Thursday, July 9, 2015

Berbuka Puasa - Delicious Bangsar

Ok.. 1st entry di bulan Ramadhan... last week aku dan H ke Delicious Bangsar untuk berbuka puasa. Perancangan asal nya nak bawak mak dan ayah, tapi terpaksa dibatalkan sbb mak tanak berbuka kat luar. Sudahnya aku yang telah membeli baucer berbuka puasa Delicious via groupon ni terpaksa ke situ berdua. Makanan pulak untuk 4 orang..huaaa...
 
Pukul 6.30pm kami dah sampai. Nasib baik tempat nak makan ni santai abbess.. ala2 daybed yang penuh bantal. Nasib tak tertido je sementara menunggu. So kami order siap2 dan sementara menunggu wakt berbuka puasa, seperti biasa la.. masing2 dengan Phone masing2.
 
Overall makanan di sini ok la, cuma pasta yang kami pilih pahit skit, sbb wild mushroom katanya. So hadap je la kan. Air pulak lemonade dan ice lemon tea. 4 gelas u ollssss.. tapi semua abis.. haus puasa katanya.
 
So kat bawah ni gambar makanan kami dan gambar2 masa menunggu la.. seperti biasa la, aku ngan phone.. snap sana sini la..
 
Harga set groupon ni ialah RM110. Berbaloi sebab banyak makananya dan boleh pilih desert yang best2 :)
Me n hubby :)
 
 
Aktiviti membunuh masa

Bergambo sokmo
 
Ceaser Salad

Wild mushroom pasta

Delicious Club Sandwich

Chicken Wing

Chicken

Brownies with ice cream

Pavlova.. kami tapau je :)

Sunday, May 10, 2015

Jom pilih Laguna Resort di Pulau Redang :)

Ok now aku nak bagi review resort ni. Aku stay 3 hari 2 malam disini, merupakan pengalaman yang best. Dengan harga yang dibayar, aku rasa sangat berbaloi. Kepada sesiapa yang ingin ke Pulau Redang boleh la stay sini. Maybe mahal skit tapi pengalaman disini sangat menarik dan besttt..

Tempat makan yang besar dan menu yang disajikan sangat best dan menarik. Breakfast ada disediakan nasi dagang juga. Dalam masa yang sama, masakan cina juga disajikan. Western juga tidak ketinggalan.

Lunch dan dinner pun ok. Dinner plak ada barbeque dan satu malam makanan biasa. Harga makanan pun berpatutan sekiranya ingin membeli dan menjamah kek disitu.
 
So overall aku sangat berpuas hati dan will recommend kepada sesiapa yang sedang berfikir2 nak stay mana sekiranya ke Redang.
 
Daripada 5 bintang, aku bagi 5 bintang untuk Laguna Redang :)

Thursday, April 9, 2015

Episode 3- Jom Snorkeling - Taman Laut ( Pulau Redang )

Sabtu pagi memang seperti dalam jadual kami ialah snorkelling di Taman Laut. Berkumpul seperti biasa dan bagi tiket taman laut yang dah beli awal2 di Jeti Shahbandar. Perjalanan ke Taman Laut dalam 15 minit dengan menaiki bot. Sesampainya di sana terus ke tepi pantai dan letak barang-barang.

Kami apa lagi, terus la cergasnya snorkelling di situ. Huhu.. coral yang sangat cantik. Ikan-ikan yang sangat cantik. Sebelum berlepas tadi, aku dah siap-siap beli roti untuk bagi ikan makan. Ya Allah, indahnya makhluk2 ini. Memang teruja aku snorkelling di sini.

Kali ini kami memang niat nak bergambar dalam air. Pihak resort ada menyediakan perkhidmatan ambil gambar ni. So kami terus panggil mereka. Akan ada 2 orang yang bertugas ambil gambar ni. Sorang akan amik gambar, sorang lagi akan tenggelamkan kita dan ajar cara2 nak pose.

Memang perlu la bantuan diorang ni, kalau aku sewa underwater camera pun, sure tak dapat pose2 yang menarik. Abis-abis pun, dapat snap gambor ikan makan roti la kot. :)

So layan gambar yang diambil di Taman Laut ni. Btw, harga untuk sekeping gambar ialah RM7.

Nampakkan tangan yang menolak kami tu, tu la pembantu photographer.

H dan ikan-ikan

H Lagi..

H dengan aksi perkasa dalam air

mermaid yang demok.. haha

Peace!!

Me and Hubby :)

Episode 2- Pulau Redang, Jom snorkeling open sea

Hari pertama ni, lepas dah check in dan lunch, telah dimaklumkan dalam ittenary, akan ada satu sesi snorkelling open sea. Tak jauh pun dari jeti Laguna ni. So kami semua terus la ke jeti dalam 2.30pm. Sebelum itu kami dah siap2 sewa life jacket dan mask/goggle di Recreation Center. Sewa untuk life jacket ialah RM 15 dan google RM15. Sewa ni untuk sepanjang kita stay di sini. So total sewaan untuk 2 orang ialah RM60.
 
Sesampai di jeti, sekali lagi kami di beri penerangan untuk snorkelling nanti. Then terus berlepas ke open sea.
 
Kaedahnya aku ok la snorkelling untuk 5 minit pertama, then aku rasa mabuk. Hahah.. funny. Alasannya aku rasa geli dengan warna coral dan aku rasa gelap je. Ermm.. then aku terus berenang ke bot dan naik. Stop snorkelling.
 
H pulak ok je, dia memang ska snorkel. So aku just rehat di bot. Rasa mual, tapi tahan je. Minyak angin plak aku lupa bawak. huhu.
 
Then sampai masa, kami berlepas ke resort. Fuhh lega. H ajak lepak kolam. So tak masuk bilik dulu, H sambung swim kat pool, aku plak baring je la kat tepi pool. hehe
 
Sebelum balik bilik, sempat beli eskrem kat pool side bar. Segar rasanya.. :)


H berenang2 di tepian.. :)

Orang lepas mabuk laut, dah boleh smile sbb dah naik darat.. hehe

Ala2 dugong berjemur kononnya..hehe

My H :)
 

Anniversary Trip - Pulau Redang, Episode 1

Salam bersiaran. :)

 

Ok entry kali ni nak bercerita pasal percutian di Pulau Redang. Walaupun aku dan H adalah orang Terengganu, tapi untuk aku, ni la kali pertama aku sampai ke Pulau Redang ni. :)

Percutian di Pulau Redang ni ialah percutian sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2. So percutian cinta la konon2 nya. :)

Aku dah book 2 bulan awal untuk percutian ini. Duk usha2, googling , asking org yang dah penah pi sana, aku berkenan untuk stay di Laguna Redang Island Resort. Masa aku bukak website Laguna hari tu, ada promosi early bird. Ye la pulau baru bukak in march. So aku terus majukan cadangan kepada H dan H setuju. Terus call dan book and dalam masa yang sama kena bayar deposit 20% daripada harga pakej. Dan baki plak dibayar 30 hari sebelum ke sana. Maknanya sampai sana nanti terus check in je la.

Aku dan H tanak drive ke sana, so kami decide nak amik bas je. Then kami beli tiket di TBS. Senang sekarang sbb nak ke pantai timur pun dah naik di TBS. Sini sangat mudah nak park kereta. Harga pask di TBS adalah RM4 sehari.

20.03.2015 : Tiba masa nak ke sana, aku dan H naik bas jam 10.30mlm.

21.03.2015 : Sampai di terminal bas Terengganu dalam 5.30pagi. So tunggu sekejap disitu. Then kami terus berjalan ke Masjid Putih untuk solat subuh. Lepas subuh kami berjalan ke arah pasar payang. Jeti shahbandar ni terletak sebelah pasar payang je. So kami nak mencari tempat untuk breakfast. Dari terminal bas ke jeti tak jauh pun. Jarak dalam 10 minit jalan kaki je.
 
Ruang Menunggu di Jeti Shahbandar
Selepas breakfast terus ke jeti. Ada beberapa kaunter untuk resort di sana, yang tiada kaunter untuk resort, boleh beli tiket feri di kaunter tiket utama. Aku menunggu kaunter Laguna Redang bukak. Sementara tu just rehat2 kat situ. Then dalam pukul 8 lebih datang uncle ni bukak kaunter. Aku terus ke sana untuk dapatkan boarding pass feri. Isi nama dan no telefon. Kat sini kena bayar RM5 untuk Taman Laut. So aku bayar RM10 sebab berdua. Tiket Taman laut ni kena simpan dulu, sbb esok akan guna bila nak snorkelling di Taman Laut.
 
Feri Laguna
Feri ke laguna mengambil masa lebih kurang Sejam setengah. Lama la jugak. Tapi ok la sebab feri ni besar. Tak la rasa sangat goyang-goyangnya.
 
Dalam dewan mendengar taklimat
Sesampai di jeti laguna. Aku dah rasa tak best. Nampak tak cantik je. Kemudian kami semua masuk ke dewan taklimat. Ada briefing skit berkenaan hotel dan aktiviti snorkelling. Then yang bagi taklimat tu cakap, jangan bimbang kalau Nampak sini tak cantik, sbb yang jeti ni belah belakang. So pantai cantik kat depan sana.. fuhhh..lega, altho tak Nampak lagi. hik

Then aku terus ke lobi untuk check in bilik. Ok.. cantik kat sini. Then kami di beri welcome drink. Best gak. Pastu aku teruskan aktiviti check in bilik. Biasa la, kerja-kerja check in ni isteri yang buat kan. Sambil H duk men tepon.. huh.
 
Welcome drink
Disebabkan berkenan ngan laut yang terbentang cantik tu, aku tetiba rasa nak upgrade bilik. Sebab masa book dan bayar hari tu untuk garden view. Haa nasib baik ada bilik sea view, aku pun sanggup la bayar RM240 lagi untuk upgrade bilik. Sebelum aku tukar tu, pihak hotel bagi aku peluang untuk masuk dan tengok dulu bilik sea view tu, so aku pegi tengok dulu. Dah confirm aku ok dengan bilik tu, baru aku pi upgrade. Takpe la, ni kan percutian cinta kan. Berhabis skit pun takpe la.. :)
 
Untuk view ni, upgrade bilik pun berbaloi.. ohsem sungguhhh
 Kat bawah ni layan pic je la.. btw tq to my monopod.. tak sesia bawak skali.. leh la bergambar comel2 sket.. :)
H selamat mendarat.. :)













 
 
 
 

Sunday, March 8, 2015

Berbasikal di Taman Botani Putrajaya

Ok.. Sabtu lepas aku dan H pergi ke Taman Botani Putrajaya. Memang niat nak menjadikan aktiviti beriadah ni setiap minggu kan. So pepagi lagi kami dah ke sana. Walaupun niat asal tanak breakfast tapi nak terus berbasikal. Niat di batalkan sbb H nak kena makan ubt after meal kan. So kami berhenti makan kat subway Solaris Serdang untuk makan.
 
Sampai di Taman Botani dalan pukul 9 lebih skit. Kami terus park dan Balai pelawat untuk menyewa basikal. Dalam tu ada kaunter tiket. Kami beratur dan isi borang. Sewa basikal kat sini murah. Hanya RM4 untuk sejam bagi satu basikal. Last week aku dan H bayar RM10 sejam untuk satu basikal. Kalau tak salah tengok, weekday RM2 sejam kot. :)
 
Kami ambil 2 jam untuk 2 basikal, so total baru RM 16. Murah kan :). Lepas dah bayar tu, kami terus ke tempat ambik basikal dan terusla kami berbasikal. Sila cuba dulu basikal tu, kalau tak best leh tukar.
 
So kami berbasikal sambil berekreasi la. Taman Botani ni best, cantik. Jangan lupa bawa air bila berbasikal ya, kalau tak nanti dahaga teramat :)
 
So layan gambar je la.
 









 

Sunday, March 1, 2015

Sesi Beriadah di Taman Rekreasi Air Wetland Putrajaya

Hujung minggu tak tau nak buat apa. So aku decide nak ke taman. Asyik mall je kan, so kali ini ubah angina skit. Pukul 3 lebih keluar dari rumah, aku dan H terus ke Putrajaya. Then kami terus ke Taman Wetland ni. Masa kami sampai orang tak ramai lagi. So aku dan H ke kaunter tiket. Ermm.. banyak jugak aktiviti yang ada kat sini. Boleh memancing, berbasikal, berkayak dan basikal air tu, apa namanya tah, aku belasah reka je la hehe.
 
So aku dan H terus sewa basikal. Satu basikal RM10 untuk sejam. Ok la kan. So kami berbasikal dalam masa sejam tu. Perghh.. memang best. Dah lama tak keluarkan peluh. So kami decide nak jadikan ini aktiviti tetap.. hehe.. InsyaAllah.
 
So next time kami nak memancing plak. Kat sini, sewa memancing untuk satu joran ialah RM20. Dalam masa sehari tu. So ok la kan. Tempatnya pun cantik dan ada kemudahan surau, café dan toilet. So aku rasa mmg ok sangat untuk buat aktiviti di sini.
Selfie jap :)
My Hubby
 
Happy >> :)