Monday, September 19, 2011

Pilihan Yang Tepat Jirr..

Pepagi lagi aku bangun @ 5am, cepat2 bangun minum air. Niat nak menggantikan posa kena diteruskan selepas semalam kecundang. Ingat kan leh la bangkit terus, tapi alamatnya sambung tido..huhu... Bangun pastu da kul 630, mcm ribut aku bangun and bersiap. Baju pun amik yang tak yah iron je. Siap2 and turun ke kereta. Hari ni tak macam semalam, kereta da banyak kat jalan raya ni. Erm... jam skit sebelum Desa Waterpark. Hati berkira2 nak masuk NPE atau Federal Hi way. Akhirnya aku amik NPE, altho jam kat depan RTM but still moving. So senyum sambil drive cik pooh. Aku nak sampai by 730 at least. Sampai awal ke opis dapat bawak mood yang baik untuk sehari kat opis. Bukak Mix Fm, ada lak lagu favourite "Stereo's heart"... and ada lak good life. So hope hari ni berlangsung dengan happy. Maklumla petang nanti akan bermula kelas pertama ku untuk semester ini. DAN... hari ni ada 2 kelas.. huhu... Moga dikuatkan semangat aku nak tempuh semester ni.. InsyaAllah.

Kalau nak mood yang baik untuk sehari... aku kena bermula hari dengan aman dan hepi. So pilihan aku pagi tadi amat bagus sbb now.. aku still in the good mood altho.. perut bunyi2 skit ni.. hehehe.. Woohooooo... And kepada masalah2 yang ada... delete la terus.. jangan simpan. Mulakan hari ni dengan kegembiraan kerana kegembiraan tu akan membuatkan hati lapang dan aku leh senyum dengan seikhlasnya. 

Sekolahku di Shah Alam... nantikan kemunculan aku petang nanti... Wooohoooo.. :)

P/S : Nape Woohoo? Itu la wording yang buat aku, kak mah dan asam hepi today. Bahan terbaru kami.. :)

1 comment: