Thursday, September 30, 2010

Bermula Hari Baru...

Malas nye nak bangun tadi. Hujan renyai-renyai. Kalau la hari ni boleh cuti. Best ni. Tak boleh2.. kena bangun. Hari ni ada event raya lagi. So kena pi. Jalan jem skit ari ni maklum la ujan. Sampai around 740am, tapi parking masih ada 67 lagi. Ramai yang tak sampai lagi.

Bermula hari baru, nak jadi Jir yang baru ni so kena rajin2 skit. ekeke. Ermm da tapau semua makanan nak makan kat opis.

Nanges kak 6 semua kalau tengok aku nyer breakfast pagi ni..hehe.. menunya ialah K, strawberi(cilok dalam fridge kat umah, Judin beli kat cameron kot ni), pisang dan sebiji zespri kiwi. Makan da ala2 model altho badan sebenarnya?? ehemm..ehemm..

Sempat snap ni. Tengah2 snap bos lalu daaaa... azam baru ekk? ermmm Ya.. azam baruu..haha


K + Pisang + Strawberi... mmmm

Walaupun dengan bangga nya makan makanan ala2 sihat gitu, jap gi sorang Kak 6 dah bawak mee kari lak.. ekeke.. apa lagi.. jamah la... Kepada Kak 6 tu.. mee kari anda sangat best, altho masin skit, tapi rasanya sedap yerrrr... Tahniah.. ekekeke.. Leh mintak resepi ni. Kalau tak keberatan la.

K la.. dah banyak bebel lak.. chow dulu...

Wednesday, September 29, 2010

Berhenti Berharap

Pejam celik pejam celik dah lebih 2 minggu berlalu hari raya. Rindu plak nak balik kampung. Maklum la cuti raya lepas hampir 2 minggu. Gembira masa beraya bersama keluarga masih terasa altho ada perkara sedih yang masih terasa sampai hari ini. Cuba nak ignore perasaan2 sedih ni, tapi semakin semakin pedih plak terasa. Hati tak boleh nak tipu. Bila bz dengan skool dan keje, just boleh lupakan sekejap perkara ni, tapi bila nak pejam mata malam2, teringat je terus mata ni susah nak pejam. Macam mana aku nak buat dengan keadaan ini. Doa pada yang SATU biar aku dapat tenangkan perasaan aku yang semakin penat ni. Hari demi hari, aku macam sesak sangat. Kadang-kadang nak bernafas pun macam susah. Perasaan mak dan ayah perlu dijaga. Perasaan pihak lain tu pun perlu aku fikirkan, sudahnya aku yang sesak nafas seorang. Tapi bersyukur dengan kawan-kawan dan sepupu tersayang yang sentiasa sudi mendengar luahan hati aku ni. Kalau takde mereka ni tak tahu la apa yang aku buat.

Semalam aku lebih tenang, mungkin doa padaNya dimakbulkan, hati ni lebih tenang dan lapang. Allah tu maha mengetahui dan telah menentukan segalanya. Aku tetiba berhenti berharap. Kelak aku terima segala ketentuanNya. Tak perlu lagi aku nak berfikir dan mengharapkan apa yang aku harap-harapkan sebelum ini. Tak nak dah apa yang aku alami last raya berlaku lagi. Aku tak cukup kuat untuk perkara itu. Teringat pulak masa sekolah2 dulu, Bila setiap kali nak exam, cikgu2 selalu je cakap "Jangan over confident, nanti bila tak dapat result seperti yang diharapkan, awk akan kecewa". Kata-kata tu lebih kurang sama apa yang aku rasa sekarang, bila kita mengharapkan sesuatu tetapi apa yang kita harapkan itu tidak berlaku, memang pedih sangat hati ini. Pedih hati sendiri dan tak sampai hati dengan mak dan ayah juga.

So sekarang ni, hope aku boleh hidup dengan tenang. Aku nak jadi tabah. Kalau dulu aku boleh, kenapa tidak sekarang. Tak de yang boleh bantu aku selain aku sendiri yang kena kuatkan hati dan diri aku. Go Go Jirrrr...  :)

Sunday, September 26, 2010

Happy Monday !!!

Hari ni dah Isnin. Pagi tadi macam malas nak bangun. Maklum la dah dua hari bangun lewat. :). Ermm gagahkan diri bangun. Selalu orang kata isnin ni payah skit, yer la sebab 2 hari rehat so Isnin kena gegas kerja plak. Tapi konsep aku best skit, kalau nak bagi Isnin tu happy, aku kena ada gula2 skit.. contohnya :

1) Ada benda2 baru nak pakai on Monday (Baju ke, pape je la)
2) Ada benda best menanti kat Opis (Gossip ke.. ekeke)

Selain daripada kat atas tu, monday aku akan ceria jugak bila :

1) Ahad aku rehat sepenuhnya kat umah. Tak kuar langsung. Lepakkk je.
2) Pagi Isnin tu gerak awal dari umah, so tak hadap jammed.

Kalau ada satu antara keempat2 tu.. InsyaAllah la, Isnin aku ni jadi "Happy Monday".So Ihari ni aku seronok ngan Isnin sebab semalam aku lepak sepanjang hari kat umah tanpa kuar2 langsung. Makan? Makaroni sup dari lunch sampai ke dinner.. gila pemalas.. tapi ada aku kisah Kalau tak, jadi la macam garfield kat bawah ni, hidup segan mati tak mau.. huhu.

Langsir..Langsir

Hari ni sebab dah ada tangga yang dipinjamkan. Malam2 ni jugak aku pasang langsir baru ku.. huhu.. Bila pasang ok la altho singkat skit. Maklumla.. ukuran ari tu tak betul2 sangat bagi kat tempat jahit tu. Padan muka aku la kan.. tak per. Later2 aku akan bg ukuran yg sepatutnya.. :)

So now asik nak duduk kat daybed je, sebab nak tengok langsir baru. POYO tul.. hehhe.. Tapi aku nak abadikan gak gambar langsir baru aku ni.. hehe

Eyelet

Penat pasang ni, macam nak terkehel bahu..


Tu je la entry nyer.. nak siap2 pi tido la.. esok keje.. huhu.. Tak puas nak rehat lagi... :(

SUNDAY

Ermm.. bosan tak tahu nak buat apa, sambung kemas umah dah siap. Download lagu2 yang disukai pun dah sudah jugak. Sambil lepak2 depan TV ni, terimbau lak kenangan umah ni. Masuk bulan September ni, dah setahun 7 bulan dah aku kat sini. Sekejap je lak rasanya.

Dulu masa mula2 duk umah ni, aku ska sangat sleep kat daybed ni. Nak tido dalam bilik tak boleh. Macam seram plak. Katil besar and aku sorang2 kat situ. Macam terasa ada benda lain kat sebelah. Maklum la, ska sangat tengok citer POCONG. Tu la padahnya.

Then dah lama2, tak boleh nak tido lak atas daybed tu sebab dah biasa lak tido dlm bilik. Ermm.. sama la macam kehidupan aku ni. Kalau dulu suka buat keje sorang-sorang. Feeling single... so semua benda nak kena buat sorang2. Tak suka share ngan orang lain. Tido pun nak katil yang fit sorang2 je.

Semalam nak tido atas daybed macam tak boleh. Tapi aku notice something, bukan aku tak boleh, tapi aku tak nak je. Kalau aku paksa untuk tido kat daybed ni, aku yakin aku boleh. Semuanya mainan minda je.. cheewahh mainan minda ekeke...So aku harap aku boleh atur kehidupan aku ni dengan baik. Aku boleh kawal balik diri aku ikut keadaan yang aku ingin kan. Kalau aku nak sorang, aku boleh sorang. Go Go Go.... :)

K la... nak stop dulu.

Jadi Bibik

Minggu ni semua orang takde kat umah. Memandangkan dah lama tak kemas umah betul2, so minggu ni la masa yang paling sesuai. Pagi2 dah bangun. Nasib baik kipas kat dlm bilik Iron jarang guna, so tak la berhabuk sangat. Skip... terus la lap 4 lagi kipas ..huhu.. Sakit gak la pinggang ni.. Alang-alang dalam usaha nak menguruskan badan ni jugak, so amik la peluang kemas umah ni sebagai salah satu exercise.. dan kemas la betul2 la kan. Vacum, mop lantai, basuh baju, lipat kain. Petang nanti ada kelas ganti. So kena kemas awal. Tapi dapat tahu lak yang kelas batal. Tapi still sambung kemas umah, kasi penat betul. Cuma tinggal nak lap cermin sliding je. Tu nak buat esok sebab penat daaa..

Sambil duk santai atas daybed ni. Dah bosan lak. Apa nak buat yer.. then teringat lak kat lesbo ari tu ada mention nak tengok movie. Memandangkan weekdays asik bz ngan kelas, baik pi weekend. So text lesbo.. Jadi... terus la berkejar ke Mines sebab tengok ada show kul 2.15pm untuk MAGIKA. Bila dah kuar panggung, aku rasa MAGIKA ni not bad. Citer ni ala2 Enchanted la, masuk dunia lain. Tapi yang ni daripada dunia biasa masuk ke alam bunian. Menarik la jugak. Ramai pelakon yang hebat2. M Nasir pun ada, dalam ni dia jadi Naga Tasik Cini. :). Babak yang aku paling suka ialah babak Datuk Bendahara bercakap dengan Puteri Gunung Ledang yang gemuk. Datuk Bendahara dilakonkan oleh Sabri Yunus. Dan Puteri Gunung Ledang lak Ning Baizura. Lawak.

Dah abis tengok movie, teringat la plak, mak pesan suh pi umah cousin kat Kajang. Dia jemput untuk open house kat umah dia. Ermm, sangap la nak pi sorang2. Tapi cam tak elok lak kalau tak pi. Sebab adik aku dua2 tak boleh pi. So aku pegi la jugak, tapi sebelum tu sempat la singgah di MACY. Walaupun dalam hujan2 tu, sanggup redah sebab nak amik langsir yang dah siap, tapi tak ambik2 tu.

Sampai je Kajang umah cousin tu, Terus la aku tengok hidangan yang ada.. perghhh seram ni. Disebabkan nak diet , mula2 tu makan la skit, sekali sedap la plak makanan2 yang terhidang. so, hasilnya, aku makan sehingga ketat la perut ni. huhu. Dah makan tu lepak jap sembang2 ngan cousin, dan tetiba muncul jugak adik aku sefamily tu.. ermm.. bagus la, bz mana pun kalau boleh kena la jugak bergaul ngan sedara mara kan... :)

Sungguh padat jadual aku ni. So malam, aku tidur awal. Ingat nak tidur di daybed, tapi cam tak leh plak.. :)

Thursday, September 23, 2010

Jiwa Kacau

Ermm.. now dalam kelas, tapi aku langsung tak boleh nak fokus. Memang kalau kelas ni, aku malas skit sbb lect mcm baca slide je. So sangat la bosan. Maybe sbb sekarang ni memang aku tak de mood sangat. Maklumla, hujung 2 tahun kewangan company aku ni.. tiba la time2 nak siapkan KPI la.. cari2 evidence KPI tu la.. dan banyak la lagi. Campur plak dengan kelas yang nak kena attend sebab dah tak lama lagi nak final. Assignment yang ada lagi tak siap, presentation yang tak buat2 lagi. Ermmm.. kalut la. Hati aku sendiri pun tak tenang sangat. Kusut kalau pikir semua benda2 ni. Tapi kalau tak pikir, tak boleh gak. Nak tak nak kena la usaha cari jalan. Nasib baik mak ada kat umah, bila balik ada parent kat umah ni, cam tenang skit. Bila sedih2 camni, teringin je nak balik kg. Keje je kat sana. Tapi nak keje apa.... takkan jahit langsir kot... :). Bercakap pasal langsir, tadi temankan kak Nol pi tempah langsir kat KAMDAR Mid Valley. Sangat berbaloi yer. Kain pun elok, harga agak berbaloi dan tempah murah jugak... next time aku nak tempah sini la.. Bila aku nak keje kat kg ekk.. Best nya kalau boleh balik sekarang jugak.

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Bekerja

Akhirnya aku balik jugak la ke KL.. selepas 11 hari di kampung. Best nya duk kampung.. huhuhu... nak keje kat kampung tapi tak de peluang lagi.. duk la sini dulu. :( Hari Ahad bertolak dari kampung, alhamdulillah jalan tak jammed. Kalau jammed pun aku tak la panas hati sebab aku jadi penumpang sepenuhnya je.. Judin drive all the way dari Dungun ke KL. Aku lepak belakang je. Mak ngan ayah ada sekali. So berempat la ke KL.

Semalam start masuk keje.. ermm, nasib baik tak tension. Macam tak banyak keje sangat. Alhamdulillah.. :). Tapi penat bila lepas keje tu.. berkejar ke S.alam.. huhu. Malas tul nak belajar. Law lak tu. Tapi try la jugak. Pastu ada lak keje baru nak kena buat. Assignment tak siap lagi. Ermm.. balik kelas bersengkang mata la sampai kul 2 pagi siapkan keje. Mak kat luar pun tak sempat nak sembang.

Perut lapar giler, sempat jamah mee goreng mak buat altho sambil makan sambil nangis.. pedassssss... Tapi dah lapar tu, makan la jugak. Nak makan nasi ngan sup kambing lagi rasa guilty, so baik amik mee. Ermm sup daging.. tengah tulis blog ni, teringin la plak. Tapi tak per la..kalau ada rezeki malam karang leh la jamah. Hati tengah lega skit ni, assignment dah siap. Hari ni kena pi S,alam lagi. Submit assignment dan ada kelas.

Ikut hati malas nak pi, tapi sebab kena hantar asimen tu, layan je kan la. Dah la kat luar tu ujan lak.. kalau sleep.. bagus ni.. :) Jirrr kuat kan semangat..

Erm.. tak tahu da nak karut pe..tgu Asar la.. ehh dah Asar.. leh pi solat. Nanti kena siap2 pi S.a.... :)

Sunday, September 12, 2010

Kemaafan di Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Ermm pepagi dah pakai baju raya dan terus la ritual tahunan kita.. pi solat Raya sesama di Masjid. Tahun ni mcm tak ramai sangat lak kat Masjid Intan Zaharah Dungun. Biasanya tahun-tahun lepas cam bersesak la masa nak turun selepas solat tu.

Singgah jap umah Che Ngah dan bersalaman raya sambil makan nasi minyak.. ermm best. Tapi sebab mode diet lagi.. so makan skit je la. Susah jugak nak tahan nafsu. Tapi disebabkan kesukaran nak turun kan berat badan ni. Sanggup la menahan perut. huhu.

Balik umah terus la bergambar dan bersalaman dengan mak n ayah serta adik beradik. Sempat sanp gambar as below. Tahun ni adik bongsu still tak dapat beraya sekali tetapi adik no,2 sempat beraya sekali sebelum balik ke umah mentua di Johor. InsyaAllah tahun depan leh la beraya dengan Hanisah. Hanisah.. selamat hari raya... :)

Kat bawah ni ada lah skit gambar kalau nak tengok.. :)
Mikail n Mak tok dan Tok'ki

Judin, Mak, Ayah n Fakhrul

Thursday, September 9, 2010

Aldilfitri 2010

Hari nii dah last puasa. Ramadhan berlalu dan esok Syawal muncul. Tak sabar nak beraya esok untuk bertemu dengan semua saudara mara. Time raya je la boleh berkumpul dan ramai-ramai konvoi beraya umah sedara.. :) Tapi hati tetap sayu sebab adik bongsu jauh di perantauan plak. Tapi nak buat camne, belajar pun satu ibadah. So kena la berkorban dulu.

So selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Moga dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan InsyAllah.

Monday, September 6, 2010

Tak sabar nak balik Kg

Erm.. one more day to go. Esok InsyaAllah balik kampung. Hari ni nak happy sangat pun tak boleh. Petang nanti still ada kelas, mid term test lagi.. huhu.. Nak buat camne. Hadap je la kan. Hari ni jalan clear je. Maklum la, kebanyakan org dah start cuti raya. Maybe dah ramai yang ada kat kampung ni. Si lepas ni kampung2 la plak jam sebab semua org kat sini dah balik kg. :)

Check list balik kg tak buat lagi ni. Yang mak pesan awal2 tu dah ketepikan dan letak siap2 satu sudut, kan tertinggal, parah... :) So pk2 apa yang kena bawak balik dan kena siap2 list down. Ermm.. petang ni test la Jirrah... study laa.. apa lagi melalut kat blog ni.. huhu.. Mana En. MahMOOD tak datang lagi ni.. cepat2.. banyak giler topic nak kena cover ni... :(

Sunday, September 5, 2010

26 Ramadhan



Hari ni dah masuk hari ke 26 berpuasa. Kurang dari seminggu dah nak raya. Ermm.. hari ni just feel sayu je. Keje banyak tapi satu pun tak boleh nak fokus. Nak kemas barang2 nak balik kg tak buat. Nak buat keje opis yang berlambak tu pun tak ada mood dan nak study untuk Mid Term test Selasa nanti pun tak boleh nak buat. Tadi dapat sms dari kazen. Dia bagi doa Hari ke 26 :

"Ya Allah, jadikan usaha aku sebagai usaha yang disyukuri, dosa2ku diampuni, amal perbuatanku diterima dan seluruh aibku ditutupi, wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar...."

Amin...

Saturday, September 4, 2010

Kek Gula Hangus

Hari ni aku cuba nak ilang kan kebosanan dan kekecewaan ni. So apa nak buat. Nak study for next week test pun tak de mood. Pegi dapur. Kemas2 apa yang patut. Ya.. nak try buat kek gula hangus. Resepi dah ada tertampal kat fridge. Firts time fail sebab pandai2 edit resepi tu.. So kali ni nak buat betul2. Resepi nye cukup senang :

  1. 4 biji telur
  2. 1 cawan gula
  3. 1 cawan tepung
  4. 1 cawan susu pekat
  5. 1 cawan air panas
  6. 2 sudu besar soda bikarbornat
  7. 2 sudu besar butter
Cara-cara :
  1. Masak gula sampai hangus. Masukkan air panas dan butter. Biarkan sejuk
  2. Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu pekat.
  3. Ayak tepung bersama soda bikarbornat dan masukkan dlm adunan telur.
  4. Pukul seketika dan masukkan gula hangus tadi
  5. Adunan hendaklah dibiarkan 3 jam sebelum dibakar.
  6. Bakar 160deg dalam masa 45 minit.
Sebab kena letak kat luar sebelum bakar tu, rasanya nak bagi kek tu nampak cantik. Sebab tak sabar tadi, aku terus je bakar selepas sejam setengah kat luar je. Aku memang tak penyabar. So jadi la seperti kat bawah ni. Ok laaa.. tapi tak dapat rasa lagi sbb posa kan.. lambat nya bukak posa.. ekekeke

Ermm.. Tak sabar no potong tu..



Tu la keje nyer ari ni.. Next entry aku akan masukkan lak result rasa kek ni.. huhu.. mintak2 la ok.. kalau ok leh try masa raya nanti.. :)

Friday, September 3, 2010

Mungkir Janji

Ermmm... aku pantang tul kalau ada yang mungkir janji dengan aku. Actually kalau tak boleh janji, jangan janji kot. Pedih tul kalau janji tak ditepati. Sedih n kecewa. Sangat sedih laaa... camne ni. Tak boleh nak buat mcm takde pape yang berlaku. Cuba nak abaikan perasaan kecewa tu. Tapi aku mmg tak pandai nak selindung kot. huhu.. Hope perasaan ni berlalu cepat. Tak tahan daaa....

Thursday, September 2, 2010

Huhu... Diet nyer pasal



Rabu : 01.09.10
Masuk ari ni dah  4 hari kot dlm usaha nak turunkan berat aku ni... bukak posa ngan roti, sahur roti.. pastu plus lak ngan jus peria + epal tu.. 

Ni je la yang diperlukan... :)
Sanggup tu telan.. tapi tak la pahit sangat.. lite2 je.. :)
Penangannya, kat opis dekat2 dah nak balik tu. Kepala cam sakit sangat. Nape lak.. tak pernah2 sakit camni. Sakit sebelah je lak tu. Tapi gagah kan jugak diri dengan lesbo partner. Plan dah lama ni, so kena teruskan jugak. Kul 7.30pm pi ABC. Teringin nak makan nan ngan ayam tandori. Dah sampai makanannya, amazing la sangat, aku yang tak pernah makan tak abis.. today aku makan skit je.. tak lalu. Ayam tandori pun dah mual lak aku tengok. Memang ajaib. huhu. 
Tak boleh nak lepak lama, lepas makan tu aku terus pi bayar. Kan aku buat kes lak kat situ. Malu... Nasib baik umah dah tak jauh. Siap parking je. Ehh... dah tak sakit kepala lak... then maybe betul la, aku pening tu sebab tak cukup sugar la kot.. So esok? leh teruskan diet, tapi sahur nanti kena makan kurma banyak la.. :) Hope berjaya la turun skit. Penat niiii...