Sunday, August 5, 2012

Bayou Coffeehouse Ramadhan Spread 2012

Erm.. tahun ni aku pi lagi sini. Kali ni pegi ngan En Hafizu lak. Tahun lepas ok, so tahun ini aku pi, ermm lauk pauk ok la.. tapi arragement la out skit, aku tak sure samada hari lain sama mcm hari yang aku pegi ari tu. Maybe sbb masa aku pegi diorang meraikan anak2 yatim, so tempat kat luar mmg penuh ngan anak yatim. So kami duk di dalam, air cond, tapi kena jalan jauh untuk mendapatkan makanan. Kalau dulu ngan Cik Arina sure kami lari balik, tapi sbb dah malas kali ni. Mood pun swing.. hehe.. so aku gigihkan diri je la.. still berbuka kat sini. Tapi alhamdulillah, kenyang jugak.. jauh ke dekat ke.. makanannya ada je.. Bismillah.. dan syukur. Sempurna la puasa kita. :)


Blueberry Cheese Tart

Ok.. ni pertama kali aku buat blueberry cheese tart. Dah lama teringin nak buat, at last dapat jua buat. Resepi aku amik daripada resipi.com, and aku nak alter skit sbb pastri sedikit manis. :) So next time aku akan follow resepi ini. Tanak cakap banyak, so resepi seperti dibawah :

tak cantik sangat la.. tapi rasa ok la.. puji diri sendiri plokkk

Bahan-bahan ( 30 biji )

 
Bahan untuk pastri :-
  • 125 gm butter
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 250 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese( Nak guna philadelphia pun ok, other brand pun ok. mana2 je)
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat  pastry: -pukul butter dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. 
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sebati.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 
Memang senang je, cuma remeh skit part nak masukkan dalam acuan tu. Overall, bila dah bagi semua org rasa, rasa ok, cuma aku kena pandai masukkan doh ke dlm acuan je, sbb ari tu nye 1st trial, pastri tebal. But ok la untuk percubaan pertama :)

Big Cleaning Day

Pagi ni bangun je.. rimas dah tengok baju2 berlonggok. Maklumla baru dapat wardrobe baru.. wink2.. so baju dari almari lama nak kena pindah kan ke bilik tetamu a.k.a bilik Judin. Tapi bilik tu pun dah macam kapal pecah. Nak tak nak aku start dulu la.. Dengan tak mandi tu, aku mula la menolak almari bagai. Alhamdulillah, tergerak ati Judin nak sertai hari kemas sedunia ni. And apa lagi, alang2 tu aku suh dia kosong kan bilik sbb nak pindahkan almari lama aku dan katil aku terus. Aku lak, tido atas tilam dulu la.. tak yah katil lagi la. So dari pagi sampai petang tak siap2 kami kemas. Tapi ada la perkembangannya, cuma tak dapat setel one shot today. Maklum puasa, kena la berkemas ala org puasa.. Kemas skit lepak texting and tgk tv.. sambung lagi.. pastu rehat plak.. anyway mmg dugaan la bulan posa ni. Haus tak leh ckp la.. :)

Berantakan...
Huhu.. akhirnya kul 6pm, kami keluar je la.. nak masak of kos la da tak larat. Kan jap lagi aku tumbang lak kat dapur. So now sambil lepak kat Old Town Bangsar menunggu waktu berbuka puasa.. Uiiiiii nikmat rehat camni. And tangan ni rajin plak nak hapdate blog. Sebenarnya banyak citer nak tulis.. tapi by title la.. tanak rojak la.. :). Niat tanak makan beria.. tapi sbb kepenatan hari ni.. kena reward my self and Judin la. :)