Monday, December 26, 2011

Dugaan

Erm.. dah lama tak update.. sibuk ngan sekolah ,mana assignment nak kena settle, mana test nak kena hadap, mana keje opis nak kena siapkan. Baru je keje2 camni, macam tak terbuat da. Tapi sebelum aku nak pilih cara mcm ni, aku da sedia dengan bebeanan2 keje camni. So ni da sampai ke final semester, setiap kali aku ingat pasal ni, aku senyum sorang. Dah hampir nak selesai da.. Sikit lagi Jirah. 5 tahun berulang alik ke shah alam. Balik malam redah federal hi way dengan cik pooh. Ermm... pengorbanan nak dpt ilmu. Kata org berbaloi kalau kita hepi dengan result yg kita dapat. Setakat hari ni, aku hepi dengan pencapaian aku. Dengan semua yang menyokong. Family dan kawan2 opis, bos yang selalu bagi kelonggaran untuk cuti setiap kali exam, kelonggaran untuk balik lebih awal untuk elak jam. Semua tu aku rasa aku kena balas dengan completekan pengajian aku ni.

Tapi semalam buat aku penat sangat, kecik ati ke? ntah la, benda yang mendatang ni buat aku pk, aku ni dah jadi bebanan dlm keluarga. Susah kot ada anak perempuan yang masih menyendiri ni. Erm.. tapi aku menjaga diri aku di sini. Aku tak buat family aku susah. Apa yg aku buat, aku keje, belajar dan hidup seperti biasa di sini. Selama ni aku tak pernah menolak dan membantah, semua aku ikut. Sebab aku anak, aku bukan sesiapa tanpa mak and ayah. Tapi bila tiba masa seperti sekarang, semua datang bertimpa2. Kepala yang penat dengan study untuk final exam yang dah tak berapa hari lagi ni, aku harap dapat sokongan keluarga. Sangat perlukan itu. Selepas peperiksaan akhir, buat la perancangan apa.. aku akan ikut tanpa membantah. Buat la apa yang perlu. itu janji aku. Aku tak nak dilabel anak derhaka. Altho aku cold dan jarang bercakap, tapi aku tak nak mak and ayah aku menangis sebab aku. Aku anak...aku hanya seorang anak. Ermm.. tetiba sedih sangat. Aku perlu habiskan sikit saja lagi untuk tamatkan pengajian ini. Aku perlukan masa 3 minggu sahaja lagi. Selepas itu aku berserah pada segalanya.Hidup kita di dunia pun bukannya lama.. segala perancangan kita, hanya Allah yang menentukan.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi cabaran dan dugaan yang sekecil kuman ini. Aku perlu kuat untuk hadapi semua ini dengan hati terbuka. Hanya padaMu aku berdoa dan meminta. Amin.....

Wednesday, December 7, 2011

OMBAK RINDU

Ok.. hari ni mc lagi. Mata aku cam gatal2 la .. ishk.. hope x melarat la.. huhu. Ok lupa nak masukkan entry OMBAK RINDU ni. Last week aku pi tgk ngan Arina. Memang full house panggung kat Mid Valley ni. Erm.. so aku da beli tiket siap2. So dapat la tempat yg ok. So puas hati la.


Sempat tu snap dlm panggung... punyala hepi sbb mmg lama menunggu nak tgk OMBAK RINDU ni..huhu
Aku ada novel ni. Da lama aku beli. time kolej2 dulu kot.lama sungguh. Tapi aku memang ska novel ni. bape kali ntah aku ulang baca. aku ni bukan pengumpul novel, tapi aku ada OMBAK RINDU ni. :)
Bila nak dijadikan movie, aku rasa mcm tak sesuai sangat sbb mesti nak kena compress citer ni nanti. Kalau jadi bersiri better kot. Mcm Nora Elena tu, baru la best kan.
So permulaan, tengah2 and ending citer ni, ok la.. maybe sbb pelakon nye best. Aku ska si Aaron ni pegang watak Haris. Maya plak, ok la.. tak la kekok.. and credit to Lisa, yg selalu duk bawak watak baik je, bila pegang watak Mila, dia boleh bawak. Ok jugak dia ni. Altho dia tak bawak watak perempuan jahat, tapi watak gedik, watak perempuan yg tak leh control marah, and watak penakluk ni.. pada aku dia dah berjaya. Aku ska tgk Lisa dlm citer ni. Thumbs up.
So pada yang nak pi tgk citer ni kat panggung, leh la pi, tapi citer nya mcm drama je la.. just that aku teruja sbb novel yg aku minat2 giler dijadikan movie. Tu je. 
Chow...

Conjunctivitis

Bangun pepagi tadi.. mata cam merah. Erm.. maybe kejap je. So aku pi keje macam biasa. Maklum semalam aku da cuti emergency. Dah sampai opis, kawan da tegur merah mata. Erm.. tak boleh jadi ni. End up pi klinik,  dan disahkan penyakit seperti tajuk diatas. MC 2 hari. Cepat2 balik takut berjangkit ngan org lak. So aku terus balik umah. MC badan tak sakit. So aku nak buat pe ye. Tengok umah dah naik sawang. Ishk2.. lama sungguh tak kemas umah betul2 ni. Habuk sana sini.. punya la pemalas lately ni. huhu.. 

Terus la aku jadi bibik terhormat. Bersihkan dapur, ubah kedudukan peti ais la.. almari la.. meja la.. waaa cik Jirr today, major revamp lak. Tadi ingat nak kemas dan buang habuk je, tapi hasilnya.. semua benda pun aku nak ubah. So umah da nampak sangat kosong. Semua nya aku tolak2 ke tepi. Lapang skit aku rasa. Maybe sbb kepala aku yg kusut pikirkan dah dekat nak exam ni, so aku nak tgk semua benda pun lapang.. ye ke? huhu..

Lepas kemas umah, tetiba rasa da lama tak pi manja kan diri.. massage skit ke kan.. So call BB, buat appointment. Done. Kul 3.00 da sampai BB Taman Desa. Kul  5 kuar, terus pi tempah baju. Waaa.. sangat efisyen today. Semua benda nak buat. Agak2 berjangkit tak org tadi ngan penyakit mata aku ni? huhu.. jahat sungguh, doc suh MC duk umah, aku mengular semua tempat.

And now, sambil2 memasukkan entry ni, tgk langsir bilik ni, cam da lama tak tukar. so kena stop tulis bukan2 kat blog ni dan pi tukar langsir. Taste sungguh today. Rajin sampai ke malam. Maju2!!!

Chow dulu... Salam.

Thursday, December 1, 2011

Movie : Twilight Breaking Dawn Part 1


Tak tahu nak hapdate apa tapi nak hapdate jugak. So nak citer pasal cite cinta hantu2 ni la. Ermm.. previously aku tgk citer ni dengan Arina. Arina yang kenalkan aku ngan citer ni. So untuk last episod tu, hasilnya aku tertido dlm panggung sbb pada aku citer ni sangat bosan la. Tapi apa lak yg buat aku nak tgk citer ni kali ini? Banyak sangat iklan2 kat radio. Hari2 asik ulang pasal citer ni je. And aku lupa DJ radio mana tah,, Hitz ke Mix ke Fly, one of the DJ tu kata dia tak tgk Twilight 3 yang aku tgk tu sbb katanya ramai yg kata bosan. Ermmm so aku membuat conclusion bahawa, aku tak le kata citer ni tak best sbb kebetulan masa aku tgk tu.. memang citer tu BOSAN. Hoke, kali ni dengan jayanya aku pi. Ngan Arina lagi. So kat MBO tepi umah je. Senang, tak ramai org tgk kat situ.

lepas tengok yang kali ni, so aku rasa citernya not bad. Untuk yg breaking dawn ni, citer dia biasa2 je, tapi tak membosankan aku. And aku ska tgk citer ni jugak sbb props, latarbelakang dan tempat2 menarik yg diorang shoot citer ni. Terutama tempat honeymoon Bella dan Edward. Perghhh... heaven. Villa cantik depan pantai. And ada waterfall bagai. huhuhu.. ibarat di kayangan.. over sudaa..... anyway, citer ni ok la.. Dari 5 bintang aku rate 3 bintang la.. markah yg diberi memberat ke arah surrounding citer tu. Jalan citer , kira hoke je la...
Note : Thanks Cik Farah sebab hantar kan wa beli tiket ombak rindu malam ni. Hope citer ni sehebat novelnya.. Arina, tgu malam ni.. 1230am hoke... 

Monday, November 21, 2011

Sea Game : Harimau Malaya vs Indonesia


Hari ni dengan senyuman aku nak masukkan entry bolasepak untuk kali kedua kot. Aku bukannya minat sangat tgk bolasepak ni, tapi lately ni mcm leh follow laks.. tapi yang kena mengena ngan aku je la.. EPL tak lagi kot. Yang pasti semalam aku seronok sebab Malaysia menang lawan Indonesia. Menang dengan tendangan penalti disebabkan seri 1-1. :)

Mau tak, sebelum tiba semalam, semua orang bercakap pasal bola, semua radio2 pun kuarkan isu bola ni, sapa yang akan menang, sapa kalah kan.So aku pun teruja la jugak nak mengikuti bola ni. Selamanya Harimau Malaya.. :), i loike that song laaaa.

Tapi kesian tengok pemain2 ni, mereka da penat gila nak cari gol penentu. Aku tengok harimau malaya da ala2 kucing da.. main pun passing2 bola.. corak permainan dah perlahan.. 15 minit terakhir, nampak sangat da penat sangat, mau tak.. main berjam2. Kesian sungguh.Kita yang menonton ni leh bagi semangat je la. Kalau nak harapkan penyokong di stadium ada la 2- 3 kerat. Tapi sokongan moral dari jauh, sangat la banyak, termasuk aku yang tetiba semangat nak bagi positive aura pada pemain2 Malaysia. Positive aura katanya... :).

Stress level pemain2 ni sangat tinggi, nak bagi pingat mas yang ke 59 kepada negara semalam. Bila menang, semua orang bersorak. Bunga api meletup2. Tapi kalau kalah, ermm... semua akan mencari kesilapan pemain2. Tapi pape pun, alhamdulillah kita Menang!!

So disebabkan kemenangan ni jugak, aku nak pi bfast ngan kak mahani... ritual kami diawalkan.. Akak.. jom pi san fran!!.. hehe.. tata

Note : Hari ni mode nak mainkan lagu selamanya sampai bosan.. :)

Sunday, November 13, 2011

Mimpi Seram

Weekend lepas, aku rehat serehatnya. Sabtu aku asik tido je. Bangun kejap tido balik... tido lama...bangun kejap. Ermm.. mcm penat sangat altho aku sendiri tak tau nape penat sangat. Bila aku pk2 balik, maybe minggu lepas banyak sangat test2 kat sekolah, pastu balik raya. travel.. ermm.. maybe la. So Sabtu ni aku balas dendam.

Hari ni jugak janji ngan Arina nak lepak sesama nak buat keje sekolah katanya.Knowing aku angan Arina ni,perancangan nak study tu biasanya terbaek.. tapi tang execution tu kureng skit. Nak kena esok ada exam.. baru dua2 menggelupur. 

Lepas Asar aku just lepak baring2. Sambil dengar lagu Avril yang aku duk gila2 sangat lately, asik repeat same song, tetiba lentuk la plak.. 

" Eh.. Awak siapa?" 
Tetiba ada seorang perempuan berbaju kurung kat tepi tingkap bilik. Dia berdiri pandang luar. Aku bangun dan berdiri sebelah dia. Perempuan ni chubby2 skit and bertudung siap.
Aku dah seram. Macam mana perempuan ni ada disini. Then aku terus menyambung lagi.
"Dah 2 kali akak nampak awak dirumah akak kan?" Erkkk 2 kali, aku lupa plak bila yang pertama...
"Sebenarnya saya datang kesini hari-hari, tapi yang nampak saya memang baru 2 kali" Perempuan tu menjawab.
"Awak nak apa kat sini. Macam mana boleh datang dan masuk sini?"
"Saya memang suka datang sini. Saya boleh datang dan pergi macam ni sahaja, kakak saya pun ada kelebihan seperti saya jugak"
"Tapi apa yang awak nak dan perlu akak bantu ni" Aku bertanya dalam debar. Masa ini dada aku sakit. Takut. 
"Saya sedih, ayah saya dah buang patung tu"
"Patung apa?"


Azan maghrib bunyi. Aku terjaga. Mimpi... Dada aku kencang berdegup. Huhuhu.. mimpi apa ni. Bangkit terus dan pi solat. Badan aku gila penat la. Hati dan2 jadi tak tenang. 1st time aku mimpi macam ni. huhuhu. Ada ke tafsir sebalik mimpi mcm ni. Tapi aku tanak pk sangat. Nasib baik malam Arina ada tido kat sebelah. And aku ada jugak divert takut aku ni dengan online. huhu. Tanak la aku mimpi mcm ni lagi. Maybe sbb aku tertido sebelum maghrib. Syaitan mendamping dan hepi je aku tido time2 tu. So moral of the story, jangan lagi tido maghrib. 

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aildil Adha- Ucapan kengkawan gittew

Alhamdulillah, tengahari tadi selamat la sampai ke kampung halaman terhentaaa ini. Walaupun jalan jammed skit tadi di Karak.. tapi selebihnya ok la. Tak la teruk sangat. Atau pun aku yang tak rasa teruk sebab Judin yang drive sampai Dungun?.. maybe2. Hehe..

Takde apa nak tulis sangat, citer pun da takde. Tapi aku nak wish selamat hari raya pada kengkawan yang terchientaaa jugak. So ucapan raya ni aku tujukan kepada : (Susunan nama tidak penting sbb semua yg aku tulis nama ni.. i love u all sooo much )

Cik Yeen, Kak Mahani n family, Farah, Ayeen, kak Norli, Abg Sen, Arina and The Crab/Carcinoma dan seluruh umat islam sekalian.

Untuk family lak, aku wish selamat hari raya pada adik tersayang di Russia, Cik Hanisah, Fakhrul n family, Judin, mak n ayah. Tak lupa jugak pada baby Arissa and her family... :)

Entry ala2 ucapan nak bg kat rancangan tv hari raya laks. Kesimpulannya, mari la sesama bersyukur padaNya sbb tahun ni masih mampu kita berjumpa sanak saudara. Pada yang tiada, relakan pemergian kerana tiada yang abadi di dunia ini.

Wednesday, October 26, 2011

Outing With Aqiff Mikhail

Ermmm.. hari ni diwali.. so cuti. Best la, bangun lewat. Guling2 atas katil, feeling2 tak nak bangun sampai malam. Huhu.. Ari ni da janji nak jumpa ngan aqif. Da lama tak tengok budak kecik ni. Baru tgh pk2, sambil duk guling2, dengar bunyi org datang umah. Da sampai pun. Cepat2 aku mandi, nak bawak budak tu kuar jap. Teringin nak try makan kat BV, The loaf. So ngan gigih bawak budak kecik ni. Hope2 tak la dia membuaskan diri kat sana, memandangkan aku ngan dia berdua je. Dalam kereta diam je. Tak gerak. Aku pakaikan tali pinggang keledar. Muka senyum je. Behave... behave Aqiff.... :)

Saya akan duk diam2 cik long... :)

Mana makanan n minuman saya...
malu2 lak... 
Aqiff ska hot choc ni.. separuh gelas habis ngan dia je..  
Ngan Cik Long
Lasagna 
Roti n choc muffin
Aqiff jamah skit je.. pahit skit kot .. :)
Smile.... :)
Lepas makan.. bagi la Aqiff berlari2 skit. And memang.. dia berlari sungguh2. Padan la makin slim. So cik long pun ikut lari2 sekali sbb nak hadam lasagna and roti2 yang Aqiff tak abis tu..huhu....
Ok.. da abis makan n berlari2.. balik dulu... tata

Wednesday, October 19, 2011

Movie time : Real Steel..

Semalam hari Rabu, so sbb takde kelas, aku ngan jiran plan nak tgk wayang. Ermm Cik Ayeen cadangkan citer Real Steel. So pi la tgk. Mula2 cite ni cam bosan skit, tak la bosan lama pun 10 minit camtu. Pastu bermula la kehebatan citer ni. Out of 5 stars aku bagi 6 stars sbb citer ni memang menarik. Nak2 dengan watak budak kecik tu. Cute. Leh plak ajar robot dia menari. Cute. So pada yang nak tengah pk2 nak tgk citer pe kat panggung, sila la pi tgk citer ni. Highly recommended. Mungkin sbb aku ska berangan, tapi yang pasti citer ni buat aku rasa seronok tgk and aku maybe leh pi lagi nak tgk citer ni. Two thumbs up.

Balik umah lak, untuk mengdivertkan kepala aku yang asik pk nak makan ni. Continue lak tgk citer "Tolong, awek aku pontianak". Tengok lagi separuh sbb da tgk skit during lunch time kat office ngan Kak Mahani. :) Btw, citer ni sangat best la. Aku ska citer ni. Lawak. :) And pas tengok, terus off lampu .. ZZZ..

Alhamdulillah.... selamat dugaan makan aku untuk malam ini. :)

Sunday, October 16, 2011

What u give u get back

Last week banyak yang berlaku dlm hidup aku. Pasal keje, pasal tak keje, pasal belajar. Huhh.. rasa mcm banyak benda je. Kalau pasal keje, aku cakap ngan partner aku ni. Hidup kita ni cam roda kan. Kejap kat atas kejap lagi kita da kat bawah. Kalau tahun lepas kita kata2/kita kutuk2 org tu, tak mustahil sekarang ini benda yang kita kata2 dulu terkena pada diri kita sendiri lak. Itu yang aku nampak. Kadang2 tak perlu tunggu lama pun. Kita kata kat org yang buruk2 pagi, kadang2 Allah terus nak tunjukkan, tengahari nanti kita plak yang terkena. Erm.. So pada orang yang terkena dan sedih tu, sesunggunya, last 2-3 years back.. kalau di ingat2 kembali, dia pernah buat orang menangis sepertimana yang dia rasa sekarang. So takpe la, anggapla tu semua asam garam idup je la. :)

Wednesday, October 12, 2011

Durian Runtuh

Pepagi mcm biasa, kuar umah and turn on radio. Tukar2 freq.. kejap Hitz..kejap Mix, kejap hot.. kejap Era.. and kalau da tiba masa Fly FM wake up ur brain. Dengar dulu. Maybe ada yang akan menang hari ni. Betul la.. sorang lelaki ni da menang duit 12900 kot.. bertuahnya. Mesti banyak buat research ni nak dpt kan jawapan yang betul.

Jawapan yang diberikan ialah 4% social media tak suka Britney Spears.. Hehe.. before this ramai yang cakap 4% org suka artis ni.. suka selebriti ni.. suka pemimpin ni.. pemimpin tu.. And mamat yang menang ni kata, dia pikir sebaliknya. So dapat la jawapan tu.. Beruntung sungguh. Bila la aku nak dapat durian runtuh cam tu jugak.. :) Very the berangan ..

Ok la... da nak masuk keje suda.. papai

Tuesday, October 11, 2011

cuti yang berpekdah

Alhamdulillah.... Settle semua keje2 aku. Hari ni amik haf day leave sbb nak settle kan urusan bank dan sekolah. Dari Bangsar ke Shah Alam. Nasib baik Arina pun cuti sekali, so leh la temankan lepak2 sementara nak tgu kelas start today. Sempat jugak Pi Anggerik Mall, belikan jubah abah dia. Pada sesapa yang nak pi Haji memang leh shopping sini. Banyak kedai2 yang jual kelengkapan nak pi Haji. Harga pun reasonable.

Ermmm Arina still lagi copy nota ni. And aku kidnapped BB dia hapdate blog.. Hehe.. Ok la chow dulu la. Satu lagi soalan taxation tak buat ni.. Huhu.

Monday, September 19, 2011

Pilihan Yang Tepat Jirr..

Pepagi lagi aku bangun @ 5am, cepat2 bangun minum air. Niat nak menggantikan posa kena diteruskan selepas semalam kecundang. Ingat kan leh la bangkit terus, tapi alamatnya sambung tido..huhu... Bangun pastu da kul 630, mcm ribut aku bangun and bersiap. Baju pun amik yang tak yah iron je. Siap2 and turun ke kereta. Hari ni tak macam semalam, kereta da banyak kat jalan raya ni. Erm... jam skit sebelum Desa Waterpark. Hati berkira2 nak masuk NPE atau Federal Hi way. Akhirnya aku amik NPE, altho jam kat depan RTM but still moving. So senyum sambil drive cik pooh. Aku nak sampai by 730 at least. Sampai awal ke opis dapat bawak mood yang baik untuk sehari kat opis. Bukak Mix Fm, ada lak lagu favourite "Stereo's heart"... and ada lak good life. So hope hari ni berlangsung dengan happy. Maklumla petang nanti akan bermula kelas pertama ku untuk semester ini. DAN... hari ni ada 2 kelas.. huhu... Moga dikuatkan semangat aku nak tempuh semester ni.. InsyaAllah.

Kalau nak mood yang baik untuk sehari... aku kena bermula hari dengan aman dan hepi. So pilihan aku pagi tadi amat bagus sbb now.. aku still in the good mood altho.. perut bunyi2 skit ni.. hehehe.. Woohooooo... And kepada masalah2 yang ada... delete la terus.. jangan simpan. Mulakan hari ni dengan kegembiraan kerana kegembiraan tu akan membuatkan hati lapang dan aku leh senyum dengan seikhlasnya. 

Sekolahku di Shah Alam... nantikan kemunculan aku petang nanti... Wooohoooo.. :)

P/S : Nape Woohoo? Itu la wording yang buat aku, kak mah dan asam hepi today. Bahan terbaru kami.. :)

Sunday, September 18, 2011

Open House Sana Sini

Hari ni aku rehat je kat umah. Rehat sambil mengemas umah aku yang memang da hazab da habuk2 sana sini. Hari ni jugak aku posa lagi nak ganti mana2 posa yg tak penuh last ramadhan. Ermm... nasib baik cuaca mendung je, so posa pun tak la penat sangat. :)

Puasa ni jugak hope2 dapat merehatkan perut aku yang 2 hari lepas asik makan @ open house kawan2. Jumaat, aku ngan Kak Mahan pi umah En Boss. Huhu.. rendang yang jadi fav aku bantai je. Tak kisah diet tu. Tak cukup tu semua la aku bedal...

Hari Sabtu lak aku isytihar sebagai hari kambing. Habis la aku. Kolestrol melompat kegirangan. Dari umah Asam ke umah kak dal, aku makan kambing dengan banyaknya. Pegi dengan Cik Ayeen. Anyway tq pada kengkawan dan En Bos yang menjemput aku makan. Terus hari ni aku hibernate kat umah tak kuar takut makan lagi... huhu..

Lepas kemas2 umah ni, mcm da lama tak bukak mesin jahit portable aku ni. Terus jadi tukang jahit sekejap menjahit baju2 n suar2 yang koyak rabak katanya. Teringin nak try jahit baju baby. Tapi takut lak tak menjadi. So postpone dulu keinginan sehingga aku pi belajar dulu macam mana nak jahit baju. So cepat2 kemas balik and masukan mesin dlm stor.

Monday, September 12, 2011

Kek Carrot

Satu lagi entry masak2. Yang ni jugak aku buat sempena open house kat umah baru2 ni. So untuk memudahkan aku buat lagi next time, so kena tulis siap2 resepi ni and kalau ada org nak foro leh la.. Altho percubaan pertama ni tak letak creme cheese. Tapi hasilnya ok la.. eatable la. :)

Bahan2
2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran ( Aku guna minyak canola )
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala ( Aku tak letak ari tu.. )
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut

Cara2

-Panaskan oven 180 darjah
-Baking powder, baking soda, serbuk kayu manis dan garam diayak
-Pukul telur dan gula sehingga sebati
-Masukkan minyak, pukul lagi.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit
-Masukkan bahan2 yang diayak tadi
-Masukkan vanila, parutan carot dan kacang. Gaul sebati
-Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak dan bakar selama 40 minit.

Ok.. Walaupun aku tak buat creme cheese ari tu. Aku masukkan la resepinya
Creme cheese ( Toping )

250 gm creme cheese
120 gm butter
120 gm gula ising

Lupa nak snap pic carrot cake tu secara solo, just amik yg ni je, lps potong. Tapi share bekas ngan kek gula hangus.. :)
Okies.. sekian entry masak2 aku yang sekarang ni duk feeling2 Masterchef Dungun katanya. :)

Roti Jala

Ok.. now nak masuk entry masak2 lagi. First time buat roti jala ni. Kuah kari mak yang buat. Hidangan ni dibuat untuk open house kat umah Ahad, 11.09.2011. So terusla cari resepi.. surf2 internet, banyak sungguh version. Ada yang guna santan...ada yang guna fresh milk. So aku pilih yang paling senang.

Bahan2

1 kg tepung gandum
1 tin susu cair ( Aku guna susu Ideal )
4 tin air ( Guna tin susu cair tadi )
3-4 biji telur ( Aku guna 4 gred b, Kalau gred A guna 3 pun ok )
Sesudu kecil esen vanilla dan garam
Pewarna kuning secukupnya ( Kalau suka warna kuning sangat..lebihkan, aku guna sesudu besar )

Cara2

Pukul telur sekejap( Tak payah guna mesin ), masukkan susu ideal. Kemudian masukkan air, pewarna kuning, esen vanilla dan garam. Lastly masukkan tepung.

Adunan mungkin akan berketul2 skit, Untuk itu blend semua adunan tadi dan tapiskan.

Ni la rupanya roti jala yang aku jala di depan tv.. :)
Menggunakan acuan roti jala, jala la sepuas hati. Gulung atau lipat roti jala mengikut kesukaan diri sendiri la. Aku ska gulung. Macam lagi senang org nak amik. So selamat mencuba.

Open House @ Widuri Impian

Alhamdulillah.. Ahad lepas 11.09.2011, selamat juga penganjuran open house kat umah aku. Dengan pertolongan misi gayah menyediakan nasi dagang yang menjadi kegemaran kawan2 ku dan juga aku.. dapatlah kawan2 dan sedara berkumpul dan merayakan aidilfitri sesama.. :) Terima kasihla kepada semua kawan2 yang datang dan juga sedara2 kat KL ni. Tak lupa juga En Boss aku yg sudi datang bersama wife dan anak nya.

Bila pk nak jemput orang datang umah ni, berkira 10 kali jugak. yer la dengan nak parking kat area umah ni yg susah, parking kat dalam ni kalau kosong leh la, kalau penuh, sudahnya tetamu kena park kat luar. Nak kena jaln jauh lak tu huhuhu..

Walaupun ada lagi open house kat bangunan umah aku ni, tapi alhamdulillah tetamu2 aku tak la susah sangat nak parking. Kebetulan masa diorang sampai ni, ada lagi petak2 kosong parking tu.

Dengan adanya open house ni jugak aku belajar la buat roti jala untuk julung2 kalinya, dan happy sbb menjadi. Aku suh mak buat kari. Sebelum buat tu, dia siap tgk dulu aku buat roti tu. Katanya dia akan buat kalau kuah kari tu kalau roti jala aku menjadi. :) Taraaa.. akhirnya menjadi. Resepi aku da tulis siap2 pada entry lain. Sila klik disini untuk resepi roti jala tu.. :)

Menu2 yang tersedia semalam (Semuanya ala kadar je la ):
1) Nasi Dagang Misi Gayah
2) Ketupat Daun Palas Misi Gayah
3) Ayam Masak Merah untuk makan dengan ketupat
4) Roti Jala dan kuah kari 
5) Sos Salsa dan Chachos
6) Tembikai

Minuman : Sunquick dan Air mata kucing

Kuih :
-Kek Carrot
-Kek gula hangus
-Muffin banana

Makanan yang tak terhidang : Tapai pulut. Sebab2 tak hidang ialah kerana tapai tu tak menjadi. Kata misi gayah, ragi nya tak elok. SO takper la, takde rezeki nak makan tapai tu. Ok la, tu je entry open house aku.

P/S : Hanisah.... kalau nisah ada lagi meriah la open house ni.. Takpe yer.. next time kita buat masa nisah ada kat sini :).. Miss u sis..


Tu la makanan yang terhidang.. :)

ketupat palas. Daun diimport dr Dungun..:)

percubaan pertama roti jala kuuuu


Banana Muffin

Kek gula hangus dan carrot cake

Main course : Nasi Dagang + Gulai ikan tongkol ( Pic gegar.. sbb lapar ..huhu)

Tuesday, September 6, 2011

Hexagon Alkaline Hydrogen Water Filtration System

Entry ni untuk mengucapkan jutaan tq pada : En Muhd Shah @ Abdullah kerana sponsor Water Filter kat umah aku. Ekeke.. Tq Ayah. :) Hepi. Dah bertahun asik beli air je. Rugi kan. So baru la dapat water filter kat umah. 
Hexagon Water Filter
 Beli kat Cosway kat umah aku je. Mulanya nak beli air kat Giant je, sekali Ayah nak sponsor. Langkah seribu la aku ke Cosway. Ekeke. Balik umah je, terus la pasang2 dan buat ujian PH dan Alkaline tu.
Ok.. Ni after test PH. So yang belah kiri tu selepas guna water filter and kanan sebelum.

Yang ni plak selepas ujian alkaline. So yang belah kiri tu selepas, dan sebelah kanan tu sebelum guna water filter
 So ni adalah water filter yang dihadiahkan sempena Hari Raya la.. Tq again ayah sbb bg hadiah yang mmg dah lama aku idam2kan.. ekeke..

Goodbye Sis.. :)

4hb 09, Nisah dah bertolak balik Russia. Ermm sekejap je rasa tempoh 2 bulan, mcm baru semalam pi KLIA amik dia, ni da hantar balik da. Pape pun still happy sebab this year boleh beraya bersama setelah bertahun2 tak raya sama2.

And alhamdulillah, dah dapat call dari dia yang dia dah selamat sampai ke Nizhny. :)
Anak Manja ayah.. Adik...
Ngan mak
Mmuahh.. love u sis
Happy Family (Not in the pic.. me!)
Sebelum Nisah balik, 2-3 hari asik nak kuar je . Spend time sesama. And beli barang2 keperluan Nisah yang tak setel2 beli tu. Daripada 2 bulan lepas kot belinya. :) Pic kat bawah @mv.




Ok.. chow.. :)

P/S : Nisah, makan kuih raya tu ingat la pada yang membuat tu.. ekekeke..

Tuesday, August 30, 2011

Ceria Lebaran 2011

Alhamdulillah, lebaran tahun ni, Nisah dapat beraya bersama kami di Malaysia setelah beberapa tahun duk raya kat Russia. So tahun ni awal2 lagi dia da mintak nak pakai baju sama kaler satu keluarga. Warna pilihan ialah purple. So berjaya la mengumpul semua purple. Altho En Judin nyer purple lain skit. Katanya dengan bangga, purple baju dia ni rare.. lain daripada yang lain. Ermm.. betul la tu. Walaupun hakikat nya juga masa cari kat Metrojaya hari tu, semua purple lain cam besar dengan badan dia, yang ok hanyala purple yang dia pakai today.. :) xs lak tu. Hehehe

Hari ni pepagi semua orang pi masjid untuk solat Raya, then terusla beraya pergi umah makcik2. All diet plan aku untuk hari ni... masuk longkang la. Hari ni semua aku belasah. Nak2 nasi minyak yang mak buat. Huhu. Pantang tul aku ngan nasi minyak mak ni. Tak per la.. pas raya la on diet balik. Hari ni makan stok geli2 la kononya pada awalnya saja, toward petang.. aku ngan kak yah kalah. Semua kitorang makan. Hehe.. :).

Tanak tulis citer banyak2.. Nak paste pic raya je la. Btw, sedih gak aqiff tak beraya ngan kitorang ari ni. Giliran dia raya kat Johor tahun ni. Esok or lusa baru dia balik sini.. :) Tak per la Aqiff, nanti jumpa di umah Mak Tok ye. :)

Penat nak cari pose terbaek bagi nampak slim katanya..hahaha
Team Purple.. :)
Ngan Judin
Ngan Nisah
Mesti nak amik pic ngan Arissa ni.. :)
Family Ceria Kak Yah and Abg Fauzi :)


Arissa da makan sampul duit raya...
With my lovely sister.. Lebiuuuu ( Menyorok kat belakang sbb nak nampak kecik haha)
Geng2 Ngumpat , Kak Wa... u look slimmer la... huhh
Ok la.. banyak lak paste pic ni. Esok ada lagi nak tambah.. hehehe.. Ok la, chow.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. :)

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011. Alhamdulillah esok da raya. Kat luar dari tadi bunyi mercun. Bila mendengar takbir raya, hati aku ni sayu je. Shahdu je. Ermm esok da raya. Macam mana dengan peperangan nafsu makan esok ni.. huhu.. 2-3 hari ni aku makan je kejenyer..esok? tak sanggup nak bayangkan lagi. Alamatnya balik KL nanti cover balik 4.7kg aku tu.. wuaa...

Back to citer raya. Teringat lagi zaman kecik2 dulu, masa aku sekolah rendah, malam raya di umah cik ngah. Masa tu dengar pengumuman raya dibuat mengatakan esoknya raya, aku ngan kak yah terus turun bawah ke laman. Bertemu lak ngan kawan2 sebelah umah cik ngah, cucu2 che su. Ermm, Kak Ya, Kak Chik, Nono dan Juju.

Masa tu abg din (abg kak yah) pun join sekali, bakar2 mercun, main bunga api.. Uii zaman tu.. kalau la leh ulang lagi, alangkah bestnya. Teringat kejadian malam raya, tengah asik2 main bunga api, aku yang cerdik lagi pandai ni main bakar2 straw plak, kononya nak buat penemuan baru la tu bagi menggantikan stok bunga api aku yang telah kehabisan, tetiba terkena lengan Juju... opppsss.. nangis budak tu balik bgtau mak...

Dan mak dia, arwah che ngah pah datang dan marah2 aku..huhuhu.. kejadian di malam raya. Segar lagi dalam ingatan aku ni. Padan la muka aku kan, luka kan anak orang, terima la padahnya kena marah di malam raya. Spoil mood aku. Huh.

Tapi now bila ingat balik, gelihati pun ye. Berparut lengan si Juju tu dek kerana aku. :)

Raya tahun ni aku raya sakan skit sbb Nisah 1st time nak raya pas 3 tahun tak raya sesama. So kalau tahun2 sudah asik bergambar 4 orang je, so tahun ni bertambahla sorang. Semoga raya tahun ni lebih bermakna..InsyaAllah... :)

Tuesday, August 23, 2011

Iftar with BFF @ Half Moon Restaurant Seri Kembangan

22 August 2011 : Semalam bertempat di Half Moon Restaurant kat Seri Kembangan, aku berbuka posa ngan cik yeen ( Pembuat Tart Kamikaze ) yang datang dari JB, Ayeen dan Arina (Tokey Kerepek). Restaurant ni tempat nya kat jalan belakang kalau nak pi mines or Kajang. So disamping bukak posa kat kedai arab ni, berlaku juga aktiviti jual beli yang halal walaupun macam pasaran gelap je, sbb kira duit bawah pokok gelam dibawah lampu jalan yang romantik sangat pencahayaannya.

Aku ngan Ayeen da sampai awal, so pi reserve dulu kat kedai dan untuk buang masa, pi jalan2 kat South City Plaza. Ermm elok lagi aku jalan2 kat Giant umah aku kot.. ehehe.. Takde pe dalam ni, and mcm scary pun ya. Tengah2 usha barang, aku gigil la plak.. dan2 kalau tak posa ni mcm2 plak jadinya. Kalau posa tahan je sampai berbukak posa.ishk... Terus aku ajak ayeen pi beli waffel, dan aku makan terus dalam kereta.

Pukul 630pm jumpa cik yeen kat Halfmoon. Apa lagi gamat bersembang. Aku lebih kepada menemuramah cik yeen pasal tart.. ishk2... jangan lupa cik yeen.. pasni kalau ada lagi ingat word2 di bawah ni :

1) Quotation
2)  0.58 sebalang vs 5.00 sebalang
3)  Kawan2 husband saya order pun da 100 balang... ihiks
4) RM 70 ke RM 72?
Tu je la isi penting yang aku dapat masa sembang pasal tart. ekeke. Then order. Aku yang lebih. Nak order 2, tapi cepat2 ditangkis. So order 1 roti and share ngan cik yeen. Dan tak abis pun actually. Biasala aku tamak bab2 makanan ni. Maklumla lapar walaupun da makan donut, bingka dan waffle..huhu. Yang posa2 tu rilek je.

Makanan kat sini pada aku tak berapa consistent. Ada hari pegi rasanya ok, ada masa lak kering skit.. and lain lak rasanya. Compared to Saba' Cyberjaya, Sana lagi consistent. Untuk harga plak, Sini murah dari Saba'. So fair n square la. :). Aku kalau nak pi Saba' cam jauh, so kalau teringin nasi arab ni, Half Moon dah ok pada aku la. Tak consistent pun, aku tak kisah sangat sbb malas nak pi cyber semata2 nak makan and aku nak masak sendiri aku tak pandai. So pi je la sini.

Macam biasa la.. kalau da berkumpul ni.. snap pic sana snap pic sini... bluetooth sana..bluetooh sini. Kecoh sementara nak tunggu bukak posa. Kat bawah ni pic2 pompuan gediks sekalian :
Bread and mix


Kabsah Chicken
Arina & me
Yeen and Ayeen


me & Yeen




Monday, August 22, 2011

Cornflakes Madu

Untuk biskut seterusnya. aku try lak cornflakes madu ni. Yang ni paling simple dan sekejap nak buat. Aku amik resepi ni dari internet jugak. And ada ubah2 skit sbb nak habis kan bahan2.. :)


Bahan2 :
1) Cornflakes ( Aku amik 400 gm kot, nak amik 1 kotak kecik pun ok )
2) Madu ( Aku guna madu asli , 5 sudu )
3) Gula perang setengah cawan
4) Butter ( separuh, 125gm)
5) Badam hancur/ Kacang Hancur ( Jangan hancur sangat )
6) Ceri merah cincang untuk cantikkan biskut ( Optional )
7) Aku tambah jugak choc rice (baki buat biskut lain, campak je dalam adunan ni.. )

Cara2 :
Cairkan butter, masukkan gula dan madu. Biar larut.
Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar, aku letak badam, ceri dan choc rice sekali gus.
Then masukkan butter yang dah dipanaskan tadi.

Boleh jugak nak letak badam, ceri dan hiasan2 lain selepas masukkan adunan kedalam mangkuk kecik2 tu. Tapi sbb aku malas semalam, aku campur je sekaligus. So aku jimat masa sebanyak 30 minit untuk tabur2kan benda alah tu. And kalau tabur2 tu, confirm bahan hiasan aku tak cukup or terlebih. Aku nyer tujuan campur semalam ialah untuk habiskan bahan2.. so kena ikut objektif asal

Bakar selama 10-15min pada 150 darjah. Jangan lama2, nanti hangus susah... :)