Friday, December 24, 2010

Long Day...Long Journey...

Jumaat yang sangat panjang. Pepagi aku pi keje.. jalan sangat clear.. maklum orang dah start cuti. Esok dah Krismas. Sampai ofis, dapat lak keje baru..huhu.. Nak kena buat something yang aku tak pernah buat before. Boleh ke? Try tengok2.. ermmm mcm boleh la nak cuba. Maybe sebab tak pernah buat kot, sebelum ni ada partner tersayang yang akan buat ni, tapi sebab dia cuti melahirkan Uzair so aku kena cuba la. Huhuhu... Tapi aku ni pantang orang bagi keje last minute. Geram. Aku kalau nak buat keje, jangan last minute, sebab aku panik... hahaha.. Tapi nasib baik ada Cik Asam yang sudi membantu dan menolong dengan ikhlas nya.. Tq dear........... Love u mmuahhhh... hehe.

Kekusutan hari ni jugak membawa aku jauh skit sehingga aku ni masa tengah masukkan entry ni, aku menggunakan lappy cik yeen. Now i;m at JB.. Hahaha... Bosan tak tahu nak buat apa kat KL, sanggup lak mengharung kesukaran semalam, naik train all nak ke Bukit Jalil sebab nak amik bas KKKL ( Bas gagap ) nak ke JB. Hahaha..

Nak ke Bukit Jalil tu, siap tukar 2 train. Putra n Star. First time aku try naik train sesorang camni setelah hampir 6 tahun kat Key Elll...:) And first time jugak aku naik bas nak ke JB .. Alone.. Maju2.. Hehe.

Dari KL ke JB, hampir 5 jam nak sampai sebab banyak accident sepanjang perjalanan dan jugak banyak sangat kereta. So sangat la bosan dalam bas. Perut ni giler lapar. Maklum tengahari makan skit je. huhu

Dah sampai JB kul 12 malam, Cik Yeen amik kat Larkin.. And kitorang makan kat Banafe... Yayyyy... Nak makan.. Lapor... Smabil makan, sambil dengar live band.. Ermm.. mak taste la... :) After lepak2..kul 3 sampai umah. :) zzzzzz

Monday, December 13, 2010

Stagnant.. me?

Ermm.. when me become stagnant, so i jadi la sebeku ais kan.. perghhh ayat tak leh blah, hehe. Sementara menunggu nak sambung jadi cikgu sekolah hari ni.. aku macam rajin lak nak hapdate blog ni. kenapa tajuk aku ni stagnant. Sebabnya, aku macam dah bosan dengan rutin kot. Takde sebarang perkembangan. Stagnant jer.. Aku nak move on, takkan nak mcm ni je. So aku akan follow je la cakap org tua aku kan. Apa yang terbaik pada mereka, tu la jugak yang terbaik untuk aku. InsyaAllah. Sepanjang duk umah sebab aku sendiri tengah cuti sekolah ni, aku asik ngan mak aku je. Spent time ngan diorang is the best thing to do.

Alhamdulillah berkat doa mak and ayah, result aku pun ok. Dan aku harap dapat la aku teruskan belajar lagi dengan semangat skit. Cannot malas2 lagi.. huhu. Ermm.. balik kampung? Bila nak balik ya. Banyak benda nak kena setel ni. Nanti da start kelas, tak leh balik kan. So kena rancang betul2.

Erm.. kelas da nak start..so bubye... :)

Friday, December 10, 2010

Jumaat Yang Happy

Pagi ni bangun terlewat skit. Hari ni ada meeting kat luar. So gerak dari umah, tak nak masuk opis dulu. Pepagi dah bukak email nak tgk tempat meeting kat mana. Selain daripada tengok email keje, aku dapat email lain jugak..Alhamdulillah... Aku kena puasa 3 hari ni. Syukur pada Ilahi. So hari ni altho malas n tak brp gemor nak attend meeting ni, tapi sbb hari ni hari yang menggembirakan, so aku senyum je memanjang. Hehehe...Aku sangat Hepi.. Lalalalala... Hati berlagu riang.. ekeke..

Wednesday, December 8, 2010

Makan Makan with Family

Semalam cuti Awal Muharram. So pepagi mak dah masak nasi dagang. Huhu.. best nya. Arina takde lak, ke Bandung.. lain kali la mak wa buat lagi ye.. dia kata next time dia akan tengok jadual Arina dulu before masak nasi dagang.. haha.. Tetiba kul 2 lebih semua dah sangap. Ermm nak kemana yer.. Then terus decide nak pi Melaka makan ikan bakar.. Sanggup tu... Hehe

Judin bawak kete tapi ikut tak hi way.. huhu.. Sakit lak badan.. jalan tak elok sangat kan.. tapi leh la tengok kampung2 all.

So kitorang sampai ke Melaka, ayah kata ada kawan dia kata makan kat Jeti Anjung Batu. So GPS la ke sana.. dah sampai tu.. ermmm nan hado je. So tak jadi. Alang2 dah datang jauh ni, nak jugak makan kat tmpt yg semenggah skit kan.. :) Then teringat kak Mahani pernah cakap yang dia ska makan kat Muara Sg Duyung. So apa lagi, seberapa pantas la, tukar direction GPS : Muara Sg Duyung.. :)

Tinggggg !!!! Akhirnya .... Sampai la di :

Sotong goreng tepung

Sayur campur + cendawan

Kupang goreng bercili

Jenahak masak 3 rasa

Ketam masak black pepper

Jenahak bakar bercili

Butter garlic prawn.


Tu la antara makanan-makanan yang kitorang makan sampai dah tak larat nak bangun dah pastu.. terus ari ni aku kena start diet lagi.. susah nak diet ni kalau ada ramai org kat umah kan.. huhu.. Ermm harga makan kat sini sangat la berpatutan. Dengan semua yang dimakan tu harga nya ialah : RM 131.30 sahaja. Sila la pi ramai-ramai kat situ. Aku memang tak suka sangat kat Umbai. Yang ni best lagi kot. :)

So balik la kitorang semalam dan sampai kat umah dlm kul 10 lebih2 gitu.. then semua terus pengsan.. ZZZZ

Monday, December 6, 2010

Pooh warded... :(

Semalam pi opis pagi. Sangat best sbb jalan sangat clear, maybe sbb hari ni cuti, so org dah amik cuti sejak last week. Amik cuti semalam leh cuti 4 hari. Sepagi di dlm meeting room. Ermm... ngantuk pun ya. Pastu baru teringat, Pooh nak kena tukar clutch la. Dah lama nak tukar tapi tak pegi2. Pukul 1 tghari balik. Amik Half day leave. Sampai umah, makan jap, pastu mintak tolong ayah follow pi workshop. Dah call mekanik tu, dia kata need 1 and half day nak siapkan Pooh. So terus la pi Old Klang Rd. Serahkan kunci Pooh dan balik. Huhuhu... Pooh dah semalam bermalam kat luar ni... sian... ikutkan kul 4 ptg camni leh la pi amik. Pooh kena tukar clutch bearing, clutch casing / cover. Tu je la kot. Sebab pooh sangat la fragile, kata mekanik tu, pooh sangat leceh, nak kena turun kan enjin? entah pape je la kan.. aku tak paham pun, tapi upah nak buat tu la yang mahal skit. Huhu.. Takpe la, bukan selalu pun aku perhabis kan duit kat si Pooh ni. Dah la pooh ni free kan, so tolong la jaga dengan sebaiknya. Hehe.. Tetiba sedih lak, ingat nak post gambar pooh, tapi baru sedar, aku tak pernah amik gambar cik pooh la.. huhu.. So tuan Pooh kena cut perbelanjaan la.. sebab duit da abes.. huhu.. Demi Pooh... Demi Pooh.. Hehehe..

Selamat Tahun Baru Hijrah

Alhamdulillah, akhirnya dah masuk satu lagi tahun baru Hijrah. Aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Sejak 2 minggu ni, banyak benda yang bermain di fikiran, banyak perkara yang mengusik jiwa. Sebentar tadi bila aku tak dapat nak join mak,ayah n Judin ke masjid untuk sama2 mengimarahkan masjid dan sambutan tahun baru dengan membaca doa bersama-sama, hati ni cam sayu je. Orang lain ramai2 di masjid, tapi aku ni, terpaksa baca doa sorang2 kat umah. Tak pe, harap doa yang kita baca diterimaNya. InsyaAllah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sayu hati pun, hidup mesti diteruskan. Aku harap segalanya berlangsung dengan baik pada tahun ini. Berikan aku kekuatan dalam mengharungi hidup dan hindarkan aku dari melakukan maksiat. Kuatkan semangat dan tabahkan hati aku untuk segala ketentuanNya. Semoga aku berjaya dalam apa jua yang dilakukan.. InsyaAllah.

Picnic at Fraser's Hill...

Sunday : Mak pepagi dah bising.. Bila nak bangun, kata nak jenjalan.. hehe.. Pas brunch, kitorang kuar umah. Nak pi picnic katanyer.. Kat mana ek... Ermm jalan Bangsar jam, tengah buat jalan.. patut la jam.. ermm.. kemana kah 4 org ni nak pi kan.. Akhirnya kitorang sampai kat :


Jenjalan la sangat kan. Sampai ke Fraser's Hill. Tapi ok la.. dah tanak jenjalan pi Mall. Pegi la berpicnic lak. Judin as usual hangkut semua barang2 camping dia ni. So kitorang lepak satu port dan masak air, buat air, makan2 jap.. :)
Chef of the day... Buat air je pun... :)

Tengah usaha nak belah Delima..

Lepas makan je, terus la pusing2 Fraser's hill ni. best jugak atas ni.. nyaman je. Ala-ala cameron la jugak, tapi aku cam rasa sini lagi sejuk compared to cameron. Sebab nak naik kat sini ada time nye, so kitorang decide nak turun pukul 6ptg. Berhenti kat tengah2 landmark sini iaitu jam besar tu, kat situ sempat bergambar lak.. menyibuk ngan pelancong2 cina yang pada masa tu pun tgh bergambar.. ada kiah kesah?? hehehe...







Sepanjang perjalanan ke Fraser's Hill ni, banyak lak yang aku jumpa tempat2 orang buat movie hehe.. ermm baik punya cilok, kedai uncle wong (KKB), citer Setem, umah Q haidar + kakaknya(KKB), and umah I'm not single(Fraser's Hill). Sempat snap gambar umah I'm not single. :)



 On the way back, selepas maghrib kat KKB, kitorang stop jap, makan kat Batang Kali, kedai makan ni was found by Misi Gayah + Pak Shah dulu la, masa dia selalu berulang area situ pi anto n amik anak bongsu kesayangan mereka di Perak. Time tu dia sekolah kat sana. Kedai ni biasa2 je.. olskool je, tapi makanan best. Ramai orang makan kat sini. Service slow skit la.. tapi ok, kalau tak silap nama kedai ni ialah GERAI MAKANAN SU.. :) So sapa-sapa yang kebetulan lalu area situ,leh la try makan kat sini,  gerai ni betul2 depan masjid.



Punya la pelahap kitorang order. Macam-macam la ngan sotong / udang goreng tepung, ikan masak steam, tomyam la.. telur bistik la, sayur campur bagai... bila tiba time bayar. Terkejut la jugak.. RM 45 sahaja.. hehehe.. Ermm sangat murah. burppp.. Alhamdulillah.. 

Ni baru je separuh, tak sampai lagi yang bercelup tepung tu..huhu, agak2 nanges tak orang yang ada kat Russia tu tengok.. ekekeke.. Jangan mara ek.. nanti balik kita pi lagi..huhu

Kul 10 malam sampai umah.. terus pengsan semua.. huhu.. esok keje!!!!!

Saturday, December 4, 2010

MAHA 2010

Hari ni, pukul 4 pagi mak dan ayah call. Diorang dah sampai PUTRA. Aku bangun dan terus capai kunci kereta Judin and handbag. Baju aku? maintain baju tido still.. :) Sapa nampak aku subuh2 ni. gasak la.. Dah sampai umah, sambung tido. Then pepagi kena bangun dan settle kemas2 umah. Janji ngan mak n ayah nak pi UPM, Maha 2010 tu.

Kul 11 pagi sampai kat UPM, parking kat pintu 1 UPM. Dah panjang yang beratur nak naik shuttle bus. Ada orang drive masuk kedalam sana, tapi kitorang prefer nak naik bas. So beratur la kami. Ermm tak la lama, dalam 10 minit bas dah ada. Kitorang terus naik dan dibawak ke tempat pameran. Ramai sungguh manusia. Nasib baik kitorang naik bas, sebab dihantar terus ke sana, dan tak perlu harung jam dlm UPM ni. Ada jugak yang parking kat tempat kitorang parking, sebab diorang tanak beratur, diorang jalan kaki.. perghh.. mau pengsan aku jalan jauh2 camtu.. 2 km lebih kot.. huhu.. nanges..

Dah sampai, Judin lapar, sebab dia sorang tak breakfast. Kat situ banyak je yang menjual nyer.. sampai kan payung pun ada yg jual. Bercakap pasal payung, cuaca hari ni sangat best. Mendung je. Hujan pun masa kitorang kat dalam dewan pameran. So ok la. Kitorang lepak jap kat gerai Strudel. Ermmm best lak cheese cake nyerr.. huhu.

Lepas makan, terus la jenjalan.. cantik sungguh orkid kat sini, tapi aku yang sedar akan kerajinan aku menjaga tumbuh-tumbuhan ni, terpaksala melupakan niat aku ni. Takut orkid tu jadi orkid kering je nanti..huhu. Aku ni layak jaga kaktus je, sebab hanya kaktus yang pandai jaga diri.. ehhe.. tak yah siram2.

Buah2 yang dijual disini sangat murah dan manis. Bukan setakat buah je, sampai kan brooch pun aku beli.. huhu.. Tapi sebab memang dah lama carik brooch tu, so aku sebat la jugak. Tapi yang pasti, aku suka pi Maha ni.. hehe

Akhirnya sampai jua bas yang ditunggu.. yayy...

Judin, Mak & Tangan ayah.. :)


Berapa kah kalori yang kena bakar selepas saya makan kek ini??.. huhu


Orkid : 1=RM 15, 2=20


Yang ni aku ska, kreatif.

Lebih kurang kul 3.30, kitorang kuar dari UPM dan terus pi makan. Laparnya.. apa lagi, kalau dah sampai area sini, langsung la ke Cyberjaya. Saba' la... ekeke.. aku memang dah tanak diet minggu ni. Belasah je la apa yang ada kan.. huhu
Sempat la jugak snap gambar kat Saba'. Semua dalam kelaparan tahap maksimum dah.. huhu..




Model Teh Arab...

Ermm.. yang paling depan ni, Chicken Kabsah.. Si debab nyerr.. huhu

Semua diam je bila makan... huhu..

Selesai makan je, terus pi Alamanda lak. Kena pi carrefour sebab nak carik bekalan makanan untuk dihantar pada Hanisah. Nasib baik la semua barang ada. Kul 9 mlm, sampai umah. Makan2 buah dan now, aku duk update blog and chat ngan my best friend time sekolah dulu... :)

Jamuan Mesra Diwali


Now baru nak update majlis mesra diwali yang diadakan pada 1 Dec 2010. Sedih pun ya, biasa kalau pi majlis camni, at least mesti ada Kak 6 at least 4 of us.. tapi diwali tahun ni, just aku n ayeen yang pi. So sebab feeling2 nak sihat la katanya, hari tu aku dan Ayeen pi jalan kaki je. Nasib baik tak panas. Redup. Disebabkan jalan kaki, kitorang keluar awal skit, sampai je kat sana, meja masih kosong. Sambil amik meja yang paling dekat ngan booth makanan dan juga Kambing golek... hehe, kitorang sembang2 la. Walaupun 2 orang je, tapi sembang bising cam 4 org jugak.. huhu. Tengah baik bergossip, datang nyonya yang paling aku tak suka. Dia ni baik event yang corporate anjur, division anjur, semua dia ada. Sapa la dia ni. Dia pun sibuk la nak meng Kak 6 sekali ngan aku n Ayeen, aku mmg dah buat muka 15sen. Aku malas. Nasib baik Ayeen ada nak layan nyonya tu.. dah tu tak lama, dia blah. Tahu kot kitorang tak ska. Aku ni mode diet, tapi hari ni, semua hancus. semua aku makan.. nangesss... huhu.. Tapi penganjuran majlis kali ni memang best. Deko cantik, makanan pun best. Tak lupa juga show pun best la.. i loike... :) Sempat snap gambar.. maklumla.. muka tak berapa nak malu kan.. 2 org pun jadi jerrr.. hehe

Kalau masa pi redup seperti berjalan di musim luruh.. tapi balik? Hazabbb... panas oiii... huhu. Anyway.. perut sangat kenyang. Hahaha

Thursday, December 2, 2010

Weekend !!

Huhhh.. weekend ni banyak sungguh aktiviti. Padat lagi bermanfaat :).

Sabtu, Lesbo yang dah pindah JayB, dtg KL.. hehe.. rasanya lagi banyak spend masa kat KL dari JB. Maklumla..rindu kat KL. Katanyer kat sana susah nak shopping ye? Ermm.. sabar je la kan.


Ngangkung
Kul 550pm, kitorang tengok citer ni kat Mines. Citer ni leh tahan gak. Best la jugak. Full House panggung hari tu, sampai ke depan. Citer ni pasal 3 org yang beria-ria berjumpa dengan bomoh sebab nak dapatkan nombor ekor. Hantu2 dlm citer ni memang agak scary, tapi sebab ada elemen lawak tu, tak la takut sangat.
Antara babak yg aku ska dlm citer ni ialah:
1) Hantu posing atas kereta Tasneem, and Angah pengsan ketakutan
2) Masa Tasneem dengan isteri bertukar-tukar parang kat ruang tamu, then hantu tu menyampuk
Banyak lagi la... pendek kata, banyak sangat lak yg aku ska.. kan tak pasal-pasal, penuh lak aku taip pasal ni je nanti..

Tahniah kepada cik yeen, dah dapat kenikmatan menonton citer2 hantu ni.. Wa kagum ngan lu.. :) Kalau nak bagi rate pasal citer ni. Aku bagi 3 1/2 bintang darpada 5 bintang. Clap2.

Ahad, Pepagi lagi kuar nak breakfast. Sorang lagi Kak 6 dan Kak 6 Jr ada sekali. Bertempat di OldTown White Coffee Bangsar South. Sembang2, gelak2, Ngumpat2 selama 2 jam kot. Tapi yang banyak asyik gelakkan Kak 6 Jr ni, Si Tasneem. Tasneem sangat bagus. Dia buat keje 3 in 1. Makan + Minum + Basuh tangan. Kagum kitorang.. hehe.. Ni gambar Cik Kak ni..
Saya sedang minum teh ais lemak (Teh ais + Nasi lemak)

Game seterusnya ialah mencari biji nasi didalam teh ais.. Go..Go.. Neem

Tah camne asik nak bergambar je kan... check it out.. makin Gemmm la.. huhu


Ni cover page novel : Rindu mu di angin lalu ( sila cari dikedai buku berhampiran anda... hehe)

Lepas bfast, terus la pi Mid Valley temankan org JB nak pi MV. Dah lama katanya tak pi MV.. Ye ke?? So temankan org shopping. dan Tahniah untuk Cik Jirr sebab dengan jayanya melawan nafsu untuk membeli. Happy...

Lepas tu pi plak Bangsar, lunch date ngan another lesbo partner.... :)

Sungguh penat berjalan-jalan.. ooopsss.. petang ni nak pi kenduri tahlil di Cheras lak. Ermm... Al Fatihah buat Arwah Abg Rosli Limat..

Tu je la update. Sungguh padat hujung minggu lepas.. huhu

BZ kerr

Erm.. baru je lepas buat semua keje. Tapi still ada yg masuk dlm mailbox ni. Sudah2 la tu kan.. bawak2 berehat la.. :) Aku ni still kat opis, kepala dari tadi berdenyut. Sakit la plak. Nak balik tapi mcm malas lagi. Teringin lak nak balik kampung. Main ngan baby Arissa. Tapi banyak lak aktiviti kat sini yang nak kena setelkan. Nanti la. Kazen2, aku akan balik later. Tentang pertanyaan tu... InsyaAllah nanti akan ku bagi jawapannya. Tunggu je la. And doa je la yang terbaik.

18 & 19/12- Ayeen, mana la resit nya. Lu ni bukan leh caya pegang benda2 penting ni, kan ilang, kena lak bayar again ngan pakcik pelakon tu.. ekeke.. Teringat lak last aku percayakan si minah ni masa pi MV last 2 yrs kot. Alkisah lepas bayar parking tiket parking, dia tak sengaja terhilang kan benda alah tu, so padahnya, kami bertiga kena byr parking paling mahal pernah aku bayar seumur idup. selama sejam lebih di MV, kitorang bayar parking sebanyak RM51. Pernah ke korang bayar semahal tu.. tak pernah kan.. ekeke..

So selepas kejadian tu, Kumpulan Kak 6 dah melarang Cik Ayeen daripada memegang parking tix.. hehe.. Mesti berasap cik Ayeen baca ni. ekeke..

Sunday, November 28, 2010

Welcome Adam Uzair...

Petang tadi dapat mms daripada Kak Mahani. Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak melahirkan baby Adam Uzair.. Tahniah Kak Mahani , Lokman dan Sofea dengan kedatangan baby baru. Tak sabar nak tengok.. Kat bawah ni gambar baby Uzair.. Mata cam akak dia.. Lepas ni Princess Sofea kena la jaga adik baik2.. :)

Adam Uzair

Wednesday, November 24, 2010

Mood Yang Mengarut

Sejak sebulan lepas, mood aku membeli barang mcm mengarut. Macam2 aku nak beli. Dah siap aim nak beli apa bulan 12 nanti, tapi sementara menunggu tu, aku belasah je apa yang aku rasa berkenan. Bila baca adakah simptom aku ni pelik, or simptom org dah dekat nak sampai masa ke?? huhu, salah satu sebab stress. Tak abes2 stress.. huhuhu.. So untuk mengelakkan aku pokai nanti. Aku berazam nak duk umah je weekend. Tanak kuar la.. bahaya..Sekaranng ni semua mall ada sale. Maklumla da nak krismas. Tadi balik dari kerja, dapat lak Robinson nyer flyer.. Banyak jugak yang menarik. Tanak pk, terus masuk tong sampah. Jangan la aku termakan lagi ngan promo2 tu. Hazabbb. Apa la nak jadi ngan aku ni. 2 bulan lepas dah beria2 berazam, tanak shopping, tapi nape la tak kuat sangat iman ni.. huhu..

Tapi bila pikir2 balik, perkara ni dah biasa pun. Kadang2, bila kita memang dah kuarkan duit nak shopping, time tu, satu barang pun tak berkenan. So untuk sedapkan hati, biarla aku berbelanja lebih sikit untuk past 2 months, tapi nanti bulan 12, beli satu je lagi barang yang memang aku dah aim nak beli tu. Go..Go.. Jirr!!! Boleh ke?? Ermm.. InsyaAllah.

Tapi b4 that.. huhuhu.. rupanya ada lagi kena beli ni!! Hope la Bandung da ok.. ekeke.. Arina.. Jangan lupa yer pesanan gue.. Hahaha (Betul ni.. yang ni last aku beli untuk bulan ni.. pasni duk diam2)

Tuesday, November 23, 2010

Sembang2 jerr

Hari tu balik kampung jumpa kawan lama. Dah lama tak jumpa and sembang2. So pi la, banyak gossip and citer2 yang aku tak tahu rupanya. Tetiba terkeluar satu ayat ni dari member ni. Aku tertarik :
"a successful man is a rich man having whatever he wants
a successful women is a women who marries a successful man"
Macam betul lak kata2 ni. Lelaki diukur pada apa yang dia dapat dalam hidup mereka. Lagi banyak dia ada, lagi la orang sekeliling yang memandang akan mengandaikan yang dia seorang lelaki yang berjaya didalam hidup. Kalau lelaki tu ada 4 isteri, lagi berjaya la agaknya hidup. Ye la, bukan senang nak mempunyai 4 isteri dalam satu masa. Kena adil pada setiap aspek. Ermmm.. tetiba cam nak marah lak.. hehe

Pompuan lak, bukan takde yang memandang kalau dia berjaya dengan sendiri tanpa bantuan lelaki, tetapi orang lagi la akan nampak kalau tetiba seorang pompuan ni bersama dengan lelaki yang berjaya. Baru la orang akan nampak kejayaan perempuan tu. Kejayaan dalam menawan lelaki yang berjaya. Wink2.

Monday, November 22, 2010

Red Wok Restaurant, Bangi

Tadi balik umah lepas mandi n solat, Judin ngan mak n ayah nak kuar jenjalan lak... nak ikut ke tak? berkira2, penat la jugak sbb balik dah lewat. Tapi cam nak join. At last, ikut la jugak. Judin nak pi Red Wok Bangi. Restoran makanan cina and Thai. Aku baru tahu ada kedai ni. Kedai ni kat Seksyen 7 Bangi. Makanannya.. ermmm ok la kot. Disebab kan aku sedang melawan nafsu makan aku yang semakin menggila ni, so aku just makan desert je.. desert pun berlemak jugak.. ekekeke.. standard ar diet Jirr.. No rice je.. lain belasah.. :).. Wifi lak.. ada la.. tapi poor connectivity.. Tapi tak per la.. janji ada jugak kan.. hhehehe.. Restoran ni halal dan harganya ok la dengan portion yang disediakan.

So gambar2 yg sempat di snap tadi :


Kat depan restoran..


Tomyam Soup Milk

Shrimp Kangkung
Marmite Chicken
Red Ruby Water Chestnut - Ermm.. best jugak la.


Cappucino Ice Blended ni best..

Dah abis makan.. cepat 2 balik.. esok nak keje lak.. huhu

Selamat Hari Raya Aidiladha

17 November 2010, Hari ni dah hari raya korban. Aku lepak umah kazen tengok Arissa. Tengahari daging korban dah ada kat umah, balik dan siap-siap pack untuk distribute pada org. Erm.. nasib baik belajar dari C.Ngah camne nak agih daging ni. :) Sekejap je aku dah dapat pack daging2 tu. Ada tulang rusuk. Ermm.. terasa nak makan sup tulang. Apa lagi, request ngan mak nak buat sup tulang. Buat sekali daging masak black pepper.. perghh best la sbb daging yang baru disembelih. So memang la manis. :) Apa lagi diet ku pun hancur la. Tak pe la, nanti balik KL start diet balik .. kalau boleh la... huhu.

Kat bawah ni banyak je snap gambar baby Arissa Zulaikha ni.. :)

Ermm... Cik Long saya cari yang pink untuk saya sebab saya gegirl... :)
Entah kenapa, saya rasa saya sangat princess lak time ni... :)

Shhh... saya nak sleep..
Walaupun saya baru 26 hari, tapi saya dah boleh main ball ni... :)


Amacam, nampak garang tak? Ke saya macam muka Umi saya ni? :)

Saya sedih... C.Long dah nak balik KL daaa... huhu. C.Long saja amik pic separuh sbb dia pun sedih, balik kampung dia makan sangat banyak so dia da demok... huhu