Sunday, July 22, 2012

My weekend : Shopping spree and Iftar @ Best Western Premier ...

Weekend ini sangat penuh dengan aktiviti dan perbelanjaan? huhu... Sabtu aku keluar awal-awal pagi sbb nak carikan baju raya untuk cik yah n company.. :). So sampai je mid valley, aku terus ke Metrojaya. Huiii.. nasib sampai awal.. orang tak la ramai sangat. So bermula la carian baju2 untuk hero2 dan heroin cilik kak yah. Nasib baik sebab semua yang aku nak dapat, cuma baju mincesss Arissa je tak jumpa. Itu later la cari, Secara keseluruhannya semua yang aku nak, ada la. Yay.. project complete. Kaki dah nak menapak balik, sekali nampak ada Modern Home Fair kat exhibition center tkt 3. Apa lagi laju langkah kaki ini menapak. Niat nak carik wardrobe. At last aku jumpa wardrobe yang diingini, tetapi sbb aku tak bawak ukuran rumah, so aku belasah je 8 x 8kaki nyer ukuran.. huhu... tak sabar punya pasal..hope cantik la benda alah ni bila da sampai umah nanti. Aku memang tak sabar memandangkan baju2 aku da tak tahu nak haruk kat mana.

Pagi Ahad, mak , ayah , nisah and Judin sampai dari kampung. Sekali lagi aku pi Mid Valley sbb ayah kata kasut dia da rosak. leh la beli sekali kasut raya ayahanda.. Ingat dulu2, dia la yang belikan barang2 kita. Tak pernah merungut, semua yang aku nak, semua dia beli. So kali ni, tiba masa aku nak membalas jasa. Tetiba sayu lak.. :) Lepas beli barang, terus balik.. opss aku sempat sambar baju lagiiiiii.... cukup Jirr.. :)

Banyak lak masa sementara nak pi berbuka puasa. Sempat aku pi area Klang Lama nak beli lampu dinding untuk bilik aku. And after dapat lampu terus la ke Best Western Premier Hotel untuk berbuka puasa. This is our first time berbuka kat sini memandangkan hotel ni pun baru je bukak beberapa bulan ni. :) Secara keseluruhan, makanan nya boleh la 4 daripada 5 bintang. Not bad, ada rasa dan pilihan pun ok. Ayah sempat sambar kepala ikan merah lagi.. :) Yang ni 1st come 1st serve.. so sapa2 yg nampak dulu leh mintak kepala ikan. :)

Note : Altho yg menulis blog ni tak sempat nak puasa lagi.. tapi dari gaya makan tadi, nampak penulis blog ni yang paling over makan... help2!!!...

No comments:

Post a Comment