Sunday, February 7, 2016

Melawat Ho Chi Minh ( Part 2)

Day 2
 
Hari kedua, kami kat sini, kami nak melawat Sungai Mekong. So after breakfast, kami menunggu bas yang akan bawak kami ke Sungai Mekong. Untuk dapatkan pakej melawat ni, boleh jugak dapatkan dari tourist office kat tepi2 jalan, atau kat hotel sendiri. Senang je. Untuk kami plak, my bff dah dapat no tour guide ni daripada kawan dia yang dah ke Vietnam sblm kami :).
 
Harga untuk tour ni sangat berpatutan. Tak silap aku dalam RM60 seorang je. one day trip sekali dengan halal lunch.
 
Ok kami bergerak ke Sungai Mekong dalam jam 8pagi. Perjalanan ke Mekong amik masa dalam 2 jam gitu. Bas yang kami naik ni, kecik je, tapi selesa la. aircond ok. Dalam perjalanan, bas berhenti di RnR la lebih kurang ditu untuk sesapa nak ke toilet. Kat situ jugak ada kedai jual jubah. Wow.. sangat best shopping jubah kat sini. Sangat murah ya. Aku beli sehelai untuk ayah aku. H plak tanak, sbb dia tak pakai jubah. :)
 
Sesampai di jeti nak menyusuri sungai Mekong, kami Nampak ada bot2 yang akan bawak kami tu. Tour guide memberi arahan untuk menaiki bot. So di sepanjang menyusuri sungai Mekong, tour guide pun bercerita la.. bla..bla,.bla.. :)
 
Kemudian bot berhenti di 1 pulau yang kat situ ada perusahaan candy kelapa. Kat situ jugak ada aksi2 pegang ular pada sesapa yang berani la. Aku tengok dari jauh la. So sesapa nak beli candy kelapa kat situ boleh la. Aku tak berkenan nak beli.
 
Kemudian kami menaiki bot lagi, dan berhenti plak di pulau yang lain. Maaf la aku lupa nama pulau2 ni huhu. So kat sini pulak kami dihidangkan dengan buah2 tempatan sambil melihat persembahan nyanyian tradisi. kemudian boleh la nak bg tips.
 
Ada jugak di satu pulau tu, kami dibawa ke tempat ternakan lebah madu. kat sini aku beli madu dan bee pollen. Sampai ari ni tak cuba2 lagi airnya hehe.. :)
 
Kat satu pulau tu jugak, kami menaiki kereta kuda padi. kat sini cam kesian skit, aku , h dan bff semangat orgnya kan.. mcm kesian nengokkan kuda tu nak bawak kami. huhu.
 
Then last sekali, kami di bawa menaiki sampan untuk ke tempat bot besar kami tadi. Memang pengalaman yang menarik la. Kat sini ada cerita sedih jugak, masa aku nak naik ke bot besar tu, aku pijak kat tempat duduk dlm sampan tu.. sekali... prakkkk.. alamakkk patah!!.. tapi sbb aku dah bg tips sblm tu, aku blah cenggitu je. guilty tak? adoii.. memori sg Mekong :)
 
Daripada jeti tadi, kami terus ke restoran halal dan disajikan dengan lauk pauk yang best. Kat situ jugak kami terus solat. Then menaiki bas kembali dan sampai di hotel dalam pukul 5ptg.
 
Masih tak sempat nak ke Ben Thant market. So mlm itu kami melawat pasar malam lagi :)
 
So layan gambar hari kedua :
 
Dalam bas, perjalanan ke Sg Mekong

Sawah padi

Selfie lagi  :)

Ni kat jeti nak naik bot

Kami :)

H melayan perasaan

with my bff

Action je tu. Tak bergerak pun benda alah tu

pekerja tengah bungkus candy kelapa




Atas kereta kuda padi

Dengan sedih tgk kuda padi ni bawak kami

Kami dihidangkan air kelapa kat atas bot


demontrasi nak buat minuman madu yg best :)


Makan buah


Jom bersampan kita.


 
End of day 2 kat Sg Mekong.

Melawat Ho Chi Minh, Vietnam 8-11 Januari 2016

Pembukaan tahun 2016, aku dan H bersama bff aku ke Vietnam. Actually tiket flight dah beli dalam September 2015. Masa tu harga ok. Kami amik flight MAS sbb nak luggage yang banyak :).
 
Terus la pada cerita ceriti Vietnam ni.
 
Day 1
 
Kami bertemu dengan bff kat KLIA pada pukul 12 tengahari. Flight kami pukul 2 lebih camtu. Lepas check in luggage, kami lunch dulu kat Oldtown White Coffee KLIA. Sambil makan sambil bergossip. Maklum aku dah lama tak jumpa my bff. Just sembang kat whatsapp je, mana layan kan? Face to face gossip baru best. H main game sambil2 dengar aku bergossip :). Sebelum kami naik kapal, aku aktifkan maybank card aku. Terlupa nak activekan. Mana tahu kalau tak cukup duit kat sana, boleh la cucuk kat mana2 ATM kat sana kan. Kad kredit plak mmg aku siap2 dah call semalam.
 
Kami selamat sampai di Tan Son Nhat International airport lebih kurang jam 3pm. Waktu kat sana lambat sejam daripada Malaysia. Bff nak beli sim card sana. So kami hanya menumpang. Actually kami nak beli jugak, tapi bila tgk hp kami, tak dapat nak bukak casingnya, sbb lupa bawak skru yang leh bukak casing ni. Sendu!!
 
Kemudian kami terus mencari teksi. So kami dapat teksi yang akan hantar kami ke hotel dengan bayaran RM40 sehala. Ada orang kata ada lagi yg murah, tapi pada kami yang nak kejar masa tu, kira ok la tu kan.
 
Dalam 30 minit kami sampai di hotel kami. An Tham hotel. Hotel ni betul2 di Malaysia Street dan dekat yang amat dengan Pasar Ben Thant. Hotel ni ala2 kat Jalan Tar la.. Turun hotel leh terus shopping. Happy :). So hotel ni, my bff yang book via Agoda.
 
Sesampai je, kami terus letak barang dan terus turun untuk melawat kawasan..gitu :). Kami terus ke kedai makan dulu. Jangan bimbang, area hotel aku stay ni, melambak resotoran makanan halal. Harga makanan pulak mahal skit, tapi portion besar. Aku selama kat sana, asyik makan mee daging yang mmg famous kat sana, also kopi ais. perghhh terangkat la kopi ais diorang, Memang rugi kalau tak cuba minum.
 
Kat sana, semua restoran dan hotel ada wifi connection yang bagus. Setiap kedai makan yg kami pergi kami register wifi sesiap :).
 
Hari pertama ni, kami tak sempat ke Ben Thant market lagi, sbb pasar tutup pukul 5-6 camtu. So kami just jalan2 tengok kawasan dulu.
 
Malam plak, selepas mandi all, kami terus ke pasar malam. Pasar malam ni ada setiap hari, di tepi jalan Ben Thant market. Kat sini kena kental skit, diorang banyak tarik2 nak kita beli barang. Kalau kita tak nak, blah je la :). Pastu dia bg calculator nk kita letak harga yang kita nak. Biasa try letak separuh harga yang diorang bagi. :)
 
Kat sini Vietnam ni, diorang terima duit USD, RM dan Dong Vietnam. So takde hal la. Aku rasa guna duit RM senang skit and mcm rasa murah skit berbanding Dong.
 
Balik dari pasar malam, aku terus balik bilik and zzz...
 
Nota :
1) Kedai makan halal banyak antaranya : Restoran Othman, Man sour, Amin, restoran 1 Malaysia, Restoran Hjh Basiroh dll.
2) Wifi sangat laju :)
3) RM di terima di sana
4) Ramai penjual kopi ais naik motor je kat sana, best :)
5) Penjual kacang akan hulur kacang, aku baca daripada blog2 org sblm ni, jangan amik kalau tak nak beli, sbb kalau dah amik sure kena beli, sejauh mana kebenarannya aku tak tahu, sbb aku tak amik pun :)
 
So layan gambar je la dulu :)
 
Welcome to Ho Chi Minh Vietnam

Bangunan kat Vietnam.. tak sure bangunan apa, just aku snap je :)

Kat lobi hotel An tham

Turun tangga An Tham je, dah Nampak kedai tudung :)

Bergambar ngan bff kat pasar malam, and ada bangunan mcm menara telekom kat sana :)

Banyak jual bunga2 segar.. gerammmmm

kopi ais dan kopi o ais.. torrrbaikkkk

menu hari pertama. aku makan nasi goreng pattaya.. ekeke

suasana di pasar malam. meriahhh

Tu penjual tengah tunjuk calculator. sila masukkan nilai yang dikehendaki :)
End of Day 1
 

Sunday, January 17, 2016

Melawat Batam Indonesia - Hari Kedua

Hari kedua ni, aku dah book driver teksi untuk bawak pusing2 Batam ni dan seterusnya hantar ke terminal feri. Tak berniat nak pusing jauh2 pun.

So pepagi selepas breakfast, kami tunggu Supir datang menjemput. Kami terus check out hotel dan masukkan barang-barang dalam bonet teksi. Teksi ni Vios. Ok la untuk kami berempat.

So destinasi pertama ialah Jambatan Barelang. Tak tahu kenapa semua orang nak pergi sana, so kami pun pergi juga la kan.. hehe.. sesampai kat sana, baru Nampak. Kat situ ramai kereta yang berhenti tepi2 jalan. Kebanyakannya bergambar la. Dari atas jambatan tu, Nampak view laut yang cantik. Kat sini jugak banyak yang menjual kat kaki lima. Lepak2 hirup udara segar skit, then kami meneruskan perjalanan.

Kami stop jugak minum jus buah Naga otw balik daripada Barelang.

Basically kami hanya melihat kawasan melalui dari kereta je. Supir tu yang banyak bercerita pasal Batam ni. So aku tunjuk gambar je la.







Kat ladang Buah Naga


Ini kat Masjid Raya..So pas solat Jumaat, kami terus balik Malaysia :)


Pada aku Batam ni ok la, kalau nak berurut and spa2 ni okla.. shopping tak sangat kot. Pada aku la. Orang lain maybe ska. So percutian 2 hari 1 malam berakhir sudah.. :)

Melawat Batam Indonesia- Hari Pertama

Kali ni nak update trip aku dan keluarga di Batam Indonesia. Actually dah lama ayah duk sebut2 nak gi Batam ni. Aku pun tak sure apa ada disana. Oleh itu aku dan H pun bersetuju nak bawak mak dan ayah ke Batam. Aku ada jugak google2 apa ada di Batam. And bila dah pergi sendiri, tahu la sedikit sebanyak keadaan di Batam ni.

Dari terminal Stulang laut. Ayah all the time ngan video cam :)
 

Hari pertama :
Kami berempat bertolak daripada KL ke Stulang Laut Johor. Kami akan ke Batam dengan menaiki feri. Terminal feri ialah di Stulang Laut Johor. Waktu Feri ke Johor banyak je. Every sejam pun ada. Cuma kena decide nak ke Batam Center atau Bay Harbour. Jarak antara 2 jeti tersebut dalam 20 minit. Info aku dapat daripada yang jual tiket di Stulang tu la.

Aku memilih tiket return dari Stulang Laut ke Batam Center. Untuk balik ke Malaysia, mesti naik di terminal yang sama, iaitu Batam Center. Beza Harbour dan Batam center terminal ni adalah bilangan perlepasan. Feri yang berlepas daripada route Stulang Laut-Batam Center lagi banyak daripada route Stulang Laut-Harbour. Harbour tu ada 4 je waktu perlepasan feri. 

Kami menaiki feri jam 11.30pagi. Sepatutnya 11.00 pagi tapi delay plok.. maybe sbb hujan. So perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami tiba di Batam jam 11.50pagi waktu Indonesia. Waktu di Indonesia lambat sejam daripada Malaysia.
 
Sesampai di Batam Center, kami terus ke kaunter teksi untuk ambil teksi ke hotel. Kat sini sudah ada jadual harga. So kita tak tertipu la. Pekerja kaunter akan tuliskan resit harga dan kita akan bayar terus kepada driver teksi bila tiba ke destinasi nnti.
 
Kami memilih hotel Crown Vista. Hotel ni dalam 10-15 minit perjalanan menaiki kereta. Aku pilih sbb ada free shuttle ke beberapa mall yang terpilih. Kat sini check in pukul 1pm, so kami tiba dalam pukul 1pm di hotel dan terus check in. Di kaunter reception jugak, aku dah siap2 book nak naik shuttle ke mall. Ada jadual untuk free shuttle ke mall di area Batam ni, aku nak ke Nagoya Mall, tapi tiada free shuttle pada tarikh aku sampai. Yang ada ialah ke Batam Centre Mall. Tapi kami belasah je naik dulu. So jam 3 pm kami naik shuttle, after kawtim ngan driver, kami dapat ke Nagoya, tapi bayar skit la.. dalam 40,000k rupiah,.. hehe.
 
Kami makan di kedai masakan Padang berdepan dengan Nagoya Mall ni. Makanan not bad la, Aku ska rasanya. Lupa plak nama kedai ni. tapi signboard colour kuning. hehe.
 
Kat sini tak de shopping pun, buat pembelian berhemah je. and yang paling best kat sini, deretan kedai2 urut. Daripada yang eksklusif sampai ke cikai2 Nye tempat :). Aku dan H pilih kedai yang sederhana. Kedai ni menggunakan minyak serai. So aku berminat nak try kat sini. Aku just refleksologi kaki, dan H plak buat urut seluruh badan dan bekam angin. Harga untuk sejam setengah bekam n urut ialah dalam RM90 sahaja. Aku plak urut kaki selama sejam dalam RM50.
 
Sebelum balik hotel, kami just makan kat Old time white coffee café kat mall. Niat nak makan seafood di Golden Prawn tergendala sbb mak nak balik awal ke hotel. :)

Layan gambar di bawah :

Sempat makan instant noodle dalam feri :)

Welcome to Batam :)

Breakfast at Hotel

Mak & ayah

View daripada hotel

Mak skodeng.. :)

Me and Hubby :)


 



Tuesday, December 1, 2015

Cuckoo Water Purifier

Last week aku dan H jenjalan Mid Valley. Kebetulan ada renovation fair. So kami saja la jenjalan tengok kalau ada yang menarik perhatian. And memang ada yang menarik perhatian kami iaitu, Cuckoo water purifier. Actually aku memang dalam proses nak tukar water filter kat rumah. Sebelum ini ada guna yang cosway. Tapi aku ada kesukaran skit untuk bersihkan water filter tersebut, sbb aku malas hehe.
 
So yang cuckoo ni aku amik sewa beli. And bulanan akan dicajkan kepada kad kredit. Kalau sewa beli ni, setiap 4 bulan, pihak cuckoo akan datang servis di rumah, dan kita tak payah nak servis sendiri. Cuckoo akan menggantikan filter yang perlu ditukar dan harga adalah termasuk di dalam sewa bulanan tu. So tak payah nak fikir dah kan.
 
Selepas membuat order, 1 Disember cuckoo dah dipasang kat umah aku. Setengah jam je diorang datang pasang. :)
 
Aku pilih yang paling murah la kan. :) Yang ni bulanan RM98, termasuk GST jadi lah RM103.88 sebulan.
 
Aku pilih yang Fusion Top ni disamping paling murah, ianya dah mencukupi untuk kegunaan aku dan H.
  • Design yang cantik :)
  • Senang dibersihkan
  • Penggantian filter yang cepat ( dalam 4 bulan, akan ditukar bila wakil servis cuckoo dtg kerumah untuk servis)
  • Hot dan cold water. Kalau nak room temperature, kena switch off cold water.
  • Switch berasingan untuk hot dan cold. So boleh tutup dan bukak secara berasingan
Cara berfungsi (6 Filter)
  1. Sediment Filter : Eliminate impurities (Rust, deposit, particles..)
  2. Pre Carbon Filter : Primary absorption removes odors, organic substance..)
  3. Filter 3-5 (Natural Filter) : Secondary absorption & mineral eruption, mild alkaline water 7.5ph to promote healthy body pH balance,  Abundant hydrogen to protect against ROS
  4. Nano Positive Filter : The electric collector of positive charge absorb negative virus & harmful substance
 
Penerangan di atas aku amik daripada website cuckoo, Nak tahu lagi detail, kena lawati website cuckoo atau boleh ke booth cuckoo yang berdekatan. Banyak je sekarang ni tempat jual cuckoo ni. :)

Ini yang jadi pilihan aku.. selamat ber cuckooooo