Sunday, March 23, 2014

Aiskrim Goreng Nestle

Haha.. macam nak promo lak. Tapi sebenarnya tak pun. Tak dapat duit pun promo makanan ini. Cuma nak share, untuk sesapa yang gian nak makan aiskrim goreng ni, boleh try beli kat kedai. Keluaran Nestle. Aku dah cuba, hasilnya mmg best. Rasanya sangat best. Btw aku beli yang vanilla. Perisa satu lagi is chocolate. Sbb aku dan H tak suka sangat aiskrim choc, kami beli yang vanilla je.
 
Cara2 goreng nya senang je. Panaskan minyak, pastu masukkan aiskrim goreng ni. Jangan lama2, aku goreng dalam masa seminit je. Ikut kat kotak tu cakap goreng selama 8 saat je. So kalau nak goreng tu agak2 la nanti. Yang penting jangan lama, kalau tak aiskrim cair nanti. Tak best nak makan.
 
So selamat membeli di pasaraya berdekatan dan menggoreng di rumah. :) Btw dalam kotak tu ada 6 aiskrim goreng.

Movie : Need for speed 2014

Semalam pergi Mid Valley sebab nak mkn sushi. Ermm ni sbb malam anniversary, plan dinner terpaksa dibatalkan. So postpone la ke Ahad. Pukul 10 lebih dah masuk MV. Hari ni mmg niat nak bg present kat H. So sebab lately ni asik ngadu tak nampak.. rabun.. ermm and bahaya untuk dia dan juga aku. So aku dengan senangnya tak yah pk apa aku nak bg as anniversary gift. So aku terus cop nak belikan cermin mata. And kitorang pi la Focus Point kat MV ni. Pilih2 bingkai and cek mata. Ermm.. tak banyak pun power dia.. dalam 25-50 je. Tapi ada silau. Tu yang buat dia pening tu.
 
Lepas tu kami terus pi movie. H beli tiket dan aku seperti biasa kat chatime. Hehe.. Honeydew Milk Tea, Less sugar , pearl!
 
H datang bgtau dia da beli tiket Need For Speed.
 
Aku : ?? Cite apakah? ( Sbb aku nak tgk non stop )
H : Fast & Furios ada pun inspired by citer ni la.. Tapi FF keluar dulu.
Aku : So mcm mana u tahu?
H : Sbb sy dah main game ni dari 1-5. Gitu.....
 
Rupanya citer ni daripada game. Ok2. So aku pun postifkan diri. Maybe best kot .. Ya la FF pun aku tak ska sangat gak mulanya.. tapi dah tgk aku lak beria nak ulang2 tgk. :)
 
Citer ni bermula dengan bosan skit. Pastu dtg la musuh generasi ajak jv business. Tapi sbb musuh tradisi tu sah2 tak baik kan.. Then mcm2 la berlaku. Hero kena masuk penjara all.. Keluar penjara balas dendam... bla..bla..bla...
 
Habisnya ngan happy ending la. So overall citer ni, kalau ada 5 bintang, aku bg 4 bintang. Ok. So sapa2 nak tgk citer ni, leh ke panggung2 berdekatan untuk tonton Need For Speed!

Friday, March 21, 2014

1st Anniversary Breakfast @ La Bodega Jalan Telawi Bangsar

Hari ni aku dan  H nak breakfast kat luar. Ermmm aku decide nak treat him for breakfast. So aku decide La Bodega kat Telawi. Hari ini ialah our 1st anniversary. Alhamdulillah. Walaupun masih berdua, takde kehadiran zuriat lagi, tapi kami bahagia. Semoga Allah makbulkan doa kami untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah nanti :)

Ermm as usual kalau aku pergi brekfast kat Bodega ni, mesti amik Big Breakfast. Fresh juice and Hot Chocolate!!..burpp kenyang suda. H pun sama, tapi dia suka latte.

Lepas makan ingat nak pi Mid Valley, tetiba mood isteri swing.. then balik umah sleep!. Sensitif plak aku hari ini, sedih sbb janji nak dinner, tapi H ada kerja lak. Teruk sungguh aku ni, bukan lama pun. kejap je dia nak keluar. Tapi sbb mlm ni kan? our dinner kena hijack.


Tuesday, March 11, 2014

Kehilangan MH370- 7 March 2014

Semua orang bercakap berkenaan isu kehilangan MH370. Hari ini masuk hari kelima kehilangan aircraft ini. Macam-macam spekulasi yang timbul. Semua orang sibuk meletakkan status di laman2 sosial berkenaan kehilangan ini. Kemana hilangnya MH370 ini? Memang misteri. Aku baca semua status di FB, twitter. Tapi bila masuk hari ke2 lepas, aku dah tak percaya selagi tidak dengar sendiri PC yang diadakan. Semua berita2 sebelum ini, pememuan serpihan kapal, pintu kapal, tumpahan minyak, semua tu salah dan bukan datang dari kapal yg ilang. So bersabar dan berdoa untuk bertemu dengan MH370 ini. Terkini bunyi letupan di area Terengganu plak. Erm.. kalau betul, semoga dipermudahkan untuk bertemu segera dengan MH370.
 
Doa yang berpanjangan untuk MH370. Semoga dijumpai segera.

Tuesday, March 4, 2014

Pizza Homemade

Ok. Now nak kongsi resepi pizza plak. Dah lama tak masukkan entry masak2 ni. So smlm tetiba mood nak masak berkobar2. Pergi Giant kat area rumah untuk beli barang2. Sebelum tu ada google resepi kat internet. Tengok yang mana mudah la kan. So aku ada ubah skit2 sbb pemalas kan.. kekdahnya, mana yang kena guna mixer tu, aku skip.. uli dengan tangan je la. :)
 
Ok so bahan2 seperti di bawah :
 
Untuk Doh
1) 500gm gandum
2) Sepeket instant yeast
3) Air secawan
4) Minyak zaitun / minyak masak setengah cawan
5) Sesudu kecil gula
6) Sesudu kecil garam
7) 2 sudu besar buttercup
 
Untuk topping
1) Pasta sos ( Heinz ke, San Remo ke.. )
2) Minyak zaitun skit
3) Sosej ayam
4) Shitake mushroom( or cendawan butang dlm tin pun ok )
5) Bawang besar potong dadu
6) Tomato
7) Sos cili
8) Mozarella cheese (Parut)

Actually untuk topping ni, suka hati korang la nak letak apa kan..  tu yang aku buat semalam. :)

Cara-cara menguli doh

1) Bancuh secawan air dengan yeast. Gunakan air suam. Jangan guna air panas, nanti tak kembang yeast tu. Kemudian masukkan gula dan garam. Jap gi akan nampak yeast tu mengembang
2) Ayakkan tepung ke dalam bekas dan masukkan bancuhan yeast tadi
3) Masukkan air. Uli lagi
4) Masukkan minyak. Uli lagi
5) Masukkan 2 sudu besar butter. Uli lagi
6) Uli sehingga sebati.
7) Then biarkan seketika. Dalam 10 minit doh akan mengembang. Dalam 2 kali ganda gitu. Then tumbuk dengan tangan adunan tersebut untuk keluarkan angin.
8) Bentukkan doh bulat besar dan biarkan lagi. Jangan lupa tutup bekas dengan kain basah. Biarkan dulu dalam 30 minit. Kalau tanak tutup ngan kain basah ni pun ok kot.
 
Penyediaan topping
 
Potong semua bahan sesuka hati anda. Macam kita tengok pizza2 hias topping tu kan. :)
 
Cara2 bakar :
 
Letakkan doh yang dileperkan ke loyang. Kemudian sapukan dengan sos pasta. Then masukkan ke dalam oven dalam masa 10 minit. Bakar dengan 200-230 celcius. So separuh masak la ni.
 
Selepas 10 minit, keluarkan doh tadi dan renjiskan minyak zaitun sikit. Then sapukan sos cili dan sos pasta sedikit lagi. then mula la meletakkan topping sesuka hati anda. diakhiri dengan parutan mozarella. Then bakar sekali lagi dengan suhu yang sama dalam 10-15 minit. Agak2 la sehinggan cheese nampak kekuningan.
 
So bila dah siap.. jemputla makan.. :)
 
Untuk percubaan pertama.. Not bad.. Encik Husband ska je :)
 
Rupa pizza i.. hehe