Thursday, June 30, 2011

Emotion

Huh... nape la now ni tension bertimpa2 kan.. kadang2 bila pk banyak2 ni sebak kat dada, mcm ada benda yang tak lepas.. susah nak bernafas. Semalam aku tido umah cik Arina. Lepak ngan dia sampai pagi, goss all.. pillow talk gitu and aku gerak ke tempat training dari umah dia. Ya Allah, hepi sungguh aku bawak kereta pagi ni, jalan lengang je.. tak la macam hari2 aku yg selalunya kena tempuh jam yang tak hengat tu.. huhu.. Panjang la kot umur org yg duk area cyberjaya and putrajaya ni. Aman gitu.

Hari ni training aku ni setengah hari je, sebelum sampai opis, collegue dah call.. mcm2 hal lak jadi, maklumla semua takde kat opis..huhu.. So aku terus la pas lunch ke opis. Nasib baik big boss membakar semangat, masuk opis tadi rasa hangat tapi now da sejuk skit.

Da siap skit keje rasa lak nak menghapdate blog.. kasi ilang stress katanya... :) Ermm tak sabar nak tgu mak and ayah balik Umrah esok. Adik lak balik 2 July dr Russia.. so aku 2 hari la pi KLIA.. Ermm janji happy. Family adalah segalanya. 

Teringin nak balik kampung pun ye... kak kazen yg paling cloze ngan aku text tadi. Katanya dia tak sihat sangat. InsyaAllah segalanya akan ok. Berkat malam Jumaat ni, sama2 la kita doa agar segalanya ok. Amin.. 

Tuesday, June 28, 2011

Penat & Lelah

Jam dah pukul 1230.. tapi aku cannot sleep lak.. sepanjang 2 minggu ni, macam2 berlaku.. tapi aku cam malas nak ingat..malas nak tulis kat diari cyber aku ni. Aku dah penat la... penat dalam nak pk apa langkah aku lepas ni... apa aku nak jawab pada soalan2 sensitip pasal status aku.. apa yang buat aku hepi sikit ialah satu semester lagi aku nak habiskan sekolah aku tu. Selain tu, takde.. yang ada semua hampa. Tapi hampa itu dugaan .. dugaan itu buat aku sedar pada yang Satu.. So kena keep smiling walau dalam hati ni.. tak reti nak gambarkan. Kalau gelas pecah, ada gak kaca kecik..ada besar. Tapi aku rasa dalam hati aku ni.. macamla cermin kereta yang pecah... berderai.(puitis lak memalam ni..)

Disebabkan tahap stress aku yang tak terbendung ni.. Aku da buat keje2 yg menghabiskan harta yang memang dah tak berharta ni..huhu... Dengan satu yg aku subscribe kat Berjaya Times Square... da hari ni aku subscribe benda lain laks kat mines... huhu..



Pandai sungguh la minah cina yg keje kat Facial First ni.. ishk2.. aku yg mmg tgh stress2 ni terus la subscribe lagi.. Masak la aku.. tapi kalau pk2 balik.. ok la.. aku pun bukannya berbelanja sangat untuk make up.. aku just pakai basic je.. pencuci muka, toner je.. tu je la.. and bukan every month beli. So dah tolak tambah semua.. aku pun sign la...membership kat Facial First lak.. So pasni aku minum air kosong la.. duit semua dah habis. Tapi bila da start facial tadi.. ilang kejap stress aku.

Lepas ni duk diam2 kat umah la..huhu... 

Sambil2 berleter kat blog ni.. dengar lak lite fm.. mcm best lak. Tak sedar diri esok ada training. Baju tak iron lagi.. beg tak kemas lagi.. Cik Jirr dah mengarut.

Hari ni tak dinner..guilty sbb tengahari makan banyak tak hengat. Apa pun thanks to En Boss.. belanja makan best.. ikan pari bakar...gulai lemak daging....hancus diet tapi hepi.. macam mana tu? :) 

Dah tiba masa nak paksa mata untuk tido.. tata..

Tuesday, June 21, 2011

Tetiba Mood Datang

Bangun pagi ni lewat la plak.. nak je aku amik EL.. sambung tido. Tapi pk2 lak, baik pi keje, sayang la cuti aku tu.. Lagi pun bulan ni tak banyak time kat opis, asik cuti and hujung bulan nak training kat luar laks. Mood cantik ni, almaklumla kat pantry tadi sorang akak ni tegur, "Eh.. da nampak kurus skit, brp kg turun?"... Terus rasa nak lompat bintang... Ermm bape kg? tak tau la plak. aku ni jenis yang tak timbang2.. bukan pe.. takut and sedih ngan berat yang obes tu..huhu.. BMI damasuk kategori Obes... Cholestrol pun tinggi.. so sendir mau ingat la. Now kena try sedaya mungkin untuk kekalkan kesihatan.

Semalam pegi jumpa dietition. Kena jumpa sbb aku nyer result ari tu sangat mengujakan..huhu.. So lepas consult selama setengah jam kot dengan dietition ni.. terus la berkobar2 nak meneruskan usaha makan secara betul dan sihat. Antara yang dia kata semalam... 

1) Kena makan ikut waktu - ( Tetapkan masa yang sama untuk bfast,lunch and dinner )
2) Tukarkan makanan ringan/snack kepada buah2
3) Sekiranya rasa lapar diluar waktu makan, try minum air dulu... dalam 15 minit kalau still lapar, baru la makan.. katanya, perut kita ni tak reti nak ckp beza lapar dan haus, so kalau lps minum tu tak rasa lapar, mean kita hanya la haus je pada masa tu... ooooo baru tauuuu....
4) Kalau puasa lak, cukup la berbuka posa ngan wholemeal bread , tuna and lebihkan sayur or buah2. Milo kosong.
5) Elakkan dari minum milo, nescafe 3 in 1 sebab ada kandungan creamer. Kalau nak minum, bancuh sendiri dan gantikan creamer dengan fresh milk kalau nak susu. Kalau tak, minum je la yang kosong.
6) Kena banyakkan makan buah yang berserat untuk menurunkan LDL dan seterusnya leh naikkan HDL.
7) Elakkan fast food, kalau nak makan jugak, jangan order Set Meal, tapi amik je ala carte, contohnya kalau pi KFC, beli ala carte ayam tu, and bila nak makan, buang segala kulit, makan dagingnya sahaja. Tu kalau teringin sangat la. And kena make sure, perut tak lapar sangat masa melangkah masuk ke fast food restaurant. Kalau tak.. alhamdulillah la aku akan amik set kan.. Fokus2....

Tu la antara yang masuk kepala aku. So hari ni aku pun bfast ala2 mat saleh gitu kan. Hopefully tak la pancit masa pi  jimba2 tengahari nanti... :)

Thursday, June 16, 2011

Alhamdulillah

Semalam, aku tak boleh nak tido, walaupun petang da penatkan badan kat Gym.. tapi mata ni susah nak lelap, teringat lak kat mak and ayah, hati yang tak tenteram dan result periksa yang bakal dapat. huhu.. Aku off semua lampu and still tak boleh lelap. dari pukul 10..11..12.. pun tak tido. Aku on balik lappy. 1230.. aku bukak email. Email yang ditunggu tiba. Alhamdulillah..... aku sangat bersyukur dengan keputusan yang aku dapat. At least, dalam keadaan aku sekarang ni, result ni boleh memberikan aku sedikit kegembiraan. Ya Allah... aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan... dan aku redha dengan segala dugaan dan cabaran yang aku terima. Bak kata mak semalam "Mak dah doa hari2 untuk anak2, semua yang terbaik untuk anak2.." So ni juga berkat doa mak and ayah.

Hari ni masa tunggu parking kereta, dapat call daripada Arina.. Alhamdulillah.... Lulus semua jugak. Tahniah my dear.. Usaha kita tak sia2. Maju!!!!! 

Selamat Jalan Mak n Ayah

16 June 2011, Mak and ayah pi umrah.. aku n Judin cuti nak hantar diorang. Fakhrul and family pun ada and jugak tak lupa Tarmizi pun dtg hantar. Kul 12 da sampai KLIA. Lepak2 dan sembang2, sambil kena kejar2 si Mika yang makin lasak. Best nya tengok ramai orang nak pegi Umrah. How i wish to go jugak, tapi maklumla, duit aku kat bank tu melimpah sangat.. nak kuarkan pun susah.. hehe.. So takpe la, aku sabar je la. Yang penting kena pi Haji dulu.

Pape pun... aku doa hope mak and ayah selamat pergi dan kembali dari tanah suci amin. Doakan la kesihatan dan ketenangan aku disini.. Love u mak and ayah....:)

Monday, June 13, 2011

Manusia Mudah lupa...

Manusia aku mudah lupa. Kenapa la aku cakap camtu. Semalam, tengah ber chit chat dengan Cik Sand Warehouse, tetiba terkeluarla persoalan Apa tu Usuluddin, Fekah, Tauhid. Erm.. teringat lak zaman2 aku sekolah dulu. Dulu kalau org tanya, at least leh la jawab, now semenjak dah menginjak 3 series ni... banyak sangat dosa da buat, hampir lupa semua tu. Kena amik masa beberapa minit nak recall.. ingat kan balik pasal perkara2 tu, itu just nak recall ilmu tu berkait dengan apa... tak lagi nak recall intipati ilmu tu.. huhu.. Teruk sungguh. Dunia akhir zaman.. so kena la pk sendiri baik dan buruk. 

Ahad lepas sangat la kusut.... penat balik dari Kampung pun ye jugak. semua bercampur baur. Tanak pk banyak, terus siap2 pi menghadap. Malam tu ustaz tu beri ceramah berkenaan cinta pada Allah. Awal2 lagi dia dah sound...

" Senang saya nak bagi contoh... simple je.. kalau kita cinta manusia atau kebendaan ni, hati kita sekejap tenang, gembira..sekejap gelisah..dan kadangkala tak tenteram.... kalau kita cinta Allah, kita solat dan bersujud kepadaNya, hati kita akan jadi tenang.. "

Betul kata ustaz tu. Ustaz tambah lagi, kalau boleh banyakkan ibadah kepadaNya, dan mintak semoga dimasukkan iman ke hati kita, baru la kita akan mudah untuk terus menghadapNya. Kalau betul doa kita dimakbulkan, tiada paksaan pun, kita akan buat sendiri.
Teringat lak zaman aku nakal2 dulu. bebudak, almaklumla.. dengan geng2 yang tak cukup matang, asik nak gaduh je ngan akak2 thanawi dulu. Bila diorang buat Spot Check nape tak pi musolla, semua la period.. dalam sebulan 4 kali period pun ada. huhu.. Tapi tu la, bila da matang ni, kalau kita berubah..berubah jugakkan..

Moral of the story : Manusia akan berubah bila tiba masanya... Time tu tak payah nak bagi reward2 apa pun, manusia akan berubah dengan sendirinya ( ni moral citer aku la... )

Dah banyak lak melalut.. chow dulu... papaiiii...

Saturday, June 11, 2011

Why cannot sleep mehhh

Jam dah pukul 1.15 pagi, ermmm pagi esok nak balik KL, tapi mata tak leh lelap lagi. Tadi tengok bola kejap, Kelantan Vs Terengganu, and tahniah untuk pasukan Terengganu, sbb menang. Handsome lak penjaga gol Terengganu, sapa nama nyer yer. Aku ni bukan minat bola sangat, tapi tadi takde citer best lak, so leh la tengok.

Kenapa tak boleh tido ni, penat da aku pusing2.. pusing kiri..kanan... taknak sleep jugak. huhu.. tanya sama mata, kenapa tak dapat lelap.. nanti jawab mata, tanya la hati..huhu.. Tapi tanak tanya hati lagi, sbb bila hati berbicara, aku tak leh nak handle.. so biar dulu..

Esok da abis cuti, nak balik KL mcm malas je, seronok je ada kat kg ni. Tapi what to do.. kena la balik jugak. How i wish kalau leh keje kat Dungun ni.. K la.. tanak berangan banyak sangat.. kena off lappy dulu.. paksa tido jugak.. nite