Tuesday, January 13, 2015

Jibby & Co @ Empire Subang, jom makan2

Dah banyak kali duk dengan collegue dok bercakap. Best makan kat jibby & co. So di suatu hari nan indah, dengan berpakaian sopan baju kurung lengkap, aku dan H ke sana :) Bersama2 geng Hanky Panky :). Actually dah lama tak mengopi katanya, so kami decide nak ketemu di Empire Subang. So terus la memilih Jibby & Co. Kitorang pergi after attending wedding kawan H dan Hanky Panky la. Aku pulak baru pertama kali jumpa pengantin tu di majlis tadi la. Sebelum nak bercerita pasal Jibby, aku nak gossip pasal pasangan pengantin kat majlis tu. Ya Allah, mereka la pengantin paling sempoi aku jumpa. Yang perempuan sangat simple. Macam dia yang attending majlis tu sebagai guest. Tapi seri pengantin tetap ada :). Memang aku respek pasangan pengantin ni. Tak payah sebok2 nak touch up tebal2. Naked face je, tapi cantik :)
 
Ok berbalik kepada Jibby & Co. Kami kena la beratur sebab time org lunch. Late lunch la, sbb masa tu dah area 3pm gitu.
 
So dah dapat table kami ke atas. Bawah dah penuh. Tengok2 menu.. harga quite expensive, tapi standard la kalau kedai camni kan. So kami memilih la makanan, altho aku tengah kenyang, aku menumpang order H la. H amik carbonara dan aku amik teh tarik je. Teh tarik ek.. ekekeke.. kampung sangat kan.
 
So aku nak bgtau, lepas kami makan disini.. terus la masing2 bersetuju akan datang lagi ke sini. Makanan yang kami order semua best. Portion banyak jugak. And rasa sangat best :) So 5 out of 6 stars aku bg kat sini. Memang best. Dan sebagai penguat lagi, aku dan H pergi berdua pulak seminggu after that ke sini. Hado? :)

 

3 Layer lasagna
Seafood aglio olio
Floating Bear
cafe latte or cappucino.. cannot recall.. hehe

Kunjungan pertama with Hanky Panky geng :)

Chicken with shimeji & portabello mushroom carbonara .. best!


Kunjungan kedua terlupa nak amik gambar makanan. Kali ini aku dan H order Crispy Boneless chicken maryland, yang mana ada nasi dan ayam dan aku pulak order Ultimate burger, sangat best. Yang paling best kentang goreng.. ekeke. Kali ini H belanja sempena dia dapat bonus :)... lebiu darling
















 

Wednesday, January 7, 2015

Murtabak Cheese di Majid Murtabak No 1 Kg Kurnia JB

Episod jalan-jalan cari makan JB
 
Aku singgah 2 kali di sini, Hari pertama after balik daripada JPO, malangnya at 6pm masa tu murtabak dah habis. So aku nekad nak mai esoknya plak, hari aku nak balik KL :)
 
So pukul 11am lebih2 skit aku dah sampai kedai. Ada dah org2 yang datang jugak. Tapi bahan2 murtabak tak sampai semua lagi. Gitu... So H kata alang2 dah sampai ni tunggu je la. So kami pun amik tempat kat dalam dan terus oder. Kami order murtabak cheese ayam untuk makan di situ dan tapau murtabak cheese daging untuk bawak balik. Gigih gitu kan. Dulu aku pi murtabak kg melayu, kami tapau jugak hehe.. masuk freezer. Bila nak makan masuk microwave. Ok je :)
 
So kali ini sbb dah tengok ada org post you tube makan kat Kg Kurnia, so kami sampai la di sini. Tunggu lebih kurang sejam gak kot. Tapi sbb dua2 sibuk main game di HP, so tak terasa sangat la.. Angkat kepala sekali sekala.. nampak org dah ramai.. dan siap berdiri tunggu meja. Nasib baik aku tunggu tadi.
 
So aku dan H yang pertama la dapat murtabak tu. Rasanya aku rasa ok la. Feeling2 makan lasagna version melayu la. Tapi kalau tanya pendapat ikhlas aku, aku lagi ska yg takde cheese kot. Bukan nak kata yang ni x sedap.. sedap je.. habis je kami mkn, cuma aku lagi prefer yang original. :)

Ni la rupanya murtabak cheese tu :)

Singgah Selalu @ JB

Episod Jalan-jalan cari makan di JB
 
Punya la kata nak diet kan, sekali jenjalan.. semua kedai makan aku nak pi. Maklumla short vacation katanya. So kena la pi mana sempat. Selepas Cupchai Cafe, aku ajak H pi Singgah Selalu. Oleh sebab nak turunkan dan hadamkan makanan di kedai sebelum, aku jenjalan pusing2 Danga Bay sanmpai ke Country Garden. Harapan supaya lapar cepat skit. Boleh? ekeke.. So malam skit kami sampai ke Singgah Selalu ni. Restoran ala food court ni memang aku suka, sbb banyak pilihan makanan. Kat sini ada grill dan steamboat jugak, tapi kami tak nak makan tu.
 
Aku hanya cari pau goreng cicah kari. ekeke.. last visit ke sini, aku makan pau goreng ni. Pada aku mmg sedap. Padahal bukan tak leh  buat kat umah pun kan. Buat je kari pastu beli je mantau. and goreng je la. :) Tapi sbb kari dia lain skit, so kita pi la jugak Singgah Selalu.
 
Singgah Selalu ni konon2 nya JB Old Trafford gitu. Penyokong MU la ska makan sini kot. Include skali la H.. hehe.. so malam itu kami order pau goreng cicah kari dan H order sup tulang kambing special. Sup nya best cuma pedas skit. Seperti biasa la.. bandung ais untuk kurangkan pedasss..
Model makan2 saya tengah menikmati sup tulang kambing.. slurpp
 
Pau goreng dan kari


Sup kambing.. huhu tak sempat nak rotate gambo. hehe
 

 

Cupchai Cafe & Resto @ JB

Episod Jalan-jalan cari makan di Johor
 
Antara tempat yang dicadangkan oleh kawan aku cik yeen, ialah Cupchai Cafe. Gigih la aku mintak H bawah ke sana. Dengan pandu arah oleh Encik Waze .. hehe. So kami sampai la ke situ. Area baru ni, semua kedai baru. Ada banyak kedai baju jugak..bestnya.. hehe.
 
Ok fokus pada makanan. So kami pun melangkah la ke dalam cupchai cafe ni. Konsep kedai ni aku suka. Katanya tempat lepak hipster gitu. Dekorasi moden dan gambar2 makanannya ada kat dinding. Konsep masak terbuka. Kita boleh tengok dia buat apa la.
 
Cara order pulak, layan diri, so kita letak siap2 apa yang kita nak di order chit yang disediakan kat meja, then kita terus ke kaunter untuk order dan bayar siap. Mention nama kat situ, so nanti bila makanan kita dah ready, nama kita akan dipanggil.
 
Aku memang tak miss makan roti kacang pool kalau ke Johor ni, biasa aku makan kat Plaza larkin, tapi kali ini aku cuba kat Cupchai ni, sbb menurut cik yeen, kacang pool kat sini best. So aku order roti kacang pool dan mee rebus. H pula tambah order ABC special.
 
Betul la kata cik yeen, roti kacang pool best. Mee rebus pun ok. ABC pun ok. Harga pulak sangat berpatutan. So next time kalau aku datang, insyaAllah akan datang lagi :)

So ni alamat Cupchai Cafe : Uda Business Centre, 23, Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
 
So bawah ni pic2 yang sempat di snap :
Roti Kacang pool
Mee Rebus
Konsep terbuka. So ni ruangan pick up makanan
 
ABC special .. nyumm



 
 

Jom movie : Seventh Son

Seventh Son dah start tayang 31.12.2014, tapi semalam aku baru boleh tengok. So after berbuka puasa smlm, aku dan H pi MBO kat area umah je. Show 8.55pm, pukul 9 aku sampai sana dan redeem ticket. Ticket aku dah beli online, so pegi kaunter untuk amik tiket dan redeem pop corn. Btw bagus jugak jadi All Star member kat MBO ni, boleh kumpul point dan bila cukup point boleh redeem pop corn ke.. redeem free movie ticket ke. Berbaloi kan? :)

All star member at MBO
 
 
Ni hero yang tua tu..
Ok berbalik cerita ni, aku seperti biasa la, tak suka sangat citer epik2 ni, tapi sbb H dah banyak kali sebut nak tengok, so aku pegi la jugak.
 
Untuk permulaan cerita, aku suka juga la dengan aksi 2 nya, cuma di tengah-tengah cerita tu, ada yang slow skit.. or maybe sbb dah waktu time sleep kot, 2-3 kali jugak aku terlelap.. hehe.
 
Hero dalam cerita ni ada 2, sorang tua dan sorang muda yang menjadi perantis pada yang tua ni. Mereka ni pembunuh ahli sihir dan di panggil Spook. Ending cerita ni, perantis yang muda tu la ambik alih tugas sebagai spook sbb yang tua tu dah pencen. Maybe kalau ada sequel pada cerita ni nanti, better kot, sbb hero dah ada 1 je.
 
Bila 2 hero yang berperang ni, agak keliru dan tak nampak kekuatan pada kedua2 watak tu. uiii ayat mcm pengkritik filem. :) Tapi tu la apa yang aku rasa smlm. Anyway i give 3 out of 5 stars la .