Monday, November 21, 2011

Sea Game : Harimau Malaya vs Indonesia


Hari ni dengan senyuman aku nak masukkan entry bolasepak untuk kali kedua kot. Aku bukannya minat sangat tgk bolasepak ni, tapi lately ni mcm leh follow laks.. tapi yang kena mengena ngan aku je la.. EPL tak lagi kot. Yang pasti semalam aku seronok sebab Malaysia menang lawan Indonesia. Menang dengan tendangan penalti disebabkan seri 1-1. :)

Mau tak, sebelum tiba semalam, semua orang bercakap pasal bola, semua radio2 pun kuarkan isu bola ni, sapa yang akan menang, sapa kalah kan.So aku pun teruja la jugak nak mengikuti bola ni. Selamanya Harimau Malaya.. :), i loike that song laaaa.

Tapi kesian tengok pemain2 ni, mereka da penat gila nak cari gol penentu. Aku tengok harimau malaya da ala2 kucing da.. main pun passing2 bola.. corak permainan dah perlahan.. 15 minit terakhir, nampak sangat da penat sangat, mau tak.. main berjam2. Kesian sungguh.Kita yang menonton ni leh bagi semangat je la. Kalau nak harapkan penyokong di stadium ada la 2- 3 kerat. Tapi sokongan moral dari jauh, sangat la banyak, termasuk aku yang tetiba semangat nak bagi positive aura pada pemain2 Malaysia. Positive aura katanya... :).

Stress level pemain2 ni sangat tinggi, nak bagi pingat mas yang ke 59 kepada negara semalam. Bila menang, semua orang bersorak. Bunga api meletup2. Tapi kalau kalah, ermm... semua akan mencari kesilapan pemain2. Tapi pape pun, alhamdulillah kita Menang!!

So disebabkan kemenangan ni jugak, aku nak pi bfast ngan kak mahani... ritual kami diawalkan.. Akak.. jom pi san fran!!.. hehe.. tata

Note : Hari ni mode nak mainkan lagu selamanya sampai bosan.. :)

Sunday, November 13, 2011

Mimpi Seram

Weekend lepas, aku rehat serehatnya. Sabtu aku asik tido je. Bangun kejap tido balik... tido lama...bangun kejap. Ermm.. mcm penat sangat altho aku sendiri tak tau nape penat sangat. Bila aku pk2 balik, maybe minggu lepas banyak sangat test2 kat sekolah, pastu balik raya. travel.. ermm.. maybe la. So Sabtu ni aku balas dendam.

Hari ni jugak janji ngan Arina nak lepak sesama nak buat keje sekolah katanya.Knowing aku angan Arina ni,perancangan nak study tu biasanya terbaek.. tapi tang execution tu kureng skit. Nak kena esok ada exam.. baru dua2 menggelupur. 

Lepas Asar aku just lepak baring2. Sambil dengar lagu Avril yang aku duk gila2 sangat lately, asik repeat same song, tetiba lentuk la plak.. 

" Eh.. Awak siapa?" 
Tetiba ada seorang perempuan berbaju kurung kat tepi tingkap bilik. Dia berdiri pandang luar. Aku bangun dan berdiri sebelah dia. Perempuan ni chubby2 skit and bertudung siap.
Aku dah seram. Macam mana perempuan ni ada disini. Then aku terus menyambung lagi.
"Dah 2 kali akak nampak awak dirumah akak kan?" Erkkk 2 kali, aku lupa plak bila yang pertama...
"Sebenarnya saya datang kesini hari-hari, tapi yang nampak saya memang baru 2 kali" Perempuan tu menjawab.
"Awak nak apa kat sini. Macam mana boleh datang dan masuk sini?"
"Saya memang suka datang sini. Saya boleh datang dan pergi macam ni sahaja, kakak saya pun ada kelebihan seperti saya jugak"
"Tapi apa yang awak nak dan perlu akak bantu ni" Aku bertanya dalam debar. Masa ini dada aku sakit. Takut. 
"Saya sedih, ayah saya dah buang patung tu"
"Patung apa?"


Azan maghrib bunyi. Aku terjaga. Mimpi... Dada aku kencang berdegup. Huhuhu.. mimpi apa ni. Bangkit terus dan pi solat. Badan aku gila penat la. Hati dan2 jadi tak tenang. 1st time aku mimpi macam ni. huhuhu. Ada ke tafsir sebalik mimpi mcm ni. Tapi aku tanak pk sangat. Nasib baik malam Arina ada tido kat sebelah. And aku ada jugak divert takut aku ni dengan online. huhu. Tanak la aku mimpi mcm ni lagi. Maybe sbb aku tertido sebelum maghrib. Syaitan mendamping dan hepi je aku tido time2 tu. So moral of the story, jangan lagi tido maghrib. 

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aildil Adha- Ucapan kengkawan gittew

Alhamdulillah, tengahari tadi selamat la sampai ke kampung halaman terhentaaa ini. Walaupun jalan jammed skit tadi di Karak.. tapi selebihnya ok la. Tak la teruk sangat. Atau pun aku yang tak rasa teruk sebab Judin yang drive sampai Dungun?.. maybe2. Hehe..

Takde apa nak tulis sangat, citer pun da takde. Tapi aku nak wish selamat hari raya pada kengkawan yang terchientaaa jugak. So ucapan raya ni aku tujukan kepada : (Susunan nama tidak penting sbb semua yg aku tulis nama ni.. i love u all sooo much )

Cik Yeen, Kak Mahani n family, Farah, Ayeen, kak Norli, Abg Sen, Arina and The Crab/Carcinoma dan seluruh umat islam sekalian.

Untuk family lak, aku wish selamat hari raya pada adik tersayang di Russia, Cik Hanisah, Fakhrul n family, Judin, mak n ayah. Tak lupa jugak pada baby Arissa and her family... :)

Entry ala2 ucapan nak bg kat rancangan tv hari raya laks. Kesimpulannya, mari la sesama bersyukur padaNya sbb tahun ni masih mampu kita berjumpa sanak saudara. Pada yang tiada, relakan pemergian kerana tiada yang abadi di dunia ini.