Sunday, August 5, 2012

Bayou Coffeehouse Ramadhan Spread 2012

Erm.. tahun ni aku pi lagi sini. Kali ni pegi ngan En Hafizu lak. Tahun lepas ok, so tahun ini aku pi, ermm lauk pauk ok la.. tapi arragement la out skit, aku tak sure samada hari lain sama mcm hari yang aku pegi ari tu. Maybe sbb masa aku pegi diorang meraikan anak2 yatim, so tempat kat luar mmg penuh ngan anak yatim. So kami duk di dalam, air cond, tapi kena jalan jauh untuk mendapatkan makanan. Kalau dulu ngan Cik Arina sure kami lari balik, tapi sbb dah malas kali ni. Mood pun swing.. hehe.. so aku gigihkan diri je la.. still berbuka kat sini. Tapi alhamdulillah, kenyang jugak.. jauh ke dekat ke.. makanannya ada je.. Bismillah.. dan syukur. Sempurna la puasa kita. :)


Blueberry Cheese Tart

Ok.. ni pertama kali aku buat blueberry cheese tart. Dah lama teringin nak buat, at last dapat jua buat. Resepi aku amik daripada resipi.com, and aku nak alter skit sbb pastri sedikit manis. :) So next time aku akan follow resepi ini. Tanak cakap banyak, so resepi seperti dibawah :

tak cantik sangat la.. tapi rasa ok la.. puji diri sendiri plokkk

Bahan-bahan ( 30 biji )

 
Bahan untuk pastri :-
  • 125 gm butter
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 250 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese( Nak guna philadelphia pun ok, other brand pun ok. mana2 je)
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat  pastry: -pukul butter dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. 
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sebati.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 
Memang senang je, cuma remeh skit part nak masukkan dalam acuan tu. Overall, bila dah bagi semua org rasa, rasa ok, cuma aku kena pandai masukkan doh ke dlm acuan je, sbb ari tu nye 1st trial, pastri tebal. But ok la untuk percubaan pertama :)

Big Cleaning Day

Pagi ni bangun je.. rimas dah tengok baju2 berlonggok. Maklumla baru dapat wardrobe baru.. wink2.. so baju dari almari lama nak kena pindah kan ke bilik tetamu a.k.a bilik Judin. Tapi bilik tu pun dah macam kapal pecah. Nak tak nak aku start dulu la.. Dengan tak mandi tu, aku mula la menolak almari bagai. Alhamdulillah, tergerak ati Judin nak sertai hari kemas sedunia ni. And apa lagi, alang2 tu aku suh dia kosong kan bilik sbb nak pindahkan almari lama aku dan katil aku terus. Aku lak, tido atas tilam dulu la.. tak yah katil lagi la. So dari pagi sampai petang tak siap2 kami kemas. Tapi ada la perkembangannya, cuma tak dapat setel one shot today. Maklum puasa, kena la berkemas ala org puasa.. Kemas skit lepak texting and tgk tv.. sambung lagi.. pastu rehat plak.. anyway mmg dugaan la bulan posa ni. Haus tak leh ckp la.. :)

Berantakan...
Huhu.. akhirnya kul 6pm, kami keluar je la.. nak masak of kos la da tak larat. Kan jap lagi aku tumbang lak kat dapur. So now sambil lepak kat Old Town Bangsar menunggu waktu berbuka puasa.. Uiiiiii nikmat rehat camni. And tangan ni rajin plak nak hapdate blog. Sebenarnya banyak citer nak tulis.. tapi by title la.. tanak rojak la.. :). Niat tanak makan beria.. tapi sbb kepenatan hari ni.. kena reward my self and Judin la. :)

Sunday, July 22, 2012

My weekend : Shopping spree and Iftar @ Best Western Premier ...

Weekend ini sangat penuh dengan aktiviti dan perbelanjaan? huhu... Sabtu aku keluar awal-awal pagi sbb nak carikan baju raya untuk cik yah n company.. :). So sampai je mid valley, aku terus ke Metrojaya. Huiii.. nasib sampai awal.. orang tak la ramai sangat. So bermula la carian baju2 untuk hero2 dan heroin cilik kak yah. Nasib baik sebab semua yang aku nak dapat, cuma baju mincesss Arissa je tak jumpa. Itu later la cari, Secara keseluruhannya semua yang aku nak, ada la. Yay.. project complete. Kaki dah nak menapak balik, sekali nampak ada Modern Home Fair kat exhibition center tkt 3. Apa lagi laju langkah kaki ini menapak. Niat nak carik wardrobe. At last aku jumpa wardrobe yang diingini, tetapi sbb aku tak bawak ukuran rumah, so aku belasah je 8 x 8kaki nyer ukuran.. huhu... tak sabar punya pasal..hope cantik la benda alah ni bila da sampai umah nanti. Aku memang tak sabar memandangkan baju2 aku da tak tahu nak haruk kat mana.

Pagi Ahad, mak , ayah , nisah and Judin sampai dari kampung. Sekali lagi aku pi Mid Valley sbb ayah kata kasut dia da rosak. leh la beli sekali kasut raya ayahanda.. Ingat dulu2, dia la yang belikan barang2 kita. Tak pernah merungut, semua yang aku nak, semua dia beli. So kali ni, tiba masa aku nak membalas jasa. Tetiba sayu lak.. :) Lepas beli barang, terus balik.. opss aku sempat sambar baju lagiiiiii.... cukup Jirr.. :)

Banyak lak masa sementara nak pi berbuka puasa. Sempat aku pi area Klang Lama nak beli lampu dinding untuk bilik aku. And after dapat lampu terus la ke Best Western Premier Hotel untuk berbuka puasa. This is our first time berbuka kat sini memandangkan hotel ni pun baru je bukak beberapa bulan ni. :) Secara keseluruhan, makanan nya boleh la 4 daripada 5 bintang. Not bad, ada rasa dan pilihan pun ok. Ayah sempat sambar kepala ikan merah lagi.. :) Yang ni 1st come 1st serve.. so sapa2 yg nampak dulu leh mintak kepala ikan. :)

Note : Altho yg menulis blog ni tak sempat nak puasa lagi.. tapi dari gaya makan tadi, nampak penulis blog ni yang paling over makan... help2!!!...

Tuesday, July 17, 2012

Batman : The Dark Knight Raises

Semalam dapat jemputan daripada Cik Arina untuk temankan pi tengok The Dark Knight Raises. Apa lagi terus setuju. Citer ni suppose keluar pada 19 Julai, so smlm dia dpt tiket daripada P1. Kul 8.30 mlm di Sunway Pyramid. Dah lama rupanya aku tak pi tengok wayang kat Sunway ni. Dah pening nak masuk kat mana.



At first, CEO P1 bg speech skit and then ada la sesi kuiz mudah. Tapi idok la aku angkat tangan sbb walaupun mudah, aku mmg tak tahu jawapan. :)

Citer start, aku tak faham sangat, maklum aku tak follow sangat citer Batman sebelum2 ni. Tapi 15 minit after start, citer makin menarik.. Ok la.. walaupun lama giler duk dlm panggung tapi citer tak bosan. Menarik. 2 jam lebih kot citer ni. Punya la lama. So overall aku bagi 4 daripada 5 bintang. Aku recommend sesapa nak pi tgk citer ni nanti. Berbaloi.. :)

Friday, June 29, 2012

Lepak @ Hometown Kopitiam



Sejak duk opis baru ni and dah tak sekolah, aku balik opis mesti awal.. sampai umah and duk melangut depan tv. Ishkkk sungguh tak sihat aku rasa. Nak swim malas plak.. ermm. so tadi balik tgk ulangan Desperate Housewives. Mlm ni kat Astro Starworld, season finale.. 1045pm. Ermm agak lewat. Tadi sambil2 duk atas daybed ala2 cleopatra, mataku layu suda... tanak sleep la.. banyak sleep ptg tak elok dan make my mood swing.. :(. So aku decide nak pi Hometown. So nak lepak situ sampai 1030pm. So balik umah sempat la tgk desperate housewives.. kalau aku tgu kat umah, for sure aku tertido.

Bila duk sini, alone. Teringat lak time2 aku kat uitm tahun lepas dan tahun2 sebelumnya. Bila tension nak buat asignment kat umah, mesti dtg sini. Altho bising.. dengan pelanggan2 yg bersembang, dengan muzik yang kuat, tapi it makes me alive.. ekeke.. idok la tido. Beza dulu lepak mesti pk banyak mende.. tapi kali ni lepak.. boleh blogging dengan aman.. and kepala tak fikir pape pun. Kalau ada masalah pun.. i can shut it down now.. hehe.. malas nak pk.


Wednesday, June 27, 2012

Office Baru ( 18 June ---- )

Lama tak update blog.. bz ngan perpindahan office. Sebelum pindah office dulu, macam2 la duk pk, macam mana nak pegi office nanti. jauh ke? jam teruk ke? tapi now dah masuk minggu ke dua kat sini, semua yang aku takut2 kan tak la seperti tu yang berlaku. Ada juga kebaikan disebalik perpindahan ini. Untuk aku, nak pergi ke opis tak la susah sangat, jarak perjalanan still sama dengan dengan opis lama, cuma kurang berliku. Kalau ke opis lama amik masa dlm 30 minit, untuk opis baru ni boleh la dalam 20minit. Balik pula, lagi best sbb aku just amik masa 10-15 minit je untuk sampai umah. Tu pun kalau takde jam la.. so far lak... so good la.. no jam la.. :) 

So moral of the story : Cuba dulu baru tahu realiti sebenar. And setiap yang berlaku ada hikmah nya. Kalau buruk, adalah ujian dariNya, kalau baik... ganjaran daripadaNya.. :)

Sunday, June 10, 2012

Hujung Minggu :)

Hujung minggu ni ialah yang meriah setelah lama mood nak membeli belah dah lama ilang. ermm ye ke? Tidak la bershopping sakan..tapi shopping yang ala kadar dan good buy kot sbb dapat dengan harga yang berpatutan. BodyShop ada sale dan additional 10% untuk pengguna kad kredit atau kad debit Maybank, so aku beli la barang kat situ. Tapi tak tamak, beli yang nak saja. Semalam jenjalan di Pavilion,... org kampung masuk bandar, baru semalam aku pegi pavilion tu, ishk2.. tapi not bad, outlet bukan semua yang hi end, ada jugak yang aku leh masuk dan cuci mata :). And ada org tu bawak masuk Starhill Gallery, mak nanges tengok outlet kat situ, hokeee.. entah bila aku leh nak beli barang kat situ agaknya..hehe.. tak tercapai kot.

Ahad - Mid Valley Megamall, niat pada asalnya nak makan je. Tapi alang2 ada 10th Global Indian Festival, terus la aku menjamu mata, sekali ada yang berkenan dimata, terus la grab 2 pasang :), Cik Arina pun turut termakan pujukan.. one for Arina.. :) Tapi memang berbaloi, harga sangat berpatutan.

Makan pun banyak sangat hujung minggu ni. Happy sangat lagaknya..huhu.. so esok kena puasa balik la, bagi perut rehat sikit. Jirr.. bila la nak sedar nak kurangkan makan ni..:). Tapi syukur padaNya dengan rezeki yang dikurniakan sekarang.

Chow dulu.. :)

Sunday, June 3, 2012

Sesi lawatan ke Balai Polis.. :)

Erm.. pagi ni datang awal.. feeling2 nak masukkan entry kat blog la. Dah lama tak taip pape in here. Last week ada incident yg berlaku. Kawan aku kehilangan kad kredit dan malangnya, org yang mengambil (pencuri durjana) itu telah pun guna kad itu sebanyak hampir 4ribu. Kawan aku ni tak sedar akan kehilangan kad kredit ini sehingga la mendapat sms daripada bank mengatakan ada transaksi online yang dibuat menggunakan kad tersebut. So dengan itu aku pun pi la temankan ke Balai polis nak buat report.

Kali terakhir aku pi balai polis ialah masa aku nak buat report accident last 3 yrs kot. So Friday last week aku pi la kat Balai area Menara ni je. Lucu jugak, kitorang dah lama berjiran dengan Balai ni, tapi bila 1st time nak masuk gate tu, kami lost mana la balai nya. Nampak mcm semua quarters. Then nampak la skit signage "Balai". So bermula la acara membuat laporan. Ding dong ding dong.... bla bla bla bla.. kawan aku duk citer kat Encik Polis 1443..... (agak lama aku temankan kawan aku ni, sampai aku leh hafal no polis ni.. :) ).

Tgh duk tgu2 citer kecurian ni, tetiba datang 2 org polis bawak sorang budak ni. Budak lelaki ni umur 15 tahun. Muka dah merah mcm lepas nangis. Cute gak budaknya. Rupanya budak ni dah buat onar di pagi hari di area Kerinchi.. polis2 ni ada sebut kat jejantas, tapi aku tak la sure jejantas mana. Katanya budak ni buat kes 'RABA' la plak.. gatal sungguh budak ni, 15 tahun kot... ishk2.. Polis pompuan yang tgh buat keje tu leh lak buat lawak.. "OOo meraba... nak rasa la tu.." huhuhu.

Nampak je la berani, tapi budak 15 tahun still 15 tahun la. Bila polis dah tanya no telefon ayah n mak dia, dia dah nangis. Takut la tu. Aku nampak lepas tu ayah n abang budak tu datang. Mereka nak bincang di luar je, tanak jadi kes memandangkan budak yang di raba tu tanak buat laporan. So selamat la kot budak gatal ni. Btw budak ni budak terengganu la plak.. ishkkk memalukan negeri je. 

Tapi panas tidak sampai ke petang. Hujan di tghari plak.. tetiba datang 3 org perempuan. 2 makcik dan seorang perempuan dalam lingkungan umur 20 an la, rupa2 nya yang umur 20an tu ialah mangsa raba yang pertama.. lerrr.... bukan sorang je la dia raba.. hehehehhehe.. So elok2 dia dah leh kuar dari balai, sudahnya budak 15 tahun tadi kena tarik balik masuk balai dan kena la pi berehat di LOKAP. So dapatla pengajarannya. Lepas tu aku dan kawan aku ni balik la.. macam2 kes ada kat balai ni.

Monday, May 21, 2012

Pahit + Manis = Kehidupan ( Affogato)

Waahh.. tetiba entry pasal kehidupan gitu. Hidup tak seperti yang kita nak. Ada orang dapat hidup seperti yang dimimpikan. Ada pulak yang tak dapat apa yang diimpikan. So hidup ini adalah seimbang. Semua yang bahagia akan merasai kesulitan seketika waktu untuk menyedarkan diri akan pencipta. Sama juga dengan yang sedih dan berada dalam kedukaan, akan diberikan kesenangan untuk menjadi pemanis dalam kehidupan. Yang ditakuti sekiranya mendapat kesenangan yang berpanjangan yang menyebabkan kita lalai. :)


Dah lama aku pegi minum affagato ( Vanilla + espresso ) kat Cyberjaya. Masa tu tengah sakit kepala dan stress. So makan pun tak agak2, semua aku makan..huhuh.. Jirrah bila stress... semua makanan aku hadap. :)

Tengah minum2, aku  terpikir, minuman pahit camni pun aku nak minum. Tapi bila pk balik, espresso tu ibarat kehidupan kita yang pahit, so kita nak tak nak, kita minum jugak, kita hadap juga sbb kita tak de pilihan, tapi dengan kehadiran vanilla ice cream, rasa pahit espresso pun hilang dan menjadi pahit2 lemak dan sedikit manis. Vanilla aiskrim lak ibarat kesenangan dan keindahan hidup kita. So sebenarnya dengan kehadiran dua rasa, pahit dan manis, itu la yang jadikan hidup kita meriah dan sempurna. So ada masa kita rasa perit, ada masa kita rasa gembira. Itu la yang dinamakan kehidupan. So apa yang ada pada diri aku hari ini ialah gabungan dua rasa. Pahit mungkin ada manisnya nanti. Doa yang berterusan yang perlu diamalkan, InsyaAllah, hidup akan bahagia dan kita sebagai manusia kena tahu bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Note : Tetiba entry nak berfalsafah lak.. and tetiba teringat muka Arina yang berkerut dan marah dengan Affogato ni.. Leh tak order minuman yang best skitt??? wink2.

Wednesday, May 16, 2012

Istiadat Konvokesyen ke 76, UITM...

Alhamdulillah, tanggal 14.05.2012, at last dapat jugak aku skrol degree yang ditunggu2. Setelah kepayahan dan kesusahan belajar secara separuh masa. At the age 31, baru dapat degree.. hehe, ok la daripada takde kan. Maklum itu la tiket kat company aku kalau nak naik pangkat lagi. Ermm.. hopefully ada la rezeki aku kelak. Penat lelah selama 5 tahun tu, buatkan aku sangat hargai degree yang aku dapat ni. Lain rasanya kalau belajar dengan duit sendiri ni. Usaha nya lebih skit. Dulu masa diploma, macam banyak memain. Maybe because aku pun dah matang. Usaha yang berterusan juga penting, sokongan family terutama yang menghadiahkan cik pooh untuk kesenangan aku ke kelas dan kawan2 yang tak jemu memberikan sokongan moral amat membantu. perghh.. tetiba ayat skima, tapi aku nak jugak tulis entry ni secara berhemah. Seorang lagi yang aku harus berterima kasih ialah En boss.

Ermm... tak tahu da nak tulis pape.. aku nak upload gambar during my big day. :) Credit to my beloved brother Judin yang sudi menjadi jurufoto kakakmu ini. And tq sbb tak charging me even a cents. tq2. Ohh lupa plak, tq jugak pada Cik Ngah n Mak Yah yang sanggup datang jauh2 nak raikan aku. Altho kena naik tangga, jalan jauh skit dari parking, tapi digagahkan jua. Penyumbang2 bunga2an, sampaikan aku tak cukup tangan nak bergambar... Tq to Mak & Ayah, Judin & Athirah, Kak Yah, Bonda Hasmah, Hanisah yang kirim bunga, Cik Arina yang sudi cuti and bought me carnations..loikeee dan Hafizu. Tq all.. sangat hargai.

Thanks to Geng2 Diva yang banyak membantu, sepanjang aku study dan sentiasa menyuntik semangat.. tq Kak Mahani, Farah, Yeen, Kak Norli and Ayeen.. leffff u allllzzzz sooo much... And to Abg Sen, banyak yang banyak memberi semangat dan sokongan sepanjang perkenalan. Tq alllllssss..

Btw ada org kata aku takde kawan... tapi bila nak tulis ucapan tq ni.. mcm ramai la jugak. ekeke...


With ayah... tq 4 everything..

Ayah n mak n Judin... :) Ni je pic yang ada Judin, Tq Jurufoto terjun .. :)

With sweet pie Arina.. :) Tq beb

Ayah n Mak.. lefff u all soo much

Nanti giliran Arina lak.. amik semangat dulu.. Go..Go Gurlll

Control...panas weiiii

Dengan Bonda Hasmah
Tu je la sempat nak upload, kalau upload semua nanti bosan lak tgk pic.. :) tata..


Friday, May 11, 2012

Alhamdulillah

Hari ni aku gerak pi keje dengan malasnya.. tapi kena rajinkan diri, today is Friday, last day for the week. So esok leh bangun lambat. :). This coming monday is my Convocation's Day. Orang lain dah berabad dapat degree, aku baru nak dapat. Setelah susah payah jadi pelajar luar kampus ni. Menyesal sbb dulu2 tak rajin kan diri sambung study, so now dapat la. Tapi pape pun, aku puas hati dengan pencapaian aku. Altho lambat, but still i can get it. Cuma lambat je la. So bulan ni altho hati terusik, sakit dan pedih, tapi Allah maha mengasihani dan pemurah dengan hambaNya. Dugaan sakit sikit tu dihadiahkan dengan kejayaan. Hari ni jugak aku dapat surat kenaikan pangkat. Alhamdullillah... Sujud Syukur kepadaNya. 

So pasni kena la keje baik2 dan harap akan ada lagi kejayaan mendatang. Amin.

Note : Baju konvo tak dapat2 lagi..huhu

Thursday, May 3, 2012

sakit sudaaa

Ermm.. Alhamdulillah, Jumaat tiba lagi. Boleh la aku rehat kat umah esok. Now flu plak. Ini yang tak larat, dengan running nose lagi. Kepala pun pening2 lalat je ni. Ishkkk.. Satu report nak kena setel by today ni.. Huhu. Hope dapatla siap jap gi. Lately ni kurang amik kurma, so tu jugak antara penyebab cepat sangat sakit kot. Kena restock kurma selain jaga makan jugak. Now no 11 kat klinik perubatan menara ni, aku no 16.. Dah la perut lapor. Huhu. Jap g harus la gegas pi makan2 sempena hari2 terakhir di opis ni. Next month bakal ke opis baru..huaaaa.. Donwanna to talk bout that la.. Spoil la friday aku nanti.

Btw, minah kat sebelah aku ni kerek lak.. Perasan aku usha laki dia lak." Abang, datang sini skit" sbb aku duk sblh laki dia.. Hahhah... Kalau dah laki dia hensem cam hero battleship tu takpe la jugak, ni mcm muka dwarf je... Astaghfirullahhhh.. Padan la aku sakit weiii, mulut jahat bangat ni.. Bising lak dia bercite ngan kawan dia, hubby I(dwarf) sakit kepala masa driving lately ni. And doc kata overstressed. And hubby pun menyampuk.. Mana la I tak stress kalau hari2 jumpa client yg cam CELAKA.. So mulut sama jahat ngan aku hari ni.. Hehe.. Btw, dia ok lagi, dia tak tahu aku lagi stress sbb hari2 pk option terbaik how to go to our new building next month..huhu

Ok la chow dulu.. Another 3 no to go...

Sunday, April 29, 2012

Swimming


Erm.. dah lama aku tak swim, sbb aku asik malas je, so sbb tgk swimming suit aku pun dah berhabuk dlm bilik ironing tu ekeke.. so hari ni aku gagahkan diri ke pool. Nak boleh ke swimming pool, cari googles dan swimming caps dulu.ekeke maklum lama tak guna..huhu...Dah sampai kolam nasib orang tak ramai, so aku conquer pool la. :) Wahhhh baru 5 minit swim aku dah pancit.. huhu.. dulu rilek je 20 kali ulang alik. So aku kuatkan semangat. Rehat sekejap amik nafas.. and aku slow2 swim.. Ermm not bad.. lama2 baru la boleh swim. Maybe sbb dah lama tak swim, rhytm dah ilang. So tadi aku cuba cool dan buat dengan baik. Nasib baik tak putus semangat. Disebabkan keadaan aku yang separuh nyawa tadi, so aku kena kuatkan diri mulai esok, kena la masuk kolam ni lagi. Demi untuk kesihatan aku.. MAJU!!! Cik JIRR.. ekeke..

Mode : Cari semangat yang ilang.. wink2

Cheese Cake Recipe



Cheese cake recipe.. at last aku jumpa jua. Dulu aku dan cik yeen ..oppsss hari ni officially dah jadi Puan Yeen ska bake cheese cake ni. Altho suka, dua org setiap kali nak buat kek ni kena refer jugak kat resipi. One day, aku ilang resepi ni dan malangnya Yeen pun ilang jugak. Ermm so dua2 org ni cuba la recall.. tapi still rasa tak puas hati sbb tak ingat sukatan yang betul. So tadi sedang aku kemas2 drawer dlm bilik ni, huhuhu.. dengan happynya aku jumpa balik resepi ni. Terus text yeen mintak izin nak upload ke blog ni, in case ilang lagi resepi ni. Ironi betul jumpa balik resepi di hari pernikahan yeen.. ekeke.. So tanak citer panjang pasal ni terus la aku ke resepi cheese cake ni :

Bahan2 untuk base cake :
50gram Butter
250 gram Biskut McVities ( Tak guna semua pun, just 3/4)
1/2 cawan gula

Bahan2 kek:
3 kotak Philadelphia Cheese
1 kotak kecil Whipped Cream
3/4 cawan gula
2 biji telur
3 Sudu tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila

Cara-Cara

Untuk base cake, cairkan butter dan biarkan seketika. Dalam masa yang sama hancurkan biskut dan gaulkan dengan gula. Curah butter yang telah dicairkan kedalam biskut yang telah dihancurkan. Tekankan ke dalam loyang pembakar dan bakar dalam 5-10 minit.

Untuk kek, pukul cheese dan gula hingga kembang. Masukkan telur, whipped cream dan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung gandum. Biarkan adunan cantik keputihan.

Keluarkan loyang pembakar dan masukkan adunan kek tadi kedalam loyang. Masukkan kembali ke dalam oven. Bakar selama 55minit dengan suhu 180 darjah.

Setelah masak boleh disejukkan seketika sebelum di hidangkan.. :)

Okies..tu je entry masak2 kali ni.

Note : Selamat Pengantin Baru my dearest fren Puan Shireen Dzahrina dan pasangannya En Mohd Faiz. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat..Amin...

Friday, April 27, 2012

Battleship



Okies.. now nak masukkan entry movie lak. Lupa nak hapdate, last Wednesday dengan gigihnya aku pi tengok citer ni. Actually sepatutnya nak pi tengok ngan Arina, tapi sbb dia bz ngan keje, so aku pegi dulu.. and, i dun mind repeat it next week.. hehe.. Ok, kenapa aku teruja nak tgk citer ni, duk dengar ramai yg kata action untuk citer ni best. And aku pun dah tgk trailer banyak kali sangat setiap kali aku pi tgk citer sebelum ni. And mmg macam terpanggil nak tgk citer ni.

Hajat dihati nak tgk pukul 8, sekali masa sampai kat MBO, jam 540pm. 530pm ada show, so aku terus la beli. Masuk2, citer baru start la maybe dlm 2 minit. ok la...So mula2 mcm bosan. Tgk hero pun nan hado je selekeh je. So hati dah cuak.. ekeke.. dah la sorang2, and citer ni lama lak. Ermm.. Takpe, tgk dulu. And tangan duk sibuk duk fb, bosan katanya. Dengan dapat call adik aku tanya kopok la.. tanya petak parking kat umah la.. ekeke.. And.... tetiba citer ni mula best dah.. dlm 20 minit permulaan yang slow sangat tu. Aku mula membetulkan duduk la.. sbb dah makin best.

Hero yang selekeh dah masuk navy, ermm handsome la mamat ni(Taylor Kitsch). Keluar daripada panggung, citer ni aku leh describe as Creative, Intelligent, Teamwork. Otak kita ni kalau tak digunakan sepenuhnya, maka sikit la hasilnya. Tapi kalau tiba waktu kita menggunakan sepenuhnya, we will be surprise dengan hasilnya nanti. Contoh dalam cerita ni la, at the 1st, Hero ni cam gabra sebab diamankan untuk mengambil alih kapal perang tu, and nak bagi arahan pada anak2 kapal, tapi bila terdesak, dia cuba berfikir dan come out dengan strategi yang tak terfikir oleh orang lain, art of war katanya.

Dan yang paling best, ialah kita kena percaya dengan keupayaan diri sendiri, kalau dalam battleship ni, mula2 dia dah patah semangat and act like mad , marah2 and frust sbb abang dia mati didepan mata. So when he calm down, ditenangkan oleh kawan2, dia tahu yang dia boleh bangkit and menyelamatkan lagi kawan2 yang masih tinggal.

Tapi biasala... citer kan, Hero biasanya akan menang la kan.. And tak yah la nak pk logik sangat pun, sbb aku sendiri kalau pk logik, aku duk pk2 balik, apa sbnrnya Alien yang menyerang tu nak? Kuasa Solar di bumi ke? hehe.. aku tak paham sampai ke sudah, huhu.

Ok la, tu je ulasan battleship dari aku yang keluar dari panggung MBO tu dengan senyuman kepuasan.. So kalau nak rate pada action dlm citer ni aku bagi 8/10. Jalan citer, so so la.. tapi still tak buat aku bosan. Not bad. Thumbs up for battleship.

Tuesday, April 24, 2012

Pedoman...layan

Huhu.. tadi half day, tak sihat. So balik umah, terus sleep. Petang tengok tv, now aku asik dengan tv je. Tetiba teringat lak kata2 kawan2 yang dah abis belajar ari tu, nanti bila dah abis belajar u akan boring tak tahu nak buat apa. true enuff dengan keadaan aku skrg asik melangut depan tv je. huhu.. abes kacau cik arina dlm kelas dengan asik bbm dia je, so aku stop kacau and on lappy lak nak dengar lagu. huhu.. apa la bosan benar aku ni. Teringat hari tu aku ada dengar lagu Nora, Pedoman. Ermm nak download la. So now sambil dengar lagu, sambil menyanyi. huhu..aku suka lirik lagu ni :


Lirik Lagu Pedoman – Nora & VOU (Voices of Ummi)

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Oooooooooooo……
Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

So now aku dengar lagu ni berulang2 sampai aku bosan plak.. hehe..:)

Monday, April 23, 2012

Go Green and Save Environment!!!


Last week kawan aku kat sini ni hepi sbb dapat bunga2 cantik. Aku pun sibuk la bertanya mana dia beli. Maklumla sekarang tgh berkobar2 nak jadi pekebun Berjaya. So dia pun bagitau la, bunga-bunga tu tak leh beli, tapi kena tukar kan dengan peralatan letrik yang dah rosak. Recycle la. Tapi kita recycle kita dapat bunga. Ala2 go green and save the environment la. So bila semua tanam bunga, so ada oksigen pun bertambah2 la diruang udara.. leh gittew? Sorri sbb aku ni lemah bab2 sains ni, itu la yg aku leh kata pun. Huaaaa…So yang bukak booth ni dari SCRAP COMPUTER TRADING SDN BHD.

So over the weekend aku usha la barang2 lama yang dah rosak. Depan pintu umah aku sah2 ada 2 crt tv yang memang dah lama nak buang. Tapi tak terbuang sbb berat. So malam Ahad, aku kerah 2 hero ku, Fakhrul and Judin a.k.a adik2 yang terhormat tu mengangkat tv masuk ke kereta. Dengan diketuai En Aqiff Mikhail yang kecoh nak tolong tekan lif.huhu..

So tadi, dari kereta, orang2 yang bertugas kat booth tu datang ambil tv kat kereta. Nasib dia ada troli. So aku dapat la 2 pokok. Tak puas hati lagi, sbb aku nak dapatkan ros. Kalau nak dapatkan ros, aku kena bagi CPU atau monitor flat screen. Masalahnya aku takde. So terus la aku text Fakhrul Tanya dia ada tak, hasilnya, Fakhrul hantar kat aku petang tadi dan terus la aku tukarkan lagi. So sangat menyokong kehijauan la hari ni. End up dengan bangganya aku dapat 5 pokok bunga. Yayyyy..








Ni la tv - tv lama ku yang dah berkurun tersadai depan umah. Release da...




Daisy ini untuk 1 TV




Pokok ni tak tahu nama pe.. ala2 lavender malaysia la kots.. ni tukar dengan tv satu lagi




Rose ini untuk 1 CPU




Rose untuk CPU 2




Gloxinia untuk 1 monitor CRT

Settle la semua nya. So petang ni walaupun sakit perut , gigih la aku nak menghias balkoni dengan pokok2 baru ni. Ermm bila nak pi beli pasu lak? huhu.. Anyway.. pokok2 ni buat aku ilang sakit pun ye.. altho sbnrnya aku rasa kesan panadol yang aku makan jugak. :)

Sunday, April 22, 2012

Lemon + Honey


Minggu lepas ialah minggu aku tak boleh stop nak makan nasi. Pagi,petang dan malam asyik nasi. Aku mmg tak boleh tahan kalau makan antibiotic bila demam. Perut mesti memanjang berlagu lapar..huhu. So aku pun dengan cargas la asik mengisi perut. Senaman tak buat jugak. So abis je anti biotic, terus aku kawal balik nafsu makan yang menggila tu. Puasa bagi perut rehat. Dah nye minggu ni tak boleh nak posa plak...hhuhu.. So apa aku buat ialah, aku baru amalkan diet baru. Tambah satu lagi menu sihat aku. Actually dah lama kawan aku si Ayeen yang bagitau elok untuk minum lemon and honey. Tapi malas nak buat. Bila Cik Arina pun kata best minum minuman ini. So aku pun bermula la jugak. Kebaikan untuk minum lemon and honey ni boleh tahan best gak. Boleh menyegarkan badan sbb minuman ini boleh dianggap sebagai agen detox.Minuman ini juga boleh mengurangkan berat badan juga, provided jangan la minum ni dengan makan nasi bertambah2 pada pukul 10 malam, sampai bila2 pun tak dan nak turun berat tu. huhu. Disamping tu madu pula dikatakan boleh membantu menurunkan paras kolestrol. So bagus la, hope2 menjadi amalan la minuman ini. Cara nak buat minuman ni mudah as abc.. :

Ambil sehiris lemon dan perahkan dalam cawan yang berisi air. Kemudian tambahkan 2 sudu madu. Jangan  gunakan air panas yang menggelegak. Seeloknya guna air di suhu bilik sahaja. Tapi kalau nak suam2 pun dibolehkan.

Boleh minum 2 kali sehari, bermula secawan di pagi hari dan sebelum tidur. :)

Mode : Sihat la ni sbb dah start my day dengan lemon honey.. hehehe

Friday, April 13, 2012

Red velvet cup cake

Ini la rupa cup cakes for Judin's engagement.. ok la utk percubaan pertama.. ahakss..

Now aku nak buat entry masak2 plak. Aku balik kampung sbb adik aku Judin nak tunang.
So aku decide untuk kek, aku nak sponsor a.k.a bake by myself la. So gihih la aku ngan
Kazen aku buat cup cake ni. Aku amik resepi dr internet juga. Cuma aku ada edit2 skit la.
So aku tanak ckp banyak. Terus la pada resepinya :

Bahan2 kek
1 1/4 cawan gula
1 cawan butter ( suhu bilik )
2 biji telur ( suhu bilik )
1 teaspoon esen vanila
2 1/3 tepung gandum
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon soda bikarbonat
3 tablespoon serbuk koko
1 teaspoon garam halus
1 cawan fresh milk
1 teaspoon cuka
2 teaspoon pewarna merah

Bahan2 frosting cake
1/2 cawan butter
8 oz philadelphia creme cheese ( sekotak )
1/2 to 1 cawan gula aising
1 teaspoon esen vanilla

Cara2 membuat :
Pukul butter dan gula. Kemudian masukkan telur satu persatu.

Dalam bekas berasingan, campurkan tepung, serbuk koko, garam, baking powder, soda bikarbonat
Kesemua bahan kering ini diayakkan.

Dalam mangkuk berlainan, masukkan susu segar, cuka dan pewarna merah. Whisk sebentar. Bahan air telah siap.

Seterusnya, masukkan bahan kering diselangi bahan air. Dan harus berakhir dengan bahan kering.

Boleh scoop ke cup2 cantik yg dibeli dengan mengisi separuh bekas.
Bakar selama 20 minit pada suhu 175-180.

Setelah kek siap. Sejukkan dan boleh sediakan frosting creme. Philadlephia creme cheese
, Butter dimasukkan dan dipukul selama 3-4 minit. Kemudian masukkan gula aising.
Untuk masukkan gula aising, boleh agak2 sahaja. Rasa adunan untuk mendapat rasa yang diingini.

Kemudian after cake da sejuk. Boleh la hiasan seperti yang diingini.

Thursday, April 5, 2012

Movie lagi : Hunger Games 2012

Pusing kanan, pusing kiri, mata terkebil2 tak leh sleep pulak. So aku on lappy la, masukkan entry pasal movie yang aku tgk semalam. huhu. Stress sungguh kalau mata tanak lelap ni. Kalau cuti best gak, sleep lambat leh qada' tido esok tu. Ini tak, esok keje lagi. huhu.


Btw, semalam Rabu is movie day katanya. So aku pun plan baik nak pi tgk movie ngan Arina. Kali ni nak pi tengok Hunger Games yg di gembar gemburkan oleh ramai orang tu. Katanya dah 2 minggu berturut2 ranking teratas. Box office bagai. So kena pi tengok ni. Nak jugak tgk kalau citer hebat cam diperkatakan orang ni. Aku beli tiket siap2 kat SPARK MBO kat umah aku ni je. Senang tengok kat sini. Tak yah pi jauh2.

Ok, permulaan citer mcm slow skit. 10 minit camtu, ala2 ngantuk la jugak. Tapi lama2, aku tak leh duk diam. citer ni menarik. Dengan costume yang colourful, dengan permainan pertaruhan nyawa yang mendebarkan. So aku tengok dengan pelbagai riak wajah la.. ekeke.. ulasan kemain aku ni. Kejap nak senyum, kejap sangat sedih. So citer ni memang best. Aku mmg recommend sapa2 yang nak pi tengok citer ni. Dari 5 bintang aku bagi 4 la. :)

Heroin pun chanteqqqq.. Hero lak? aku rasa takde hero dlm citer ni. So pompuan tu mmg best la. Cantik dan lakonan pun mantop.

Ok chow dulu. Nak surf la plak...

Sunday, April 1, 2012

Twin Princess

3 Hari lepas dapat tahu cousin aku di Shah Alam dapat new baby girl. Yang happy they got twin babies. Excited nak pegi tengok. Nampak dlm facebook sangat la cute. After work ari tu pusing2 MV dan Garden nak cari present yang sesuai untuk baby twin ni. Tak pernah nak beli untuk twin, This is my first time.

Pukul 11pagi da sampai umah cousin. Pakcik aku pun ada kat sana. Ye la, nak tengok cucu kembar. Datang dari Terengganu semalam. :) Masa aku sampai tadi baby sleep. Ye la, baru 3 hari kot. Memang la asik tido je kan. Masih baru. Kata mak baby, Berat untuk 2 orang baby tu ialah 5kg... mak aiii.. macam beras sekampit tu. Macam mana la dia bawak perut hari tu. Dah la mak nye kurus je. Huhu. Tapi tu la kebesaran Allah, tengok 2 baby comel tu mcm tak percaya je boleh duduk dalam perut. hehe.. melalut lak aku ni. So aku sempat la snap pic ngan baby ni. Biasa la, cik long memang over kalau bergambar. huhu

Left : Kakak, Right : Adik

With kakak, baby ni kecik skit compare to adik

Ngan si adik lak.. harus la kena snap ngan both baby. :)
Sejam duk situ, kena la balik, maklum la.. melawat baby jangan la lama2, kesian baby nak tido terganggu nanti and mak baby pun nak rehat.

Note : Semoga cepat sembuh kak ina and kalau dah confirm nama puteri2 ni, war2kan la.. :). Pada Raja Muzaffar plak... selamat menjaga adik2 dengan baik. Jangan buli tau.. :)

Lunch @ Chomey Restaurant

Semalam pegi jalan-jalan The Curve, so seperti biasa la..mesti la ada makan-makan. So kali ni try lak restoran kelantan ni. Nama restaurant tu : CHOMEY.
Kat sini semua makanan2 kelantan la.. or timur la. Ada nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan banyak lagi la. Yang buat aku tertarik ialah aku nak merasa nasi tumpang. Penah dengar tapi tak pernah makan. So lunch kali ni nak merasa nasi tumpang la.

Nasi tumpang ni katanya ada 5 layer lauk, ada gulai kuning ikan tenggiri, sambal bilis, serunding ayam, gulai udang dan telur dadar. So lauk2 ni di selangkan dengan nasi putih. Nasi ni dimasukkan dalam kelongsong daun pisang. Untuk rasa aku rasa not bad and aku suka dengan rasanya. Arina plak dengan nasi kerabu nye. Tak abis2 nasi kerabu tu. hehe. So lepas ni kalau aku jalan2 lagi area tu, leh la nak masuk lagi restaurant ni. Overall , nice and not bad.

Nasi tumpang yang dimaksudkan

Nasi kerabu, bagusnya sbb budu,lada and lauk diasingkan, so customer leh la nak letak sendiri banyak mana yang suka.

Itu je la entry makan-makan aku. Chow dulu...




Movie Day, 31 March 2012

Lagi entry2 tengok wayang. Tak abis2 ngan wayang aku ni..huh.. So kali ni aku pi kat Mutiara Damansara plak. Nak tengok kat sana. Sambil beli barang kat sana jugak. Anyway i loikee GP sale.. dapat Jeans kat Debenhams semalam ngan harga yang sangat menariksss.


Citer pertama tengok ialah The Vow. Cite ni pada aku ok la. Untuk aku yang tak berapa suka citer2 sedih ni, tapi aku tgk la jugak. Takdela sedih mana, tapi ada la babak haru biru tu. Ye la bila org yang tersayang tak ingat kita..of course la sedih. Itu la yang berlaku dlm citer tu bila isteri tak ingat suami after accident. Hurmm jenuh la laki dia buat nak bagi ingatan kembali. Sampai sudah la wife dia tu tak ingat. Tapi yang bagusnya cite ni happy ending juga. Citer ni based on the true story. So ok la. Untuk bintang yang akan aku bagi untuk citer ini ialah 3 daripada 5 bintang. Ok la... overall tak rasa marah kuar dr panggung tu.

Citer kedua lak, aku tgk Mirror Mirror. Yang ni mmg aku ska sbb ala2 citer enchanted tu. Lagi best sbb Julia Robert jadi mak tiri yang jahat. Funny pun ada citer ni. Nama pun fairy tale. Still mengekalkan citer snow white asal bila ada la babak yang melibatkan 7 orang kerdil, apple beracun tu dan ciuman boleh menghilangkan sumpahan. Cuma tak la semua ikut cerita asal. Sbb tu citer ni menarik. Aku ska tengok costume2 dalam citer ni. Sangat menarik. Ending cerita sangat seronok sebab Snow White menyanyi. Tapi yang menarik tu dia nyanyi ala2 citer hidustan. And no wonder la.. sbb pengarah citer ni is an indian rupanya. Padan la lagu pun muzik hindustan gittew. So aku bagi 4 bintang daripada 5. Best.

Itu je entry movie kali ni.

Wednesday, March 28, 2012

Sh'bam Class @ Fitness First

Ok.. lagi entry perasan sihat aku.. so kali ni nak citer pasal aku join kelas sh'bam kat FF IOI Puchong with Arina. At first kitorang blur, apa la kelas sh'bam ni. Nampak mcm aerobik, tapi lebih pada menari. So aku pun google la apakah itu sh'bam. Sh'bam ni ialah gerakan tari yang rancak. Ikut yang aku baca, sh'bam ni cara yang bagus nak shape up badan. Antara lagu2 yang digunakan dalam sh'bam ni ialah lagu2 baru yang rancak yang dimainkan di club2 gitu.. hadooo? hehe.. cth : classic remixed & modernized latin beats. 

Pada yang malas nak bersenam cam aku ni, bagus la ikut kelas mcm ni sbb sh'bam ni cara yang menyeronokkan untuk bersenam sbb ala2 menari gitu, tak la tensi sangat nak beria-ria berlari2 kat treadmill sorang2. Kelas ni ramai org dan boleh la bersosial jugak? aku sosial ngan sapa ek kat situ? Arina jugak.. haha.. Dalam kelas selama 45-minutes tu, katanya leh bakar sebanyak purata 506 calories :). Result daripada Sh'bam ni jugak antaranya : tones & shape, develop self expression & improve coordination. 

Ok.. so benefit sh'bam ni jugak antaranya : ( from : http://www.lesmills.com/global/shbam/about-shbam.aspx )
  • Benefit from interval training peaks
  • Get in the fat burn zone without the “hard work” workout
  • Learn hot new dance moves
  • Improve coordination
  • Increase cardiovascular fitness
  • Have loads of fun, get an emotional high and forget you’re even exercising 
Ok la.. da nak start keje. chow dulu... 

Monday, March 26, 2012

Brisk walking

Entry sihat2 today ialah sbb aku semalam baru start 'brisk walk'. Lately ni aku asik pening je. Dinggggg... my cholestrol ke? cuak, takut, berdebar.. semua ada. Sepatutnya buat health check tapi tak buat2 sbb aku makan mengalahkan org sihat. Dengan cholestrol level 7.7...aku makan tak pantang. Maklumla aku ni mmg mudah lupa. Dulu masa baru tahu cholestrol tinggi, semua makan nak jaga. Tanak makan red meat la.. itu la..ini la.. semua yang boleh sebabkan cholestrol tinggi. So skrg ni sbb dah start pening ni. Kena buat sesuatu sblm menyesal. So sbb badan aku yang bot bot ni.. aku kena cari senaman yang akan bagi 'low impact' pada joint/lutut aku ni. Kan tak pasal2 dah sihat skit, lutut plak buat hal.huhu. So ramai yang sarankan aku brisk walk a.k.a jalan dengan laju ni. 

Pic dari : diabetes-cured.blogspot.com
So semalam bermula sesi berjalan laju aku ni. Mula2 macam malas nak turun pi gym. Tapi sbb kalau tak mula, bila lagi aku nak mula kan. So cepat2 tukar baju and turun kat gym. Pak Guard Nepal kat umah aku siap tegur lagi.. "First time ke?" huhhh... Nampak sangat aku jarang turun sini.huhu.Aku tak nak berjalan sekitar umah sbb takut aku berlari laju nanti sbb kena kejar ngan anjing. So kena la aku brisk walk kat treadmill je. :)

So kenapa aku kena brisk walk ni?

  1. Berjalan ni aerobik and boleh improves cardiovascular fitness dan dengan harapan aku jugak dapatla mengurangkan berat badan aku ni.. :)
  2. Nak tingkatkan overall fitness dan tingkatkan tenaga aku ni..now ni asik melepek kat umah je sejak2 takde kelas ni.
  3. Improve blood circulation dan tingkatkan stamina.. maju2!!!
Berjalan ni jugak leh :
  • Menolong untuk kurangkan risiko sakit jantung dan strok
  • Untuk bagi tekanan darah yg ideal ..:)
  • Yang paling PENTING.. ialah untuk KURANGKAN PARAS KOLESTROL AKU...
  • Bantu kurangkan berat badan.lemak2 kat badan aku ni and of coz to help maintain a healthy weight la. :)
  • Kata orang berjalan ni leh kurangkan stress (Tekanan) and boleh bagi mood kita cantik. Mood cantik? ermm tak mudah marah, moody kot.
  • Meningkatkan "bone density" , leh elak osteoporosis
Ermm tu je la yang aku sempat baca. So untuk tak hilangkan semangat aku kena buat benda jadi amalan la. So hari ni kena pi lagi. Huhu.. Kuatkan la azam aku ni supaya aku ni rajin2 skit nak turun pi gym.

Note : Aku baca kalau berjalan laju selama 30 minit leh burn 320 calori. Tapi aku semalam berjalan Sejam leh bakar dalam 200++ je. Ermm maybe speed la tu. So hari ni kena cuba lajukan speed. Janji jangan bagi aku berlari. Tu je syaratnya. Maju JIRAH!!!

Saturday, March 24, 2012

Hati Gumbira

Hari ni pepagi bangun terus ke IOI Puchong. Seperti biasa join Arina ke kelas di Fitness First. Hari ni leh tahan gak, pancit suda.. slow2 je aku ikut..hehe.. last week tak pi, so minggu ni kena la slow2 suda. Abis je bersenam, lepak2 gossip.. and terus la pi bfast wajib di Subway. Arina makan dengan tak tenang sbb kad parking ilang suda..ishk2.. and rasa2 memang terbuang dlm tong sampah tadi. Duk berkira2 bape la harga lost ticket ni. Kalau kat MV, 50..huhu.

Lepas makan sempat mencuci mata di Habib Jewel. Now tengah sale. Lumayan. Arina berkenan ngan cincin yang batu putih. Tapi takde kat situ. huhu. So lupakan la dulu. Tapi bila tanya kat situ katanya kat Bangsar Village ada. Hehe.. terus la aku maju ke situ pas balik IOI. Niat nak tengokkan untuk Arina.. Tapi bila da sampai situ.. aku plak yang berkenan..huhu. Sudahnya aku plak yang beli. Tapi tak dapat lagi la cincin tu sbb kena amik dari HJ The Curve. So next week je la aku collect.

Memang berbaloi kalau nak beli sekarang. Sale up to 70% and untuk yellow gold, ada potongan RM8 untuk setiap gram. If im not mistaken la.. :)

Mode : Happy

Note : Btw lost ticket kat IOI ialah RM 20. Murah la skit. Tapi untuk Arina, sbb dia blink2 mata kat penjaga tu.. so dia kena bayar RM2.... hehe. Pape pun..Alhamdulillah.

Friday, March 23, 2012

Berita...News...

Hari ni aku balik awal. Lepas keje terus je pecut balik umah. Kepala pening lagi. Sambil rehat kat daybed. Aku tengok berita pukul 8. Semua berita yang tak ska aku dengar. Kes bunuh...kes tembak menembak...ishk.. ni sbb aku susah nak tgk berita. Semua ganas2 belaka. Lepas berita aku tengok plak Galaksi @tv9. Ala2 melodi gitu. Banyak sungguh gossip artis. And salah satu ialah cite blogger yang menulis citer video bogel mila amelia dan kes seorang penyanyi yang dikatakan merogol anak tiri. Ermm.. blogger tu mcm cool je masa ditemuramah. Kadang2 aku rasa blogger ni berani jugak. Ye la, kalau salah tulis berkenaan sesuatu tu kan bahaya.. nanti kena saman kan susah. So sbb tu aku ni sekadar menulis berkenaan aku je..sbb aku tulis kat blog aku yang nan hado ni ialah aku ska nak tgk balik apa aktiviti2 aku yg pernah aku buat. So nanti kot2 panjang umur ada cucu cicit ke, diorang leh bukak blog aku..hehe.. tgk cite neneknya..huaa... besar sungguh angan2 aku. :)

Tuesday, March 13, 2012

Bila aku tertinggal HP

Pagi ni bangun dengan segarnya, tido dengan lena semalam, tanpa mimpi.. Cepat2 bersiap ke office, sampai ke parking lot office, still banyak space. Best. Tak payah nak pi bayar parking 13 hinggit. Yang 5 hinggit still banyak. Bukak lappy... tengok email. Baru nak check hp, carik2 takde.. OMG.. tertinggal kat umah la... uhuhuhuh.. Ni yang tak best ni. Aku perasan sangat, handphone aku ni, kalau ada dengan aku, jarang sangat aku nak guna and menunggu panggilan orang. Tapi kalau takde je ngan aku like today ni, masa ni la aku menunggu panggilan. Ishk.. Now aku tgh tgu panggilan n text from :

1) Pantai Hospital
2) Celcom

Tapi aku tertinggal phone. Ishk.. susah la. Tetiba teringat zaman2 takde hp, rilek je plak kan. Tapi bila da ada ni, handphone dah jadi cam nyawa. Kena ada sentiasa. Pada aku yang leh dikatakan nyawa ni ialah apabila nak guna handphone ni time dalam kecemasan. Contoh tetiba kereta rosak ke, sampai dekat tol, tetiba perasan takde duit (purse tertinggal jugak.. ekeke) so tak leh nak call kawan nak rescue, ada kecemasan orang nak hubungi kita susah... dan sebagainya. Ermm. So tips2 bila tertinggal phone ialah :

1) Kalau ada akses email, sila emailkan orang2 yang berkaitan
2) Call inform mak n ayah kat kampung, kot2 dia call kita tak berangkat, risau lak diorang.
3) Call kawan2 kita yang memang ada potensi nak cari kita pada hari ni. Tu pun kalau ingat nombor telefon diorang la.. biasanya tak hafal la sangat sbb semua nombor pun ada dlm phone yg tertinggal tu.. huhu.. Kecuali Kak Mahani yang ingat banyak no tu..ekeke

So dah penat nak menaip ni.. so sambung later la.. huhu.. salammmmmm