Weekend lepas, aku rehat serehatnya. Sabtu aku asik tido je. Bangun kejap tido balik... tido lama...bangun kejap. Ermm.. mcm penat sangat altho aku sendiri tak tau nape penat sangat. Bila aku pk2 balik, maybe minggu lepas banyak sangat test2 kat sekolah, pastu balik raya. travel.. ermm.. maybe la. So Sabtu ni aku balas dendam.
Hari ni jugak janji ngan Arina nak lepak sesama nak buat keje sekolah katanya.Knowing aku angan Arina ni,perancangan nak study tu biasanya terbaek.. tapi tang execution tu kureng skit. Nak kena esok ada exam.. baru dua2 menggelupur.
Lepas Asar aku just lepak baring2. Sambil dengar lagu Avril yang aku duk gila2 sangat lately, asik repeat same song, tetiba lentuk la plak..
" Eh.. Awak siapa?"
Tetiba ada seorang perempuan berbaju kurung kat tepi tingkap bilik. Dia berdiri pandang luar. Aku bangun dan berdiri sebelah dia. Perempuan ni chubby2 skit and bertudung siap.
Aku dah seram. Macam mana perempuan ni ada disini. Then aku terus menyambung lagi.
"Dah 2 kali akak nampak awak dirumah akak kan?" Erkkk 2 kali, aku lupa plak bila yang pertama...
"Sebenarnya saya datang kesini hari-hari, tapi yang nampak saya memang baru 2 kali" Perempuan tu menjawab.
"Awak nak apa kat sini. Macam mana boleh datang dan masuk sini?"
"Saya memang suka datang sini. Saya boleh datang dan pergi macam ni sahaja, kakak saya pun ada kelebihan seperti saya jugak"
"Tapi apa yang awak nak dan perlu akak bantu ni" Aku bertanya dalam debar. Masa ini dada aku sakit. Takut.
"Saya sedih, ayah saya dah buang patung tu"
Azan maghrib bunyi. Aku terjaga. Mimpi... Dada aku kencang berdegup. Huhuhu.. mimpi apa ni. Bangkit terus dan pi solat. Badan aku gila penat la. Hati dan2 jadi tak tenang. 1st time aku mimpi macam ni. huhuhu. Ada ke tafsir sebalik mimpi mcm ni. Tapi aku tanak pk sangat. Nasib baik malam Arina ada tido kat sebelah. And aku ada jugak divert takut aku ni dengan online. huhu. Tanak la aku mimpi mcm ni lagi. Maybe sbb aku tertido sebelum maghrib. Syaitan mendamping dan hepi je aku tido time2 tu. So moral of the story, jangan lagi tido maghrib.
No comments:
Post a Comment