bila belajar bab munakahat. Rukun kahwin. Ok, berbalik pada perkara khunsa ni, aku pun semalam dengan rajinnya, nampak sangat takde keje nak buat. Tapi apa salahnya kalau cari maklumat kan.

Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yg diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

Ada dua jenis khunsa: 
1) Khunsa ghair musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya ) / dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid dan diharuskan sekiranya mahu berkahwin

2) Khunsa musykil (yg sukar ditentukan) / tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan.- Sekiranya khunsa musykil, haram untuk berkahwin.

So bila baca news pasal arwah Aleesha/Hafiz ni, rasa sayu pun ya, disebabkan secara lahiriah nya arwah dilahirkan sebagai lelaki, maka jenazah diselesaikan dengan cara lelaki. Namun disebabkan fizikal arwah dah berubah dan menjadi seperti perempuan, maka pengurusan mandi jenazah dilakukan dan diuruskan oleh perempuan untuk mengelakkan timbul fitnah.



Note : Takziah buat keluarga arwah dan juga Alfatihah kepada arwah.

Saturday, August 6, 2011

Pilihan hati...

Hari ni dah masuk hari keenam puasa.. alhamdulillah.. :). Semalam kena ucap thanks banyak2 kat Chef Arina yang sudi masak spaghetti and salsa yang aku idam2 sebulan lepas kot. Tadi baru je on the phone dengan one of my best fren. Ermm.. dalam dilema. Tapi yang penting, jangan ulang kesilapan aku dulu kot. Sebelum buat keputusan, boleh la solat istikharah dulu. Mana tau Allah nak bagi petunjuk di bulan Ramadhan ni. Who knows kan.

Anyway... hidup ni hanya sekali dan bukan kekal, entah esok lusa kita dipanggilNya. So pape pun teruskan hidup seperti biasa. Jangan banyak sangat berfikir yang bukan2, kalau rezeki kita telah ditentukan ada, Ada la. Sama jugak dengan apa jua dlm hidup kita. Semuanya pinjaman. Tetiba berbicara motivasi plak.. :)

Actually tak tau nak buat apa ni, nak masuk dapur cam awal sangat. Nanti pukul 6 la, barang2 dah kuarkan dari fridge. So nanti tinggal masak je la. Weekend je la boleh masak pun. Weekdays..jangan harap la kot, semua beli. Nak2 aku tgh diet tahap gaban ni. Kalau masak, aku mesti makan banyak. So hari ni hope2 aku dapatla kawal nafsu aku ni. :)

ok la.. daripada aku terus merapu ni, baik aku stop dulu. selamat berbuka puasa.. :)

Wednesday, August 3, 2011

Cantik dan Sihat

Ermmm server still down dan aku pun sangat la bosan... huhu.. ok disebabkan kebosanan itu, aku tulis blog..boleh? ermm dimaafkan la.Semenjak-menjank aku tahu aku ni hi col kan.. da jadi down lak. Satu cara nya aku kena loose weight. So aku bersenam dan cuba la diet ni. Susah sungguh nak kurus ni. Sekali aku amik langkah drastik gitu pi lawat Bizzy Body. Gasak la apa org nak katakan..membazir ke apa ke.. hehe.. aku nak try la. So aku dengan tekadnya amik pakej kat situ. Feeling2 nak slim kan.. Ok.. Setakat 5 session yang aku da pegi ni.. turun la skit berat badan. Tapi sekarang ni aku tak bersenam lak.. puasa katanya.. :)

Tak cukup dengan berat badan berlebihan.. aku pi Facial First lak.. kasi cantik muka la katanya. Tapi idok la cantik pun.. sama je.. tapi sekurang-kurangnya aku semangat skit. Semenjak dua menjak ni aku asik malas je kan.. nak pi keje malas...mcm2 la malas.. so aku nak cari benda2 yang boleh naikkan semangat aku balik. So perabiskan duit skit. Tapi hati aku hepi.. Majuuuu...

Dan aku jugak buat hobi baru dengan merajinkan pi kedai buku dan membeli buku2 yang jugak boleh bagi aku motivasi untuk hidup. Sangat teruja dengan hobi baru, dan2 aku pun apply membership kat popular. 1st time jadi member untuk kedai buku. :)

Ok..dengan adanya aktiviti baru aku yang nak cantik dan selim melim dan sihat sejahtera ini.. aku ada barang2 baru yang support aktiviti mulia aku ini :

Buku ni bagus.. tapi aku tak khatam lagi
I loike.. :)     

Shower salt ni guna untuk kurangkan selulit. Dist by Cosway
Yang ni pun untuk kurangkan selulit jugak, also dist by Cosway
Yang ni untuk mata aku yang da lebam sangat tu.. huhu 
Ok.. itu je la update mengarut aku time server down ni.. huhu.. burn 1 hari lagi, entah sempat ke tak aku kejar dateline report aku nanti..huhuhuhu

Tuesday, August 2, 2011

Bored

OKKKK... now tengah panas.. ermmm macam mana ni, server tak leh akses.. so semua keje aku save kat situ je semalam.. mcm mana nak sambung ni. Dateline da dekat..huhu... Arghhhh dugaan sungguh.. Cepatla leh baik server tu dari sakitnya... AMINNNNNNN...