Wednesday, March 30, 2011

Sakit Kepala and Penat

Alhamdulillah, esok da nak Friday... minggu ni sangat penat, tak tau apa yang memenatkan sangat, tapi dapat rasa yang yang penat is otak aku yang berpk ni. Mana nak pk pasal sekolah yang da dekat2 nak final ni, keje and hidup aku.

Mengeluh tak baik... tapi kadang2 bila penat sangat, sarat kat dada, bila mengeluh, macam dapat melepaskan kesakitan je gamaknya. Huhuhu.. Aku kena rehat, tapi takde masa lagi... Assignment yang tak siap, kerja2 sekolah kira2 pun tak settle lagi, weekend ni da janji with Arina nak settlekan. Hope settle la.

Apa la nak jadi ngan aku ni..pemalas sangat, ska buat keje2 last minute, end up, jadi la cam skrg.. padan muka, pening kepala tak suda2..huhh... Apa la nak jadi ngan Jirrrrrr..... Wake up!!!!

Ok la.... aku nak chow dulu.. Banyak lagi benda nak buat.

Note : Takziah buat Kak Mahani atas pemergian Mak sedaranya.. Alfatihah....

Monday, March 28, 2011

Monday yang .....

Huhuhu... monday morning la time yang sangat tak best, nak kena bangun awal, and pi keje...  So pagi tadi aku da siap2 sampai kereta, terlupa lak nak capai beg lappy.. banyak sangat bawak, sampai lupa..huh... 710 baru nak kuar dari umah aku, of kos la akan jam.. maklum ada sekolah kat depan. Erm.. mood da nak berubah.. tak suka tul kalau lambat on Monday.. nanti mesti tak de parking kat opis.

Sambil follow perlahan2 kereta kat depan, nampak satu kereta Viva ni stop kat depan sekolah, keluar sorang budak pompuan and driver pun keluar jugak. Agak2 macam atuk dia la. Atuk keluarkan beg and pass pada budak pompuan ni. Sangat sweet, si Atuk hug2 cucu dia, mcm nak hantar cucu pi oversea je lagaknya, padahal jap lagi kul 1 dah balik sekolah. Tapi sangat sweet, cucu jalan beberapa langkah, pusing kat atuk, lambai2 all..Atuk lak, tunggu je la, sampai cucu masuk pagar sekolah, baru la dia berlalu.

Tetiba je, mood aku tadi bertukar jadi ok. Tengok cucu and atuk nyer drama live tadi.. :). Lepas tu bukak radio, ada plak lagu SENYUM.. ermmm mood aku ni tak la susah nak setting balik rupanya. Tengok and dengar benda2 yang baik camtu, terus je ok. Dan alhamdulillah, sampai je opis, altho cam da lewat skit, ada lagi 27 petak parking... Happyyyyyyy gitu.. Hope ceria sampai la aku nak tido malam karang walaupun dalam hati ni takut and cuak nak hadap kelas petang nanti.. :)

Saturday, March 26, 2011

Assignment ...huhhhhh

Sabtu...... pepagi bangun and have a breakfast ngan Yeen and Ayeen. Tak de tempat lain la. mudahnya, ABC je la. Pas makan aku terus balik umah and kena buat keje sekolah. Huhu.. Bosannya, tapi kena buat jugak. Malas nak tangguh2 da.. takut da. :) Now baru siap satu keje lepas seharian buat. Nak lepas kan tensi kononya, hapdate blog ni. Ermm... nak buat keje satu lagi mcm malas. Buat esok pun ok. Kan lama2 sangat jadi ulat buku ni, its not Jirrah la.. tak sepadan.

Altho ari ni aku nak siapkan keje, tapi ari ni jugak kena masuk machine beberapa fasa gitu.. byk sungguh baju2 nak kena basuh, and minggu ni time da sampai nak basuh all the bedsheet and comforter. penat je maid LG aku ari ni.

Apa sebenarnya aku nak update ni yer.. melalut je..huhuhu.. takpe, janji aku release skit. Perut ni dari pagi tadi tak makan yg normal. makan mengarut2 je, ngan kek pisang la..biskut beras la.. coklat la.. huhu.. punya la hazab nak siapkan homework ni.

Tengahari tadi member2 call ajak lunch pun tak nak, sbb keje ni byk..huhuhu.. and sangat jeles..sbb diorang pi shopping jugak.. huhu.. tapi apa nak buat, da tau byk keje ni, duk la dendiam, wpun tadi nak je aku start kereta and pi sana jugak. ekeke. Minggu ni kuat la jugak ketahanan mentak and fizikal aku melawan nafsu nak jenjalan ni. At least da siap satu keje sekolah.
Ok la.. da melalut tah pape.. tgk tv la plak.. chowwwww..

Sunday, March 20, 2011

Sunday yang mendebarkan... :)

Perghh.. semalaman tido tak tenang. Buat latihan konon2 nak test tax ari ni..huhu.. So pepagi bangun dengan rakan sekutu, cepat2 siap dan breakfast kat ABC dulu, then terus la ke S.A. Naik pooh je, Natrah tak bawak. Da sampai S.A, bukan kitorang je yg berdebar, semua muka cuak.. hehe..

Kul 1015 am start test, end at 1145am. Ermmm.. aku leh buat satu soalan je, satu soalan lagi kiranya Tax Assessment mengikut Bajet yang dibentangkan oleh Jirrah je la.. ska2 ati aku je aku belasah kan..huhu.. mau best kena taruk ngan lecturer aku ni. Nak buat camne, da lembab plak now, soklan takde la tough sangat, lagi susah soklan kuiz dia bagi, tapi aku je la tak syukur kan..huhu..

Da abis test, sebagai reward ( Tak agak2, asik bg reward je kan, result tah camne.. test tadi pun..nan hado.. tapi ada cik kiah kisah? cik kiah sungguh tegar, so cik kiah dan rakan membuat keputusan untuk ke? )

Mana lagi Sunway Pyramid la. Laporrr and nak cuci mata tengok apa yg cantik2 kat sana. Memang niat dihati masing2 tanak shopping. Just MAKAN je okeyyy... Ermm daripada Jumaat lepas da pk nak pi makan kat Tony Roma's. And dipersetujui oleh rakan sekutu tu.. :)

Sampai je, terus pi jenjalan tengok pape yang patut, and kitorang terus masuk dan makan. Erm... Burp... kenyang suda... Sempat snap pic dengan SE baru haha.. Cik kiah hepi altho SE tu tak la seberapa, tapi pada cik kiah yang jugak TAK SEBERAPA ni..sesuaiiiii la gitu.. :)


Balik umah... lepas siap2, terus je landing baekkk.. Penat sey.. Huhuhu... Chow

Friday, March 18, 2011

BMW ( Best Man Win)


Pic : americangallery.wordpress.com
Semalam on the way nak ke kelas, dalam ujan dan jam yang tak terkira tu, aku dengar satu radio ni, ermm sangat terharu la, sorang mamat ni, dia selama 13 tahun mencari balik gf zaman kecik dia. Selama itu la dia tak pernah couple ngan sesapa, tu diaaaa.. punya la loyal ngan cinta monyet tu. And luckily dia akhirnya dapat cari pompuan ni via facebook. Sebelum itu, dia PM semua pompuan yang sama nama dengan gf dia ni sehinggala dia jumpa dengan yang betul2 ni. Ermm... sungguh kuat usaha mamat ni.

Then bila dia jumpa dengan gf dia ni, malangnya she's attached to someone la.. dia da ada bf. Ermm camne tu. Then DJ ni call la pompuan  ni saja nak tya pompuan ni samada lelaki loyal tu ada harapan ke tak. Of course la susah pompuan tu nak buat keputusan. Dia sekarang bercinta dengan bf dia tu da masuk 3 tahun. Ish2... Pompuan tu terharu dengan mamat yang usaha cari dia 13 tahun tu, tapi dia memang tak dapat beri keputusan. Apa la agaknya reaksi bf pompuan tu kan bila dia dapat tau, or dengar radio semalam? Kalau aku jadi bf dia tu memang aku tercabar, statement mamat loyal ni :

"Altho u da ada bf, i will try my best to win u.. and kalau betul ada jodoh, we will be together..huhu. Even u tanak terima now, i will wait u even sampai u da jadi opah..."

Sooooo sweetttttt...
Aku ska dengan ayat daripada Dj kepada pompuan tu, Think carefully, love and ur future... Erm... :)

Pooh's Day

Hari ni bangun awal. Walaupun best nya nak sambung tido lagi, tapi ada benda nak kena setel. Esok ada test Tax kat sekolah and aku ada janji ngan cik pooh dan memang dah lama mungkir janji ni. Ari ni kena jugak pi servis dan cuci pooh. Kesian da lama tak dimanjakan.huhu... Pandai bawak je, jaga nya..nan hado.. sian pooh.

Pukul 10 aku sampai kat workshop, terus je pass kunci and suh dia buat apa yang patut. So ari ni mcm biasa la tukar engine oil, oil filter plus aku suh tukar sekali spark plug and mechanic tu masukkan sekali long life coolant..aku pun tak tahu untuk apa. tu la susah pompuan yg cam aku ni.. malas nak pk .. huhu.. sbb otak aku ni sangap dan cuak nak test esok ni.. aku ni kejap2 tgk diorang buatkan pooh tu, tapi dalam masa yg sama, kena tgk buku ni... menyampah sungguh.

Balik je dari workshop, aku singgah kat car wash, cik pooh kena cuci la.. da lama sanagat da tak mandi.. ermm bagus jugak car wash kat sebelah umah aku ni, sangat teliti. Pertama kali aku pi ni setelah di recommend banyak kali oleh adik aku. Hasilnya, pooh bersinar2..menunggu pun tak bosan, sbb kena ngadap buku text jugak..huhu.

Lepas bayar je, aku terus nak pi ke pooh, tetiba ada orang panggil aku,

"Miss, i like ur car, so cute"
Erkkkk? apa? cute? then aku malas nak layan and smile je dan cepat2 masuk kereta dan blah, sbb tanak org kata sombong sangat altho aku takut kalau org2 seperti dibawah ni menyapa aku... :

Tuesday, March 15, 2011

CUTI SEKOLAH

Apa yang aku ska sangat dengan cuti sekolah ni.. altho aku takde la anak yg masuk sekolah ke apa kan. Sebab utama dan aku rasa jadi kebahagian semua orang ialah, bila budak2 sekolah tak sekolah dan rehat2 kat umah sambil tengok tv ialah.... SEMUA JALAN2 YANG SELALUNYA SESAK DIPAGI2 HARI.. jadi lengang... ermmm.. So aku leh la bangun lambat and bawak kereta dengan amannya. Bila jalan da tak jammed, so sampai opis dengan hepi, dan mood aku juga akan cantik jugak.

Walaupun budak2 sekolah tengah cuti, tapi aku? Tak cuti jugak and kena sekolah jugak. Minggu lepas dan minggu ni banyak sungguh dengan mid term test all. Semalam abis lagi satu test. Weekend ni pun ada test jugak. Lambat sungguh nak setelkan sekolah ni. Penat da nak berulang alik ke SA. 

Ermm.. da lapar, so nak pi bf makanan kesihatan la,, maklum tetiba minggu ni mode diet gitu.. chow..

Tuesday, March 8, 2011

Kerajinan dan Kemengantukan

Huhu.. tengah nak setel report ni, mata ni layu semacam je. Nak kata tak masuk konti, lagu terpasang da bingit sangat da.. stok kalau gajah lalu kat tepi, aku tak dengar da.. Nak kata tido lewat semalam, tak jugak, b4 12 da tido. Or maybe sbb lama sangat tido? ishk2.. serba tak kena.. tido lewat takle..awal pun tak le.. apa daaa...
Pagi tadi aku da lewat skit kuar umah, bajet mesti jam teruk, tapi tengok jalan cam tak sesesak biasa? ramai plak orang bercuti serentak ke ni? :) Semua nak cuti Rabu kot. Ikut hati aku pun, aku nak cuti Rabu. Aku ska duk kat umah Rabu, sbb aku tak yah pi SA ari ni. Tapi takpe, duk diam2 kat opis la, setelkan keje.
Bercakap pasal ngantuk ni... oksigen tak sampai ke kepala la ni .. huhu.. sungguh tak produktif. Apa nak buat kalau mengantuk ye? Aku terpk untuk kat bawah ni :
  1. Ke Mid Valley : Tak boleh.. sbb tengah keje
  2. My News beli chocolate : Tak boleh .. sbb baru tadi abis kan cadbury black forest..huhu
  3. Dengar lagu kuat2 kasi bingit telinga : Dah buat.. but still ngantuk
  4. Half Day??? - Uiii.... macam best.. tp tak kot, sbb partner takde today... hope Adam cepat sembuh demam..
Ermmm.. tetiba da kurang ngantuk.. mcm mana aku buat ialah, aku try cari tips2 nak elak ngantuk tu.. banyak baca entry2 orang 2 kat blog2 and aku bukan baca tips2 nak elak ngantuk je.. tapi aku baca benda lain jugak.. so skang mcm da ok skit. sambil dengar lagu BEP ni.. the time of my live.. tetiba aku jadi tak ngantuk.. YESSSSS

Jom nyanyi sesama.... 

I-I came up in here to rock
Light a fire, make it hot
I don’t wanna take no pictures
I just wanna take some shots
So come on, let’s go
Let’s lose control
Let’s do it all night
‘Til we can’t do it no mo’

Ok la.. da melalut banyak ni.. disebabkan tujuan tulis blog ni nak ilangkan ngantuk.. and now mmg da ilang skit ngantuk ni.. kena la sambung keje2 report mereport yang terbengkalai tadi. Chow

Muhasabah Diri

Aku cuba nak jadi yang terbaik or aku ingin yang terbaik sebagai balasan? Semua orang nak yang TERBAIK je dalam hidup. Dapat atau tidak je yang jadi ukurannya. Hari ini aku tetiba terpanggil untuk berfikir dengan baik tentang pilihan hidup aku ni.

Ada benda yang kita boleh pilih dan ada benda yang kita tak boleh pilih dan tetiba datang saja pada kita. Aku ni da banyak sangat abaikan diri aku ke? Ada kawan bertanya.. apa yang aku nak dan apa target aku? Aku diam. Apa yer? Aku ni banyak je main2 kot. Bila lama tak bertemu dan berpeluang nak sembang panjang lebar ni. Aku rasa betul kot, aku kena move on. Kena ada satu target dalam hidup aku ni. Long term ke short term ke.. janji aku kena yakin dengan satu target hidup aku.

Sama jugak dengan ulang alik aku ke S.A dari 2006 ni, dah beberapa tahun aku hadap rutin yang sama, dan aku hope sangat aku dapat setelkan by awal tahun hadapan. Harap aku achieve target belajar aku ni. Ada benda yang aku boleh buat sendiri and perlukan kerjasama orang lain. Senang dan mudah, execute je plan yang melibatkan diri sendiri. Senang. Tak perlukan campurtangan orang lain. So aku kena kuatkan semangat, tabahkan hati dan cuba sedaya mungkin. Bukan mudah nak harungi, tetapi tak mustahil juga untuk aku berjaya mengharungi.

Apa yang penting, doa dan yakin kepadaNya. Ada pelbagai hikmah disebalik apa yang dihantar kepada kita.

Monday, March 7, 2011

Sleepy Day & Hari yang menyedihkan



Huhu.. now da sampai S.a. Ermm.. macam mana nak buat ni.. mata sangat mengantuk. Try nak study skit2 untuk Quiz Tax jap lagi. Tapi aku da banyak kali terlelap.. kalau kat umah, mau aku tido, tapi ni kat Old Town.. Bole tido? Terus la bukak lappy..nak kasi segar skit mata dengan menghapdet blog ni. Kat luar cuaca sangat gelap. Mesti jam semua jalan kalau ujan ni... apa aku tulis ni ye? or aku perlukan asam laksa? sbb hari ni sengal tak sengal, kat Old Town ni kehabisan roti? ermm... stock up la bebanyak skit roti tu da tau orang ska makan roti. ishk2..

Sebab tajuk entry kali ni adalah hari yang menyedihkan.. kerana apa? kerana HP saya rosak la... ermmm macam mana ni.. Tak nak la beli baru lagi.. taraf kewangan buat masa ni sangat la tak stabil.. ni kalau aku beli hp, nampak la aku makan megi and biskut je hari2.. sedih la...

Macam mana yer... nak beli hp apa pun tak tau. Tak de yang berkenan buat masa ni. Yang berkenan ada.. tapi mahal lak.. takde lak sesapa nak buat kutipan derma kilat nak hadiahkan aku phone..hehehe.. kim salam la kan..

Apa aku melalut ni yer.. mengarut la... tapi esok kena pi kedai dulu, mana tau kot2 hp tu leh repair lagi. Hazab sungguh rosak phone ni. Ok la... malas nak tulis lagi, nak tengok buku la jap.Mana tau dapat ilham skit2 nak menjawab dalam kelas nanti. Chow.......

Sunday, March 6, 2011

NO STRING ATTACHED



Hari ni, pepagi da lepak Papa Rich. Kena setel keje skool da.. so duk la berabad kat situ menyiapkan keje altho sbnrnya nak siapkan semua la.. huhu... pukul 3 balik after having lunch kat Half Moon Restaurant, terus singgah MBO nak tengok No String Attached. Kata orang citer ni best. So recommend by Cik Yeen jugak. Ermm.. betul la kot. kekadang lagi senang takde kaitan daripada ada kaitan. free gitu ek? :) So takde sapa leh control diri kita and kita jugak tak leh control org lain. So average score yang aku nak bagi kat citer ni ialah 3 out of 5. Ok la.. aku enjoy tengok citer ni.

Yang paling TASTE ialah Ashton tu huhuhu.. sangat hensem ye. Natalie Portman, emmm..ok la, aku lagi ska kalau pompuan tu ialah Scarlett Johanson. Lagi sexy kot.. :)

Memanjakan kaki @ Nail Parlour... :)

At last, last Friday, pegi jugak ke Nail Parlour MV. Niat nak buat pedicure yang dah berabad tertangguh, daripada kak mahani belum pregnant.. sampai ke Uzair da selamat lahir, pegi la jua...huhu.. Dah lama benor tak buat, aku tengok hazab jugak pekerja situ nak setelkan kaki aku..ekeke.. gasak la.. tapi hasilnya? Sangat berpuas hati. So lepas ni, kitorang akan jadikan aktiviti manjakan kaki ni sebagai ritual jugak disamping ritual yang membesarkan badan setiap bulan tu.

Kenapa perlu pedicure? Ermm..mengikut teori aku yang memang aku ska reka2 sendiri (Nak sedapkan hati ), kaki kenala dijaga dengan baik sbb kaki la yang banyak bekerja untuk aku. Ermm.. berjalan jauh dengan bawak badan aku yang alkamlumla saiznya.. So kaki ku sangat hazab la kejenya. So sebagai balasan, bagila kaki kita berehat... :) Sungguh kukuh justifikasi ini.

Kepada sekongkol di sekolah tu, next time, kita pi sama2 yer.. :)

Note : Balik je dari pedicure, pegi meeting kat HQ, bukak lappy rasa macam nak menaip dengan kaki je..hahha.. bak kata my  partner, camne ni? Kaki lagi lembut dari tangan da.. hahaha

Sempat jugak nak snap pic...
Peace from Mahani... :)
Snap pic gitu... Bukti 1st Ritual
Sungguh mahir akak Philiphine ni...

Tadaaa... cam tak kenal kaki sendiri da.. tak amik gambar sebelum sbb takut aku sendiri tak sanggup nak upload.. hehe

Wednesday, March 2, 2011

Demam...

Rabu.... aku cuti lagi, bezanya kali ni aku MC. Ermmm altho best dapat mc.. tapi otak serabut sbb reporting time lak kat opis time ni.. ishk... semalam aku cam demam skit je.. memang badan cam lemah, tapi rasa kat dahi cam tak panas sangat. Kul 3 pi Zarif, doc amik suhu.. mak aiii.. 39, terus doc tu bebel nape tak datang awal, pepagi tadi ke.. ermm.. sbb aku rasa cam biasa.. tak teruk sangat. terus dia suh aku balik dan2 tu dan bagi mc untuk hari ni sekali. Aku dapat antibiotik lagi.. ni yang malas nak hadap makan ubat on time ni. Ermm dah la kena habis kan dos. huhu.. Kelas semalam pun tak pi. badan seram sejuk and tanak gamble nak drive ke S.alam la. Altho feeling2 ala bionic woman gitu, tapi takut da sampai sana collapse.. tak ke haru..huhu. So tak pi kelas Finance.. camne tu, ntah boleh ke tak aku follow pasni, da la aku ni sengal skit nak pahamkan fnance ni..ok la... nak buat keje skit.. chow