Thursday, April 28, 2016

Jom Bercuti ke Jepun (Day 3)- KYOTO

10.03.2016 (Khamis)

Salam Kyoto :).

Pagi2 bangun, seperti semalam jugak, makan apa yg kami bawak. So panaskan guna steamer. Sambil2 tu bersiap2 nak kemas barang dan seterusnya nak check out.
 
Selepas letak kunci di kaunter hotel. Kami terus ke Stesyen Kyoto. First cari locker dan terus simpan beg2 kami. Then teruskan perjalanan nak melawat Kyoto.
 
Kat Kyoto ni banyak temple2. So kami decide nak pergi je mana2 yang sempat sebab hanya ada sehari di Kyoto sebelum kami ke Tokyo mlm nnti.
 
So kami pergi ke :
 
Bamboo Groove
 
Kami tiba di bamboo groove dalam pukul 10pagi camtu. So terus la menyusuri jalan nak ke situ. Banyak signboard, so senang je nak carik bamboo grooves ni. Kat sini mmg cantik. Aku kagum dengan keindahan pokok2 buluh kat sini. Serius lawa. So tak payah cakap banyak, kita layan gambar di bamboo grooves.

Station Saga-arashiyama

Jalan kaki nak ke bamboo grooves

Siap bergambo ngan minah2 jepun yg kawaiiii ni







Togetsukyo Bridge

Selepas bergambor sakan kat bamboo grooves, kami berjalan menuju ke Togetsukyo Bridge, kat sini pun salah satu tumpuan pelancong jugak. Sangat cantik dan mendamaikan. Kalau pergi masa musim luruh atau sakura, tempat ni lagi cun melecun. Daripada Bamboo grooves nak ke sini, hanya dalam 10 minit berjalan je. Tak jauh pun. Tapi sbb kami penat, so jalan pun lambat2 la :) So layan gambar2 di sini plak :

Togetsukyo Bridge


Kita berehat sambil bergambo



Kimono Forest

Selepas jalan2 di Togetsukyo Bridge, kami terus ke stesyen train nak balik ke Kyoto town, tapi masa melalui train station romantic train, kitorang Nampak tempat comel ni. kat sini namanya kimono forest, takde apa2 pun, just tiang2 yg ada balutan corak2 kimono. seriously comel. Untuk orang yg ska bergambar.. apa lagi.. snap snap snap la..




Then lepas bergambar2, kitorang pun balik ke Bandar Kyoto. Sama macam Osaka smlm, mcm tak boleh nak ke tempat lain dah, hari dah petang, so kena la melawat Kyoto lagi di masa akan dating hehe.. Tapi kami sempat jugak ke restoran halal di Kyoto dan juga solat di masjid Kyoto. btw masjid Kyoto ni dalam bangunan, bukan bangunan masjid itu sendiri. masjid ni di Islamic center kat Kyoto, tak jauh daripada restoran halal yang kitorang pi tu. Nama restoran tu, Restoran Rose. Makanan yang dihidangkan ialah makanan Pakistan gitu.

Sempat snap gambar mak2 pi amik anak kat kindy. cikgu melambai2 kat depan tu.. comel je :)

Akhirnya jumpa restoran Rose ni :)

Erkk.. hehe

Lambat sangat sampai makanannya.. kita wefie dulu

Jom Makan..

Bergambo sblm nk gi solat

Kat bawah tu masjid Kyoto
Then selepas solat kami menyusuri jalan nak ke train station nak amik train ke Kyoto Station, tetiba aku berkenan nak singgah satu kedai Istanbul ni. Ermm. nak pi Istanbul tak sampai2 kan, so aku beli mangkuk Istanbul di Jepun, Boleh laaaa... Kedai ni dah 10 tahun di Jepun, owner kawin ngan pompuan Jepun dah. Baik owner nya, Nama owner is Mustapha, siap ajar kitorang untuk amik bas je nak ke Kyoto station, so tak payah jalan jauh nak ke train station. Then kami amik bas ke station Kyoto. Boleh guna suica card utk bayar,
 
Sampai Kyoto station, kami collect bag kat locker dan terus amik tiket shinkansen nak ke Tokyo.
 
Perjalanan daripada Kyoto ke Shinagawa dan seterusnya kami ambil train ke Ikebukuro. Hotel kami di Tokyo ialah di Ikebukuro. Alhamdulillah, walaupun pusing2 skit nak carik hotel kami, akhirnya kami Berjaya sampai. Sebenarnya hotel ni dengan subway sangat la dekat. Alhamdulillah so far semua berjalan lancer.
 
Sampai hotel, bersihkan diri, then terus ZZZZ.. perjalanan yang jauh hari ini :) Esok akan jenjalan sekitar Tokyo plak :)

Wednesday, April 27, 2016

Jom Bercuti Ke Jepun (Day 2) - OSAKA

09.03.2016 (Rabu)
Hari kedua kami berada di OSAKA. Hurm.. pagi2 kami bangun, aku terus sediakan makanan. gitu.. bekalan yang kami dah bawa tu. So pagi tu aku dan H makan nasi impit dan nasi lemak Berahim. Not bad nasi lemak ni. :)
 
Lepas makan kami terus check out dari New Hotel Osaka ni. Kat sini mudah je nak check out, just drop key kat kaunter. Hari ini hujan renyai2.. so tak best sangat la. Dah la suhu 9degree, pastu ujan. Sila bayangkan :).


Nampak tu, suhu 9degree, dan renyai2 hujan nya.


Osaka New Hotel tu yang signage biru tu, Dekat sangat dengan Station Shin Osaka ni
Tapi sbb kami golongan2 yang gigih, kami terus kan perjalanan hehe.. So dari hotel tu, kami bawak beg2 kami ke stesyen Osaka. Dan kami terus cari loker. Kena simpan beg2 di loker dulu, takkan nak heret semua pi jenjalan kan? hazabbb..
 
So kat stesyen ni, banyak loker2 disediakan. So kami terus ambil loker yang paling besar dan menyusun beg ke dalam loker yang dah kami pilih. Harga loker paling besar ialah 700yen.


Ni locker yang kami pilih untuk letak barang sepanjang hari kami nak jenjalan di OSAKA ni


Jangan bimbang takde coin, kita tukar dulu di vending machine yang berterabur ada kat area locker ni.
.
So perjalanan kami yang pertama ialah ke Museum House Of Living. So daripada stesyen Shin Osaka ke Stesyen Osaka kami menaiki train JR Kyoto line ke Osaka. Kami guna JR Pass. Stesyen Osaka dan Shin Osaka ialah berlainan ya. Yang Shin Osaka tu, yang ada shinkansen. Kalau Osaka tu, ada train2 lain selain Shinkansen.
 
Then dari stesyen Osaka ke Higashi Umeda kami jalan kaki skit nak ke Tanji nak amik tanomachi line. Kat sini bukan train JR, kami naik train private so harga tiket ialah 180yen untuk sorang. Masa ni boleh guna suica card. Sampai je terus cari exit 3. Then terus naik ke tingkat 8 untuk ke museum ni.
 
Museum House Of Living
 
Kat sini museum yang tunjuk keadaan Jepun di zaman edo. So diorang buat senibina rumah2 zaman edo. Disini jugak kita boleh rent instant kimono, tapi kena beratur la. Ada masa2 nya. So better dating awal kalau nak pakai kimono ni. :)
 
Harga tiket masuk : 600yen untuk adult
Harga Sewa kimono : 300yen
 
 


 


 
 
 
 
 
 
Seterusnya perjalanan kami ialah ke area Dotunburi. Actually kami bercadang nak ke castle di Osaka, tapi sbb kami dah penat dan malas nak sampai malam sangat kat Kyoto nnti, so kami skip Osaka castle. Next time maybe? hehe
 
 
Dotunburi, Glico Man , King Crab
 
Kat sini kami ke tempat yang orang kata Glico Man, King Crab bagai tu. So kami sampai la dan sempat bergambo2 altho dalam hujan renyai2 tu. Then sbb kami tak tahan tengok takoyaki yang Nampak sangat sedap, kami singgah makan jugak. And rasa mmg superb!!.. miss plak takoyaki kat sini.

Btw dalam perjalanan nak mencari Dotunburi ni, kami tak jumpa tempat nak solat, then tetiba datang idea, kitorang pi amik satu bilik konon2 nak karaoke, then kitorang solat je dalam tu .. :)


Depan Karaoke.. :)

Glico Man
 
Sempat karaoke satu lagu hehe..

Kita wajib bergambo kat ketam besar ni :)

 


Selepas berjalan-jalan area Dotunburi, kami terus ke Shin Osaka station untuk naik shinkansen ke Kyoto plak.
 
Next time insyaAllah akan ke sini. Banyak lagi lokasi yang tak pergi ni :)
 
Sampai di Shin Osaka, kami terus collect beg di loker dan seterusnya kami terus naik Shinkansen  Kodama 694 ke Kyoto. Perjalanan hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Kami tiba di stesyen Kyoto.
 
Kami terus ke Apa Villa Hotel yang terletak hanya dalam jarak 200 meter daripada Kyoto Station. Dekat je la. Sampai hotel terus rehatkan diri.

Kat bawah ni layan je la gambar hari kedua kami di OSAKA.


Ini kat mall apa tah, dalam perjalanan kami nak ke Museum House of Living tu

Pakcik ni tengah tunjuk jalan kat H :)


Haa tu dia.. pening suda hehe


 



 Hotel Apa Villa di Kyoto

 




 

 

 

 

 

 
 
Hotel di Kyoto ni pun berdekatan dengan station train Kyoto. So sampai je terus check in, dan ZZZZ kepenatan. Esok akan berjalan2 di Kyoto plak :)