Sunday, March 8, 2015

Berbasikal di Taman Botani Putrajaya

Ok.. Sabtu lepas aku dan H pergi ke Taman Botani Putrajaya. Memang niat nak menjadikan aktiviti beriadah ni setiap minggu kan. So pepagi lagi kami dah ke sana. Walaupun niat asal tanak breakfast tapi nak terus berbasikal. Niat di batalkan sbb H nak kena makan ubt after meal kan. So kami berhenti makan kat subway Solaris Serdang untuk makan.
 
Sampai di Taman Botani dalan pukul 9 lebih skit. Kami terus park dan Balai pelawat untuk menyewa basikal. Dalam tu ada kaunter tiket. Kami beratur dan isi borang. Sewa basikal kat sini murah. Hanya RM4 untuk sejam bagi satu basikal. Last week aku dan H bayar RM10 sejam untuk satu basikal. Kalau tak salah tengok, weekday RM2 sejam kot. :)
 
Kami ambil 2 jam untuk 2 basikal, so total baru RM 16. Murah kan :). Lepas dah bayar tu, kami terus ke tempat ambik basikal dan terusla kami berbasikal. Sila cuba dulu basikal tu, kalau tak best leh tukar.
 
So kami berbasikal sambil berekreasi la. Taman Botani ni best, cantik. Jangan lupa bawa air bila berbasikal ya, kalau tak nanti dahaga teramat :)
 
So layan gambar je la.
 









 

Sunday, March 1, 2015

Sesi Beriadah di Taman Rekreasi Air Wetland Putrajaya

Hujung minggu tak tau nak buat apa. So aku decide nak ke taman. Asyik mall je kan, so kali ini ubah angina skit. Pukul 3 lebih keluar dari rumah, aku dan H terus ke Putrajaya. Then kami terus ke Taman Wetland ni. Masa kami sampai orang tak ramai lagi. So aku dan H ke kaunter tiket. Ermm.. banyak jugak aktiviti yang ada kat sini. Boleh memancing, berbasikal, berkayak dan basikal air tu, apa namanya tah, aku belasah reka je la hehe.
 
So aku dan H terus sewa basikal. Satu basikal RM10 untuk sejam. Ok la kan. So kami berbasikal dalam masa sejam tu. Perghh.. memang best. Dah lama tak keluarkan peluh. So kami decide nak jadikan ini aktiviti tetap.. hehe.. InsyaAllah.
 
So next time kami nak memancing plak. Kat sini, sewa memancing untuk satu joran ialah RM20. Dalam masa sehari tu. So ok la kan. Tempatnya pun cantik dan ada kemudahan surau, café dan toilet. So aku rasa mmg ok sangat untuk buat aktiviti di sini.
Selfie jap :)
My Hubby
 
Happy >> :)