Ok.. Sabtu lepas aku dan H pergi ke Taman Botani Putrajaya. Memang niat nak menjadikan aktiviti beriadah ni setiap minggu kan. So pepagi lagi kami dah ke sana. Walaupun niat asal tanak breakfast tapi nak terus berbasikal. Niat di batalkan sbb H nak kena makan ubt after meal kan. So kami berhenti makan kat subway Solaris Serdang untuk makan.
Sampai di Taman Botani dalan pukul 9 lebih skit. Kami terus park dan Balai pelawat untuk menyewa basikal. Dalam tu ada kaunter tiket. Kami beratur dan isi borang. Sewa basikal kat sini murah. Hanya RM4 untuk sejam bagi satu basikal. Last week aku dan H bayar RM10 sejam untuk satu basikal. Kalau tak salah tengok, weekday RM2 sejam kot. :)
Kami ambil 2 jam untuk 2 basikal, so total baru RM 16. Murah kan :). Lepas dah bayar tu, kami terus ke tempat ambik basikal dan terusla kami berbasikal. Sila cuba dulu basikal tu, kalau tak best leh tukar.
So kami berbasikal sambil berekreasi la. Taman Botani ni best, cantik. Jangan lupa bawa air bila berbasikal ya, kalau tak nanti dahaga teramat :)
So layan gambar je la.
No comments:
Post a Comment