Sunday, January 19, 2014

Tips bila telefon terjatuh dalam air

Okies, now nak cerita pasal tips kalau phone terjatuh dalam air. Ni terjadi kat cousin aku last school holiday. Dia datang dengan anak2 dan suami jenjalan KL. So 2 malam stay at my house. Then hari tu kami pun melepak la kat swimming pool. Temankan budak2 tu mandi. So duk la kami kat bangku tepi kolam tu. Punya la best gossip bercerita bagai, sekali terjatuh handphone dia ke dalam kolam tu. Panik gak.. tapi husband dia cepat2 angkat. telefon dah lencun. Tetiba lampu menyala biru.. dah rasa dia kena kat board litar kot. So apa yang kami buat hari tu :

1) aku cepat2 google how to do bila hp jatuh dlm air :)
2) cara-caranya ialah : cepat2 tanggalkan bateri.
3) Lap kering handphone tu
4) Amik plastik dan isikan beras kat dalam plastik tu.
5) Masukkan handphone tersebut ke dalam plastik berisi beras tu.
6) Then tunggu selama 24 jam baru boleh on kan.

Dalam masa menunggu tu, kita akan nampak air kat belah dalam plastik tu, mcm keluar wap gitu.

So alhamdulillah selepas 24 jam, bila on balik phone tu. still berfungsi. :) Kat bawah pic aku snap masa phone tu dalam plastik :)

Ikan merah singgang pedas ( Terengganu Style )

Okies, last weekend tetiba datang mood nak masak singgang pedas. Teringat zaman2 duk umah cik ngah dolu2, antara fav dish nye.. ikan singgang pedas ni. So aku terasa nak masak.. alang2 dah ada lebih daun kesum ari tu. And ikan merah pun masih ada lagi. So apa lagi, cergas la aku google resepi : Aku ubah2 skit la. Cuma nak kena pi umah cik ngah nanti tanya resepi sebenar, aku buat rasa lain skit, altho rasa not bad la.

Bahan2

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
seinci kunyit
seinci lengkuas
2 biji cili padi

(semua bahan diatas ditumbuk)

ikan merah 2 keping atau ska hati la banyak mana
air setengah periuk (agak2 tenggelam ikan skit)
garam
asam keping ( ska hati nak masam camne )

Cara2
Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam air. didihkan. Kemudian masukkan ikan merah dan asam keping. Last masukkan daun kesum dan garam. Then rasa2 la ikut kesesuaian.

Lupa lak nak snap pic. Tapi rupanya ala2 singgang tapi ada elemen merah skit.. ekeke. Selamat mencuba :)

Makan nasi dalam daun pisang @ Nirwana Maju

Erm.. lagi entry makan2.. pening gak aku ni.. kejap diet,, yg banyak entry lak. pasal makan2.. takpe la. Btw yang ni dah lama pegi makan, tapi baru nak hapdate. Ok.. so hari tu da lupa bila.. aku nak makan kat Nirwana Maju ni. Aku ska makan kat sini sebab peria goreng nya..gitu. So aku pegi dengan H. Nirwana ni kat Jalan Telawi, sebelah ngan Bangsar Village je. Kat sini kalau lunch time ngan dinner, susah gak nak dapat table. Tapi kena sabar la skit. Kalau nampak table kosong, jangan terus pi duduk.. sebab dah ada org q kat depan kedai tu. So bila ada table.. akan diberi kepada yang lebih awal menunggu.

Overall makan kat sini aku ska. Harga mahal skit, tapi aku rasa berbaloi. Kat sini aku sokmo lauk yang sama selain set nasi dia yang terus datang dengan sayur dan kuah kari tu, aku ska order ikan tenggiri goreng. Di goreng nipis2 dan garing, pastu perah limau nipis.. uiisss.. best2. And yang paling aku ska ialahhhh PERIA goreng tu.. crunchy. nyum2.. So tanak cakap lagi la. Paste pic je la :)

Tu dia... penuh table
Okies.. tu je entry makan2 kali ini. :)

Jom makan ikan bakar!! @ Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

Hari Sabtu lepas, tetiba teringin nak makan ikan bakar. erkkkk.. Baru je new year pi makan ikan bakar kat Bagan Lalang.. dah teringin lagi. Suarakan kepada H. H ok je. Apa lagi.. cargasss.. Kali ni nak gerak awal. Tanak lambat sampai sana. Maklum tak larat nak bersesak kat restoran tu mcm last kitorang pi.

Pukul 4 dah gerak dari umah, sampai Bagan Lalang cari surau and solat Asar, pastu kul 6 dah start pilih2 ikan and seafood lain untuk dinner kami. Orang dah start ramai. 15 minit jugak la H beratur nak pesan makanan.

Konsep kat sini, first cari meja, kalau takde meja, beratur terus untuk pilih ikan, then beratur untuk timbang ikan2 tu dan masa tu jugak cakap nak masak apa, bakar ke, 3 rasa ke, butter ke.. apa2 je la. Pastu cakap la ngan org tu duk meja mana. Kalau takde meja, mintak org tu carikan, so yg ni konsepnya tunggu je la kat kaunter sampai ada meja.

Kalau masa new year kena tunggu 45 minit nak masak, so kali ni sebab org tak ramai lagi, 30 minit dah sampai makanan. Kali ini aku pilih ikan gerut bakar, ikan kerapu masak 3 rasa, udang butter, sotong celup tepung dan kailan goreng. Ikan gerut tu kami tersalah sangka, ingatkan ikan jenahak, rupa mcm sama je, nasib rasanya lebih kurang sama gak, so aku makan tanpa sedari silap ikan, sehinggalah masa bayar , mamat tu ckp, kitorang amik ikan gerut tu.


Tu dia, meja kami depan cashier :)
Ikan yang kami pilih tak besar pun, dlm anggaran 300gm seekor, so masa membayar, semua nya RM80. Berbaloi kan? semua sedap dan harga yg berpatutan. Patut la ramai yang beratur. By pukul 7, kami dah siap makan, mak aiiiii tengok2 kat kaunter pilih ikan tu, panjang barisannya. Kami tak tunggu lama sbb nak balik dah.. maklum jauh lagi perjalanan..gituuuu :)

Pilihan kami :)

Dah hampir pukul 7, habis makan je tengok barisan panjangnya .. huhu

 
Alhamdulillah sempat maghrib berjemaah kat Surau Bagan Lalang, surau ni kecik je, tapi ramai yg solat kat situ. Semua pun nak pegi dan baru balik dari makan ikan bakar kot.. hehe.

p/s : Moral of the story, untuk yang datang jauh2 ni, elok la by 6pm dah ada kat kedai tu, kalau tak hazab nak beratur. Nak2 kalau weekend or public holiday, ramai la yg serang kedai2 makan ni. :)

Tuesday, January 14, 2014

Atkin & Calories count : Dietku

Lepas kahwin 9 bulan lepas, berat aku naik mendadak. Happy gamoknya.. :). So bila aku dah start mengah2 bila naik tangga, so itu indicator diri aku yg menyatakan : Jirah..Anda sudah Gemuk!!: altho sebelum kawin pun bulat gak.. tapi seriuously lepas kawin tu aku bulat n gemuk sangat..semua baju ketat..huhu..

Hari tu duk fb2, nampak fb my friend.. dia ni dah kurus.. terus hello tanya rahsia. Dia kata dia buat diet atkin. apakah? aku tak tahu. Then bila google2, rupanya atkin ni diet protin. So kena makan protin sahaja. Karbo jangan sesekali. gitu... So ada beberapa fasa dalam atkin ni. So aku bermula dengan induction. Strict sungguh diet ni. Gigil jugak la mula2 tu... masuk hari keempat dah ok. And aku sempat buat 2 minggu induksi tu. And berat turun 5kg. wow... :) happy. Tapi satu je yg aku tak selesa, mood aku jadi tak menentu, asik nak marah je. So bila baca2, tu mmg kesannya. Gula tak cukup kot.

Sebab aku ni tak kisah sangat nak kurus, janji berat aku macam berat sebelum kawin je. So aku stop atkin. Satu lagi aku stop sebab aku ni kolestrol tinggi dan tak sesuai nak amalkan atkin ni. Then after that aku mulakan diet kalori plak. gigih gitu.. :) Yang diet kalori ni, memang aku sarankan orang buat. mmg kesannya lambat la nampak.. berbulan diet turun la 1-2 kg, tapi kita mkn secara betul. cukup semua zat. Yang penting jangan over. makan moderately.

Then gigih plak la google kalori makanan-makanan yang diambil. Dan aku terkejut la dengan cara pemakanan aku sebelum ni.. mak aiiii.. konon tolak nasi sbb katanya nasi tu yg buat aku gemuk.. fakta sebenar nasi putih tu tak banyak pun kalori nya.. janji jgn la bantai 2 pinggan. Untuk aku yang intake kena 1200 kalori je ni.. sepinggan nasi ok la untuk sehari. Lauk2 pun kena pandai pilih jugak.

So now berat aku skang ni tak turun tak naik selepas diet kalori tu. Sbb feeling2 nak turun skit, hari ni dah 3 hari aku start atkin. Nak kurang dlm 3kg kot.. then sambung balik kalori. :) Nak motivate diri la katanya..

Kalau tanya aku mana best diet atkin or kalori ni. Semestinya kalori.. sbb semua boleh makan, cuma kena pandai pilih food la. Atkin terbatas pemakanannya. Tapi kalau tak sabar nak turun badan 5 kg seminggu.. leh buat atkin seminggu.. :) Pendapat masing2 la.. so far, im ok dengan 2 diet tu. Tepuk dada tanya selera la. :)

Kolestrol dan turun.. Shaklee Omega Guard

Tajuk entry tu yang buat aku happy sebenarnya. Last few years.. aku sokmo2 takut dengan paras kolestrol aku. Tinggi sungguh. Dulu masa aku buat blood test.. resultnya.. mak aii.. 7.8 total cholestrol. Pastu sempat makan ubat 28 hari, pastu aku stop because ubat tu buat aku pening. Pastu tak buat pape.. buat2 lupa je pasal kolestrol, altho mak sokmo2 bising suh aku pi hospital amik ubat.

Bulan 10.2013, aku gagahkan diri buat blood test lagi. Kali ni bacaan kolestrol ialah 7.3. Ermm ada penurunan. Happy jugak altho sbnrnya itu masih tinggi dan tahap bahaya. Border ialah 5.2. banyak lagi tu. Pastu aku ckp ngan doktor nak cuba bersenam and jaga makan. Aku tanak amik ubat lagi. And doktor bagi aku masa selama 6 bulan. Nanti if still tinggi, aku kena jugak amik ubat. Next check is April 2014.

Doktor kata, penurunan ini disebabkan aku mula exercise. Lately ni mmg aku banyak bersenam, aku just bersenam kat umah dengan kinect xbox. Aku zumba je. 20 minit satu sesi.. biasa 3 kali seminggu. And jaga makan jugak. So aku akan cuba continue cara ini. Hope kolestrol turun lagi.

After aku check darah, aku terus amik Omega Guard daripada Shaklee, supplement ini katanya untuk perbaikkan kadar kolestrol. So bermula Nov, aku makan omega guard dan bersenam seperti biasa. Last week, aku try check cholestrol di CARING farmasi.

6.19!!! wahhh... ni turun banyak.. alhamdulillah.. bila tanya pada ahli farmasi tu, katanya bacaan itu 99% accurate. Ermm.. happy2.. So aku bertekad akan menyambung makan Omega Guard dan maintain bersenam. Harap2 dapat la turun lagi.

Now, aku dah mula promote Omega Guard pada kengkawan yang sama masalah ngan aku. Testimoni atas diri sendiri, rasa yakin nak promote pada orang lain.

Pada sesiapa yang rasa nak mencuba Omega Guard atau apa2 supplement shaklee yang lain, boleh la call Hazirah 019 6592900. Harga yang diberikan mmg harga ahli je. Share pada semua orang untuk kesihatan bersama :)

Salam Maulidur Rasul, jenjalan KLCC

14 Januari bersamaan dengan Maulidur Rasul. Salam maulidur Rasul pada semua .. Berbanyak selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

So diumumkan public holiday pada kita kat Malaysia ni. Aku dah bawak balik lappy sesiap kat umah, in case bosan2, boleh siapkan kerja yang terbengkalai kat opis. Bukannya workaholic.. tapi daripada tak buat pape.. asik duk men candy crush je. Baik buat keje yang tertangguh.

Pepagi lagi dah buat breakfast untuk diri sendiri dan H. Dah masuk 2 hari aku buat atkin diet. diet protin gitu. So breakfast pun salad and chicken nugget je, altho processed food sbnrnya tak boleh. Tapi aku makan jugak.. :)

Sepagi aku duk ngadap lappy. H pun dah masuk gua a.k.a bilik komputer :). Masing2 duk buat keje masing2. Tetiba ada org ajak pi KLCC nak lunch. Yayy..

Pukul 2.30pm dah sampai KLCC, maklumla public holiday, penuh la kat situ. First pi cari kedai nak makan. Pegi chillis.. ermmm penuh.. wait to b seated pun dah ramai. So tak jadi pi situ. Turun food court, aku dah tahu nak makan apa.. ayam mc d la.. tapi H nak masuk Sushi King..huhu.. im atkiner todayyyy.. hukhuk.. tapi aku masuk gak.. end up?? aku yg makan over.. so aku declare aku tak atkin today. esok la plak.. :)

Ermm dah lama teringin nak makan popcorn kat KLCC tu.. garret popcorn. beli la untuk pertama kalinya. yang small dah 17 hinggit. Rasa? ermmm kalau pernah makan pop corn royal kat TGV tu.. sama la.. manis and bulat2 gitu. Tapi rasa yg garret ni.. ok skit la.. kurang skit manisnya.

By petang dah sampai umah. Tak leh la lama2 kat sana.. Bahaya..

P/S : Sedih.. semua seluar kerja yg di try2 kat ISetan dan Parkson semua ketat kat peha.. huhu.. sad2.. kuatkan semangat.. maju2 nak diet lagi..

Monday, January 13, 2014

47 Ronin, Citer pasal Samurai

Lama tak update pasal movie. Ermm hari tu pegi tgk 47 Ronin. Aku tak minat sangat ngan cite macam ni, tapi sbb en suami dah beria nak pegi, so aku pegi. Mula2 aku ingat sure aku boleh sleep dalam panggung, tapi end up, aku plak beria. Pada aku cite ni best. Berkisar pasal samurai dan adat2 yang diorang amalkan. Altho rasa ngeri dengan babak nak bunuh diri tu, tapi berjaya juga sampai ke hujung aku tgk citer ni. Overall aku bagi 4 out of 5 stars la :)

P/s : Anyway Keanu Reeves still handsome altho dalam keadaan selekeh tu. Mula ska ngan Keanu Reeves ni masa tgk cite Speed dolu2.. :)