Sunday, August 5, 2012

Blueberry Cheese Tart

Ok.. ni pertama kali aku buat blueberry cheese tart. Dah lama teringin nak buat, at last dapat jua buat. Resepi aku amik daripada resipi.com, and aku nak alter skit sbb pastri sedikit manis. :) So next time aku akan follow resepi ini. Tanak cakap banyak, so resepi seperti dibawah :

tak cantik sangat la.. tapi rasa ok la.. puji diri sendiri plokkk

Bahan-bahan ( 30 biji )

 
Bahan untuk pastri :-
  • 125 gm butter
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 250 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese( Nak guna philadelphia pun ok, other brand pun ok. mana2 je)
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat  pastry: -pukul butter dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. 
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising hingga fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sebati.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit. 
Memang senang je, cuma remeh skit part nak masukkan dalam acuan tu. Overall, bila dah bagi semua org rasa, rasa ok, cuma aku kena pandai masukkan doh ke dlm acuan je, sbb ari tu nye 1st trial, pastri tebal. But ok la untuk percubaan pertama :)

No comments:

Post a Comment