Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan = 1 August 2011= mood yang happy

Hari ni 1st posa. Selamat berpuasa la pada seluruh umat islam.. Alim gitu entry 1st day posa. So semalam da start terawikh, walaupun banyak dugaan nak sampai ke masjid tu.. alhamdulillah boleh la jugak sempurnakan solat terawikh. Happy sebab mak, ayah, nisah dan Judin ada sekali. Happy family gitu. 

Pukul 515am bangun and panaskan nasi goreng. Mak masak semalam dan semua da siap2 sahur. Just aku je yang tak makan semalam..sbb guilty kalau tido pas makan. Maju2!!!.. ni petang ni kalau tak turun jugak sekilo, mmg nangis la.. Punya la aku tahan makan ni..huhu. So bersahur sorang2 gitu. 

Hari ni nak pi opis awal, kul 630 da gerak. Linda dan Ayeen pun nak tumpang sekali. So hari ni bermula dengan bagus. 1st day puasa, pegi opis awal, dan leh tumpangkan kengkawan.. Ermm semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang terdahulu.. Amin...

Ok.. nak sambung buat report balik.. chow

Thursday, July 28, 2011

Arissa Zulaikha

Last 2 weeks, Kak yah and family datang untuk jenjalan shopping raya, Hari ni baru leh upload pic baby girl Arissa ni. Da besar, pandai mencebik bila kena marah. So entry ni nak masukkan pic dia ni je.. Ebab2 gitu.. geram.. Nanti datang lagi umah c.long, leh join abang2 mandi kat swimming pool..

C.long cam biasa suka interframe.. ekeke
Ni toy baru saya, takde nama lagi ni... Saya penat and sleep..sbb jadual saya kat KL ni padat sangat. :)
Saya nak makan roti canai la today...
Boleh ek roti canai... k la..saya boleh senyum lega la...
Sedikit geram ni... mana order saya tak sampai lagi
Sangat geram.. lambat la suap saya roti tu.. grrrr
Ok.. Da kenyang suda.. jom la balik, saya ngantuk.
Ni la abang2 saya.. Abg Ikmal & Abg Faiz... :), oopsss Abg Ikmal, dlm pic pun nak buat mata camtu gak??
 Lupa lak nak snap pic umi ngan abah yer.. ekeke.. K la.. jangan lupa ye.. nanti2 datang la lagi sini.. :)

Malaysia Vs Singapore (28 Julai 2011)

Semalam aku just ngadap lappy je.. ber chit chat dengan member2. Tetiba ada text masuk dari orang Nusaputra..maju la skang.. tengok bola daa... So aku pun on jugak tv. Sebab tu aku malas nak tgk bola kot, dramatik.. jatuh sini...guling2 sakit.. jatuh sana... guling2 lagi.. and berdebar kalau kalah la... tapi sambil2 ngadap lappy, jeling2 la sekali sekala... then happy tetiba Malaysia gol 1... Senyum and sambung ngadap lappy... da  Singapore pun sumbat gol jugak pastu.. Dalam tak sampai 15 minit tanpa kira waktu kecederaan, leh ke Malaysia nak amik 2 gol lagi? ermm.. sudahnya aku da malas da tgk, tapi tv still on. At last ramalan cik Nusaputra betul la.. Malaysia tewas. Tapi ok la, at least ada la gol. Disebabkan bola jugak, aku tak jadi nak foro cik ayeen jog semalam, sbb aku takut jalan jam. :) and betulla, bila aku godek2 FB semalam, ramai yang tulis kat status, stuck in trfc jam. Ermm.. Nasib aku tak kena jugak.

Bangun subuh tadi, hujan la plak... syok nya kalau leh sambung tido. Dengar ada suara batuk2 kat luar. Macam suara misi gayah. Ermm... Tak cakap pun nak datang.. Tapi happy.. sbb 1st puasa nanti semua ada kat sini.. Yayyy.. erkkk... makan banyak ke nanti??? HUHUHU.... 

Sebab hujan jugak.... aku ari ni sampai kul 815 kat opis.. lambat lagi. Minggu ni sangat la tak produktif, keje aku slow je and 2 kali datang lambat. Hishhh apa nak jadi ngan Jirr ni.. Minggu depan kena semangat. Tapi memang kot sbb minggu depan minggu reporting aku laaa.....And 1st week puasa. Tak sabar nak posa...

P/s : Kesian jugak dengan pemain Malaysia, diorang mesti rasa kecewa sbb mengecewakan peminat Malaysia terutama 80,000 yang datang ke stadium semalam. Singapore plak mesti hepi sbb walaupun peminat seramai 5000 yang datang itu, mereka tetap menang secara aggregate semalam. :) Tak per la.. kalah dan menang tu kan ada permainan.

Chow la...

Wednesday, July 27, 2011

Gathering

Bertempat di Popeye Mid Valley.... berlakula gathering diva2 gitu walaupun org tgk nan hado.. tapi ada kitorang kisah? Tak la sangat..hehe.. orang sand warehouse turun KL, so kitorang pun berkumpul la ari tu. Sorang member iaitu cik ayeen takde sbb ke PD untuk race katanya.. and tahniah sbb dpt no 13 daripada 50 peserta. Maju2!!!!

So dengan tak kisah org sekeliling.. kitorang ni snap pic je. Poyo kot org tengok.. makan kat popeye, tapi bergambar mengalahkan makan bersama selebriti gitu. Tapi yang kitorang nak ialah.. moment ni.. nanti boring2.. leh la tgk pic.. hehe.. kekdahnya gitu la.
Apa motip nak tunjuk cincin lak kan.. ekeke... cik yeen lak tadak sbb tgh snap pic ni. :)
Hepi gitu.. cik asam takde sbb tgh snap pic ni
With cik Asam
Ni kononya tgh sembang la.. tapi sebenarnya lakonan semata.. semua tak bercakap, kak mah tgk mana ntah, Yeen melemparkan pandangan kosong pada Kak Nol sambil Kak Nol pun membalas balik dan cik Asam memandang pada Kak Nol dan dari anak matanya memandang aku yg sedang snap pic ni.. Diva kan kitorang.. hehhe

Chak.. Kak Nol dan Kak Mah enjoy the biscuit.. :)
Tu la gathering kita selama 2 jam.. pastu terus la balik opis. sambung keje balik daaaaa..Anyway sangat best bila dapat berkumpul camni..kecoh bercerita... chow dulu

Jalan-Jalan Cari....?

Last week, dengan cik arina, jenjalan lagi..memang dua org ni tak leh duk diam.. mengadu penat..tapi bila ada masa rehat..dua2 asik merendekkk jer. Kali ni sbb frust mid valley penuh org..kitorang pun pegi Ikea.. situ la kejenyer.. hari ni kitorang namakan hari bertemu artis. Awal2 sampai je kitorang lepak makan kat manhattan fish market. Diet katanya.. so nak makan protein la.. tapi mayo all.. mcm mana? hehe.. aku berbuka posa la ari ni...



Ice lemon tea & soup of the day
Country mushroom- entree
Lupa nama .. ( kalamari, squid, prawn, mushroom& rice)
Brownies with ice cream
Kat sini kitorang jumpa dengan salah sorang mamat yg berlakon dlm citer Karak. pastu jenjalan kat Ikea, jumpa lak ngan Fadzley.. pastu wan sharmila a.k.a yvone dan Bob. Dah tu on the way ke the curve jumpa lak Lan Pet Pet. Ingat da abis.. nak balik. jumpa lak ngan Afdlin and his family. Ramai sungguh artis kat sana.. :)

Aku pada mulanya tak nak beli pape.. tapi sebab sale kat Ikea sangat menariks... and aku pantang tgk markdown price yg banyak.. dan dibisikkan kata2.. kalau aku..aku beli.. sbb harganya ok (suara sapa tu?) So aku beli la quilt cover baru walaupun tak sampai sebulan lepas aku beli bedsheet kat Metro..hhuhu.. tapi bila da pasang.. ermmm worth buying la.. :) btw, kena beli bedsheet lak sbb yg ni quilt cover je dan aku takde bedsheet yg leh match.. tapi sbb tak sabar nak pasang. aku belasah je ngan bedsheet yg nan hado kalernya.. tak match sangat..hihihi

Tak match... tapi... aku ak kisah la.. hehe

Sale kat Metrojaya dapat yg ni.. pun berbaloi sbb aku guna baucer, so tambah duit skit je.. taste...


CHOW....

Tuesday, July 26, 2011

The Biggest Loser

Satu petang yang hening, after safety talk kat opis ni.. sambil mengadap kuih dan minuman. Terus la bertanya pada sorang mamat kat opis ni, dulu dia ebab2 ( dulu tu , 3 bulan yg lepas je ), now he looks slim la. Then kitorang yang juga tengah dalam keterujaan nak kecikkan badan ni terus la menginterview dia ni. Katanya dia dah turun 18kg in 3 months!!!!... Sangat hebat. 

pic from : besthealthylifestyletips.com
 Apa yang dia buat ialah :

1) Control makan, everything yang dia nak makan, he will look for the ingredients, mana2 yg fat tinggi, he avoid la. nak dapatkan biskut pun, cari yang fat rendah gitu.

2) Kena jumpa nutrition, kalau nak tahu diet yang betul. Dia juga banyak belajar dari kawan dia yang juga pandai jaga makan ni. Seterusnya share dengan kitorang jugaksss

3) Jaga makan satu, yang penting jugak ialah bersenam. Dia joging everyday. Kalau tak bersenam, diet je tak jalan. True enuff la.. nak2 aku yg hi col ni, lagi la kena bersenam. At least 30 minit non stop sehari. Aku tak buat ni.. akan diusahakan.. maju JIRRRRR..

4) After 7, jangan makan solid food la, so kena amik oat / nesvita ke / plain milo ke.. camtu la.

5) Kena disiplin. Ni yang paling penting, kalau tak, semua nya hancus..

Tu je la. So aku, kak mah dan Asam tengah berkobar2 dan akan sahut la cabaran nak kurangkan berat badan ni.. :)

Flat 3A


At last... semalam berjaya juga aku tengok citer ni setelah kesukaran dan kepayahan nak tgk sepanjang minggu lepas. Actually memang teringin nak tgk citer ni, memandangkan anak perguruan yang kat Pasir Gudang tu dah tengok citer ni dan katanya memang best. And apa yang dikatakan pasal citer ni memang betul.. Jalan citer bagus and yang aku paling ska ialah aku tak leh nak predict akhir citer ni. Bagus2...

Last week lagi nak tgk citer ni, daripada Mines ke Jusco Cheras Selatan tak dapat tgk, tiket takde. Pastu bangun pepagi nak tgk kat mid valley on Saturday.. penuh parking lak... sampai ke Damansara and showtime lak lambat sangat.. Jauh sungguh perjalanan nak tgk citer ni, sudahnya semalam aku berjaya jugak tengok. Masa nak beli tix, dengan confidentnya minah yang jaga counter tu tanya aku :

- Untuk 2 orang ye?
- Tak la.. sorang je...
- Tengok citer antu sorang je?
- Ha ah.. hehehe

Giler teruk, tengok movie sesorang. Tapi nak wat camne.. takde yang ska nak tgk citer hantu. Lesbo yang ska tgk citer antu lak dah pindah JB.. so tgk la sesorang.. :(

Tapi pape pun, citer ni pada aku best dan perasaan tengok citer ni mcm aku tengok Khurafat, cuma Khurafat banyak lagi scene2 terkejut. Tapi dari segi jalan citer, aku lagi ska cita Flat 3A ni. So untuk Flat 3A.. aku bagi 5 out of  5. Chow dulu.... 

Thursday, July 21, 2011

Holiday jeee

Semalam mak, ayah dan Nisah da pi Penang laks.. best la jenjalan je. Ermm katanya nak makan lagi kat Nasi Kandar Line Clear. Thanks to Cik Yeen sbb recommend tempat ni ari tu. Memang best. As a result, mak and ayah pegi lagi kali ni and salah satu agenda diorang bawak anak kesayangan makan sekali kat situ. :).

Semalam sebelum mereka berangkat, sempat lagi aku meng inter frame nak lunch sama. Fakhrul amik kat opis. Mika pun ada. Penuh la satu kereta pi Gulai Kawah kat Pantai Dalam. Disebabkan aku masih lagi kena sambung protin diet aku, so kena la makan ikan je.. huhu.. padan muka sbb last week tak complete protin diet ni. Minggu ni kena kuatkan semangat. Kena complete seminggu.. Maju2!!!!.

Mika sekarang da kenal anggota badan. Mata,Hidung,Gigi, rambut...cuma kadang2 bila tanya hidung, tunjuknya kat telinga jugak. Confuse lagi la tu. So semalam after makan, aku mintak adik hantar aku ke bank.. maklumla utang tak abis bayar lagi. Lepas bayar utang, rasa cam ilang semua beban. Hishhh tak boleh la idup kalau kepala asik ingat utang ni...

P/S : Apa la citer org kat Penang ni.. jeles lak tak leh ikut..huhuhu

Wednesday, July 13, 2011

Letih ke? Tak cukup sleep ke?

Semalam kuar minum ngan kawan. Soalan pertama ditanya, U ni tak cukup tido ke? Huhhhh... Mana lak, rasanya da cukup tido. Katanya nampak sangat eye bag kat mata aku .. dah bergelung kat mata. Dan2 bukak cermin dan tengok sendiri...huhu... betullaaaa...

ishk.. dah la ada eye bag, muka lak garang.. ermmm.. Jirr..cepat bertindakkkk

Ermm.. tak leh jadi ni, apa nak buat ye.. terus la hari ni aku cari petua2 kat internet ni kot jumpa.. aku try la tengok blog2 petua yang ada dan aku berniat nak cuba beberapa cara. Antara yang aku rasa leh ikut ialah :



1) Tea Bag

So pasni aku kena minum teh 2 uncang sehari la. Dalam petua tu tak cakap lak uncang teh apa kan? so aku now asik minum green tea, so guna la uncang teh green tea.Kena sejukkan dulu uncang ni nanti.. so aku ingat nak rendam je dlm ais kejap before guna.
 2) Cold Eye Pad
Yang ni plak, kena beli kat farmasi. Katanya kalau nak guna ni, better di awal pagi, mean aku kena bangun 30 minit lebih awal untuk letak eye pad ni dan sambung tido skit lagi dan diingatkan kena set alarm jam, kalau tak, mau aku amik haf day lak sebab tak terbangun.

Budak besar ni pun pandai nak jaga kecantikan.. aku?? ishk2

3) Tomato or timun
Yang ni pun aku ska gak nak try, tapi disebabkan minggu ni aku protien diet, so aku tanak amik ni dulu.. walaupun letak kat mata, tapi selebihnya tu aku tak leh tengok bazir, mesti aku nak mengunyah.. so jangan amik risiko rosakkan diet tu.. later je aku buat yang ni.

 4) Lappy
Yang ni aku kena kurangkan.. asik mengadap je.. dah la kat opis satu hari ngan lappy, balik umah pun on lappy lagi.. So kena kurangkan la.. erkk boleh ke? Maju2!!!!.. Usaha tangga kejayaan.

 5) Tido secukupnya
Yang ni aku rasa memang kadang2 aku tido tak cukup.. So kena la refer pada petua2 nak tido awal kan.. Apa yang aku baca2, antaranya kosongkan fikiran, jangan pk sangat pada masalah2.. Masalah tak pernah habis, sama jugak macam keje. So kalau da tiba waktu tido, try kosongkan minda sekejap and tido la... apa yang aku salah selama ni, bila tak leh tido, on lappy lak.. macam mana la tak muncul eye bag tu..huhu..

Hope aku berjaya la dalam mengurangkan lingkaran hitam kat mata aku ni..ishk2...

Monday, July 11, 2011

Settle keje- Makan2 @ Bisou

Huhu.. ari ni aku masuk keje separuh hari je.. baru teringat nak kena renew road tax.. esok da expired. So tengahari amik all the dokumen and terus pi Kg Attap, Tq la cik yeen guide camne nak pi situ.. aku ni nama je duk sini 7 tahun, tapi jalan2 semua fail.. huhu.. setel ngan insuran terus la pi pejabat pos, aku balik drpada syarikat insuran.. tah jalan mana aku masuk.. tetiba sampai ke bandar permaisuri.. hehe.. aku ni memang la, dari kecik pandai sehala je.. Kalau memanjat pandai..ilmu nak menurun tak leh.. Kalau pegi kemana2 ilmu nak balik semula ke tempat pun fail.. sama la cam tadi tetiba sampai je kat umah aku ikut Bandar Permaisuri. Pastu aku terus pi pejabat pos amik road tax. Yesss.. settle suda.

Hari ni jugak pla dengan Arina nak bake red velvet katanya.. tapi sudahnya.. kami makan jugak red velvet.. tapi bukan yg buat sendiri.. tetapi di???? Bisou Bangsar Village.. ekeke.. Dua org ni da malas nak bake lak.. sudahnya pi la ke Bangsar Village, pi kedai kek Bisou tu.. Situ semua kek comel2 belaka... Tapi kitorang tetap nak amik red velvet la.. mmg tujuan utama nak rasa.

Untuk aku yang first time makan kek ni.. aku rasa kek ni best. Kitorang amik satu slice je.. tapi nak habiskan.. HAZAB.. bukan tak best, tapi muak skit nak abis kan... kek ni rasa mmg lain skit.. tapi bila makan dengan creme cheese tu.. ermmm.. sedap.. Cik Jirr.. mana diet protien awak ek? hehehe.. hancus diet aku. Takpe la.. teringin derrr... hehehhee..

Sempat gak snap pic kat bawah ni.... :) Lepas ni kena dtg lagi, nak try pavlova lak.. tadi kek ni abis suda... So tadi Arina amik orange juice, aku amik hot soya dan satu slice red velvet.. ok la... :) Balik dari situ lak, terus berhenti mc d, beli double cheese burger guna baucer buy 1 get 1 free... berbaloi2... Diet ku? Hancus lagi.. alang2 dah hancus... ekeke... esok start balik diet.. Maju2!!!

Kek ni tak terlampau dry dan moist.. sedang2 elok je
Cik Arina..dengan senyuman manis gittew...
P/S : Ok Arina, kita jadikan Bisou ni ritual desert kita laks... banyak lagi kek 2 comel yg tak khatam tu... :).. Semakin Debbbbssss la kita nanti.. hehehe

Balik Kampung and santai di Perhentian.. yayyy

Minggu lepas aku mc 2 hari, demam kuat laks.. maybe sbb jangkit demam org2 yg balik obersea ni.. :) Nak balik on Khamis, semua tak larat nak bawak kereta, sudahnya balik Jumaat pagi. So nak kuar dari KL minggu ni. 9 hb ada Bersih laks.. kalau isytihar darurat, aku leh lepak lama skit kat kg.. bole?? hehe.. Nauzubillah la.. takpe la kena masuk keje, janji Malaysia aman. Sampai je Dungun, rehat jap, pastu terus lepak umah Kak Yah, hantar baju raya budak-budakss... Nasib baik la muat. Takut gak aku masa tolong beli ari tu. Mana tau kalau tak muat. Alhamdulillah semua ok.

Sabtu pagi, mak ayah nisah and aku ke Pulau Perhentian. Memang da teruja nak pi sini lama dah.. tambah2 lagi bila tak kesampaian nak pi Tioman last 2 weeks sbb aku ada training..huhu. Perjalanan ke Jeti Kuala Besut lama sungguh.. penat. Aku asik tido..bangun..tido.. tak sampai2. Kul 12 tghari sampai terus pi kat travel agent yang ada kat pekan tu and terus la naik bot laju ke Perhentian. 

Ishk2.. macam menyabung nyawa naik bot ni.. bila bot langgar ombak.. huhu.. mak dah bising.. Ini la kali terakhir aku gi Pulau ni... huhu.. Aku lak, mula2 camtu, pastu 10 minit pastu, cam best lak naik bot tu. Bak kata ayah..buat biasa je... jangan rasa takut. Menjadi la petua tu. :) Duk sana semalam je.. Aku dari sampai pulau, mandi laut jap, dengan selamba tido je kat tepi pantai sampai petang. Puas hati aku.. Dah lama teringin nak rehat camtu.. tak yah pk pape.. tido sambil dengar bunyi ombak.. huhu... Ahad pagi, pepagi lagi kitorang kuar dr pulau.. Aku ingat nak balik KL hari ni.

maintain demmmokkss. 


acting sleep gittewww
on the way nak balik.. atas bot
 Kul 3 petang lepas lunch umah Cik Ngah, aku terus gerak balik KL. Dalam perjalanan, Ya Allah..hujan maha hebat sampai aku kena drive 20km/jam..langsung tak nampak jalan.. huhu.. Alhamdulillah hujan tak la lama dan aku selamat sampai juga pada kul 8 malam... Alhamdulillah.
sempat gak snap pic masa ujan.. huhu



Tuesday, July 5, 2011

Diet...Diet.. Diet

Ermm... bulan2 diet ni.. rasa nak pengsan je nak ikut jadual diet ni. Minggu lepas ok la jugak, diet detox.. tapi minggu ni? kena diet protein. Actually suka je aku ngan diet protien ni kalau aku tak tau lagi yang aku ni hi-cholestrol... tapi now bila da tahu sakit. Kena la pandai pilih protein2 yang boleh je.. so takde pilihan lain la, selain daripada ayam and ikan je.. seafood lain, tak leh la lagi. Erm.. So untuk menyesuaikan perut aku ni, bagi pandai skit tahan lapar, baik posa dulu.. 2 in 1, posa nazar periksa ari tu pun tak abis lagi.. :)

Semalam jugak last aku abis makan Crestor 10mg, mean dah 28 hari aku makan ubat tu. Hope la aku tak perlu sambung makan ubat tu, ada org bg 2nd opinion supaya amik ubat yang mild je.. crestor tu cam strong sangat. Tapi aku hope tak yah amik ubat langsung, try jaga makan and maintain exercise. Exercise? hehe, bulan ni cuti aerobik lak, cam tak sempat ngan keje n another commitment baru aku tu. So biar dulu, next month la sambung balik. Gg.. see u next month je la ek....

Semalam bila timbang berat, naik lak skit.. mau nyer tak naik, 2 malam makan kat umah cousin2. Tq la Abg Jang and Kak Roslina, nasi beriayani JM tu terbaek.. :) And thanks to Abg Shidi and Kak Sa jugak, nasi beriyani korang pun best jugak.. Sama lak yer.. And Hepi B'lated Birthday to Abg Shidi yang ke 50. Kek kak Sa buat tu pun best jugak.. :) So terjawab la kenapa aku naik kan KG aku lagi kan.. tapi tak per la, itu semua rezeki Allah.. Tak baik tolak kan.. 

Saturday, July 2, 2011

Senyum di bibir menangis didalam

Erm.. tajuk entry nyer la berat, seberat dada aku menahan sebak. Tak tahu nak tulis pe, tapi aku mcm tak larat la.. penat sungguh menahan perasaan. Dalam hati nangis tapi depan org2 lain..aku la manusia paling cool kot.. perasan lak memalam ni.

Pape pun aku syukur, hari ni pi jemput adik di KLIA, alhamdulillah perjalanan nya selamat. So hati lega tengok ahli keluarga semua selamat. Anyway tq to my lovely sis.. Handbag tu cantik.. Taste la.. :)