Friday, October 28, 2016

Jom Ke Perth : Hari Keempat

23.10.2016 : Itenari hari ini ialah ke :

1) Mandurah Cruise
2) Hay Street / London Court
3) North Beach / Hillary Beach

Hari ini, itenari tak banyak. Selepas breakfast kami terus bergerak ke Mandurah. Daripada North Bridge ke Mandurah ini hanya ambil masa dalam setengah jam gitu. Hari ni turn aku drive :)
 
So dalam 9.30pagi, kami sampai di Mandurah. Di Mandurah ni kami nak tengok dolphin sambil menaiki cruise. So tiket di beli di Mandurah Cruise & Gift Shop. Tiket dewasa ialah $28 dan warga tua $22. So tiket kami berempat ialah $90 selepas diskaun 10% yang kami dapat melalui brochure pelancongan Perth. Untuk warga tua, ingatkan boleh untuk warga Australia sahaja, rupanya kita pun dapat. Dia tengok je ayah dan mak, terus bg harga senior.
 
Cruise bermula pukul 10 pagi. Cruise mengambil masa sejam. Sebelum berlepas, kami dah Nampak dolphin melompat. And ingat dapat la tengok kan lagi. Rupanya, takde rezeki kami. sepanjang cruise, kami tak Nampak walau seekor dolphin pun. Takpe la kan. pasrah. Tapi cruise selama sejam tu happy jugak, sbb boleh Nampak banyak rumah2 cantik yang ada bot2 mewah tu, boleh tengok org2 Perth bersantai bersama keluarga di tengah2 laut tu. :)
 





 
Selepas tu perut pun da lapar, kami nak mencuba fish n chip kat Cicerello plak. Dekat dengan jeti je kedainya. And pada aku fish n chip sini lagi sedap berbanding Kaili's. Tapi selera masing2 la kan.
 


 
Selepas berjalan-jalan di Mandurah, kami terus balik ke Perth CBD. Sebelum ke Hay Street, kami solat di Masjid Perth. Then terus ke area Hay Street dan London Court. Kat sini aku beli perfume dan Pandora untuk yang mengirim :). Pandora kat sini mmg murah compare to Malaysia. Aku cakap je ni sbb dengar cakap org. Maklum aku bukan penggemar Pandora. :)
 
Sementara aku berjalan-jalan di London Court dan Hay Street, ayah dan mak lepak kat restoran Malaysia Peranakan. Kalau tak silap aku nama kedai ni Ankasa kot. So makanan not bad la.
 



\
Lepas berjalan-jalan sekitar Hay Street, kami terus balik ke apartment untuk drop mak dan ayah. Aku dan H nak ke area pantai. Mak dan ayah dah penat. So hantar diorang balik dulu.
 
Sesampai di Hillary Beach, kami cari port nak melepak tgk sun set. Tapi mcm tak best sebab ada batu besar menghadang, So kami teruskan perjalanan ke North Beach. Memang tak mengecewakan. Parking pun mudah, port kami park pun menarik. So tunggu sun set. Sungguh romantic gitu kan :)
 




 
Kami balik ke rumah selepas tengok sun set. :)
End of day 4.

Jom ke Perth : Hari ketiga

22.10.2016 : Itenari hari ini ke :

1) Caversham Wildlife Park
2) Cervantes Pinnacles
3) Lancelin Sand Dunes

Perjalanan hari ini agak jauh. Selepas breakfast kami keluar dari rumah dalam pukul 8.40pagi. Bekalan aku dah pack untuk lunch nanti.

Jam 9.00 pagi kami sampai ke lokasi pertama iaitu Caversham Wildlife Park. Kat sini nak tengok koala, wombat dan feed kangaroo.

Tiket untuk masuk kesini ialah $28 untuk seoarang dewasa. Tapi sbb kami menggunakan penerbangan Malindo untuk ke Perth. Ada promosi untuk diskaun 15% dengan menunjukkan boarding pass slip kepada penjaga kaunter tiket. So kami dapat la diskaun itu.. happy:)

So make sure ikut jadual dlm brochure yang disediakan. Then kami sempat berjumpa koala, wombat, possum, dan bebrapa haiwan lagi la.. hehe.. oo btw ada show jugak ya kat sini. cara nak shave sheep.. hehe..














Selepas bermain2 dengan haiwan yg jinak2.. kami ke destinasi seterusnya, iaitu ke Pinnacles. Daripada Caversham ke Pinnacles ni, jarak dalam 180km, tetapi masa yang diambil lebih kurang 2 jam. Agak jauh la. Tapi alang2 dah sampai Perth ni. Kami gigih la jugak nak drive ke sana. Untuk sampai ke Pinnacles, akan jumpa dengan National Park Yanchep dan Lancelin. So kami pergi yang jauh dulu. So nanti baru turun ke arah town.
 
Sesampainya di Pinnacles ni, kami membayar $12 per kereta untuk masuk ke kawasan ini. Memang kagum dengan tinggalan batu2 yang terhakis di gurun ni. Cuma yang geramnya masa kitorang dating sini. lalat sangatttt la banyak hehe.. :) Ok layan gambar di Pinnacles




Sekejap je kami kat Pinnacles, kami terus memulakan perjalanan ke Lancelin. Nak tengok org main sand board. Aku memang tak berhajat nak menyewa sand board ni. Maklum la nak kena mendaki pasir putih tu, dah sampai atas baru menyusur kan. So mcm penat kan? hehe
 
Ok layan gambar. Serius indah sungguh ciptaan Allah. Pasir sangat halus dan putih bersih.





Dah sudah bergambar, kami terus bergerak balik. Ingatkan sempat nak masuk National Park Yanchep. Tapi malangnya dah tutup. So aku cadangkan siapa yang nak ketiga-tiga tempat ni, perlu bertolak di awal pagi. Mcm kes aku ni, dah lama kat Caversham, so mmg tak sempat la nak cover semua kan.
 
Selepas bergambar kat lancelin, kami berpicnic di taman, makan dan solat disitu.
 
Lepas makan, kami balik dan merehatkan diri di apartment.
 
End of day 3

Thursday, October 27, 2016

Jom ke Perth : Hari Kedua

21.10.2016 - Itenari hari ini ialah ke :

1) E Shed Market &
2) Fremantle
3) Chemist Warehouse -Beli  Perfume
4) Kaili's - Lunch
5) Watertown Shopping
 
Pagi2 lepas subuh, aku dah start masak. Breakfast kami hari ini ialah nasi putih dan lauk2. Memang tujuannya nak bg kenyang betul2, kot nanti susah nak dapat makanan halal kat luar hehe.
 
Jam 9 pagi kami dan sampai ke area E Shed Market. Kat sini kami nak shopping souvenir di Megabes. Kata orang souvenir disini berpatutan, dan untuk itu aku mengesahkan, mmg souvenir kat sini berpatutan. Owner Singaporean. So sesiapa yang kesana, boleh la shopping souvenir disini ya.
 
lepas kami membuat shopping2 ini, kita terus ke Fremantle. Fremantle ni tempat tumpuan pelancong la. Ada pasar buah dan aksesori disini.So kitorang hanya menjamu mata. Tak shopping pun. Cuma after that ayah dan mak berkenan dengan satu kedai Malaysia ni. Kopitime. Kopitime ni betul2 di Fremantle market ni. So kitorang stop makan murtabak  dan cendol. Malaysia sangat kannnn.. :)
 

 
 

 
Selepas tu kami singgah di Kaili's untuk merasa fish n chips. Ermm rasa sedap la jugak. Portion hidangan adalah besar. So kami share2 je makan.
 



 
 
Then kami terus meronda-ronda dengan kereta di sekitar CBD. Then aku terus singgah ke Chemist warehouse. Ada agenda disini. :) Chemist warehouse ni ialah farmasi. Tapi kat sini jugak ada jual perfume dengan harga murah. So apa lagi.. sesi memborong perfume la. Memang murah harga perfume disini.
 
Pukul 2 kami balik apartment untuk rehat. Aku terus masak untuk dinner. lauk2 pack balik dalam fridge, so balik mlm nnti just panaskan.
 
Dan dalam pukul 5ptg kami keluar lagi. Kali ini aku ke Watertown Shopping. Sini ala2 JPO Malaysia la. Banyak jugak outlet, tapi aku tak shopping pun. Takde yang menarik perhatian. Tapi mak happy sebab ayah present kan handbag Oroton satu kat dia :) Yayyyy..
 
 
 
Then malam tu kami dinner dirumah. Panaskan lauk sahaja. Berjalan2 camni kena kreatif dan pandai cari peluang nak masak ya. So balik je dari Watertown terus la dinner.
 
End of day 2 :)

Kat bawah ni antara gambar daripada Day 2 :)

Dalam Fremantle Market

Di depan pintu masuk market

Jom ke Perth : Hari Pertama

Pukul 6 pagi kami menaiki bas ke KLIA 1 daripada TBS. Sepatutnya bas bergerak pukul 5.30pagi, tapi ntah kenapa la bas tu lambat. Panik jap aku. Sbb aku tak sempat nak buat online check in.
 
Jam 6.40am sampai ke KLIA, kami terus check in dan drop luggage. Terus solat subuh dan breakfast. Jam 8.20am, kami berlepas ke Perth. Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah untuk sampai ke Perth.
 
Jam 2.15 kami sampai ke Lapangan Terbang Perth. Keluar daripada pintu ketibaan, kami terus membeli 2 simcard. Terus activate dan call Bayswater Rental Car untuk mintak shuttle amik kami ke office mereka yg dalam 5-10 minit perjalanan. Driver tunggu di terminal 2 international arrival. Kami terus menaiki shuttle dan tiba di office Bayswater.
 
Aku terus membuat pembayaran seperti yang dimaklumkan sebelum ini. $288 untuk 5 hari dan $100 untuk deposit. Deposit seratus ni sbb aku pilih top cover insurance, Kalau tak, deposit akan mahal skit. Tapi deposit je la kan. Nanti duit ni boleh balik.
 
Itenari pertama kami selepas mengambil kereta ialah ke Belmont Forum Shopping. Kat sini ada 3 supermarket besar, iaitu BigW, Kmart dan Coles. Jarak tak jauh pun dari syarikat sewa kereta ni. Kami terus GPS/Waze ke sana.
 
Sampai di Belmont Forum, kami shopping groceries di Coles dan aku terus membuat tangkapan pertama di BigW, iaitu set corelle. Set corelle disini way cheaper dari di Malaysia. :)
 




 
Kemudian kami tapau kebab di ROC Kebab untuk makan sesampai diapartment nanti. ROC kebab ni halal dan kedai betul2 di luar BigW.

Then kami terus keluar dari situ untuk waze apartment kami di Walcott Street, North Bridge. Waktu di Perth sama dengan Malaysia, cuma waktu subuh cepat. Ala2 Sabah Sarawak la. Jam 5.10 pagi tu dah terang benderang. So make sure tengok jam dan set waktu solat betul2. Nanti terlajak subuh :)

Malam tu aku start masak dan makan jugak kebab yang dah sedia di tapau dari Belmont Forum tadi.

Jam 9mlmkami dah sleep. Esok banyak lagi aktiviti yang nak buat kan. Goodnite :)

Wednesday, October 26, 2016

Jom ke Perth : Part 1 (Persiapan sebelum & semasa - Perth)

Kali ni nak bercerita pasal percutian 5 hari 4 malam kami ke Perth. Actually hari tu dalam bosan, bukak airlines website. Sekali Nampak Malindo tengah buat sale. So call mak dan ayah Tanya diorang nak join ke tak? And diorang nak ikut. So aku terus book 4 tiket dewasa melalui Malindo Airlines.
 
So entry kali ni berkenaan persiapan aku sebelum dan semasa berada di Perth. Dari tempoh beli tiket sehingga berlepas ke Perth, aku ada masa 2 bulan. So dalam pada tu aku ada buat la research skit dengan baca blog2 traveller yang ada.

Persediaan Sebelum Berangkat ke Perth
 
1) Tiket Penerbangan
Malindo Airline : RM3400 untuk 4 Dewasa
 
2) Visa (ETA)
Aku buat visa dengan email kepada eta.australia@yahoo.com. Boleh terus email pada email ini untuk membuat visa. Diorang akan reply nanti untuk dapatkan maklumat daripada kita antaranya salinan passport dan salinan tiket penerbangan. Harga untuk satu visa ialah RM20 sahaja.
 
3) Insurans perjalanan
Setiap kali travel ke luar Negara, insurans perjalanan ini wajib dibeli. Maklum kita tak tahu apa yang akan terjadi while kita di tempat orang kan. So oleh itu, kita cuba la sediakan payung sebelum hujan kan. Kali ini aku buat insurans dengan AXA insurance. Aku pilih AXA smart traveller (VIP) untuk 4 dewasa. Harga insurance selama 5 hari (Australia) ialah RM106 untuk 4 dewasa. So boleh je online untuk buat urusan ini. Banyak lagi company insurance yang menyediakan insurans perjalanan ini. So boleh buat pilihan yang sesuai.
 
4) Penginapan
Kali ini aku memilih untuk menggunakan AirBnb untuk mencari tempat yang sesuai untuk kami stay sepanjang di Perth. So aku buat carian dan akhirnya berjumpa dengan 1 apartment yang boleh diduduki oleh 4 orang di kawasan North Bridge. Setelah book, aku terus membuat pembayaran penuh melalui kad kredit. Apartment yang aku pilih ini sangat berpatutan dari segi harga dan mendapat review yang baik daripada pelanggan2 sebelum ini. Dibawah ni gambar apartment kami. :)




 
 
5) Pengangkutan
Selama 5 hari di Perth, kami memilih untuk menyewa kereta. Seperti biasa, aku akan buat research untuk mendapatkan tawaran paling murah dan sesuai dengan bajet aku. So setelah membuat semakan , aku memilih untuk menggunakan Bayswater Car Rental. Pada aku, dia memberikan harga yang paling berpatutan.
 
Cuma dari airport ke office Bayswater ini, perlu mengambil shuttle yang disediakan( $5 perperson) atau boleh naik teksi sendiri ke office diorang. Untuk syarikat seperti Hertz,Avis dan bebrapa lagi syarikat sewa kereta, boleh mengambil kereta mereka di Airport sebab mmg diorang ada booth di airport. Sebab nak murah, aku amik Bayswater ini, bila bayar harga shuttle pun, sewaan still murah. So aku memang amik kat sini je la. Perkhidmatan shuttle plak, on time je. Macam kes kami hari tu, driver dah menunggu di luar terminal airport, so kami terus di bawa ke office mereka dengan menaiki estima.
 
Booking aku dah buat awal dari Malaysia. Bayaran pula hanya di buat pada tarikh mengambil kereta. Deposit yang dikenakan hanyalah $100 sebab aku pilih Top Cover (Insurance). Kalau tak ambil Top Cover ini, deposit dikenakan sebanyak $400.
 
Lesen memandu boleh digunakan lesen Malaysia. Lesen baru yang ada dwibahasa tu. So tak perlu ke JPJ untuk translate Lesen.
 
Harga keseluruhan sewaan kereta ialah :
Sewa kereta (20-24 Oktober ) termasuk Insurance dan GPS = $288
Deposit                                                                                    = $100
 
GPS aku ambil sebab dalam perjalanan ke Lancelin dan Cervantes Pinnacles, ada kawasan yang tiada signal, so waze tak boleh digunakan.

Toyota Corolla Hatch
 
6) Tukar wang AUD
Yang ni memang wajib la kan. Untuk percutian kali ini, kami menukar duit AUD untuk tujuan groceries, petrol dan tiket2 untuk melawat ke tempat2 menarik. So pandai2 bajet la. Kami bawa $1200 untuk digunakan sepanjang disana.
 
7) Kad Kredit & ATM
Perkara yang biasa perlu dilakukan ialah sila aktifkan penggunaan oversea untuk kad kredit dan kad ATM. Senang untuk digunakan disana.
 
8) Itenari
Actually itenari antara yang terpenting, bukan item ke 8 :). Tapi susunan aku tulis ni mana aku ingat. hehe. So perlunya itenari ni untuk kita rancang perjalanan dan bajet. Bajet ini bila kita nak masuk ke tempat2 yang perlu bayar tiket nya la :)

Perlu dapatkan info jugak berkenaan waktu operasi setiap kedai/tempat yang kita nak pergi. Kebanyakan kedai di Perth tutup jam 5pm. tetapi ada jugak yang dipanjangkan sampai ke 9.30mlm. Oleh itu, sila buat semakan di website2 berkenaan untuk tahu waktu operasi ini. Oleh itu itenari yang kita buat nanti mengikut keadaan yang bersesuaian dan kita tidak membuang masa. Contohnya, pasar Fremantle hanya bukak 3 hari daripada Jumaat sampai Ahad. Tutup plak kalau Jumaat lewat skit, sampai 8mlm. Sabtu dan ahad, tutup pukul 5pm. So sila make sure tempat yang kita nak lawati tu bukak time kita nak pi :)

9) Sabun Samak
Disebabkan aku nak memasak sepanjang berada di Perth, maka aku cari sabun samak iaitu sabun Taharah. Boleh je carik kat kedai2 jamu. Ada je jual. Aku beli dengan harga RM5.50 je :)
 
10) Bakalan Makanan dari Malaysia
Untuk makanan yang perlu di bawa ke Australia, make sure kita baca dulu peraturannya. Makanan melibatkan dairy/meat tak boleh dibawa masuk. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh semak apa yang boleh dan tak boleh di bawa masuk. Aku banyak mendapatkan info daripada blog2 traveller. Antara yang aku bawa adalah seperti di bawah : List ini juga aku print dan bawa kesana. Sangat mudah bila kita susun macam ni. Kastam sana pun boleh buat kerja dengan senang dan kita pun tak yah sibuk nak cakap banyak.
 
Dalam flight jangan lupa isi borang nak masuk aussie ni dengan declare yang kita ada bawa makanan. Kalau bawak ubat pun, declare jugak.

LIST OF FOOD
No Item Brand Volume Quantity
1 Instant Noodle Curry (Tomyam & Chicken) Maggi 395g(5x79g) 3
2 Mackerel in tomato sauce Ayam Brand 155g 1
3 Tuna Hot Mayonnaise Ayam Brand 185g 1
4 Anchovies Sambal Yeos 160g 1
5 Fried Rice Paste Adabi 30g 2
6 Wraps Garlic Mission 360g 1
7 Spicy Tomato Sauce Brahim's 180g 1
8 Fish Curry Sauce Brahim's 180g 1
9 Creamy Coconut Sauce Brahim's 180g 1
10 Sambal Tumis Sauce Brahim's 180g 2
11 Honey chicken Sauce Brahim's 180g 1
12 Instant Vegetarian curry sauce Mak Nyonya 200g 1
13 Multipurpose Seasoning Ajinomoto 72g 1
14 Chicken Flavoured Stock Cube Maggi 6x10g 1
15 Cooking Oil (Canola Sunflower) Naturel 250g 2
16 Thai Fragrance Rice Birds of Paradise 1kg 2
17 Hot Soy Sauce Enaq 250g 1
18 Cooking Salt   30gm 1
19 Nutrituos chocolate malt drink Milo   15 sticks

Untuk bawang, sayur , ayam, seafood, aku beli di Aussie. Banyak kedai yang boleh pi antaranya Woolsworth, IGA dan Coles. Aku beli ayam di COLES, brand lilydale. Yang ni halal.
 
So kena banyak baca dan semak di website makanan halal untuk mendapatkan info makanan halal, halal butcher dan sebagainya.

Persediaan ketika berada di Perth

1) Sim Card
Sesampainya di airport Perth, banyak booth untuk membeli simcard. Ada vodafon, Optus dan lain-lain service provider. Aku pilih Optus. Boleh Nampak booth sebaik keluar daripada arrival gate. Boleh Tanya pekerja di situ, diorang akan Tanya berapa hari akan berada di Perth, so mcm aku nak stay 5 hari, so kami amik $2 per day, 250mb. So kami amik selama 5 hari. 2 simcard beserta reload ialah $20 untuk 2 simcard.

2) Groceries di Perth
Untuk rencah2 dan paste telah di beli di Malaysia. So yang perlu dibeli di Perth ni, bahan mentah sahaja. So kami ke Belmont Shopping Forum untuk membeli barang dapur seperti ayam, seafood, sayur dan buah. Aku shopping di Coles. Coles ni ala2 Tesco la. Buat carian dulu untuk barangan halal. Aku dah semak, dimaklumkan, ada ayam halal keluaran Lilydale. So carik brand tu.