Tuesday, June 29, 2010

Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps

Sebagai perempuan, kadangkala susah nak faham pasal lelaki. So asyik ada je salah faham. Kak 6 sorang ni bagi aku pinjam buku yang bertajuk seperti diatas. Buku ni memang menarik. Bila dah baca, memang diakui memang banyak yang aku tak faham pasal lelaki. Lelaki ni tak pandai berkias-kias dan perempuan pula tak boleh nak cakap berliku-liku, kena terus terang je, sebab kebanyakan lelaki ni tak faham kalau pompuan berkias-kias. So dalam buku ni banyak info berkenaan perempuan dan lelaki. Sangat menarik. So sapa-sapa yang rasa susah nak paham hati pasangan, leh la baca buku ni. Buku ni banyak keluaran, antara nyer seperyi cover dibawah :



Note : Yang lucu bagi all Kak 6, buku ni macam tak applicable lak pada sorang Kak 6 ni, sebab walaupun dia perempuan, tapi dia pandai lak baca map.. so, dengan itu kita kena panggil dia ABANG la.. hehehe

E-Cigaratte

Hari itu dalam sejarah, ermmm jumpa kawan seopis ni.. teruja yerrr... Tengah tunggu dia siapkan keje, tengok dia hisap rokok. Dalam hati ni cam pelik, asap tak banyak dan tak lak rasa terganggu. Sedangkan masa tu dalam bilik dia. Tertutup lak tu. Camne dia leh merokok kan. Dengan muka ala2 lost ni, tanya la kat dia kan.. Apa jenis rokok yg dia hisap tu kan.

Then dia pun citer la... dia guna e-cigaratte.. ermm apa tu? Dia citer la yang rokok ni untuk orang-orang yang ada niat nak berhenti merokok. So dia guna la rokok ni. Canggih tu rokok ni guna charger tu. Boleh charge terus dari laptop or PC pun sebab guna USB Charger. Teruja abiss aku.  Starter pack dia beli dengan harga RM100, dalam tu ada charger dan cartridge nyer. Gambar  cam kat bawah ni.




So yang kena tukar, hanya la cartridge tu je, yang kaler brown tu jer..kiah sungguh teruja dengan penemuan baru ini... hehe. Sampai terasa nak try jer.. hehe

Tu je perkongsian citer pasal rokok ni. :)

KUPANG... :(

2 hari tak sihat... demam all... ermmm kenapa yer? Tadi pi klinik.. rupa-rupanya sebab kupang daaa... Baru makan tak sampai 10, badan da sakit2.. Insaf dah.. Doktor bagi punya la banyak ubat, antibiotik sbb katanya dah ada infection? Huhu... so balik awal skit dari ofis, doc kata tak leh kena aircond, so dia bagi surat suh balik terus.

Apa lagi, da sampai umah terus makan skit dan makan ubat. and ZZZZZ... Terjaga pukul 6, tak boleh tido lagi badan dah lemah daa.. tanak ikutkan sakit. Pukul 6.30pm keluar pi Hainan la.. lepak ngan lesbo.. bergossip all. Dah lama tak pekena 702. Disebabkan demam ni, tak leh amik ais, so amik Kopi "C" hot. Dah lama teringin tapi tak dapat-dapat. So walaupun demam2, gagahkan jugak nak minum kat situ.

702 ( Hot n Cold )
Elok untuk keluar jugak. Badan dah mula peluh-peluh tanda demam dah kebah skit. Hope esok dah ok, sbb esok ada function.. huhu...

Thursday, June 24, 2010

Jalan-jalan buang masa

Ermmm nak balik rumah malas.. cam takut.. takut tido.. so sebab lesbo ada di Mid Valley, dan dia telah hantar sms berhantu dari dia... menyebabkan aku dengan lajunya men'"drive" pooh dengan cilok2 kereta yang tengah banyak tu ( maklum saja semua orang berlumba balik daripada opis masing2). Akhirnya sampai ke Mid Valley, atau dengan mesranya kak 6 panggil kedai Pak Sedara kerana situ la tempat dituju setiap kali Jumaat atau bila2 je nak makan luar dari ofis.. huhu..

Sementara tunggu lesbo menyelesaikan urusan-urusan rahsia nyer tu.. berlegar-legar la aku melawat setiap kedai di Mid Valley. Niat dihati tanak beli pape.. :) Cuci mata la kononnya.

Setelah penat berjalan-jalan, tetiba lapar lak.. daripada pagi membawak ke tengahari.. makan banyak giler.. hormon tak seimbang kot kan.. hehe.. apa lagi ajak lesbo pi try Noodle Station. Tadi masa jalan sorang-sorang teringin lak nak merasa kan. Then 2-2 pun pi la.. kedua-dua perempuan yang selalu nak diet di mulut tu, melangkah la masuk ke Noodle Station. Belek-belek menu, menarik plak.. harga reasonable dan banyak pilihan.. then selepas study menu : kitorang pun order la :

Iced lemon Tea & Iced Peach Tea

Tom Yam Seafood Springy Noodle

Tomyam Springy Noodle ( Dry Noodle )

 Untuk kesemuanya.. boleh la tahan.. tomyam nyer best dan tak pedas sangat. Tapi sapa-sapa yang suka pedas leh la mintak extra spicy mcm lesbo tadi. Nak pedas sangat sampai bibir dah birat.. apa daa...

Abis la citer ari ni.. makan je yang lebih kan.. huhu.. :)

Tuesday, June 22, 2010

Mood Jiwang.. :)


Hati berbunga ni.. hepi cenggitu.. tak tahu nak tulis pape ni, just pada yang berkenaan.. Tq for everything.. Malam ni mood cam nak jiwang kan.. so nak tujukan lagu la ..
Been running from these feelings for so long,
Telling my heart I didn't need it,
Pretending I was better off alone.
But I know that is just a lie.
So afraid to take a chance again;
So afraid of what I feel inside.
But I need to be next to you.
I need to share every breath with you. 
I need to know I can see you smile each morning,
Look into your eyes each night,
For the rest of my life.
Here with you; here with you.
I need to be next to you.
Right here with you is right where I belong.
I lose my mind if I can't see you.
Without you there's nothing in this life
That would make life worth living for.
I can't bare the thought of you not there;
I can't fight what I feel anymore.
I need to have your love next to mine
For all time.
Hold you for all my life.
I need to be next to you.
I need to feel you in my arms, baby!

Time hepi camni la.. kalau datang sedih lak.. tak leh handle kan.. ngan pic2 love retak all.. tapi hope tak sedih dah la.. sakit sedih2 ni.. huhu..

Tu je entry ari ni. :)


Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa 2010

20 Jun 2010... Hari ni hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada En. Muhd Shah @ Abdullah bin Salleh. Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Semoga dipanjang kan umur dan happy2 selalu.. :) Ur the Best Father in the world !!!


Gambar ayah dan anak bongsu kesayangannyer.. :) 

Apa nak buat hari ni ya.. fikir-fikir balik, ada janji yang tak dilangsaikan lagi, janji dengan all the Kak 6 nak masak sesuatu... Apa yer? Fikir2.. Ting!!! Cheese Cake. Hahah.. nak test power la.. jadi ke tak nak buat sesorang ni. Cikgu tak de kan. Ermm try je la kan. Seawal pagi tu, Giant baru je bukak, aku terus pi cari barang-barang nak buat kek.

Setelah bertungkus lumus .. akhirnya kek telah selesai dibuat.. Yayyyy jadi... Alhamdulillah. Niat baik kot kan, so dipermudahkan la kan.. :)

Ni gambar cheese cake pertama tanpa kehadiran cikgu di sebelah.

Dah selesai buat kek, boring betul, tapi malas nak keluar. Maklum la duit pun dah tak de kan.. hehe. semalam baru je servis Pooh kan.. So kena puasa daripada jenjalan la.. duk diam2 kat umah je.. :) Sehingga la sedang menulis entry ini, masih lagi boring... huhu.. apa nak buat lagi ni... ok la.. sehingga bersua lagi. Nak makan kek la.. :)

Tuesday, June 15, 2010

School Holiday


Hari ni aku cuti. Cousin dan famili nya datang. Cuti sekolah. So aku pun feeling2 budak sekolah la jugak, tumpang sekaki jalan-jalan KL..katanyer.. :) So hari ni bangun je, pagi-pagi lagi bersenam dulu, hehe. Pi swimming dan bawak sekali 2 hero tu swim sekali. Dah abis swim baru kuar. First kitorang pi KL Bird Park.

KL Bird Park

Bercerita pasal Kl Bird Park ni, agak tak puas hati skit. Entry Fee nya, selepas ada diskaun mykard, adalah :
Adult : RM 20
Child : RM 10
Agak mahal la rasanya. Pikir-pikir mungkin mahal sebab nak cover makanan burung-burung tu kot, tapi masa ronda-ronda tu tengok makan sawi, betik dan apple je. Maybe ada yang makan mahal-mahal and mungkin jugak nak cover ubat-ubatan kot.. entahlaa.. tapi rasaya lepas ni aku tak pi dah kot. Rasanya Zoo Negara lagi best.. kat dalam tu ada tram nak naik kalau penat.. tapi kat Bird Park tadi.. ala2 hikers lak.. kena mendaki. Kurang 600gm lemak aku kot tadi. Dengan berpeluh bagai kan.. Si hero 2 orang tu pun penat jalan. Mula-mula je excited lepas tu masing- masing muka dah sememeh.. Penat.

Lepas tu dah penat dengan pendakian tu, try la berenti nak beli air.. mak aiii, harga nya sekali ganda yer.. macam susah je diorang nak dapatkan bekalan nak beli minuman-minuman tu. Ermm Ribena Mobile tu regenyer RM4.50, tambah duit skit aku dah boleh beli ribena botol sederhana tu dan dapat bancuh sebulan kan.. :). Air mineral lak RM 4 botol kecik, tengok jugak brand apa... ingat Aviant ke kan.. tapi bila tengok Cactus je yang kalau beli kat Carrefour tu regenyer RM0.75 je.. hehe.. Tak per la..nak buat camne. orang berniaga kan.

Happy family gitu kan.. :)

Gambar 2 beradik yang tak ikhlas bergambar sebab dah penat

Then lepas tu, daripada KL Bird Park terus je tengok wayang pulak.Karate Kid 


Sebab dah penat sangat tu kan, kitorang sengajala pi tengok wayang tu, citer ni memang tak mengecewakan kami. Memang best sangat. Citer pasal budak dari Detroit yang berpindah ke Beijing dan di sana, dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya di Beijing. Di tambah pula dengan beberapa orang budak sekolah yang sering membuli. Then datang la hero kita si Jackie Chan menjadi penyelamat dengan mengajar kungfu dan seterusnya budak ni pun menjadi juara dalam tournament gitu.. hebat la kan...

So kalau nak kena rate, untuk filem ni aku bagi 4 bintang setengah daripada 5 bintang.. clap3..Then lepas tu kitorang pun balik umah dulu. nak rehat jap.

End :)

Monday, June 14, 2010

Cuti Hujung Minggu

Sabtu 12 Jun 2010, bercuti jalan-jalan ke Singapore. Yang ni pegi ngan rombongan cik kiah.. hehe.. Ok la.. nak masuk sendiri daripada hari tu asyik bertangguh kan, sekali dah ada plan baik ni.. terus la join. Ngan lesbo partner and family, sampai la ke Kota Singa tu. Pagi-pagi lagi dah gerak ke Singapore. Just satu hari dari pagi ke malam. Tempat yang kitorang pi tak la banyak.. :

1) Esplanade- tengok2 je.. tempat ni sama ngan Istana Budaya la
 Sempat la jugak snap Merlion ni..
2) Chinatown - Beli souvenir skit... Gambar yang sempat snap kat Chinatown

3) Arab Street - Makan murtabak dan beriani
  Murtabak Kambing  ni harga nyer $10, portion besar kitorang berempat pun tak abis makan

4) Sentosa Island - jenjalan je and tgk show song of the sea

 Gambar ambil petang, show bermula pada 740pm

Song Of The Sea ni memang berbaloi untuk ditonton. memang best dan sangat teruja dengan persembahannyer. Kitorang tengok show pukul 740 pm. show ni ambil masa 25 minit dengan harga tiket nyer $13. Kat bawah ni antara gambar-gambar yang sempat diambil. semua di pancarkan ke air laut. Sangat Cantikkk.


 So Sabtu tu memang dengan sepuasnya jenjalan. Balik je umah, semua collapse.. :) Tapi fun la..

Wednesday, June 9, 2010

Result!!!!


Ermmm.. Hari ni tak boleh buat apa2. Langsung tak produktif. Kerja ada tapi memang tak boleh nak fokus. Result exam keluar hari ni. Jangan la dapat teruk lagi, ni peluang untuk naikkan pointer, kalau tak elok gak result ni, mau guling2 nangis ni.. huhu. Tak leh cakap banyak. Ni tengah nak tunggu time nak tengok result. Berdebar tahap cipan ni.. I wish dapat la semua A kan.. walaupun nampak tipis.. hehe...

End :)

Monday, June 7, 2010

P1 WiMax

Dah seminggu tak de internet connection kat umah. Sebabnya, Modem WiMax rosak dan aku tak sempat nak pi WiMax nak tukar Modem. (Entry ni semua gambar-gambar aku ambil dari google image)

Customer Service P1WiMax :
Tadi sebelum pi WiMax, call dulu customer service WiMax, mula2 cam geram gak, lama betul nak tembus talian kan... Sila berpaut kepada talian kerana operator sedang sibuk.. Dalam pikiran ni byk betul orang tak puas hati dan ada masalah kan. Tapi bila dah dapat bercakap dengan operator nyer.. nama nyer Cik Lea kot, ermm bagus jugak la. Tengah nak geram2 tu jadi ok balik. Ye la, dia dengar la apa yang kita nak cerita kan dan tak la anggap kita, customer ni bodoh sangat. :) So disebabkan kelembutan tone suara yang dilontarkan oleh operator tu, aku bagi 3 bintang setengah daripada 5 bintang.


HQ nyer yang tepi highway tu. Jln SS2, PJ

Customer Service Counter :
Bila dah confirm dengan operator tu, aku pun pi la sana. HQ Green Packet kat tepi federal highway tu. Angka giliran 2045, masa sampai tu 2038. Maksudnya ada 7 orang di depan. Ermm tak ramai dan kaunter ada 3 yang dibuka. Masa menunggu? ermmm agak lama dan apa yang nak dinyatakan, agak lembaps la. Ada satu kaunter ni, maybe ada orang buat permohonan baru. Sementara orang tu pi bayar something kat kaunter bayaran, pekerja kat counter service ni tunggu je, dalam masa yang sama rasanya kalau dia baca no. lain, dia dah settle sorang customer sementara tunggu org tu byr something kat kaunter yang ada ramai org jugak tu.


Kaunter Pertanyaan

Tempat menunggu, kerusi merah tu.. ok gak..cantik

Tapi disebabkan suasana kat dalam tu cantik, selesa dan ada plak tv2 yang banyak dan menyiarkan drama-drama pendek, so tak la nak marah sangat walaupun tunggu agak lama. :). Servicescape untuk sesebuah organization yang ada melibatkan kaunter dan direct contact dengan customer ni memang penting, just imagine kalau suasana tak selesa, then kena plak tunggu lama-lama, ermm mau terbakar hati kan. so untuk servicescape di WiMax aku bagi 4 bintang daripada 5 manakala kadar kecepatan layanan di kaunter tu 1 bintang. Servicescape tu kenapa tak dapat 4 bintang setengah sebabnya bila tengah duk kat kaunter tu, downlite nyer yg kaler kuning tu panas je memancar. Pijar skit, so kena jauh skit dari lampu tu.. hehe.

Lupa plak nak cakap pasal front liner yang duk kat kaunter tu kan. Ermm.. ok la.. penjelesan yang detail walaupun tak setepat sangat, sebab bila aku nak configure Wifi tadi, ermm agak terkial-kial jugak la. Tapi ok la, berjaya gak. So aku bagi 2 bintang pada pekerja tu. So tadi dah tukar daripada modem lama kepada modem DV-230 yang disertakan sekali dengan Wifi Adapter yang mana lepas ni boleh share dengan 8 laptop. Ermm banyak tu, macam nak bukak Cyber cafe lak. Tapi ok la, at least Izudin leh akses internet guna Wifi je la, tak payah la nak berebut modem je kan.. :)

Modem baru yang dapat tadi cam gambar ni la.

So dah habis bintang dah.. semua bagi kat Wimax ari ni. hehe.
End :)

Sunday, June 6, 2010

Wedding

Ahad pergi wedding abang kepada staff satu tempat keje kitorang ni, sekarang tengah famous pelamin yang guna kerusi high back tu.. canteq... tema warna putih dengan guna fresh flower.. canteq.. i loike.. :)

Selesai makan, nampak lak sorang Kak 6 dengan suami dan anak pompuan yang sangat suka dipanggil PRINCESS.. :) Sembang sekejap dan kena beredar sebab niat dihati nak jalan-jalan CJ kat Mid Valley jap. Ermm dari satu kedai ke satu kedai, penat survey barang yang nak dibeli. Nak buat pilihan bukan main susah lagi. Sampai lesbo sorang tu kena bergaya ala-ala model kan.. walaupun dua-dua orang sangat kampung dengan baju kurung all.. tapi ada kiah kisah? hehe.. belasah je kan.

At last dengan kaki yang dah sengal-sengal ni sbb gatal pakai high heel kan... berjaya la beli jugak .. Thanks MNG sebab ada jugak apa yang diingini ni.. :)

Dah beli tu, apa lagi.. cepat-cepat keluar dari MV, balik... jangan beli pape lagi, nanti ujung bulan makan megi je.. dah takde duit dah.. huhu..

Ok.. Tu je untuk hari ni.. penat.. :)

Main Masak-Masak

Hujung minggu kali ni sangat bermanfaat. Selama seminggu dengan lesbo partner merancang, akhirnya jadi la minggu masak-masak. Dua-dua ala-ala Anna Olson la kan. Perasan...

Petang Sabtu tu bermula episod masak-masak kitorang. Mula-mula buat cheese cake.. mak taste yer.. Hasilnya? Alhamdulillah sangat menjadi walaupun base kitorang iaitu Mc Vities tu melekat kat bekas pembakar tu, tapi cheese nye? tak rosak..nasib baik.. kalau tak AnnaS( Plural sbb dua orang ) menangis sbb maklumlah cheese tu bukan murah kan.. hehe.


Lepas masak cake, kitorang landing baik sambil tengok tv, then terpikir nak masak satu lagi resipi kitorang iaitu : Sambal Bunga Kantan ( Plus Tomato ), entah betul ke tak nama makanan ni. Ini adalah resepi lesbo yang unggul. hehe. Cara penyediaan? Sangat remeh, semua  nak kena potong kecik-kecik la kan, ala2 nak buat kerabu. Sekali lagi AnnaS sambil menonton tv memotong halus bahan-bahan untuk masakan kedua. Standard la kan, kalau rancangan masakan kat tv kena ada dua resepi kan.. so kami berdua pun guna pendekatan yang sama, masak 2 resepi untuk santapan kak 6 Isnin nanti di opis.. hehe.

Hasil? Alhamdulillah jugak.. menjadi. So sebab perut dah lapar, sambil masak sambal, masak bubur jugak untuk match kan dengan sambal nanti.. huhu.

Lepas masak, rehat jap and dua2 AnnaS berubah jadi perenang negara lak. Lepas Maghrib terus la dua-dua jadi perenang lak. Swimming... Balik swimming, cuba teka apa yang kami buat? Apa lagi makan bubur dan sambal bunga kantan la.. hahahaha... diet la sangat kan.. Mengikut kata Teacher Ayeen, JANGAN MAKAN YANG BERAT-BERAT SELEPAS SWIM... tapi kami tak dapat melawan nafsu makan kami.. huhu... next time tak buat lagi la... Ye ke? hehe.

Malam ada cerita Hantu Jeruk Purut? Ermm.. hepi la sangat nak tengok kan, sbb dah lama tak tengok citer antu.. hasil nyer? Hampeh, tak takut pun, apa kes la hantu tu, asik main belakang orang je, bila berpusing? ilang lak.. ermmm.. baik tengok Pocong 2.. tu best. Hantu Jambatan Ancol dan Beranak Dalam Kubur  pun ok la skit daripada citer ni.. huhu.

Nampak ngeri kan? Tak... tak takut langsung..

End :)

Wednesday, June 2, 2010

Plaza Perabot terbakar?


Semalam balik dari ofis, singgah Giant SPARK nak beli barang skit, on the way back lalu ikut Plaza Perabot yang ada kerusi besar kaler kuning tu. Terkejut... semua kedai-kedai tu dah terbakar. cuma kerusi kuning tu je yang tak terbakar. Rupa-rupanya kedai ni terbakar pada 31 Mei (Ahad ), aku pi keje on Monday tu pun tak perasan yang kedai ni dah terbakar. Maybe sebab kerusi tu tak jejas, so tak la pandang sangat kedai tu.


Kat atas tu gambar kedai perabot yang hanya tinggal kerusi tu je. Tinggal kenangan la. Baru amik gambar ni pagi tadi sambil bawak kereta sempat snap ngan hp, gambar gegar skit la.. :)

End :)

Tuesday, June 1, 2010

SWIMMING

Allah bagi kita semua masa yang sama. Maksudnya semua dalam muka bumi ni dapat 24 jam sehari semalam. Takde yang 23 jam takde yang dapat 25 jam. Sebenarnya kita kena pandai manage masa.Time cuti sem ni bila balik umah, sangap lak. so cari aktiviti la kan.. dah penat asik nak jalan2 kat mall bila balik keje. So cari aktiviti di sekitar Desa Petaling je. :)

Disebabkan hari tu dah belajar berenang dengan Teacher Ayeen, so now dah boleh la... skit2 :) Thanks to Teacher Ayeen yang sangat pandai mengajar. Baru 2 kali ajar student dah boleh berenang. Bukan nak puji la kan.. tapi memang dia pandai la dan rasa confident bila belajar dengan dia ni.. hehe.

Btw, Jusco kan tengah sale, so dah beli la swimming suit muslimah tu.. murah yer.. 50% jer.. mak taste.. hehe. Walaupun orang yang pakai tu tak berapa muslimah.. :) Baju tu ala2 kat bawah ni la..


Berenang malam tak elok, tapi masa tu je yang ada kan. Seharian di ofis, balik... n malam jadi la ikan duyung kat swimming pool. :)

SUN DAY...

Ahad (30 May 2010), mak dan ayah nak balik kampung, so sebelum tu pi carefour jap. Ayah nak beli barang. Then berempat pi Mid Valley. Mana lagi nak pi kan, situ je yang paling dekat. Kat situ jugak beli terus barang untuk wedding cousin nanti. Nak balik tak dapat, minggu tengah bz ngan keje.. huhu.

Selamat Pengantin Baru kepada Noor Alawiah dan pasangan. :)

Petang Fakhrul datang bawak Mikhail. Main-main dengan budak ni.. then tetiba dia bagi lak tiket GAH 1 Final 830 malam di Sunway Lagoon. Petang lepas mak dan ayah balik. Terus aku dan Izudin pi Sunway Pyramid. Sebenarnya tak suka nak pegi tempat crowd, tapi dah bosan sangat dan memang nak cari barang skit kat Sunway Pyramid. Alang-alang dah pi sana kan.. hehe