Sunday, January 17, 2016

Melawat Batam Indonesia - Hari Kedua

Hari kedua ni, aku dah book driver teksi untuk bawak pusing2 Batam ni dan seterusnya hantar ke terminal feri. Tak berniat nak pusing jauh2 pun.

So pepagi selepas breakfast, kami tunggu Supir datang menjemput. Kami terus check out hotel dan masukkan barang-barang dalam bonet teksi. Teksi ni Vios. Ok la untuk kami berempat.

So destinasi pertama ialah Jambatan Barelang. Tak tahu kenapa semua orang nak pergi sana, so kami pun pergi juga la kan.. hehe.. sesampai kat sana, baru Nampak. Kat situ ramai kereta yang berhenti tepi2 jalan. Kebanyakannya bergambar la. Dari atas jambatan tu, Nampak view laut yang cantik. Kat sini jugak banyak yang menjual kat kaki lima. Lepak2 hirup udara segar skit, then kami meneruskan perjalanan.

Kami stop jugak minum jus buah Naga otw balik daripada Barelang.

Basically kami hanya melihat kawasan melalui dari kereta je. Supir tu yang banyak bercerita pasal Batam ni. So aku tunjuk gambar je la.







Kat ladang Buah Naga


Ini kat Masjid Raya..So pas solat Jumaat, kami terus balik Malaysia :)


Pada aku Batam ni ok la, kalau nak berurut and spa2 ni okla.. shopping tak sangat kot. Pada aku la. Orang lain maybe ska. So percutian 2 hari 1 malam berakhir sudah.. :)

Melawat Batam Indonesia- Hari Pertama

Kali ni nak update trip aku dan keluarga di Batam Indonesia. Actually dah lama ayah duk sebut2 nak gi Batam ni. Aku pun tak sure apa ada disana. Oleh itu aku dan H pun bersetuju nak bawak mak dan ayah ke Batam. Aku ada jugak google2 apa ada di Batam. And bila dah pergi sendiri, tahu la sedikit sebanyak keadaan di Batam ni.

Dari terminal Stulang laut. Ayah all the time ngan video cam :)
 

Hari pertama :
Kami berempat bertolak daripada KL ke Stulang Laut Johor. Kami akan ke Batam dengan menaiki feri. Terminal feri ialah di Stulang Laut Johor. Waktu Feri ke Johor banyak je. Every sejam pun ada. Cuma kena decide nak ke Batam Center atau Bay Harbour. Jarak antara 2 jeti tersebut dalam 20 minit. Info aku dapat daripada yang jual tiket di Stulang tu la.

Aku memilih tiket return dari Stulang Laut ke Batam Center. Untuk balik ke Malaysia, mesti naik di terminal yang sama, iaitu Batam Center. Beza Harbour dan Batam center terminal ni adalah bilangan perlepasan. Feri yang berlepas daripada route Stulang Laut-Batam Center lagi banyak daripada route Stulang Laut-Harbour. Harbour tu ada 4 je waktu perlepasan feri. 

Kami menaiki feri jam 11.30pagi. Sepatutnya 11.00 pagi tapi delay plok.. maybe sbb hujan. So perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami tiba di Batam jam 11.50pagi waktu Indonesia. Waktu di Indonesia lambat sejam daripada Malaysia.
 
Sesampai di Batam Center, kami terus ke kaunter teksi untuk ambil teksi ke hotel. Kat sini sudah ada jadual harga. So kita tak tertipu la. Pekerja kaunter akan tuliskan resit harga dan kita akan bayar terus kepada driver teksi bila tiba ke destinasi nnti.
 
Kami memilih hotel Crown Vista. Hotel ni dalam 10-15 minit perjalanan menaiki kereta. Aku pilih sbb ada free shuttle ke beberapa mall yang terpilih. Kat sini check in pukul 1pm, so kami tiba dalam pukul 1pm di hotel dan terus check in. Di kaunter reception jugak, aku dah siap2 book nak naik shuttle ke mall. Ada jadual untuk free shuttle ke mall di area Batam ni, aku nak ke Nagoya Mall, tapi tiada free shuttle pada tarikh aku sampai. Yang ada ialah ke Batam Centre Mall. Tapi kami belasah je naik dulu. So jam 3 pm kami naik shuttle, after kawtim ngan driver, kami dapat ke Nagoya, tapi bayar skit la.. dalam 40,000k rupiah,.. hehe.
 
Kami makan di kedai masakan Padang berdepan dengan Nagoya Mall ni. Makanan not bad la, Aku ska rasanya. Lupa plak nama kedai ni. tapi signboard colour kuning. hehe.
 
Kat sini tak de shopping pun, buat pembelian berhemah je. and yang paling best kat sini, deretan kedai2 urut. Daripada yang eksklusif sampai ke cikai2 Nye tempat :). Aku dan H pilih kedai yang sederhana. Kedai ni menggunakan minyak serai. So aku berminat nak try kat sini. Aku just refleksologi kaki, dan H plak buat urut seluruh badan dan bekam angin. Harga untuk sejam setengah bekam n urut ialah dalam RM90 sahaja. Aku plak urut kaki selama sejam dalam RM50.
 
Sebelum balik hotel, kami just makan kat Old time white coffee café kat mall. Niat nak makan seafood di Golden Prawn tergendala sbb mak nak balik awal ke hotel. :)

Layan gambar di bawah :

Sempat makan instant noodle dalam feri :)

Welcome to Batam :)

Breakfast at Hotel

Mak & ayah

View daripada hotel

Mak skodeng.. :)

Me and Hubby :)


 



Tuesday, December 1, 2015

Cuckoo Water Purifier

Last week aku dan H jenjalan Mid Valley. Kebetulan ada renovation fair. So kami saja la jenjalan tengok kalau ada yang menarik perhatian. And memang ada yang menarik perhatian kami iaitu, Cuckoo water purifier. Actually aku memang dalam proses nak tukar water filter kat rumah. Sebelum ini ada guna yang cosway. Tapi aku ada kesukaran skit untuk bersihkan water filter tersebut, sbb aku malas hehe.
 
So yang cuckoo ni aku amik sewa beli. And bulanan akan dicajkan kepada kad kredit. Kalau sewa beli ni, setiap 4 bulan, pihak cuckoo akan datang servis di rumah, dan kita tak payah nak servis sendiri. Cuckoo akan menggantikan filter yang perlu ditukar dan harga adalah termasuk di dalam sewa bulanan tu. So tak payah nak fikir dah kan.
 
Selepas membuat order, 1 Disember cuckoo dah dipasang kat umah aku. Setengah jam je diorang datang pasang. :)
 
Aku pilih yang paling murah la kan. :) Yang ni bulanan RM98, termasuk GST jadi lah RM103.88 sebulan.
 
Aku pilih yang Fusion Top ni disamping paling murah, ianya dah mencukupi untuk kegunaan aku dan H.
  • Design yang cantik :)
  • Senang dibersihkan
  • Penggantian filter yang cepat ( dalam 4 bulan, akan ditukar bila wakil servis cuckoo dtg kerumah untuk servis)
  • Hot dan cold water. Kalau nak room temperature, kena switch off cold water.
  • Switch berasingan untuk hot dan cold. So boleh tutup dan bukak secara berasingan
Cara berfungsi (6 Filter)
  1. Sediment Filter : Eliminate impurities (Rust, deposit, particles..)
  2. Pre Carbon Filter : Primary absorption removes odors, organic substance..)
  3. Filter 3-5 (Natural Filter) : Secondary absorption & mineral eruption, mild alkaline water 7.5ph to promote healthy body pH balance,  Abundant hydrogen to protect against ROS
  4. Nano Positive Filter : The electric collector of positive charge absorb negative virus & harmful substance
 
Penerangan di atas aku amik daripada website cuckoo, Nak tahu lagi detail, kena lawati website cuckoo atau boleh ke booth cuckoo yang berdekatan. Banyak je sekarang ni tempat jual cuckoo ni. :)

Ini yang jadi pilihan aku.. selamat ber cuckooooo



Sunday, November 22, 2015

Dinner @ Ocean Hauz Bangi

Hari ni kita masukkan cerita makan-makan. Semalam H amik aku daripada PD, 3 hari berkursus disana. Yang tu pun nak cerita jugak nnti. Pengongsian Kerohanian.. :) Sebelum tu aku nak share pasal makan kat OCEAN HAUZ kat Bangi.
 
Dalam pukul 4 lebih camtu dah sampai kat ocean hauz ni. Ujan renyai2. Ramai jugak kat dalam kedai, tapi still ada meja kosong.
 
Konsep kat sini, mcm makan kat kedai ikan bakar la jugak. Pilih2 seafood, timbang dan cakap nak masak apa. Then terus bayar. Di kaunter jugak diorang bg kertas putih ala2 mah-jong paper tu dan jugak apron plastic. Material kertas ala2 mah-jong tu ala2 kertas bungkus nasi tu. So yang berkilat kena kat atas masa nak hampar kat meja nnti.
 
So dekat Ocean Hauz ni ada pilihan2 seafood yang menarik. Lupa nak snap pic kat tempat pilih seafood, tapi pilihan boleh tahan la, semalam aku pergi udang saja ada 4 jenis rasanya, semua besar2 dan segar. Ada jugak sotong, king crab, lobster, kupang, lala,scallop dan ketam bunga. Aku teruja nak order King crab, tapi memandangkan H tak leh makan ketam, so batalkan niat dan aku order je la ketam bunga..hehe.. Tapi too bad, ketam aku pilih smlm tak segar sangat. Takpe la.. malas nak complaint.
 
So bila dah pilih seafood, beratur nak bayar dan bgtau cara masak. Kat sini ada 3 sos, blackpepper, lemon honey dan satu lagi aku lupa tapi ada pineapple. Disebabkan tak tahu nak masak apa. Kami mintak je diorang cadangkan. So diorang pilih ikut kesesuaian. Udang tu diorang buat lemon honey, lala blackpepper, ketam dan sotong kuah yg ada pineapple tu. Then kami tambah 2 butter rice.
 
Harga pergram telah diletakkan, so kena pandai2 pilih la. Actually apa yang kami pilih ni boleh makan untuk 4 orang. So kalau pegi ramai skit, lagi meriah. Tapi kami berpuas hati dengan udang tu. Besar2 dan segar.
 
Ok, aku share gambar2 je la kat bawah ni. Lain kali boleh pegi lagi nak try king crab tu. :)
 
Tak sabra nak ngappp

Udang honey lemon

muka penat tapi selera.. hurmmm

well.....

Diorang hidang pun daripada plastic.

Scallop...

Susunan.. satu persatu.

Ketam bunga

Ni la restorannya :)
 

Sunday, November 15, 2015

Bercuti di Sabah Part 3

Berehat sebentar di Hotel sebelum kami keluar nak dinner. Aku dan H bercadang nak ke restoran nelayan. Altho funny thing happened iaitu aku dan H waze jalan ke sana.. tapi sesat huh.. akhirnya kami Berjaya juga mendapatkan lokasi sebenar.

1) Restoran Terapung ( Restoran Nelayan)

Sampai dalam pukul 7pm, aku dan H mula order. Kami tak ambik ikan. Just amik sotong, udang , sah pak (mcm kupang) , ayam, sup sayur dan telur dadar.

Ini la pertama kali aku tengok telur dadar paling besar..huaaa.. aku ckp ngan H, mesti dia guna telur sepapan nak jadi telur dadar sebesar ini..huhu.. Orang kat sebelah pandang je lauk2 kami pilih. Macam nak makan 5 orang hehe.. seriously kami tak tahu portion dia besar2. Takpe la hadap je la kan.. End up makanan kami tak abis, dan kami tapau hehe.. Membazir kot nak tinggal makanan camtu kan.





Siap tapau tu..
2) Pasar Malam Kampung Air

Selesai makan, aku dan H terus mencari Pasar Malam Kampung Air. Kat sini aku baca2 barang yang dijual lebih murah berbanding Pasar Kraftangan. So aku terus borong kerongsang mutiara yang dikirim oleh kawan dan aku beli beberapa untuk aku juga. Kat sini mcm tak ramai org.

Rambang mata nak memilih brooch :)

Di Pasar Malam Kampung Air
3) Pasar Malam Sinsuran & Pasar Ikan Masin

Selepas itu kami beredar menuju ke area Pasar Besar KK, Pasar Kraftangan(Pasar Filipina) dan Pasar Ikan Masin. Semua pasar2 ini berdekatan dan sebelah menyebelah. Sesiapa nak jalan kaki je pergi ke pasar2 ni, boleh stay kat Le Meridian. Kat area sini lagi meriah. Disini juga ada Pasar malam, disini di panggil Pasar Malam Sinsuran. Sini lagi ramai manusia. Maybe sbb banyak tempat makan. Kalau kami tahu semeriah ini, memang kami makan area sini hehe.. So H kata, lain kali kita dating lagi area sini..hehe.

Aku terus ke Pasar ikan masin dan membeli udang kering dan ikan bilis, Sini udang kering dan ikan bilis sangat cantik dan baru. Harga pun berpatutan. Aku terus borong kat sini. Plus aku juga beli kuih cincin dan kerepek amplang kat sini juga. So senang nanti balik hotel dan boleh pack. Maklum esoknya aku dah nak balik KL.

Hari Terakhir ( Selasa )

1) Pasar Besar Kota Kinabalu & Pasar Kraftangan (Pasar Filipina)

Pepagi Selasa aku dan H check out hotel dan kami jenjalan kat area pasar besar plak. Saja nak tengok seafood fresh2, altho aku tak berniat nak beli pun. Tapi nak mencuci mata :). Sangat terpegun la ngan keadaan kat pasar tu, semua fresh2 dan murah jugak. Ermm bestnya jadi org Sabah ni kan. Makanan pun segar2. Sempat la aku snap pic seafood2 segar ni. Gerammm tengok. Btw boleh je beli, diorang akan tolong pack kan, tapi aku takut terlebih muatan. Tapi bila pi airport, semua org carry je kotak2 seafood tu wat naik kapatebangggg.. takpe2, lain kali nak pegi dah tau kan.. :)

OOO.. aku pi jugak Pasar Kraftangan (Pasar Filipina) sebab smlm tak sempat nak masuk. Ok la.. cuma padat and harga mcm a bit mahal compare to Pasar Malam Kampung Air.





Semuanya masih idup ni..





Kat depan Pasar Kraftangan ( Pasar Filipina)

So kami selamat tiba di KLIA2 pada pukul 2.40pm. 20 minit awal daripada jadual. :) Alhamdulillah.

Sehingga percutian lain nanti :)..


Wednesday, November 11, 2015

Bercuti di Sabah Part 2 (Pulau Manukan & Pulau Sapi)

9hb 11, aku dan H bercadang nak ke Pulau Manukan. Sepatutnya pepagi nak ke situ, tapi disebabkan kami terlupa nak bawak sun block bagai.. so pusing2 la Bandar KK dulu nak cari benda alah tu.
 
Untuk ke pulau, perlu ke Jesselton Point. Kat situ kita beli tiket dan seterusnya depart ke Pulau2 yang kita nak pi. Ada banyak pakej jugak. Samada nak ke satu pulau je ke, 2 pulau ke, island hoping ke atau nak ke pulau dan buat aktiviti air seperti parasailing and banana boat. Macam-macam ada, Tapi aku tak feeling nak buat aktiviti. Aku bercadang nak rehat je. So hanya H yang sewa kelengkapan snorkelling dan life jacket.
 
Pukul 11 mcm tu kami bertolak ke Pulau Manukan. Kami naik sekali dengan budak2 yang nak pi pulau manukan dan pulau sapi. So pakcik bawak bot tu hantar kami ke Pulau Manukan dulu. Dan janji nak amik dlm pukul 2.30 untuk ke Pulau Sapi. So aku dan H dipelawa sekali untuk ke Pulau Sapi tanpa bayaran, sbb pakcik tu kata, kalau aku dan H ikut sekali ke Pulau Sapi, so dia tak payah dating Manukan semua untuk jemput kami. Aku dan H hokey saja :).
 








 
 
Bermula la aktiviti pantai H. Altho Nampak dia tak happy sangat sbb aku tak join sekali. Aku ingatkan takde yg nak jaga barang sepanjang kami nak main2 air, rupanya ada penjaga barang yang ditugaskan. Ishk.. takpe la.. aku tak bawak cukup barang nak basahkan baju. So aku lepak la kat tepi pantai sambil tengok H bermain2 air :). Takpe la dear, nnti kita pi pulau lain kita snorkel sesame la ya.. :)
 
So dalam 2.30 kami ke Pulau Sapi, tapi malangnya hujan, so tak dapat la bermain air kat situ. So kami buat keputusan untuk balik je sebelum ribut melanda... :)
 
Then kami terus balik hotel. Btw lupa nak mention, kami park je kereta kat mall sebelah jesselton point. Suria Mall kalau tak silap namanya.