Tuesday, June 15, 2010

School Holiday


Hari ni aku cuti. Cousin dan famili nya datang. Cuti sekolah. So aku pun feeling2 budak sekolah la jugak, tumpang sekaki jalan-jalan KL..katanyer.. :) So hari ni bangun je, pagi-pagi lagi bersenam dulu, hehe. Pi swimming dan bawak sekali 2 hero tu swim sekali. Dah abis swim baru kuar. First kitorang pi KL Bird Park.

KL Bird Park

Bercerita pasal Kl Bird Park ni, agak tak puas hati skit. Entry Fee nya, selepas ada diskaun mykard, adalah :
Adult : RM 20
Child : RM 10
Agak mahal la rasanya. Pikir-pikir mungkin mahal sebab nak cover makanan burung-burung tu kot, tapi masa ronda-ronda tu tengok makan sawi, betik dan apple je. Maybe ada yang makan mahal-mahal and mungkin jugak nak cover ubat-ubatan kot.. entahlaa.. tapi rasaya lepas ni aku tak pi dah kot. Rasanya Zoo Negara lagi best.. kat dalam tu ada tram nak naik kalau penat.. tapi kat Bird Park tadi.. ala2 hikers lak.. kena mendaki. Kurang 600gm lemak aku kot tadi. Dengan berpeluh bagai kan.. Si hero 2 orang tu pun penat jalan. Mula-mula je excited lepas tu masing- masing muka dah sememeh.. Penat.

Lepas tu dah penat dengan pendakian tu, try la berenti nak beli air.. mak aiii, harga nya sekali ganda yer.. macam susah je diorang nak dapatkan bekalan nak beli minuman-minuman tu. Ermm Ribena Mobile tu regenyer RM4.50, tambah duit skit aku dah boleh beli ribena botol sederhana tu dan dapat bancuh sebulan kan.. :). Air mineral lak RM 4 botol kecik, tengok jugak brand apa... ingat Aviant ke kan.. tapi bila tengok Cactus je yang kalau beli kat Carrefour tu regenyer RM0.75 je.. hehe.. Tak per la..nak buat camne. orang berniaga kan.

Happy family gitu kan.. :)

Gambar 2 beradik yang tak ikhlas bergambar sebab dah penat

Then lepas tu, daripada KL Bird Park terus je tengok wayang pulak.Karate Kid 


Sebab dah penat sangat tu kan, kitorang sengajala pi tengok wayang tu, citer ni memang tak mengecewakan kami. Memang best sangat. Citer pasal budak dari Detroit yang berpindah ke Beijing dan di sana, dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya di Beijing. Di tambah pula dengan beberapa orang budak sekolah yang sering membuli. Then datang la hero kita si Jackie Chan menjadi penyelamat dengan mengajar kungfu dan seterusnya budak ni pun menjadi juara dalam tournament gitu.. hebat la kan...

So kalau nak kena rate, untuk filem ni aku bagi 4 bintang setengah daripada 5 bintang.. clap3..Then lepas tu kitorang pun balik umah dulu. nak rehat jap.

End :)

No comments:

Post a Comment