Ok.. 1st entry di bulan Ramadhan... last week aku dan H ke Delicious Bangsar untuk berbuka puasa. Perancangan asal nya nak bawak mak dan ayah, tapi terpaksa dibatalkan sbb mak tanak berbuka kat luar. Sudahnya aku yang telah membeli baucer berbuka puasa Delicious via groupon ni terpaksa ke situ berdua. Makanan pulak untuk 4 orang..huaaa...
Pukul 6.30pm kami dah sampai. Nasib baik tempat nak makan ni santai abbess.. ala2 daybed yang penuh bantal. Nasib tak tertido je sementara menunggu. So kami order siap2 dan sementara menunggu wakt berbuka puasa, seperti biasa la.. masing2 dengan Phone masing2.
Overall makanan di sini ok la, cuma pasta yang kami pilih pahit skit, sbb wild mushroom katanya. So hadap je la kan. Air pulak lemonade dan ice lemon tea. 4 gelas u ollssss.. tapi semua abis.. haus puasa katanya.
So kat bawah ni gambar makanan kami dan gambar2 masa menunggu la.. seperti biasa la, aku ngan phone.. snap sana sini la..
Harga set groupon ni ialah RM110. Berbaloi sebab banyak makananya dan boleh pilih desert yang best2 :)
|
Me n hubby :) |
|
Aktiviti membunuh masa |
|
Bergambo sokmo |
|
Ceaser Salad |
|
Wild mushroom pasta |
|
Delicious Club Sandwich |
|
Chicken Wing |
|
Chicken |
|
Brownies with ice cream |
|
Pavlova.. kami tapau je :) |
No comments:
Post a Comment