Tuesday, January 14, 2014

Atkin & Calories count : Dietku

Lepas kahwin 9 bulan lepas, berat aku naik mendadak. Happy gamoknya.. :). So bila aku dah start mengah2 bila naik tangga, so itu indicator diri aku yg menyatakan : Jirah..Anda sudah Gemuk!!: altho sebelum kawin pun bulat gak.. tapi seriuously lepas kawin tu aku bulat n gemuk sangat..semua baju ketat..huhu..

Hari tu duk fb2, nampak fb my friend.. dia ni dah kurus.. terus hello tanya rahsia. Dia kata dia buat diet atkin. apakah? aku tak tahu. Then bila google2, rupanya atkin ni diet protin. So kena makan protin sahaja. Karbo jangan sesekali. gitu... So ada beberapa fasa dalam atkin ni. So aku bermula dengan induction. Strict sungguh diet ni. Gigil jugak la mula2 tu... masuk hari keempat dah ok. And aku sempat buat 2 minggu induksi tu. And berat turun 5kg. wow... :) happy. Tapi satu je yg aku tak selesa, mood aku jadi tak menentu, asik nak marah je. So bila baca2, tu mmg kesannya. Gula tak cukup kot.

Sebab aku ni tak kisah sangat nak kurus, janji berat aku macam berat sebelum kawin je. So aku stop atkin. Satu lagi aku stop sebab aku ni kolestrol tinggi dan tak sesuai nak amalkan atkin ni. Then after that aku mulakan diet kalori plak. gigih gitu.. :) Yang diet kalori ni, memang aku sarankan orang buat. mmg kesannya lambat la nampak.. berbulan diet turun la 1-2 kg, tapi kita mkn secara betul. cukup semua zat. Yang penting jangan over. makan moderately.

Then gigih plak la google kalori makanan-makanan yang diambil. Dan aku terkejut la dengan cara pemakanan aku sebelum ni.. mak aiiii.. konon tolak nasi sbb katanya nasi tu yg buat aku gemuk.. fakta sebenar nasi putih tu tak banyak pun kalori nya.. janji jgn la bantai 2 pinggan. Untuk aku yang intake kena 1200 kalori je ni.. sepinggan nasi ok la untuk sehari. Lauk2 pun kena pandai pilih jugak.

So now berat aku skang ni tak turun tak naik selepas diet kalori tu. Sbb feeling2 nak turun skit, hari ni dah 3 hari aku start atkin. Nak kurang dlm 3kg kot.. then sambung balik kalori. :) Nak motivate diri la katanya..

Kalau tanya aku mana best diet atkin or kalori ni. Semestinya kalori.. sbb semua boleh makan, cuma kena pandai pilih food la. Atkin terbatas pemakanannya. Tapi kalau tak sabar nak turun badan 5 kg seminggu.. leh buat atkin seminggu.. :) Pendapat masing2 la.. so far, im ok dengan 2 diet tu. Tepuk dada tanya selera la. :)

No comments:

Post a Comment