Tuesday, January 13, 2015

Jibby & Co @ Empire Subang, jom makan2

Dah banyak kali duk dengan collegue dok bercakap. Best makan kat jibby & co. So di suatu hari nan indah, dengan berpakaian sopan baju kurung lengkap, aku dan H ke sana :) Bersama2 geng Hanky Panky :). Actually dah lama tak mengopi katanya, so kami decide nak ketemu di Empire Subang. So terus la memilih Jibby & Co. Kitorang pergi after attending wedding kawan H dan Hanky Panky la. Aku pulak baru pertama kali jumpa pengantin tu di majlis tadi la. Sebelum nak bercerita pasal Jibby, aku nak gossip pasal pasangan pengantin kat majlis tu. Ya Allah, mereka la pengantin paling sempoi aku jumpa. Yang perempuan sangat simple. Macam dia yang attending majlis tu sebagai guest. Tapi seri pengantin tetap ada :). Memang aku respek pasangan pengantin ni. Tak payah sebok2 nak touch up tebal2. Naked face je, tapi cantik :)
 
Ok berbalik kepada Jibby & Co. Kami kena la beratur sebab time org lunch. Late lunch la, sbb masa tu dah area 3pm gitu.
 
So dah dapat table kami ke atas. Bawah dah penuh. Tengok2 menu.. harga quite expensive, tapi standard la kalau kedai camni kan. So kami memilih la makanan, altho aku tengah kenyang, aku menumpang order H la. H amik carbonara dan aku amik teh tarik je. Teh tarik ek.. ekekeke.. kampung sangat kan.
 
So aku nak bgtau, lepas kami makan disini.. terus la masing2 bersetuju akan datang lagi ke sini. Makanan yang kami order semua best. Portion banyak jugak. And rasa sangat best :) So 5 out of 6 stars aku bg kat sini. Memang best. Dan sebagai penguat lagi, aku dan H pergi berdua pulak seminggu after that ke sini. Hado? :)

 

3 Layer lasagna
Seafood aglio olio
Floating Bear
cafe latte or cappucino.. cannot recall.. hehe

Kunjungan pertama with Hanky Panky geng :)

Chicken with shimeji & portabello mushroom carbonara .. best!


Kunjungan kedua terlupa nak amik gambar makanan. Kali ini aku dan H order Crispy Boneless chicken maryland, yang mana ada nasi dan ayam dan aku pulak order Ultimate burger, sangat best. Yang paling best kentang goreng.. ekeke. Kali ini H belanja sempena dia dapat bonus :)... lebiu darling
















 

No comments:

Post a Comment