Monday, April 23, 2012

Go Green and Save Environment!!!


Last week kawan aku kat sini ni hepi sbb dapat bunga2 cantik. Aku pun sibuk la bertanya mana dia beli. Maklumla sekarang tgh berkobar2 nak jadi pekebun Berjaya. So dia pun bagitau la, bunga-bunga tu tak leh beli, tapi kena tukar kan dengan peralatan letrik yang dah rosak. Recycle la. Tapi kita recycle kita dapat bunga. Ala2 go green and save the environment la. So bila semua tanam bunga, so ada oksigen pun bertambah2 la diruang udara.. leh gittew? Sorri sbb aku ni lemah bab2 sains ni, itu la yg aku leh kata pun. Huaaaa…So yang bukak booth ni dari SCRAP COMPUTER TRADING SDN BHD.

So over the weekend aku usha la barang2 lama yang dah rosak. Depan pintu umah aku sah2 ada 2 crt tv yang memang dah lama nak buang. Tapi tak terbuang sbb berat. So malam Ahad, aku kerah 2 hero ku, Fakhrul and Judin a.k.a adik2 yang terhormat tu mengangkat tv masuk ke kereta. Dengan diketuai En Aqiff Mikhail yang kecoh nak tolong tekan lif.huhu..

So tadi, dari kereta, orang2 yang bertugas kat booth tu datang ambil tv kat kereta. Nasib dia ada troli. So aku dapat la 2 pokok. Tak puas hati lagi, sbb aku nak dapatkan ros. Kalau nak dapatkan ros, aku kena bagi CPU atau monitor flat screen. Masalahnya aku takde. So terus la aku text Fakhrul Tanya dia ada tak, hasilnya, Fakhrul hantar kat aku petang tadi dan terus la aku tukarkan lagi. So sangat menyokong kehijauan la hari ni. End up dengan bangganya aku dapat 5 pokok bunga. Yayyyy..








Ni la tv - tv lama ku yang dah berkurun tersadai depan umah. Release da...




Daisy ini untuk 1 TV




Pokok ni tak tahu nama pe.. ala2 lavender malaysia la kots.. ni tukar dengan tv satu lagi




Rose ini untuk 1 CPU




Rose untuk CPU 2




Gloxinia untuk 1 monitor CRT

Settle la semua nya. So petang ni walaupun sakit perut , gigih la aku nak menghias balkoni dengan pokok2 baru ni. Ermm bila nak pi beli pasu lak? huhu.. Anyway.. pokok2 ni buat aku ilang sakit pun ye.. altho sbnrnya aku rasa kesan panadol yang aku makan jugak. :)

Sunday, April 22, 2012

Lemon + Honey


Minggu lepas ialah minggu aku tak boleh stop nak makan nasi. Pagi,petang dan malam asyik nasi. Aku mmg tak boleh tahan kalau makan antibiotic bila demam. Perut mesti memanjang berlagu lapar..huhu. So aku pun dengan cargas la asik mengisi perut. Senaman tak buat jugak. So abis je anti biotic, terus aku kawal balik nafsu makan yang menggila tu. Puasa bagi perut rehat. Dah nye minggu ni tak boleh nak posa plak...hhuhu.. So apa aku buat ialah, aku baru amalkan diet baru. Tambah satu lagi menu sihat aku. Actually dah lama kawan aku si Ayeen yang bagitau elok untuk minum lemon and honey. Tapi malas nak buat. Bila Cik Arina pun kata best minum minuman ini. So aku pun bermula la jugak. Kebaikan untuk minum lemon and honey ni boleh tahan best gak. Boleh menyegarkan badan sbb minuman ini boleh dianggap sebagai agen detox.Minuman ini juga boleh mengurangkan berat badan juga, provided jangan la minum ni dengan makan nasi bertambah2 pada pukul 10 malam, sampai bila2 pun tak dan nak turun berat tu. huhu. Disamping tu madu pula dikatakan boleh membantu menurunkan paras kolestrol. So bagus la, hope2 menjadi amalan la minuman ini. Cara nak buat minuman ni mudah as abc.. :

Ambil sehiris lemon dan perahkan dalam cawan yang berisi air. Kemudian tambahkan 2 sudu madu. Jangan  gunakan air panas yang menggelegak. Seeloknya guna air di suhu bilik sahaja. Tapi kalau nak suam2 pun dibolehkan.

Boleh minum 2 kali sehari, bermula secawan di pagi hari dan sebelum tidur. :)

Mode : Sihat la ni sbb dah start my day dengan lemon honey.. hehehe

Friday, April 13, 2012

Red velvet cup cake

Ini la rupa cup cakes for Judin's engagement.. ok la utk percubaan pertama.. ahakss..

Now aku nak buat entry masak2 plak. Aku balik kampung sbb adik aku Judin nak tunang.
So aku decide untuk kek, aku nak sponsor a.k.a bake by myself la. So gihih la aku ngan
Kazen aku buat cup cake ni. Aku amik resepi dr internet juga. Cuma aku ada edit2 skit la.
So aku tanak ckp banyak. Terus la pada resepinya :

Bahan2 kek
1 1/4 cawan gula
1 cawan butter ( suhu bilik )
2 biji telur ( suhu bilik )
1 teaspoon esen vanila
2 1/3 tepung gandum
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon soda bikarbonat
3 tablespoon serbuk koko
1 teaspoon garam halus
1 cawan fresh milk
1 teaspoon cuka
2 teaspoon pewarna merah

Bahan2 frosting cake
1/2 cawan butter
8 oz philadelphia creme cheese ( sekotak )
1/2 to 1 cawan gula aising
1 teaspoon esen vanilla

Cara2 membuat :
Pukul butter dan gula. Kemudian masukkan telur satu persatu.

Dalam bekas berasingan, campurkan tepung, serbuk koko, garam, baking powder, soda bikarbonat
Kesemua bahan kering ini diayakkan.

Dalam mangkuk berlainan, masukkan susu segar, cuka dan pewarna merah. Whisk sebentar. Bahan air telah siap.

Seterusnya, masukkan bahan kering diselangi bahan air. Dan harus berakhir dengan bahan kering.

Boleh scoop ke cup2 cantik yg dibeli dengan mengisi separuh bekas.
Bakar selama 20 minit pada suhu 175-180.

Setelah kek siap. Sejukkan dan boleh sediakan frosting creme. Philadlephia creme cheese
, Butter dimasukkan dan dipukul selama 3-4 minit. Kemudian masukkan gula aising.
Untuk masukkan gula aising, boleh agak2 sahaja. Rasa adunan untuk mendapat rasa yang diingini.

Kemudian after cake da sejuk. Boleh la hiasan seperti yang diingini.

Thursday, April 5, 2012

Movie lagi : Hunger Games 2012

Pusing kanan, pusing kiri, mata terkebil2 tak leh sleep pulak. So aku on lappy la, masukkan entry pasal movie yang aku tgk semalam. huhu. Stress sungguh kalau mata tanak lelap ni. Kalau cuti best gak, sleep lambat leh qada' tido esok tu. Ini tak, esok keje lagi. huhu.


Btw, semalam Rabu is movie day katanya. So aku pun plan baik nak pi tgk movie ngan Arina. Kali ni nak pi tengok Hunger Games yg di gembar gemburkan oleh ramai orang tu. Katanya dah 2 minggu berturut2 ranking teratas. Box office bagai. So kena pi tengok ni. Nak jugak tgk kalau citer hebat cam diperkatakan orang ni. Aku beli tiket siap2 kat SPARK MBO kat umah aku ni je. Senang tengok kat sini. Tak yah pi jauh2.

Ok, permulaan citer mcm slow skit. 10 minit camtu, ala2 ngantuk la jugak. Tapi lama2, aku tak leh duk diam. citer ni menarik. Dengan costume yang colourful, dengan permainan pertaruhan nyawa yang mendebarkan. So aku tengok dengan pelbagai riak wajah la.. ekeke.. ulasan kemain aku ni. Kejap nak senyum, kejap sangat sedih. So citer ni memang best. Aku mmg recommend sapa2 yang nak pi tengok citer ni. Dari 5 bintang aku bagi 4 la. :)

Heroin pun chanteqqqq.. Hero lak? aku rasa takde hero dlm citer ni. So pompuan tu mmg best la. Cantik dan lakonan pun mantop.

Ok chow dulu. Nak surf la plak...

Sunday, April 1, 2012

Twin Princess

3 Hari lepas dapat tahu cousin aku di Shah Alam dapat new baby girl. Yang happy they got twin babies. Excited nak pegi tengok. Nampak dlm facebook sangat la cute. After work ari tu pusing2 MV dan Garden nak cari present yang sesuai untuk baby twin ni. Tak pernah nak beli untuk twin, This is my first time.

Pukul 11pagi da sampai umah cousin. Pakcik aku pun ada kat sana. Ye la, nak tengok cucu kembar. Datang dari Terengganu semalam. :) Masa aku sampai tadi baby sleep. Ye la, baru 3 hari kot. Memang la asik tido je kan. Masih baru. Kata mak baby, Berat untuk 2 orang baby tu ialah 5kg... mak aiii.. macam beras sekampit tu. Macam mana la dia bawak perut hari tu. Dah la mak nye kurus je. Huhu. Tapi tu la kebesaran Allah, tengok 2 baby comel tu mcm tak percaya je boleh duduk dalam perut. hehe.. melalut lak aku ni. So aku sempat la snap pic ngan baby ni. Biasa la, cik long memang over kalau bergambar. huhu

Left : Kakak, Right : Adik

With kakak, baby ni kecik skit compare to adik

Ngan si adik lak.. harus la kena snap ngan both baby. :)
Sejam duk situ, kena la balik, maklum la.. melawat baby jangan la lama2, kesian baby nak tido terganggu nanti and mak baby pun nak rehat.

Note : Semoga cepat sembuh kak ina and kalau dah confirm nama puteri2 ni, war2kan la.. :). Pada Raja Muzaffar plak... selamat menjaga adik2 dengan baik. Jangan buli tau.. :)

Lunch @ Chomey Restaurant

Semalam pegi jalan-jalan The Curve, so seperti biasa la..mesti la ada makan-makan. So kali ni try lak restoran kelantan ni. Nama restaurant tu : CHOMEY.
Kat sini semua makanan2 kelantan la.. or timur la. Ada nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan banyak lagi la. Yang buat aku tertarik ialah aku nak merasa nasi tumpang. Penah dengar tapi tak pernah makan. So lunch kali ni nak merasa nasi tumpang la.

Nasi tumpang ni katanya ada 5 layer lauk, ada gulai kuning ikan tenggiri, sambal bilis, serunding ayam, gulai udang dan telur dadar. So lauk2 ni di selangkan dengan nasi putih. Nasi ni dimasukkan dalam kelongsong daun pisang. Untuk rasa aku rasa not bad and aku suka dengan rasanya. Arina plak dengan nasi kerabu nye. Tak abis2 nasi kerabu tu. hehe. So lepas ni kalau aku jalan2 lagi area tu, leh la nak masuk lagi restaurant ni. Overall , nice and not bad.

Nasi tumpang yang dimaksudkan

Nasi kerabu, bagusnya sbb budu,lada and lauk diasingkan, so customer leh la nak letak sendiri banyak mana yang suka.

Itu je la entry makan-makan aku. Chow dulu...




Movie Day, 31 March 2012

Lagi entry2 tengok wayang. Tak abis2 ngan wayang aku ni..huh.. So kali ni aku pi kat Mutiara Damansara plak. Nak tengok kat sana. Sambil beli barang kat sana jugak. Anyway i loikee GP sale.. dapat Jeans kat Debenhams semalam ngan harga yang sangat menariksss.


Citer pertama tengok ialah The Vow. Cite ni pada aku ok la. Untuk aku yang tak berapa suka citer2 sedih ni, tapi aku tgk la jugak. Takdela sedih mana, tapi ada la babak haru biru tu. Ye la bila org yang tersayang tak ingat kita..of course la sedih. Itu la yang berlaku dlm citer tu bila isteri tak ingat suami after accident. Hurmm jenuh la laki dia buat nak bagi ingatan kembali. Sampai sudah la wife dia tu tak ingat. Tapi yang bagusnya cite ni happy ending juga. Citer ni based on the true story. So ok la. Untuk bintang yang akan aku bagi untuk citer ini ialah 3 daripada 5 bintang. Ok la... overall tak rasa marah kuar dr panggung tu.

Citer kedua lak, aku tgk Mirror Mirror. Yang ni mmg aku ska sbb ala2 citer enchanted tu. Lagi best sbb Julia Robert jadi mak tiri yang jahat. Funny pun ada citer ni. Nama pun fairy tale. Still mengekalkan citer snow white asal bila ada la babak yang melibatkan 7 orang kerdil, apple beracun tu dan ciuman boleh menghilangkan sumpahan. Cuma tak la semua ikut cerita asal. Sbb tu citer ni menarik. Aku ska tengok costume2 dalam citer ni. Sangat menarik. Ending cerita sangat seronok sebab Snow White menyanyi. Tapi yang menarik tu dia nyanyi ala2 citer hidustan. And no wonder la.. sbb pengarah citer ni is an indian rupanya. Padan la lagu pun muzik hindustan gittew. So aku bagi 4 bintang daripada 5. Best.

Itu je entry movie kali ni.