Monday, December 26, 2011

Dugaan

Erm.. dah lama tak update.. sibuk ngan sekolah ,mana assignment nak kena settle, mana test nak kena hadap, mana keje opis nak kena siapkan. Baru je keje2 camni, macam tak terbuat da. Tapi sebelum aku nak pilih cara mcm ni, aku da sedia dengan bebeanan2 keje camni. So ni da sampai ke final semester, setiap kali aku ingat pasal ni, aku senyum sorang. Dah hampir nak selesai da.. Sikit lagi Jirah. 5 tahun berulang alik ke shah alam. Balik malam redah federal hi way dengan cik pooh. Ermm... pengorbanan nak dpt ilmu. Kata org berbaloi kalau kita hepi dengan result yg kita dapat. Setakat hari ni, aku hepi dengan pencapaian aku. Dengan semua yang menyokong. Family dan kawan2 opis, bos yang selalu bagi kelonggaran untuk cuti setiap kali exam, kelonggaran untuk balik lebih awal untuk elak jam. Semua tu aku rasa aku kena balas dengan completekan pengajian aku ni.

Tapi semalam buat aku penat sangat, kecik ati ke? ntah la, benda yang mendatang ni buat aku pk, aku ni dah jadi bebanan dlm keluarga. Susah kot ada anak perempuan yang masih menyendiri ni. Erm.. tapi aku menjaga diri aku di sini. Aku tak buat family aku susah. Apa yg aku buat, aku keje, belajar dan hidup seperti biasa di sini. Selama ni aku tak pernah menolak dan membantah, semua aku ikut. Sebab aku anak, aku bukan sesiapa tanpa mak and ayah. Tapi bila tiba masa seperti sekarang, semua datang bertimpa2. Kepala yang penat dengan study untuk final exam yang dah tak berapa hari lagi ni, aku harap dapat sokongan keluarga. Sangat perlukan itu. Selepas peperiksaan akhir, buat la perancangan apa.. aku akan ikut tanpa membantah. Buat la apa yang perlu. itu janji aku. Aku tak nak dilabel anak derhaka. Altho aku cold dan jarang bercakap, tapi aku tak nak mak and ayah aku menangis sebab aku. Aku anak...aku hanya seorang anak. Ermm.. tetiba sedih sangat. Aku perlu habiskan sikit saja lagi untuk tamatkan pengajian ini. Aku perlukan masa 3 minggu sahaja lagi. Selepas itu aku berserah pada segalanya.Hidup kita di dunia pun bukannya lama.. segala perancangan kita, hanya Allah yang menentukan.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi cabaran dan dugaan yang sekecil kuman ini. Aku perlu kuat untuk hadapi semua ini dengan hati terbuka. Hanya padaMu aku berdoa dan meminta. Amin.....

Wednesday, December 7, 2011

OMBAK RINDU

Ok.. hari ni mc lagi. Mata aku cam gatal2 la .. ishk.. hope x melarat la.. huhu. Ok lupa nak masukkan entry OMBAK RINDU ni. Last week aku pi tgk ngan Arina. Memang full house panggung kat Mid Valley ni. Erm.. so aku da beli tiket siap2. So dapat la tempat yg ok. So puas hati la.


Sempat tu snap dlm panggung... punyala hepi sbb mmg lama menunggu nak tgk OMBAK RINDU ni..huhu
Aku ada novel ni. Da lama aku beli. time kolej2 dulu kot.lama sungguh. Tapi aku memang ska novel ni. bape kali ntah aku ulang baca. aku ni bukan pengumpul novel, tapi aku ada OMBAK RINDU ni. :)
Bila nak dijadikan movie, aku rasa mcm tak sesuai sangat sbb mesti nak kena compress citer ni nanti. Kalau jadi bersiri better kot. Mcm Nora Elena tu, baru la best kan.
So permulaan, tengah2 and ending citer ni, ok la.. maybe sbb pelakon nye best. Aku ska si Aaron ni pegang watak Haris. Maya plak, ok la.. tak la kekok.. and credit to Lisa, yg selalu duk bawak watak baik je, bila pegang watak Mila, dia boleh bawak. Ok jugak dia ni. Altho dia tak bawak watak perempuan jahat, tapi watak gedik, watak perempuan yg tak leh control marah, and watak penakluk ni.. pada aku dia dah berjaya. Aku ska tgk Lisa dlm citer ni. Thumbs up.
So pada yang nak pi tgk citer ni kat panggung, leh la pi, tapi citer nya mcm drama je la.. just that aku teruja sbb novel yg aku minat2 giler dijadikan movie. Tu je. 
Chow...

Conjunctivitis

Bangun pepagi tadi.. mata cam merah. Erm.. maybe kejap je. So aku pi keje macam biasa. Maklum semalam aku da cuti emergency. Dah sampai opis, kawan da tegur merah mata. Erm.. tak boleh jadi ni. End up pi klinik,  dan disahkan penyakit seperti tajuk diatas. MC 2 hari. Cepat2 balik takut berjangkit ngan org lak. So aku terus balik umah. MC badan tak sakit. So aku nak buat pe ye. Tengok umah dah naik sawang. Ishk2.. lama sungguh tak kemas umah betul2 ni. Habuk sana sini.. punya la pemalas lately ni. huhu.. 

Terus la aku jadi bibik terhormat. Bersihkan dapur, ubah kedudukan peti ais la.. almari la.. meja la.. waaa cik Jirr today, major revamp lak. Tadi ingat nak kemas dan buang habuk je, tapi hasilnya.. semua benda pun aku nak ubah. So umah da nampak sangat kosong. Semua nya aku tolak2 ke tepi. Lapang skit aku rasa. Maybe sbb kepala aku yg kusut pikirkan dah dekat nak exam ni, so aku nak tgk semua benda pun lapang.. ye ke? huhu..

Lepas kemas umah, tetiba rasa da lama tak pi manja kan diri.. massage skit ke kan.. So call BB, buat appointment. Done. Kul 3.00 da sampai BB Taman Desa. Kul  5 kuar, terus pi tempah baju. Waaa.. sangat efisyen today. Semua benda nak buat. Agak2 berjangkit tak org tadi ngan penyakit mata aku ni? huhu.. jahat sungguh, doc suh MC duk umah, aku mengular semua tempat.

And now, sambil2 memasukkan entry ni, tgk langsir bilik ni, cam da lama tak tukar. so kena stop tulis bukan2 kat blog ni dan pi tukar langsir. Taste sungguh today. Rajin sampai ke malam. Maju2!!!

Chow dulu... Salam.

Thursday, December 1, 2011

Movie : Twilight Breaking Dawn Part 1


Tak tahu nak hapdate apa tapi nak hapdate jugak. So nak citer pasal cite cinta hantu2 ni la. Ermm.. previously aku tgk citer ni dengan Arina. Arina yang kenalkan aku ngan citer ni. So untuk last episod tu, hasilnya aku tertido dlm panggung sbb pada aku citer ni sangat bosan la. Tapi apa lak yg buat aku nak tgk citer ni kali ini? Banyak sangat iklan2 kat radio. Hari2 asik ulang pasal citer ni je. And aku lupa DJ radio mana tah,, Hitz ke Mix ke Fly, one of the DJ tu kata dia tak tgk Twilight 3 yang aku tgk tu sbb katanya ramai yg kata bosan. Ermmm so aku membuat conclusion bahawa, aku tak le kata citer ni tak best sbb kebetulan masa aku tgk tu.. memang citer tu BOSAN. Hoke, kali ni dengan jayanya aku pi. Ngan Arina lagi. So kat MBO tepi umah je. Senang, tak ramai org tgk kat situ.

lepas tengok yang kali ni, so aku rasa citernya not bad. Untuk yg breaking dawn ni, citer dia biasa2 je, tapi tak membosankan aku. And aku ska tgk citer ni jugak sbb props, latarbelakang dan tempat2 menarik yg diorang shoot citer ni. Terutama tempat honeymoon Bella dan Edward. Perghhh... heaven. Villa cantik depan pantai. And ada waterfall bagai. huhuhu.. ibarat di kayangan.. over sudaa..... anyway, citer ni ok la.. Dari 5 bintang aku rate 3 bintang la.. markah yg diberi memberat ke arah surrounding citer tu. Jalan citer , kira hoke je la...
Note : Thanks Cik Farah sebab hantar kan wa beli tiket ombak rindu malam ni. Hope citer ni sehebat novelnya.. Arina, tgu malam ni.. 1230am hoke...