Thursday, April 9, 2015

Episode 3- Jom Snorkeling - Taman Laut ( Pulau Redang )

Sabtu pagi memang seperti dalam jadual kami ialah snorkelling di Taman Laut. Berkumpul seperti biasa dan bagi tiket taman laut yang dah beli awal2 di Jeti Shahbandar. Perjalanan ke Taman Laut dalam 15 minit dengan menaiki bot. Sesampainya di sana terus ke tepi pantai dan letak barang-barang.

Kami apa lagi, terus la cergasnya snorkelling di situ. Huhu.. coral yang sangat cantik. Ikan-ikan yang sangat cantik. Sebelum berlepas tadi, aku dah siap-siap beli roti untuk bagi ikan makan. Ya Allah, indahnya makhluk2 ini. Memang teruja aku snorkelling di sini.

Kali ini kami memang niat nak bergambar dalam air. Pihak resort ada menyediakan perkhidmatan ambil gambar ni. So kami terus panggil mereka. Akan ada 2 orang yang bertugas ambil gambar ni. Sorang akan amik gambar, sorang lagi akan tenggelamkan kita dan ajar cara2 nak pose.

Memang perlu la bantuan diorang ni, kalau aku sewa underwater camera pun, sure tak dapat pose2 yang menarik. Abis-abis pun, dapat snap gambor ikan makan roti la kot. :)

So layan gambar yang diambil di Taman Laut ni. Btw, harga untuk sekeping gambar ialah RM7.

Nampakkan tangan yang menolak kami tu, tu la pembantu photographer.

H dan ikan-ikan

H Lagi..

H dengan aksi perkasa dalam air

mermaid yang demok.. haha

Peace!!

Me and Hubby :)

No comments:

Post a Comment