Thursday, July 29, 2010

Encik MahMOOD takde...

Erm.. now actually aku kat kelas ni. One of the project dalam course ni ialah create blog. Ermm best la jugak kan. Tapi sekarang macam tak de mood nak update blog belajar tu. Orang lain dah start. Aku?? blogging jugak tapi platform yang lain. Sungguh tak de mood. Maybe sebab hari ni makan banyak sangat. Kenyang sangat dan menyumbang kepada kelembapan otak dan segala-galanya la.

Kenapa kenyang sangat? Jawapannya, hari ni ada makan-makan kat ofis. Menu nya sangat menarik :
1) Nasi Putih
2) Daging salai masak lemak cili padi
3) Telur masin
4) Ulam-ulaman
5) Udang Masak merah
6) Ikan masak asam pedas

Desert
1) Puding laici
2) Puding roti
3) Tembikai & Orange

Ermm.. so itu la penyebabnya aku ala2 ular sawa kekenyangan dengan makan sebanyak 2 kali.. huhu.. 2 hari posa sebelum tu .. hari ni aku cover baekkk punya.. huhu

Lupa plak nak amik gambar hari ni. So post ni sangat bosan la. Tak de gambar all. Dengan sorang-sorang dalam kelas ni sebab partner coti kelas la plak ..bz kat opis. So sangap la ni.

Bercakap pasal mood ni. Hari ni jugak aku jadi serba salah. Kadang2 kita ni tak tahu kan apa yang boleh dan apa yang tak boleh kita cakap. Maksudnya ada benda2 yang pada kita tak sensitif pun, tapi pada sesetengah orang, benda tu sangat sensitif. Tapi mcm mana kita nak tahu samada benda tu sensitif ke tidak? Tahu la bila kita dah tersebut, and orang tu pun bagitau kita yang apa yang kita kata tu sensitif padanya. Bila fikir-fikir balik, macam lebih baik jangan cakap terlalu banyak. So sebab aku ni becok la sangat, kena la train diri ni biar jangan jadi penglipurlara sangat. :)

Sangat bosan dalam kelas ni, bila la aku leh balik ni.. dah tak tahu nak tulis apa lagi ni.....ok... Dah abis kelasss daaa.. at 8.45pm.. i love lecturer ni.. mmuhaahhhhh :)

Sunday, July 25, 2010

Mantra... **

Lupa lak nak masukkan entry pasal citer ni. Last 2 week kot pi tgk citer ni. Dengan lesbo partner yang sekarang ni dah berjinak-jinak nak tengok citer2 genre SERAM ni. Kira ok la. Dah leh layan citer-citer camni.



Citer ini mengisahkan Muzir(Zul) yang dianiaya oleh Hasbi(Hasnul Rahmat) sebab nak rampas isteri Muzir(Ana Dahlia, pelakon baru ni.. comel laa) daripadanya serta mahu melengkapkan ilmu yang dituntutnya. Akibat hal itu, Muzir ditangkap oleh orang kampung sewaktu sedang selongkar kubur pada waktu malam dan dipenjarakan.

Sewaktu di dalam penjara, Muzir ditempatkan di sebuah bilik khas di mana bilik itu merupakan tempat pesalah - pesalah yang mempunyai ilmu hitam sahaja. Dinding bilik itu di lukis kalimah - kalimah Al - Quran. Di dalam penjara itu, Muzir dihasut oleh seorang lelaki tua untuk menerima ilmu syaitan yang terdapat pada lelaki tua terbabit. Tang sini yang musykil skit ni, orang tua ni antu ke atau pun roh. Sebab dia datang melalui dinding.. camne tah.. nak citer pun tak reti, tapi masa org tua ni kuar dari dinding, satu panggung gelak la.. kelakar pun ada. Tak scary dan org tua tu cam ... ermm ntah la, pendek kata tak takut laaa..

Muzir ni pun terima la ajaran sesat tu, sebabnya dia frust bila wife dia mintak cerai dan nak kawin ngan Hasbi tu.At last Muzir jadi pewaris kepada ilmu sihir orang tua itu.  Pastu dah kuar dari penjara, dia pun amuk la.. gaduh2 ngan Hasbi.. bunuh orang sana sini.. mak mentua dia pun dia bunuh la.. And last sekali muzir n hasbi dua2 pun mati (guna ilmu hitam kan.. so kalah dengan Ustaz yang guna ayat2 Quran dalam melawan mereka berdua tu)

Ending cam lebih kurang citer Santau. Bila bomoh pun kalah, akan merujuk kepada Ustaz yang guna ayat2 suci dalam melawan serangan syaitan ni...

Tapi kalau Santau aku bagi 5 bintang, citer ni aku bagi 2 1/2 bintang je. Tak best la sangat. Tak seram la..

End :)

Sale sana sini...

Hari ni pepagi lagi keluar temankan ayah pi servis kereta. Niat dihati ni nak pegi servis je la, jangan la melencong je kemana-mana. Tapi nampaknya tak kesampaian. On the way back, laju je menuju ke Mid Valley. Ok..citer di Mid Valley ni memang mengugat jiwa dan nafsu.. huhuhu... Semua tempat pun naikkan poster-poster sale.. Up to 50%, 70%... Aku tahan lagi. Niat nak beli Kinohimitsu mak je. Jalan la ke farmasi Caring yang selalunya paling murah dibanding kan dengan farmasi-farmasi lain.

Sedang jalan menuju ke Caring, Harvey Norman buat announcement, time aku lalu depan kedai tu jugak la H.Norman buat Happy Hour untuk langsir.. Ermm.. Aku memang teringin nak beli langsir ni. Singgah la.. then tengok-tengok cam menarik.. Apa lagi.. At last tergantung la langsir tu kat umah aku seperti kat bawah ni. Sepatutnya bulan ni tak leh beli langsir lagi.. sebab banyak komitmen lain. Tapi tak per la, alang2 tengah sale. Beli la dulu...

Material : Cotton. Sila abaikan kaki adik aku tu. Tido la sangat petang-petang kan...

Banyak lagi kedai-kedai yang buat sale best-best ni, antaranya yang menggugat keimanan aku tadi ialah Nichi (Tapi memang tak nak beli baju daaa..) So alhamdulillah tak tergoda. Carlo Rino lak buat sale jugak. Kat sini aku beli la jugak sandal untuk mak. Dah lama tak beli untuk mak ni, ok la, buat raya kan. Kasut yang aku nak plak, seperti biasa la, takde saiz. Maklumla saiz tapak kaki aku ni saiz kebanyakan orang (5 dan 6). pastu kasut tu tengah diskaun lak tu.. kim salam je la. So dengan frust nya keluar dari Carlo Rino. Nasib baik sandal mak ada lak stoknya. Kalau tak double frust la.. :)

So balik la dari Mid Valley. Nak rehat lak, malam nanti nak kena pi KLIA lak amik adik yang baru balik. Ermmmm mintak-mintak la jangan la tergerak lagi hati ni nak pi jalan-jalan kat Mid lagi. Kopak la poket aku ni time-time sale cam ni.. huhu..

End :)

Wednesday, July 14, 2010

Movie Lagi

Akhirnya tak jadi jugak nak pegi keje. Kemas-kemas dapur, sekali tengok jam dah kul 12.00 tengahari. So apa plan yer... Online jap tengok ada citer apa di MBO. Knight & Day ada, show kul 2.00ptg. Ermm, sempat la. Hari ni bila duk umah ni, mood memasak lak ada, tengok dalam fridge, banyak gak bahan-bahan. Misi Gayah yang penuhkan fridge ni. Ada ikan tenggiri, daging , udang harimau, dan sayur jugak. Hari ni nak masak kari ikan tenggiri dan sayur je la. 

Pukul 2 je, aku dah pun kat dalam MBO. Adala dalam 10 orang kot dalam panggung tu. Aku duk ala-ala cleopatra, conquere 3 seat gitu. Dengan berselimutkan shawl Istanbul ekekke. Memang terasa cam cleopatra abesss la. Hari ni batuk cam da berkurang.. Alhamdulillah. So leh la tengok movie ngan tenang nyer.

Knight & Day ni citer nyer boleh tahan la jugak best nya. Altho kisahnya berebutkan bateri kecik je. Bateri yang konon-kononya leh musnahkan satu bandar la, kalau jatuh ke tangan yang tak bertanggungjawab. Kesahnyaaa laa. Lakonan Tom Cruise tu ok la, macho2 gitu kan. Wataknya sama la macam dia bawak dalam citer M.I. Watak pompuan lak, cameron diaz pun ok la, dalam citer ni, dia baru2 nak dapat skil gado2 la.. tak macam dia berlakon dalam Charlie's Angel. Overall, aku bagi citer ni 3 setengah bintang. Walaupun citer ni amik masa 2 jam lebih kurang , sebab aku keluar dari panggung tu dalam 10 minit to 4pm, tapi aku tak la rasa boring dan nak tido ke.. So aku rasa citer ni ok la. Ada la unsur-unsur lawak skit, romantik skit.. Cukup la garam gula nyer..

Abis citer je, terus balik. Apa nak buat yer.. Bukak fridge lagi.. Laaa.. ada pisang lak. Dah nak layu ni.. Kulit pisang dah nak tukar itam dah ni. Ermm.. Nak buat apa ngan pisang ni yer. Kalau tak buat pape ni, alamatnya masuk tong sampah esok lusa ni. Tepung ada, so buat plak cekodok pisang. Giler surirumah ari ni, semua pun nak masak. Hehehe.. Memang aku tak leh jadi full time housewife ni, kalau tak, alamatnya saiz aku jadila sebesar saiz peti ais aku ni.. huhu. Mana tak nya, masak and yang makan?? Aku jugak.. Tidakkkkk...

Sambil makan cekodok aku bukak la TV3. Senyum sorang-sorang lak, ingat kan citer Filipina je ada citer Ikan Duyung( Dyssebel). Citer Melayu pun ada. Citer ni tajuk nya "Duyung Aridinata". Kul 4.30 kat tv3, kat tv9 lak kul 8.30 kot.. kalau tak silap. Citer ni terbalik skit la version nyer, biasa duyung pompuan yang jatuh  cinta ngan manusia, tapi dalam citer ni duyung lelaki (Zack, Si capik) lak yang jatuh cinta ngan manusia (Fasha Sandha).Yang kelakar pasal citer ni tadi bila tiba babak Maria Farida yang bawak watak witch/dukun duyung. Namanya sangat komersial.. "Mek Melusa".. ekekeke. Bila dia baca mentera dia, time tu la yang lawak.

Banyak lak cakap hari ni, asik tulis blog kan.. ekeke.. k la , chow :)

Tuesday, July 13, 2010

Kemalasan Melanda


Semalam lagi bila balik dari sekolah, badan macam dah letih2 sangat. Drive dari Shah Alam ke rumah rasa macam jauh sangat. Tak sampai-sampai. Maybe badan dan letih sangat. Kepala pun macam pening2 je. Tah apa yang tak kena pun tak tau, ke sebab batuk? pape je ler...

Balik umah, sempat tengok Desperate Housewives. At last boleh jugak tengok sampai habis. Kalau tak separuh jalan, mesti tv lak tengok aku. Then tido.. ZZZZZZZZ

Bangun pukul 6 pagi, kepala macam sakit. Terus ambil hp dan text boss. Hafday or EL terus. Jam sekarang dah pukul 1048 pagi, kepala cam dah tak sakit sangat. Terpikir jugak nak pi opis. Dari tadi hp asyik berbunyi je. Duk umah pun tak aman.

Kenapa la aku letih sangat. Pikir2, maybe sebab minggu ni baru start kelas, so badan dan otak agak terkejut la. Ye la sebab dah lama sangat berehat kan. SO bila kena drive all the way to S.A. Then kena concentrate dalam kelas lak. Tu yang buat aku letih kot. Ermm.. hope later2 tak la letih sangat. Huhuhu..

Tak tahu nak tulis apa da.. semalam cam banyak idea, tapi bila dah bukak blog ni.. mengarut tah pape lak.. :)

Monday, July 12, 2010

Citer Antu.. best kottt

Semalam sambil duk lepak ngan mak, ayah n Judin. Nak tunggu turn urut kaki refleksologi daripada Judin, tak kesampaian kot sebab dia bz ngan urut mak dulu. Sambil jeling-jeling jeles tu and makan invite2 yang baru je belajar buat dari sorang kakak kat opis tu ( menjadi yer.. :) ) bukak la tv. Tukar-tukar channel sampai nak tercabut dah butang2 kat remote tu, nampak satu citer antu.. tajuk nyer sangat menarik. Citer ni kat Astro Prima. Citer bersiri ni start semalam(11 Julai) setiap pukul 10pm.


BISIKAN ARWAH... ermm citer Indon ke ni? Bila dah tengok rupanya citer antu melayu. Tajuk nyer cam best. Citer ni pasal roh yang tak tenteram nak balas dendam. Standard la citer2 antu, semua cam ni. Then tengok la..nak tengok kadar pendebaran tu. Ermm.. boleh tahan terkejut la jugak. Sebab ada gak adik Ju-on dalam citer ni.. then babak-babak ala2 nak tarik kaki daripada bawah sinki.. seram la jugak. Sebab ni baru episod pertama, so tak leh nak bagi komen banyak, tapi hati ni cam suka je ngan citer ni, sebab hantu2 yang lalu2 tu agak seram dan buat aku terkejut. Pelakon perempuann, Intan Azura, yang lelaki lak, aku tak kenal, tapi berlakon tak la kaku. Citer ni ada 4 episod je. So tak la boring nak ikut citer ni, tak de la sampai 12 episod ke, sampai kan hantu dah tak tahu dah nak takutkan org yg tengok ni cam ne kan... Kalau 4 episod je, cukup la idea nak takutkan penonton ni. :). Recap episod next week pun cam menarik. Tak sabar nak tengok.

So hope citer ni boleh bagi penonton rasa, ermmm macam ni la baru citer antu sebenar.
End :)

Saturday, July 10, 2010

Weekend...

Ermm hari ni masih tak berapa sihat. Demam dah kebah tapi still batuk. Teringin je nak makan durian tetapi kena lupakan dulu sebab kena makan ubat lagi. Tengahari pi ngan lesbo ke Masjid Wilayah. Ada wedding kat sana. Kawan lama dari Kusza, Tahniah Najib dan pasangan.. :) Sepadan dan sama cantik. Jamuan makan dibuat di Dewan Masjid Wilayah jugak.

Lepas makan, terus je balik. Duk umah sekejap, geng sekongkol lak text, ajak tengok wayang. Ermm.. pikir2 ok jugak, memandangkan mak,ayah n Judin pun takde kat umah. So lepas kemas umah, terus je pi NICHI. Ada sale.. ermm menariksss...

Lepas tu terus tengok movie.The Twilight Saga: Eclipse.


Citer ni ok la.. aku tengok yang no.2 dan ni no.3. Yang pertama sampai lani tak tengok2 lagi. Dari 5 bintang aku bagi 2 bintang je kot. Tak berapa menariks. Tak tahu kepada siapa-siapa yang baca novel nyer, maybe la suka. To me.. ermm ok je lerr.. lagi best aku tgk karate kid.. ekekeke..

End :)

Sunday, July 4, 2010

Tailor Mangkuk!!!!!

Pagi-pagi lagi dah mintak tolong mak tolong amikkan baju yang dah siap kat tailor baru. Sebelum ni kitorang satu family tempah kat tailor lain tapi disebabkan tailor tu excident baru-baru ni.. terpaksala cari tailor lain.

Bila baju dah sampai, fitting... ehhh... kain nya tak dibuat seperti yang kita nak plak. Pesan ari tu nak buat kain belah depan tapi yang jadi kain susun depan.. ermmm.. tak per la. Lepas tu pi balik kat tailor nak suh dia buat balik la kan.. Then sampai je kat umah tailor tu... kisah ni tak pernah berlaku pada aku.. memang hareeeeemmmmm la kan..

Tailor : Saya memang tak buat kain belah ni.. sebab kalau buat jugak, dapatla saham (dosa) pada saya sekali.

(Waaaa.. aku sungguh la terkejut kan. Boleh dia kata camtu. Nape sebelum jahit ari tu tak cakap pastu pandai-pandai jahit kain aku buat lain kan. Boleh je dia tolak awal2kan.. sial ke tak kan.. ni yang aku hangin satu badan. Tapi aku cool lagi. So aku dengan mak tinggalkan kain tu.. Muka tailor tu cam harem kan.. dengan selamba dia kata lagi .. ermm boleh la buat.. tapi lambat la skit.) Mau je aku tampar.. Sabar-sabar...

 Mau je aku tempik kat tailor mangkuk tadiiiii..

Aku ni geram sangat dengan orang-orang yang perasan diri sangat bagus dan rasa semua orang yang lain banyak dosa all.. Buat la keje sendiri, sibuk nak tentukan dosa pahala orang kan. Dah la kat opis pun ada yang mcm ni, jumpa tailor pun jenis ni gak.. huhu...

Pastu aku masuk kereta, then aku pikir balik.. buatnya dia buat lebih kurang kat kain aku tu, dah tak boleh pakai langsung kan..So aku decide nak amik balik kain tu. Tanak ada apa2 lagi ngan tailor yg rasa bagus sangat tu kan.. Sengallllllldan sangat mangkuk makcik tu.. geram laaaaaa...

Note: Tailor ni penyokong kuat parti ermmm... padan la nak judge orang je keje nyer.. Jaga la diri sendiri dulu.. geram la akuuuuu...

Friday, July 2, 2010

Balik Kampung...

At last balik kampung la jugak. Memandangkan dah lama dah tak boleh nak balik sebab baru je nak balik, misi gayah dan Pak Shah lak datang kan. So kali ni boleh la balik dengan Izudin. Test kereta baru kan.. So malam tu lepas je Solat maghrib, terus je gerak balik Ganu...

Tak nak cakap pasal perjalanan balik tu.. boring. Hari ni satu family pi KT. Nak pi tengok Tok sambil tu sekali la pi makan-makan kat sana. Dah lama teringin nak makan kat Mengabang Telipot. Dulu zaman sekolah-sekolah, mesti datang situ kalau nak makan seafood celup tepung. Situ sangat banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Kena letak tanda Jalan-Jalan Cari Makan ni sebab kat situ memang best.

Kedai yang dimaksudkan ini tidak bernama pun. Papan tanda pun tak de, tapi letaknya di Mengabang Telipot di tepi pantai. So kat bawah ni gambar-gambar yang sempat diambil. Maklum la, perut tengah lapar.. amik gambar cepat-cepat, lepas tu semua makan dengan bersungguh-sungguh.. :)

Semua yang di order- Licin selepas 30 minit.. :)
Ketam Celup Tepung
Cendawan Celup Tepung
Pari Celup Tepung

                                Me, Mak n Ayah, Not in the pic, Judin sbb amik gambar ni.

Jagung Parut.. Besttttt

Lepas makan, terus la balik umah.. Maklum la dah kenyang kan. I loike makan-makan di Mengabang Telipot.. Terus teringat memori zaman dolu2 ngan kawan-kawan KUSZA.. :)