Thursday, February 23, 2012

Too Many Good Things Around Me :)

Akhirnya leh jugak aku senyum puas hati, at last da dapat result untuk final semester pada 22/02/2012. Alhamdulillah doa dan penat lelah terbayar sudah.. syukur pada Ilahi. Dalam Februari ni banyak sungguh yang berlaku.
  1. 14 February 2012 - Birthday aku &  minor operation @ Pantai
  2. 22 February 2012 - Result final Year & Kelahiran anak kedua Fakhrul, baby girl
Tahun ni tahun lompat, nasib baik adik Aqiff tak lahir 29/02/2012. Kalau tidak alamatnya sambut birthday 4 tahun sekali la. :) Alhamdulillah baby girl selamat dilahirkan dengan berat 3.8kg.. semangat. So Aqiff pasni kena behave la, da jadi Abg Long. :)

Wednesday, February 15, 2012

14 February 2012 - Birthday di O.T

14 February.. Birthday. Ermm... da meningkat satu tahun umur ni.. :) Tapi birthday tahun ni mencabar skit sbb kena minor operate celloid kat telinga. Huhu.. silap sendiri lambat sangat nak pi klinik, so... kesannya kena la operate jugak. And... operate on my birthday, so org lain kalau bday mesti hepi2, tapi aku? kat O.T. :)

Tak pe la, daripada melambat2 kan lagi prosedur ni, lambat laun kena la buat jugak. Tak sampai seminggu daripada berjumpa Dr kat Pantai, so setel la suda operation kat telinga aku ni. huhu.. Sakit la plak. Pengalaman masuk O.T sangat mengerikan, maybe sbb aku tak dibius sepenuhnya. Hanya bius setempat je. Beza dengan operation sblm ni (2009), Dr tak bius banyak, so masa prosedur berjalan, tetiba aku rasa sakit dan Dr tambah lagi ubat. huhu... Mak kata Dr tu tak bius banyak sbb dia takut bengkak. Ermm maybe, sbb lps operate aku terus rasa sakit sbb ubat dah ilang and sakit tu tak la lama..Alhamdulillah.

2 hari MC, hari ni da masuk keje. Jangan la sakit lagi pasni. Kata Dr, celloid ni maybe akan growth lagi, so aku kena jumpa Dr once in a month untuk jab. Erm.. Altho aku takut jarum, tapi what to do. Kena la ikut cakap Dr.

Sunday, February 5, 2012

Cuti panjang- Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 1433H. Ada 2 hari lagi cuti sblm masuk keje Wednesday nanti. Masih lagi di kampung bercuti panjang. Actually aku just amik 2 hari je pun cuti last week, so dapat la 7 hari cuti campur Maulidur Rasul and Thaipusam. So alang2 da abis exam. Balik kampung nak jumpa family kat kampung and today plak adalah tarikh kematian arwah pakcik tersayang. Che Ngah buat makan2 skit and buat kenduri doa selamat plak sempena nak pergi Umrah 16 hb nanti. Aku ngan Kak Yah amik bahagian menyediakan cup cakes and cakes.. So bz la dua org ni baking dan membuat kerja2 kreatif menghias cup cake. Sepupu Sepapat Sdn Bhd katanya. So pasni leh la bukak tempahan. hehe.

Penat jugak buat kuih ni. Maklum la, sblm ni kalau buat pun tak la banyak adunan, bila da buat banyak kali ni, tahu la penatnya..hehe.. tapi kepenatan terbayar bila bendanya menjadi and lagi2 plak, kuih2 tu untuk orang ramai yang datang tadi makan. Hepi bila org appreciate apa yang kita buat. Kepenatan pun terbalas suda.. :)
 

Tuesday, January 24, 2012

Universal Studio Singapore- 22 January 2012

Ok.. entry ni pasal episod jalan2 yang tak dirancang sangat. Ada dalam kepala, tapi tak tahu jadi ke tak je. So before gerak ke JB, passport da bawak sesiap, kalau jadi ke Singapore..jadila.. kalau tak? kitorang nak pi Melaka je. :) Tapi ditakdirkan kitorang leh sampai jugak ke USS ni. Sampai kat Tune, lepas check in, terus ke kaunter travel agent. Kat luar Tune ada opis travel agent ni. So bila tanya2, still ada tiket ke sana. So kitorang pun beli la. RM 205 seorang. Ni including tiket masuk USS dan Return bus ke sana. Kitorang gerak pukul 8.30am dan balik pukul 9.30pm. Sbb lama sangat aku sesiap bawak baju nak tukar kat sana. Sure panas kat sana. Last pi Singapore dulu... sangat tak selesa and mmg kena tukar baju.

Tiket masuk USS
Dalam pukul 10 lebih da sampai and masuk USS. Ermm first amik dulu map and jadual show2 yg ada. SO senang nak tuju mana. Kat sini ada The lost world, Ancient Egypt, Sci Fi City, New York, Hollywood, Madagascar dan Far-far away. So dalam satu pusingan la jumpa semua tempat2 tu.

Kat sini diorang adakan street entertainment, stage show, character meet and greet, parade and lake hollywod spectacular.

Tapi Parade tu yg dijadualkan pukul 6 dibatalkan sbb gerimis. Frust jugak, tapi nak buat camne kan. Cuaca tak mengizinkan. Pertunjukan bunga api tu pun kitornag tak tungguh sbb da melompat nak balik da.. tak sabar. hehee.. so tak nak tunggu la.

Apa yang aku ska kat sana, untuk stage show tu, jangan miss tgk Shrek and Donkey. Yang ni 3D show. Boleh rasa air terpercik kat muka, goyang2 masa naik kuda, labah2 merayap kat kaki.. best. sangat best show ni. Selain tu Pantage Hollywood Theater pun ok., Yang ni musical theater. Dalam 20 minit mcm tu. pun menyeronokkan.

Yang paling best ialah kat Sci City, kitorang masuk kat transformers. Perghhh.. 3D. Speecheless sbb kitorang sakit tekak menjerit dalam tu. Sapa yang pegi sini kena wajib masuk sini. Aku beratur almost sejam nak masuk sini, walaupun show tu just 10 minit je kot. Tak ingat nak tgk jam.. :) Still rasa worth beratur lama2 tu. So kalau datang awal2 pagi.. untuk elakkan penat beratur, terus pi kat transformers ni.

Sbb aku ni takut nak naik roller coster semua.. so aku tak la naik benda alah tu. Apa yang aku buat ialah bergambar and jumpa karakter2 tu. Charlie Chaplin aku tak amik, sbb penat tgk org kejar2 dia.. hehe..

Lunch lak, ada kedai halal kat situ, area ancient city. Ada kedai ala2 Arab la. Kat sini ada Nasi beriyani. So kitorang makan kat sini je. Potionnya banyak. So ok la. Sbb lapor..walaupun banyak.. habis jugak kitorang makan.. hehehe. Nama kedai tu Oasis Spice Cafe.

So bawah ni pic2 yang sempat di snap. Kamera ku da buat hal, so harapkan handphone je la.. huhu. anyway nasib baik ada handphone ni.. kalau tak... ingat dlm kepala je la.. hehhee.


Wajib bergambar depan globe ni tapi malas nak pi dekat2 sangat, ramai orang . :)
Ngan pingu kat Madagascar
 
Ancient City

Kat Ancient city. Dari awal takut nak amik pic ngan diorang ni, last2 amik jugak



Ni Restoran yg kitorang lunch.. ok la.. not bad
Arina dengan Beriyani with Chicken, SGD 14.80

Me with Beriyani and mutton.. SGD 12.80

Ni street show kat New York Rd- The Rockafellas.
Ni tak tau karakter apa.. kitorang bergambar je. hehe


ni tempat stage show untuk musical theater.



So dah abis ronda-ronda.. kitorang balik dengan selamatnya ke Johor. Penat sangat tapi berbaloi. :)

Monday, January 23, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan di JB & Visit Johor Premium Outlet

At last sampai jua time nak pi jalan2 cari makan dengan Arina. Sebulan lepas da book Tune Hotel kat Danga Bay. Memang teringin nak makan kat sana. So dengan bantuan GPS, akhirnya kami selamat jua nak makan semua makanan2 yang mmg da lama teringin tu. Last visit to JB, Cik Yeen da bawak pi makan kat tempat2 ni, so kali ni, kami 2 org pun buat la sesi jelajah makan2 ni. Maklumla katanya nak lepas kan stress study after final exam.. Huhu.. Bertolak ealry in the morning ke Selatan. Dalam pukul 10.20am, da sampai ke Johor Premium Outlet. Nak ke sini sangat mudah. Dari KL amik exit Senai (U), after bayar tol amik kiri and pastu mmg ada signage yg menghala ke JPO ni. Kalau nak pi sini elok pi pepagi, org pun tak ramai, so best nak tengok2 barang. Teringin nak beli kasut and sling beg kat sini. Tapi frust sbb kasut yang nak dicari takde yg menariks langsung. Tapi alhamdulillah dapat jumpa sling bag yg ok di Fossil. Harga sangat menarik. So aku grab la satu tu. Ok la dari takde langsung. Cik Arina yang katanya nak temankan aku beli barang tu pun terjebak sama. Tapi kami membuat pembelian yang berhemah la. :)


Lepas da abis kat JPO, terus la gerak masuk JB.. Sebab cik GPS asik hang je awal2, kami tersesat nak cari Larkin. Kenapa nak pi Larkin? sbb nak kena pi Plaza Larkin, berdepan dengan Terminal Bas Larkin. Kat sini nak makan roti Kacang Pool, Laksa Johor , Mee Rebus dan jugak rojak Asma. hehe.. Alhamdulillah sampai jua ke Plaza Larkin ni. And kami dapat makan semua makanan tu.. Kagum sungguh dengan kehebatan makan kami ni. Sanggup tu hadap semua tu. Tapi Rojak Asma tu tapau dulu. Sbb mmg tak larat nak makan kat situ. Hehe..

Sempat snap Roti Kacang Pool, kat Johor je leh jumpa ni.. :)

 
Lepas makan terus la pi Check in kat Tune. So masa tu jugak la decide nak sambung sehari lagi esok sbb nak pi ke USS Singapore. Ni adalah rancangan tambahan walaupun passport da bawak sesiap, in case trip ke Singapore ni menjadik.

Malam keluar makan lagi. Kali ni destinasi nya ialah ke Taman Sentosa nak pi makan bubur kat situ. Tapi sempat pi Angsana dulu sbb nak tukar duit Singapore untuk ke USS esok. After that dengan bantuan GPS terus la ke Taman Sentosa nak makan bubur kat situ. Rupanya lupa jugak nak snap pic bubur ni. Hehe.. So dengan hepi nya 2 org ni makan bubur kat sini. Set bubur ni datang dengan bubur nasi semangkuk, kangkung goreng, telur asin, lobak asin dan bilis goreng Kitorang makan 2 org just 10 ringgit. Hehhe. murah dan sangat sedap. :) Lepas makan je terus balik sbb kena tido awal nak pi Singapore esok.. zzzzzzzzz

Set Bubur Nasi di Taman Sentosa...nyum2
Hari ketiga nak balik, kitorang sempat late breakfast kat Hutan Bandar, sekali lagi nak makan roti kacang pool kat sini. Di samping roti kacang pool, kami makan jugak lontong kering plus paru kat sini. Sangat besttttt... burpp.. Alhamdulillah.

Lontong Kering dengan Paru
Lps bfast, jam baru je pukul 11 pagi. ermm... Mcm mana nak pi beli murtabak Kg Melayu nak tapau, sbb mmg tak bukak lagi. So kitorang pi Jusco Tebrau City nak kill time sambil gunakan Baucer Buku 1 Malaysia beli buku. Jauh sungguh beli buku kali ni, sampai ke Johor.


Beriyani Ayam , RM6.00

At last berjaya jugak pi tapau Murtabak Kg Melayu tu sbb dah pukul 2.00pm, kedai tu da bukak. Kedai ni terletak kat betul2 depan Masjid Kg Melayu Majidee. Dalam wish list makan still ada, so pi plak kat gerai2 makan depan Pejabat pos. Best la nasi beriayani kat sini. And jangan lupa nak makan ABC special kat sini. :). Sbb Cik Arina mengidam nak otak2, nasib baik kat sini ada. Sbb banyak order, aku pun buat muka kesian kat budak yg jual tu, then dia bg la aku beli dulu altho q nak beli otak2 tu banyak. Alasannya senang je, bg la aku dulu sbb aku nak balik KL.. hehe.. tapi alasan tu betul, tak tipu. :)



Lepas makan2, terusla kami gerak balik KL... And alhamdulillah sampai KL dengan selamatnya walaupun cuak giler masuk ikut jalan belakang after LEKAS hi way. Konon tak nak jam kat hi way sg besi tu.huhu... SO next trip?? mana ya... :)

Lunch @ Nando's, Gathering katanya...

Friday lepas lepak lunch ngan bestfren2 ku yg diva tu.. hehe.. Cik Yeen ada kat KL. So kuar la lunch sama2. Kak Mah & Kak Nol tak le join sbb bercuti. So berempat je la. So nak cari tempat makan yg leh sembang2 best skit..  aku teringin nak pi Food Court, tapi sbb nak tempat yg leh gossip tu.. so pilihan nya ialah Nando's. Aku kureng skit kat sini, so sbb jarang masuknya. Pilih makanan pun base on recommendation kawan2 ku yg sejati tu la.. :). Seperti biasa upacara snap sana sini dilakukan. Hasil seperti dibawah.. :) And diet ku? Hancus lagi la... :)

 Chicken Breast Fillet Burger
quarter chicken meal
quarter chicken meal

Cik Ayeen and Cik Yeen


Lagi gambar gediks kami.. hehe
Lepas makan2.. terus balik opis.. sambung keje da.. tapi aku je yg sambung.. yg lain semua cuti sudaaaa.. jelesss tapi terpaksa masuk opis sbb da lama sangat aku cuti..huhu...

Thursday, January 19, 2012

Last Paper.. Yay?? Shopping... hehe


Bfast sesorang sambil berdebar2 nak exam jap lagi.. huhuhuhu..
Alhamdulillah, hari ni 19/01/2012, last paper aku kat Shah Alam. Tak tahu la mcm mana citer nya tu. dalam sebesar2 dewan raja muda tu, aku yg mula2 kuar. 2 jam aku da setel huhu.. Tak tahu nak tulis pe lagi. Kena la kuar. Tanak la tengok skrip jawapan lama2, kan tembus lak nanti. Banyak lagi urusan aku nak buat pasni. First pi Tabung Haji PKNS. First time aku pi situ sorang2. Hehe.. ok la, niat yang baik dipermudahkanNya.. Amin.
Pastu terus gerak pi Riang2, lunch ngan kak Mahani. Pastu terus pi Mid Valley. Temankan org shopping. Hehehe.. masuk Bobbi Brown.. niat nak beli jugak, tapi bila tengok harga.. ermmm tak mampu la. So pi je la Body Shop.. hehhe.. Tapi Kak Mahani nampak cantik dengan sentuhan amoi tu tadi. Chanteqqq.. and i taste sangat.

Balik umah, lepak ngan Cik Yeen yang baru balik dari Cameron sambil minum2 tea Cameron sambil ngumpat2, then kuar lagi pi BV. Hari ni Dorothy Perkins kalau guna student card, dapat 10% discount. Kat Dorothy Perkins , Discount 10% for student ni just ada Tuesday and Thursday je. So aku mmg nak cari Jeans. And saiz aku yg kecil molek ni...huhu... just ada kat BV je. MV, SP semua da takde stok. So tadi sangat tak menghampakan. At last dapat jua jeans yang dicari2..Thanks to Cik Yeen sbb temankan wa.

Note : Aku ni da abis paper tadi.. tapi kenapa cam tak release je.. ermmm.. jangan la aku fail.. huhu... Ya Allah, luluskan la aku ni.. :) Aminnnnnn