Tuesday, August 31, 2010

Adik balik Skool & Aku telah....?? huhu

29 hb 08 2010 - Hari ni adik berlepas balik ke Russia. Sambung sekola la.. tak sempat nak raya lagi, masuk tahun ni dah 3 tahun dia beraya kat sana. Tak pe la.. bukan pi suka2 pun, pi belajar kan. Altho sedih, relakan la. Semuanya untuk kebaikan semua. Petang tu pi Klia dan adik berlepas masuk kul 6.30pm. Flight dia kul 7.30pm.

Ayah,mak, Nisah and Judin

Selamat Jalan... have a safe journey...
Kitorang terus pi Kajang pi bukak posa umah cousin lak. Teruja ye bila sampai, cousin aku yg agak besar sebelum ni dah kurus... apa rahsia? terus la usha... dia dah posa sebulan, mean 10 hari before Ramadhan dia da posa.. then bukak posa makan skit je plus dia minum jus epal hijau+peria. Ermm aku nak buat la jugak kan.. memandangkan hari ini aku dapat tahu satu perkara yang buat aku terduduk seketika.. aku baru je sedar, dalam masa 8 bulan.. aku naik 10kg??? huhu.. takut tak... seram sejuk aku. Dah lama aku tak menimbang badan yang aku rasa cam maintain sebelum ni. Apa lagi, bermula 29hb ni.. aku terus je set dalam kepala tanak amik nasi dulu la.. at least turun 5kg ke.. huhu.. sedih tul. Macam mana la aku leh tak perasan yer..
Kena usaha sebab, kalau aku camni jugak.. camne nak pakai baju raya ni. Mau nangis nanti kalau tak muat kan.. Fighting!!!!

Saturday, August 28, 2010

Berbuka posa secara berjimat :)

Ermm.. minggu ni mmg best sebab kelas just ada 2 hari je. Isnin dan Selasa. Kelas Khamis dan Jumaat tak de.. hooray. So tak yah la nak bukak posa mee goreng.

Rabu : Restoran Syed Bangsar

Hari ni plan dengan Yeen dan Ayeen nak bukak posa kat Syed. Teringin nak makan bukhara. Ini juga rentetan daripada cerita kesedapan bukhara syed yang dibawak oleh Kak Mahan. So kena pegi la. Disebabkan parking kat Bangsar tu sangat la cam haremmm, so kitorang bawak la satu kereta. Dan sebab Pooh yang paling cute dan kecik tu, so 3 orang ni pun naik la Pooh. Tapi di 'drive' oleh Abang sebab Tuan Pooh tetiba lak tak sedap badan. Angin lak petang2 kan... maybe sebab tak sempat sahur semalam.

Dah sampai tu terus la kitorang pilih port. Sambil menunggu org amik order, kitorang cam biasa la, mengumpat serba sikit, gelak sikit2 dan sebagainya. Tetiba datang la org yang nak amik order tu. Mak aii cangih syed ni.. order pun guna PDA dah. Ari tu tak de lagi. Dah maju ni... Bukhara akan dihantar tetapi Beriani kena amik sendiri. So menu hari ni ialah Bukhara Kambing, Bukhara Ayam dan Beriani Kambing. Walaupun aku giler sangat ngan lauk2 kambing ni, tapi hari ni just nak makan Bukhara Ayam la. Lepas makan tu cepat-cepat kitorang balik solat dan Ayeen nak kena ngajar berenang lak... Bz sungguh :)

Khamis : Old Town White Coffe ( Jusco Cheras Selatan )

Hari ni teringin ngan Cik Yeen nak tengok Adam Sandler(Grown Up) Balik bekerja je, terus berkejar ke Jusco Cheras Selatan. Then tengok la citer tu. Nak kata best sangat tu tak la.. ok laaa.. aku bagi 3 bintang je la. Disebabkan keje giler nak tengok wayang tu, kitorang bukak posa dalam panggung je ngan makan kurma n air mineral.. Sanggup tuuu...

Kul 8 je, wayang abis terus pi solat maghrib dulu. Then baru nak cari restaurant. Perut dah bunyi2 ni. Nak makan apa yer.. then nampak promo baekkk kat Old Town White Coffee. Kitorang pun masuk la. Kitorang pilih makanan yang sama. Promo untuk bukak posa. Nasi Lemak Ayam goreng. Dengan 13.90, Dapat Nasi lemak ayam goreng, Bandung Cincau (besttt), ice cream double scoop (Ada red bean & Cendol ) pun bestt gak, kurma dan kek lapis. Berbaloi tu. Dan lepas makan kitorang pun terus balik. Sebab Yeen nak kena masuk shift buat kuih tart lak.. ekekeke..








Jumaat : Milano Pizza, Bangsar

Hari ni plak, Yeen ajak pi urut la.. maklumla dia bekerja kuat malam2, sibuk ngan tart, terus je sakit belakang, so kitorang pi la urut2 kat bangsar. Hari ni tak nak pi Sifu, tapi nak try tempat baru, The Zouk. Ermm ok la. Tapi later aku tetap akan pi kat Sifu kot, kat situ environment ok skit. Urutan kat The Zouk ni ok je tapi sebab dah biasa ngan Sifu kot yang buat aku nak pi Sifu je la after this. Urut kaki refleksologi yang aku buat tu cost me RM40 (Murah laa untuk sejam) dan Yeen lak kena RM 78 untuk back massage.. ermm mahal lak...

Then terus la menuju ke tempat nak makan lak. Hari ni kitorang decide nak makan pizza n pasta. Milano Pizza ni terletak dekat ngan Pizza Hut, bangunan sebelah je. Kitorang amik Pizza Beef Supreme dan Spaghetti Seafood Aglio Olio. Rasanya ok la. Dan aku akan pegi lagi after this untuk try lain2 masakan lak. Milano Pizza ni ada jugak kat KLCC kat Food Court. So tak payah la nak pi KLCC after this, Pi Bangsar pun ok.

So berakhir la makan-makan bukak posa aku minggu ni. Orang lain posa kurus, tapi aku posa??? Ermmm ekekeke... Jangan tak muat baju raya sudah la.. Kalau tak banjir jugak Gong Pasir nanti sebab ada yang nangis sebab baju raya ketat.. huhuhu.


Tuesday, August 24, 2010

15 Ramadhan

Hari ni aku tak sahur. Tido mati..huhu.. nasib baik sempat minum air kul 4 tadi. Niat nak bangun balik kul 5, tapi sudahnya.. 6 lebih baru bangun. Sambil drive nak ke tempat keje tadi, dengar Radio Era. rupanya hari ni dah 15 Ramadhan. Sekejap je. maknanya dlm 2 minggu lagi dah nak raya. Ermm.. Raya. Dah cuak. Happy nak raya, takut pun ada. Tapi aku pasrah dengan takdir la. Sekiranya berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, tetapi kalau berlaku yang sebaliknya pun aku kena terima. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita tak tahu ketentuan hidup kita pada akan datang. Kena kuatkan hati. Dan kena kuat hadapi sebarang kemungkinan.


Hari ni macam takde mood. Nak keje pun malas. Nak baca buku pun malas. Entah apa yang rajin pun tak tahu. Apa la nak jadi kan. Kalau la aku boleh asing2 kan apa yg berserabut dalam kepala aku ni. Kan best. Rasa tanak pk, off kan je. On yang nak di pikir je. Tapi tak boleh.

Walaupun mood nak raya tak berapa nak ada.. tapi aku maintain jugak dengar lagu2 raya ni. Biar mood raya tu datang. :) arghhhhh macam mana ni.. nak je aku amik haf day ni.. tapi sayang lak cuti ni.. lagipun balik keje awal kan.. tengok la kot2 esok la cuti. Dah tak larat dah ni... penat tul otak aku ni.. ntah apa yg dipikir pun tak tahu... huhu

Monday, August 23, 2010

Cerita Terawikh...


Errr.. penat nya hari ni. Hati pun tak berapa tenteram, tadi balik dari S.A, sebelum sampai umah, seperti biasa melalui Masjid As-Syakirin, orang tak selesai solat terawikh lagi. Kali ni, aku memang tak boleh nak terawikh seperti tahun lepas. Tahun ni aku belajar dan tak berkesempatan nak terawikh huhu... Tetiba aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Masa kecik, aku banyak duk ngan Che Ngah (Kakak mak). Arwah Ayah Ngah memang setiap hari akan pergi masjid2 tertentu kat Dungun untuk jadi imam dan mengajar agama.

Seperti biasa, aku dan Kak Yah akan turut serta. Ermm boleh dikatakan aku masa tu cam malas la nak pegi, yer la tengah kecik2 tu, main je yang lebih kan. Tapi kitorang memang diwajibkan pegi. Tak de excuse langsung. So bila tiba bulan posa, wajib la terawikh. Alkisahnya, Arwah Ayah Ngah dulu suka baca ayat yang panjang2. Bayangkan la, berdiri lama-lama nak abiskan 20 rakaat terawikh dan 3 witir.. hehe.. ketar lutut la. Tapi bila main lari2 tak penat lak kan.. Aku ingat time tu, asik membilang rakaat je.. bila leh abis. Cara aku tanda rakaat memang kreatif la jugak. Karpet masjid kan tebal sikit, so aku je goreskan buat tanda, bila cukup 4, aku palangkan. Ala2 orang buat tanda kat gua la.. Ulang la sampai penuh depan sejadah aku tu..
 Cam ni la, just beza, aku gores ngan jari atas karpet... :)

Bila ingat kenangan2 lama mcm lawak pun ada, sayu pun ada. Lepas tu dah masuk sekolah agama lak. time tu malas jugak nak pegi terawikh. Tapi sebab wajib pegi.. kena la pegi. Kalau tak kena denda. Tapi masa ni ok la, sebab bila dengan kawan-kawan, ok la jugak. Bila dah meningkat usia, masuk kolej, baru la terasa nak pegi terawikh dari diri sendiri. Tak de yang paksa. Tapi now, bila nak pegi, ada plak komitmen lain.huhuhuhu.. Sayu..

Semalam sempat terawikh di surau kat umah. Kelas takde on weekend, so boleh la pegi. Ada orang kata, perempuan ni bila dah ada anak kecik kat umah, susah nak terawikh or pegi masjid, tapi semalam aku respek ngan pompuan ni. Dia bawak anak dia yang umur lebih kurang setahun lebih kot, baru leh jalan. Cute. Dia just lepaskan anak dia. Tapi anak dia ni pandai. Tak kacau orang solat, cuma dia merangkak kesana sini je. Aku agak, dia memang selalu bawak anak dia kemasjid. So anak dia memang pandai. Tapi baby tu memang la cute walaupun dia bg cabaran kat aku sebab masa last witir tu, dia ada kat depan aku sebab berkenan ngan beg semayang aku huhhuhu...:)

Note : Al Fatihah buat arwah Ayah Ngah yang disayangi.

Sunday, August 22, 2010

Ice Room Bangi

Sabtu lepas, ikut plannya, nak berbuka di Sri Bayou, Kelab Komuniti Cyberjaya. Dah seminggu book nak berbuka kat situ. Harganya 39.90nett seorang. Ngan Arina pegi la petang tu. Actually, tahun lepas kitorang pernah bukak posa kat sini. So tahun ni nak ulang la. Sebab last year, makanannya best la jugak, Ada beriani kambing jugak. So 6.30pm sampai.

Kitorang pi la usha meja. Ermm.. agak kecewa, sebab tempatnya sangat jauh daripada buffet. Agak2, kalau nak amik lauk tu, mau pengsan dulu la. Berliku-liku la jugak nak menyampai ke tempat lauk-lauk tu. Lagi nak kena redah ramai orang. Aku dah buat muka semacam. Memang tak puas hati ni.

- Beb, aku rasa tak worth la bayar tapi nak makan punya la banyak halangan ni. Ngan tempat amik makan jauh, dan jugak ramai orang.

Aku tetiba je meluahkan persaan aku tu. Ermm.. kesian Arina, dia yang bawak kereta tadi. Muka dah penat. Aku lak buat perangai giler tu.

Akhirnya dia pun terima la cadangan aku nak kuar dari tempat tu, tapi aku yang kena cancel order dari Kelab tu la kan.. sebab aku yang buat perangai.. hehe.. Then aku pun dengan berkobar-kobarnya terus la bagi tau yg kami nak cancel. Diorang pun tak kisah, setakat 2 orang yang cancel kan. Diorang dah banyak untung untuk malam tadi pun.

So dua orang ni pun pi la area Bandar Baru Bangi. Arina kata Ice Room dah ada kat Bangi. So apa lagi, drift ke sana dan dalam kul 720pm kitorang sampai. Di sebabkan dah nak masuk waktu, pekerja Ice Room ni bagi ais kosong and kurma sementara menunggu makanan yang kami order sampai. Ermm.. prihatin la jugak diorang ni. Bagus la servis nya.. i loike...


Black Pepper Chicken Rice

Pineapple & Orange Juice

Nasi lemak

Blueberry Snow Ice

Lepas beberapa ketika, sampai la makanannya. Ala kadar la kan.. aku makan nasi lemak and fresh orange and Arina lak makan black paper chicken rice and pineapple juice. Makanannya boleh tahan la. Harga lak standard kopitiam la.

Dah makan kenyang tu, teringin lak nak rasa Blueberry snow ice. Dalam gambar cam menarik. Rasanya juga not bad la.. Apa pun.. Alhamdulillah, kenyang la jugak 2 orang yang berpuasa ni.. ekekeke..

End :)

Mood masak datang...

Semalam, balik dari umah Arina terus je kemas umah. Dah lama tak kemas ni. Baju-baju terus bagi maid Korea basuh. Lepas jemur baju. Rehat jap. Sambil lipat-lipat kain n tengok tv, tetiba ada text dari coach renang a.k.a ayeen, ajak berbuka posa kat Andalusia Ampang. Makanan Arab.. ermm menariks.. tapi dah janji ngan adik nak masak lak.. ermm macam mana ni.. pk2.. tak baik mungkir janji. So tak jadi pi Andalusia tetapi ajak lak Ayeen tu berbukak sekali kat umah. Aku masak.

Apa nak masak yer. Tengok dalam fridge ada ayam and daging. So kena beli makanan laut skit. Rasa nak masak cili padi. So lepas zohor terus la pi Giant kat umah tu. Waa.. teruja, ada banyak makanan laut yang sangat segar. Sotong besar ada. So amik 2 ekor, 13 hengget je.. sotong nya sangat besar. Pastu udang pun segar, beli je la.. buat stok. Nanti tak yah beli lagi.. macam la rajin sangat masak. Weekend je pun ada masa.. ehhhh.. jap, may be leh masak la minggu ni, sebab ada 2 kelas je.. yayyy.. Ikan cencaru pun segar. Beli jugak. Macam la ramai nak makan kat umah tu. Tapi tak per, Misi Gayah pun nak datang Jumaat ni. Ok la tu.

Apa nak masak yer..  Pikir-pikir then terhasillah sotong masak lemak campur ngan peria. Ayam masak santan, Sayur campur cendawan dan telur dadar. Settle. Sempat la snap gambar masakan. Biasa la, penat lelah meng asap kan dapur tu, kena la amik pic.. :)

Sotong masak lemak cili api + peria

Ayam Masak Santan

Sayur Campur + Cendawan

Tu la gambar-gambar masakan aku yang ala kadar je. Cukup la untuk berbuka posa tiga orang. Ingat nak snap gambar 2 orang lagi yang dah pengsan depan tv menantikan berbuka puasa time. Tapi kan malu lak kan.. So tak jadi la. Bulan-bulan posa ni tak baik malukan orang kan.. ekeke.. K la, ni je entry Bree Van De Kamp kali ni.. perasannnn abessss..

Friday, August 20, 2010

Fetucini carbonara ... :)

Salamm... Dah lepas solat subuh ni, mata cam tak leh nak lelap lak.. niat nak sambung tido je sebab hari2 dah kuar pagi gi keje. Konon nak rehat. Disebabkan mata yang tak leh nak lelap ni, nak share satu resepi la. Tadi pun sahur habiskan fetucini carbonara ni jugak. Dah buat lama dah, cuma simpan dalam fridge untuk tujuan makan masa2 terdesak ni. Kan ke senang kan.. Semalam di opis jugak duk sembang-sembang dengan kawan yang memang nak resepi ni and aku ni asik lupa nak bawak buku resepi makanan barat ni. Yang ni chefnya is Haniliza. Aku suka refer pada blog Hanieliza ni. Resepi nya ok dan mcm mudah nak forooo. 

Ok, resepi Fetucini carbonara seperti dibawah :

Bahan-bahan
  • 300gm fetucini ( Direbus higga lembut)
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 300gm sosej (Ini dari satu pek sosej, kalau tak suka leh kurangkan. Leh jugak nak guna bakon)
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang(dipotong nipis)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong dadu )
  • 1 biji capsicum hijau (dipotong dadu )
  • 2 biji tomamto ( ehh, masa buat ari tu lupa la masukkan ni, hari ni baru perasan.. hehe)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu.. tomato pun potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 125 gram keju cheddar
  • 100 gram keju parmesan
  • 30 gram daun parsli(dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • Garam secukup rasa
Cara-cara 
  1. Panaskan minyak jagung & tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi
  2. Masukkan sosej, tomato, cendawan dan susu segar. Kacau rata
  3. Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam
  4. Masukkan keju cheddar, capsicum merah dan hijau. Masak hingga pekat. Kalau tak suka pekat, jangan lama2 sangat masaknya.
  5. Tuang kan atas feucini dan tabur la daun parsli dan keju parmesan.
  6. Sedia untuk dihidang. 
Ermm, tu la resepi nye, selamat mencuba la.. :) Aku dah try, dan memang berpuashati dengan percubaan pertama ni. Tq la pada pengarang buku/chef Hanieliza ni.. Lepas masak ari tu siap snap pic lagi yer.. Nak buat bukti kan. Ok. kat bawah ni gambar nye.. siap letak atas buku resepi Hanieliza lagi.. nak compare sama ke tak.. hehe..

Tadaaa... :)

Sunday, August 15, 2010

Berbuka Puasa

14 Ogos 2010, Sabtu. Hari ni aku dah book untuk berbukak posa ngan family kat PD. Jauh kan? hehe bukan apa, selain ada promo baik .. aku memang berhajat nak lepak situ ngan family. Lagi pun adik bongsu ada sekali. dia tak pernah lepak PD Condo tu. So kul 12 tghari gerak la pi PD, Otw tu singgah Macy jap. Tempah langsir. Pada sesapa yang nak tempah langsir percuma. Kena la pi MACY. Berbaloi ni, biasa MACY akan bagi free untuk French Pleat je, tapi kali ni semua jenis la, sampai kan roman blind pun free. Aku berhajat nak tempah eyelet, so pilih kain dan tempah jahit eyelet tu.

Then terus la ke PD. Aku tempah berbukak kat Thsitle PD untuk 5 orang. Sekali adik yang sorang lagi tetiba bekerja kat Seremban time tu, so terus tambahkan sorang lagi. One perfect family la. Happy. Dah lama tak luang masa bersama-sama. Dah sampai PD, check in dulu kat PD Condo. Rehat sekejap sebelum ke Thistle yang terletak kat sebelah condo tu je.. :). Kul 7 sampai kat Thistle. Cantik la jugak. Dulu tempat ni ialah Guoman resort, tapi now dah jadi Thistle lak. Ermm .. lepas ni jangan nangess tengok makanan-makanan yang kitorang amik. Memang macam sebulan tak makan. Konsep malas nak bangun bila dah start makan kan.. maklum la majoriti family aku ialah yang SIHAT-SIHAT belaka.. :)


Makanan kat Thistle ni ok la. Aku suka. Yang paling aku suka tentu la kambing golek..hehe.. yang ni dihidangkan ngan honey garlic mint source.. Best. Selain tu apa yang aku jamah semalam yang aku suka ialah, ketam masak masam manis, kerabu2 nyer..not bad la.., nasi goreng kampung, rusa masak kerutup, sotong bakar, udang bakar, ikan bakar, satay pun ok la.. dan banyak lagi.. overall aku suka la. worth la datang jauh2. Cuma yang aku terkilan skit.. terkilan?? hehe.. dessert nya tak banyak pilihan.. dan yang ada tu rasanya semua tak best. Jarang aku nak jumpa onde2 yang tak sedap.. tapi di situ aku jumpa.. hehe. Tapi tak per la. yang penting main course yang sedap.. kuih tu aku pejam mata la.. walaupun aku tulis kat comment card, kuih2 tu bad taste.. tak per la, komen ni untuk improve kan kualiti diorang. Bukan saja2 nak bad mouth pun. Kritikan membina tu.. insyAllah.. :)

Ok la, dah nak pi hidang berbuka posa lak. Mak dah siap masak kat dapur tu. Aku lak.. hidang je? and tengah suka2 tulis blog ni? ish2.. manja sekali sekala.. esok aku kena berbuka kat sekolah lak.. ari ni je nak makan mak masak kan.. :)

Selamat berbuka posa...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa

11 Ogos 2010, bermula puasa untuk tahun ini. Hope dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan sempurna. Alhamdulillah sebelum subuh dah bangun dan sahur. Sunat untuk kita bersahur kan. lagipun hari ni hari pertama, so kena amik mood..:)

Tahun ni terkilan skit, nak pi terawikh tak boleh macam tahun lepas kot, sebab kena pi s.alam. Hope dibukakan pintu hati ini untuk merajinkan diri pi terawikh selain hari2 di S.A. Dah nak pakai tudung, kena siap-siap nak pi keje.

Selamat menjalani ibadah puasa..... :)

Monday, August 9, 2010

Kita dan pilihan hidup

Ermm.. Hari ni rasa macam nak menulis lak.. macam dah lama tak tulis blog ni. Ada banyak nak masukkan selain resipi terbaru nak buat fettucini carbonara dengan resipi yang paling senang. Before that, nak citer topik seperti diatas. kita dan pilihan hidup. Semenjak 2 menjak ni terpikir pasal isu ini. Macam berat lak rasanya. Hari tu, sorang kakak ni baru je balik daripada satu training yang dirasakan sungguh menarik, dan dia balik dengan membawa satu statement yang sangat aku suka.

" Beb.. tahu tak, dalam hidup ni, tak de sangat yang bergantung pada nasib, tetapi sebenarnya daripada pilihan kita sendiri."

Ermm.. tak paham lak.. apa yang dimaksudkan, then diterangkan dengan contoh-contoh all kan.. baru la paham. Munasabah la apa yang dimaksudkan tu. Setiap yang terjadi adalah disebab kan pilihan dari diri kita, contohnya Si A mendapat kesusahan dalam hidup kerana maybe dia kenal dengan orang yang salah (si B), Siapa yang salah? Si A laaa sebab telah membuat pilihan untuk meneruskan hubungan dengan Si B, so dia yang membuat pilihan itu. Dia boleh memilih untuk tidak memilih Si B. Takdir hanya menemukan tetapi untuk membuat pemilihan masih lagi digerakkan oleh hati dan perasaan kita sendiri dan juga kebijaksanaan berfikir kita.
Apa juga dalam hidup kot, masa2 kecik2 dulu ada orang  nak jadi Doktor, itu ialah pilihan. Then set goal, dan usaha. Akhirnya jadi la doktor, InsyaAllah... So bukan takdir tetiba jadi doktor.

Dah membebel banyak lak, mcm la aku ni berjaya sangat, tetapi bila duk diam2 pikir, aku rasa cam nak share kat sini.  Terpulang la percaya ke tidak, tapi itu la coretan tengahari ni tengah2 tunggu nak makan sebab ari ni ada gathering lagi.. huhu... esok nak posa, so ari ni ari terakhir nak makan ramai2 meraikan sorang staff ni nak transfer.

End :)

Sunday, August 1, 2010

Weekend yang bermanfaat

Ermm tajuk pun dah manfaat kan. Minggu ni entah apa angin rajin aku nak kemas umah & masak. Mintak2 la kekal kerajinan ni.. huhu.. Semua la kipas2 lampu all nak lap. nasib ada tangga adik kat umah ni. semua tempat aku panjat la. dah macam technician nak baiki lampu pun yer. Tengok dalam fridge ada tulang lembu lagi. Ermm nak abis kan la.. So Sabtu, aku masak sup dan celur mee hoon. So petang makan la mee sup. 1st time la aku buat mee sup ni. Boleh la.. nak kata sedap sangat tu tak la. tapi eatable la.. :)

Ahad lak, aku rasa nak masak lagi, suh adik beli bahan-bahan kat Giant yang dia nak makan. Then lepas setengah jam dia bawak balik, lala, udang, peria, bendi, cendawan, ayam. Ermmm so aku pun dengan cergas nya masak la\. Hasil nya :

1) Telur + udang + cendawan  = dimasak oleh adik, resepi yang tersendiri la.. meriah telur goreng nyer.. sedap.
2) Lala masak merah
3) Sambal tempoyak, (isi durian + lada )
4) Ayam goreng kunyit
5) Bendi di celur je.





Tu je la, ingat nak masak peria goreng, tapi nampak lauk macam dah banyak, later2 la masak peria tu. entah bila ekk..
Tu je la episod cuci-cuci dan masak-masak aku sepanjang 2 hari ni.

FRIDAY- SALT

Hepi sungguh bila tiba friday. Sebab esok leh rehat kat umah. Hari ni ada keje kat area Kajang. So hepi sangat tu tak la sangat sebab lepas keje kena pi S.A untuk ke kelas. huhu.. Pagi-pagi lagi tengah diskas2 keje ngan boss dan partner, tetiba ada call masuk. Sapa ni ekk? Angkat2 je, lembut je suara pompuan tu.. sapa? Ustazah ku yang sempoi tu.. Dia call inform kelas petang ni batal.. waaaa lompat bintang la aku, dan2 email kawan bgtau kelas cancel. Ini adalah kelas pertama yang dibatalkan untuk semester ini. hehe.. So petang ni boleh la balik umah terus kan.

Alkisahnya hari ni hari rajin ku datang lak.. tengahari daripada ritual biasa pi Mid Valley, hari ni aku balik umah dan kemas umah yang telah berantakan tu. Pukul 2.30 kuar umah lak sebab nak sambung keje kat Kajang. Meeting abis, aku pun drive la nak balik, on the way tu, rasa macam tak best lak nak balik terus, call kawan sekongkol.. almaklum opis dia kat cyberjaya kan. Apa lagi dengan persetujuan dua pihak, aku pun sampai la di Alamanda. Sale banyak jugak tapi aku tak tergoda sangat sehingga la tiba di MS Read.. amaaakkkkkk... Jeans sale up to 50%... ermmmmmm, hancus. Tapi tak per la, memang kegunaan kan.. menyedapkan hati yang lara. Hehe.. Dah.. enough!! no more shop.. walaupun 4&5 hb 8, ada sale kat Robinson.. tapi tu kena pi, sebab mmg nak beli kasut.. lepas tu stop....stop...

Kawan dah sampai sepakat la nak tengok wayang. Hari ni pilihan kitorang nak tengok SALT lakonan Angelina Jolie. Citer ni memang best.. Pasal perisik Russia, CIA all la.. seperti biasa la citer2 action ni.


Citer ni memang best, tapi bila dah tiba last-last tu mcm sensitif skit, sebab pelancaran peluru berpandu tu ditujukan kat 2 tempat. Tehran dan Mecca untuk memusnahkan muslim. Agak kurenggg hajar la. Tapi Heroin citer ni dengan pantasnyer melawan la dan membatalkan misil tu. Tapi cam geram la jugak kan. Anyway tolak dengan isu sensitif tu, citer ni aku rate 4 bintang.. i loike... So sesapa yang tengah berpk2 citer apa nak ditonton tu, sila la pilih SALT.. tak nyesal..