Saturday, December 4, 2010

MAHA 2010

Hari ni, pukul 4 pagi mak dan ayah call. Diorang dah sampai PUTRA. Aku bangun dan terus capai kunci kereta Judin and handbag. Baju aku? maintain baju tido still.. :) Sapa nampak aku subuh2 ni. gasak la.. Dah sampai umah, sambung tido. Then pepagi kena bangun dan settle kemas2 umah. Janji ngan mak n ayah nak pi UPM, Maha 2010 tu.

Kul 11 pagi sampai kat UPM, parking kat pintu 1 UPM. Dah panjang yang beratur nak naik shuttle bus. Ada orang drive masuk kedalam sana, tapi kitorang prefer nak naik bas. So beratur la kami. Ermm tak la lama, dalam 10 minit bas dah ada. Kitorang terus naik dan dibawak ke tempat pameran. Ramai sungguh manusia. Nasib baik kitorang naik bas, sebab dihantar terus ke sana, dan tak perlu harung jam dlm UPM ni. Ada jugak yang parking kat tempat kitorang parking, sebab diorang tanak beratur, diorang jalan kaki.. perghh.. mau pengsan aku jalan jauh2 camtu.. 2 km lebih kot.. huhu.. nanges..

Dah sampai, Judin lapar, sebab dia sorang tak breakfast. Kat situ banyak je yang menjual nyer.. sampai kan payung pun ada yg jual. Bercakap pasal payung, cuaca hari ni sangat best. Mendung je. Hujan pun masa kitorang kat dalam dewan pameran. So ok la. Kitorang lepak jap kat gerai Strudel. Ermmm best lak cheese cake nyerr.. huhu.

Lepas makan, terus la jenjalan.. cantik sungguh orkid kat sini, tapi aku yang sedar akan kerajinan aku menjaga tumbuh-tumbuhan ni, terpaksala melupakan niat aku ni. Takut orkid tu jadi orkid kering je nanti..huhu. Aku ni layak jaga kaktus je, sebab hanya kaktus yang pandai jaga diri.. ehhe.. tak yah siram2.

Buah2 yang dijual disini sangat murah dan manis. Bukan setakat buah je, sampai kan brooch pun aku beli.. huhu.. Tapi sebab memang dah lama carik brooch tu, so aku sebat la jugak. Tapi yang pasti, aku suka pi Maha ni.. hehe

Akhirnya sampai jua bas yang ditunggu.. yayy...

Judin, Mak & Tangan ayah.. :)


Berapa kah kalori yang kena bakar selepas saya makan kek ini??.. huhu


Orkid : 1=RM 15, 2=20


Yang ni aku ska, kreatif.

Lebih kurang kul 3.30, kitorang kuar dari UPM dan terus pi makan. Laparnya.. apa lagi, kalau dah sampai area sini, langsung la ke Cyberjaya. Saba' la... ekeke.. aku memang dah tanak diet minggu ni. Belasah je la apa yang ada kan.. huhu
Sempat la jugak snap gambar kat Saba'. Semua dalam kelaparan tahap maksimum dah.. huhu..




Model Teh Arab...

Ermm.. yang paling depan ni, Chicken Kabsah.. Si debab nyerr.. huhu

Semua diam je bila makan... huhu..

Selesai makan je, terus pi Alamanda lak. Kena pi carrefour sebab nak carik bekalan makanan untuk dihantar pada Hanisah. Nasib baik la semua barang ada. Kul 9 mlm, sampai umah. Makan2 buah dan now, aku duk update blog and chat ngan my best friend time sekolah dulu... :)

2 comments:

  1. mujur dh gi saba' tu..x lah jeles...n aritu g mkn kat kedai uzbekistan kt cni, rse cam nasi arab jgkla....yayy!! bkalan mkn yg dinanti2 kn...hihi

    ReplyDelete
  2. hehe... bekalan makanan tu dah nearly complete.. just tgu time nak post je la.. ermm baju kurung purple pun on the way nak beli la. :)

    ReplyDelete