Monday, April 25, 2011

Cuti Rehat di Rumah katanyerrr

Huhu.. pepagi tadi bangun tido, badan cam tak sedap lak.. rasa lemah2, semalam aku demam. Now da ok tapi kepala berat je. Terus sms boss, nak MC. Pukul 11 aku kuar nak pi klinik kat Menara, sekali tengok ramai yg turun.. ohhhh hari ni adalah hari fire drill... huhu.. seminggu aku melarikan diri, akhirnya aku selamat jugak. Kepada Farah yang turun tangga.. ingat la ini semua dugaan dan kenangan.. ekekke... aku terus la pi ke klinik Nathan lak.. entah apa la hari ni, ramai giler manusia. semua demam kot. Tak larat nak tunggu. Aku balik je. cuti rehat la.. tak mc pun takper. Makan je ubat yang ada kat umah. Last aku demam 1 March ari tu.. mcm baru je lagi.. nape la asik demam ni...huhuhu.. 

Duk kat umah, rehat2, sambil surfing, tetiba teringin nak buat lemon rosemary chicken. Dapat ilham daripada Cik Arina yang sibuk membakar ayam je lately ni. So aku terus start kereta ke Giant and beli barang2. Aku posa ari ni, so craving nak makan memang melampau. Da sampai umah terus la aku bergiat cergas memasak.. kononya.. padahal semua main campak2 je.. marinate kejap and terus bakar, dan hasilnya.. tadaaaaaaa.... ( Tawar skit, next time akan cuba lagi. hehe )


Setelah dibakar selama sejam..ni la hasilnya.. :)


Ok la.. tu je la entry kali ni.. nak baca buku lak.. exam da dekatttttttttttttttt....


Friday, April 22, 2011

Layan Movie Gitu


Semalam datang lak sangap and mcm lama lak tak tgk movie? lama ker? ermm lama la kot. So hello rakan sekutu. Ermm setuju... kitorang nak layan SCREAM 4. Rakan sekutu tak pernah tengok, tapi aku seret gak ajak tengok, sbb tak banyak citer kat MBO ni. Kalau ada pun citer hantu lak.. lagi la org tu tak nak tengok. So tengok la SCREAM 4.

Huhuhu.. citer ni memang best. Teringat lak, zaman dolu2 aku minat giler ngan citer ni, time tu aku ngan Kak Yah sewa video tape besar tu kat kedai and tengok. Ulang banyak kali tengok. Ska sangat. Tapi masa tu aku tengok, aku tak la takut sangat sbb mcm tak seriau ngan darah. Tapi SCREAM 4 ni.. aku ngeri skit. Cara bunuh tu leh tahan kejam gak. Ngan nak kuar semua usus2 bagai.. huhu.. sadis.

Aku tengok citer tu ngan celah2 jari je. Mulut tak yah cakap la, da tekup kemas2, takut ter "SCREAM" lak. Tapi sbb ralit sangat tengok and tak expect killer nak kuar time tu, aku SCREAM jugak at last. Hehe.. Terkejut orang kat sebelah.. Maafkan saya penunggu gua... tak sengaja.. Hehe.

Macam citer scream lain2, aku teka2 sapa yg jadi killer tu, and seperti yang lepas2 jugak, tekaan tak mengena. Orang yang tak disangka2 la yang sebenarnya killer. Pelakon dalam citer ni plak still maintan. Heroin yang tak mati2 dr siri lepas ada, Courtney Cox dan Syeriff dari citer lama tu pun ada. :)

So untuk bagi bintang samada citer ni best ke tak? Aku bagi 5 bintang out of 5. Sebab aku rasa sangat best and berbaloi pi tengok. Highly recommended.... :)

Tuesday, April 19, 2011

Fire Drill Yang Tak Menjadi2

Pepagi aku and team ada sesi briefing sistem kat opis. Cepat2 setelkan by 11am dengar kabo ada fire drill.. huhu ni yang aku cuak ni. masuk hari ini, dah 4 kali aku melarikan diri. Jumaat lepas bawak lappy, keje dari lobi, nasib baik ada wifi zone. Isnin plak aku memang pegi meeting kat luar, selamat. Selasa pun selamat sebab meeting kat luar. Hari ni cepat2 la turun sebelum kul 11am. Penat sey lari2 ni. Maklum la aku tak sanggup nak turun tangga sebanyak 30 lebih tingkat ni, mau aku pengsan nanti.
So berlegar2 kat bawah tu, ramai lak orang seangkatan. yang cuba melarikan diri daripada turun tangga yang banyak tu. Sudahnya sementara menunggu bunyi loceng fire drill, kitorang minum jap kat lobby tu. Sempat snap pic.. tak leh handle tullllllllll.. Dan yang bengangnya... fire drill ari ni cancel.. katanya sbb ramai sangat yang turun??? WTFFF.

With Partner... Nanti kita lari lagi ek.. huhu
Thanks to En.Lelaki tu yang sudi menaja minuman pada hari ini.. Murah rezeki lagi.. InsyaAllah
Dah abis la citer lari2 fire drill hari ini. Semoga fire drill yang akan diadakan nanti masa aku takde kat opis... Meeting ke..apa ke...pape je lerr.

Tuesday, April 12, 2011

Aerobik gitu

Wednesday yang hepi datang lagi sebab aku takde kelas.. so leh berjimba2 petang nanti.. (Study malas... asik pk nak jimba2 je)... tapi seperti yang memang semua yg kenal aku maklum sangat. Aku ni study nan hado je. Datang mood rajin baru la study.. kalau tak? ishk2. Mood rajin tu plak datang biasanya sehari sebelum exam.. huhu.. hazab.

Ermmm.. yang dlm mirror tu gambaran sekarang.. Agak2 berapa session nak jadi yg kat luar mirror tu.. ekeke
Start last week, aku and kawan2 seangkatan kat opis ni nak mengamalkan cara idup yg sihat. So kitorang masuk la senama aerobik gitu ngan cikgu Gigi. Tu nama cikgunya. So hari ni da masuk kali ke3. Ok.. taste la. Daripada asik makan je. So bila da bersenam ni, kurang skit rasa guilty..ekeke.. Altho lepas aerobik, makan tu cover balik kalori yang terbakar.. huhu.

So hope2 aku ni bertahan la ngan aktiviti sihat ni.. jangan berenti ditengah jalan... Amin... :) Positif Jirrrrr..

Sunday, April 10, 2011

Kuasa Minda

Ahad... ada plak test taxation. Ermm dah hujung2 sem ni, makin susah lak silibus nya..huhu.. So hari ni jawab test dengan sungguh2 la lagaknya.. tapi mcm biasa... ntah apa yg aku jawab pun, aku tak tahu..huhu.. Lepas test cikgu nak sambung dengan kelas, tapi tetiba dia ari ni mood nak bersembang ngan kitorang, dia kata nak share cara mendapatkan sesuatu dengan cara fokus. Ermm apa tu, katanya benda yg dia nak ckp ni ada dlm law of attraction. Aku tak penah dengar sebelum ni. Ish2... sian Jirr...

Mula citer tadi, ada sorang budak kelas ni mengadu kat cikgu wife dia tak bersalin lagi. Masa dah cukup tapi baby tanak kuar. And cikgu kata, cakap kat wife dia suh fokus.. contohnya : Saya nak bersalin pada..... pada waktu....... gitu la kaedahnya. Kena spesifik gitu. And yang penting kena yakin dan fokus. Lagi bagus, kalau doa benda tu pada masa kita dalam separa sedar , maksudnya buat masa kita tarik nafas. Ok.. cakap pasal tarik nafas pun ada jugak citer nya. Cikgu kata kitorang bernafas, salah. Huhu.. 30 tahun da aku bernafas gini.. hehe.. ok.. cara bernafas yang betul ialah kita kena bernafas daripada perut. Bukan dada. Tarik nafas melalui hidung... dan lepaskan melalui mulut.. Gitu...... Ada buat gitu? Kata cikgu lagi, kalau bernafas dari dada... menyebabkan kita cepat mendapat stress. So cepat2..bernafas dengan cara yg betul.

Ok... berbalik kepada nak fokus tadi : Cara2 ada lah :

1) Bernafas cara yang betul sebanyak 3 kali.
2) Tarik nafas untuk kali keempat : Sebut apa yg kita nak.... (spesifik yer... )
3) Lepas kan nafas
4) Tarik nafas dan lepas untuk kali ke lima
5) Petik jari sekali ( ni macam ala2 send message gitu... kellasss kan....) :)

So aku pun nak try buat jugak. Ini adalah kuasa minda. Tu la cara2 yg diajar oleh cikgu tadi. Dia kata dia selalu praktik bila nak cari parking dan amik no. kat bank. So biasa kalau dia buat, InsyaAllah menjadi katanya. Dia tak perlu tunggu lama2. Juga diingatkan, kalau nak buat tu, setkan awal2 la.. kalau nak pi mid valley tu... sebelum kuar umah buat la dulu.. Jangan tunggu sampai tempat tu. Tapi kalau tak dapat tu, redha la yer,... Itu semua dariNya.

Ok la... setakat ni je entry aku... :)

Tuesday, April 5, 2011

Kelas dan Presentation

Semalam, pegi kelas Finance. Hari ni ada group presentation. Satu hari semalam aku tengok slide2 tu.. cuak.. Takut lak kalau cikgu tya lebih2.. da la aku tembak jawab je buat assignment tu..huhu... Tapi semalam tgh buat keje2 tu nasib baik ada cikgu yang bagi pendapat n pandangan. Thanks to cikgu farah and cikgu mahani.. :)

Sampai je kat kelas, terus la tgk slide2 dan rupanya missing lak satu soalan.. overlook. Nasib baik full time student yang satu group aku ni buat..huhu.. lappy lak tak bawak.. pinjam sekolah nya lappy. Sempat la buat perubahan. Group pertama present .. aku group 2. Memang gila cuak.. cikgu aku semalam xtra garang la... aku memang takuttttt... biasa dia tak cam semalam.. katanya dia tensi ngan kitorang nyer attitude.. ermm.. 

Tiba masa untuk group aku present, after maghrib , gila cuak ngan arina.. kaki tangan da sejuk all.. mcm nak pitam pun ye.. menggelabah... macam tak pernah present sblm ni plak..  Tapi alhamdulillah... kumpulan aku setel dengan sergahan yg minimal daripada cikgu... huhu... so pastu aku tgk org present, tapi kepala aku ni tah kemana2 da.. and aku sbnrnya rasa lega yg teramat sangat kot.. hepi...

Balik semalam dari kelas pun, tak abis2 senyum... dan membawak mood tu sampai ke hari ni. Maybe sbb aku kenyang jugak semalam sbb follow mak and ayah and Judin pi makan kat Q Bistro Bdr permaisuri.. :)

K la.. nak sambung keje la.. duk hapdate ni kan tak siap lak keje hehehe.... hepi nya saya........:)  :).. :)

Sunday, April 3, 2011

Tak de title.. sesaja je

Sambil2 tengok Anugerah Berita Harian ni, macam nak hapdate blog lak.. ishk2.. ermm actually aku nak masukkan entry ni dari ari tu da, tapi tak masuk2 jugak. Ermm sekarang ni macam2 ragam cara org cari makan, seperti biasa, aku memang tak puas hati dengan orang yang mintak sedekah tapi badan cam sihat. Ermm, boleh je diorang ni keje kat kedai makan ke... laundry ke... cleaner ke... Tapi nak gak mintak sedekah. Yang biasa aku jumpa kat kedai2 makan tu satu la.. tapi aku sungguh teruja dengan modus operandi baru ni.. tu dia.. ayat MO lagi.. banyak sangat tengok criminal mind ni.. hehehe...

Minggu lepas aku pi S.A. Kat traffic light nak ke uitm and padang jawa... ada la sorang pompuan yang sangat sihat walafiat ni memintak sedekah la... hari pertama aku nampak.. aku buat2 tak nampak sambil konon2 texting.. padahal.. aku malas nak tengok.. (jahat kan...) tak per la.. aku mmg tanak bagi, sbb dia sangat sihat.. leh cari keje lain. Pastu aku nampak lagi pastu bila aku pi S.A. lagi... ermmm tetiba rasa nak snap pic dia... hasilnya? Lerrr... dia takut ya... tak pandang aku langsung.. tapi terus berlalu ke kereta lain.. altho tak nampak muka dia.. aku nak post gak gambar makcik ni.  So lepas ni.. kalau aku tanak layan dia.. buat2 la snap pic.. terus dia tak datang kat aku lagi

Ni pertama kali aku tgk, sempat snap after dia dtg kat kereta aku... Kalau malam, mau aku melompat.. pakai berkelubung gitu...     
Kualiti pic tak elok.. gelap.. tapi nak letak jugak.. apa la dia ni.. bahaya tu.. kalau la kena langgar.. ishk2..

Erm.. dia perasan aku amik pic dia.. langsung tak pandang and tak dtg kat kereta aku pun.. ekekek

 Ok la.. da nak sleep la.. chow.. esok keje... huhuhuhuhu