Wednesday, March 28, 2012

Sh'bam Class @ Fitness First

Ok.. lagi entry perasan sihat aku.. so kali ni nak citer pasal aku join kelas sh'bam kat FF IOI Puchong with Arina. At first kitorang blur, apa la kelas sh'bam ni. Nampak mcm aerobik, tapi lebih pada menari. So aku pun google la apakah itu sh'bam. Sh'bam ni ialah gerakan tari yang rancak. Ikut yang aku baca, sh'bam ni cara yang bagus nak shape up badan. Antara lagu2 yang digunakan dalam sh'bam ni ialah lagu2 baru yang rancak yang dimainkan di club2 gitu.. hadooo? hehe.. cth : classic remixed & modernized latin beats. 

Pada yang malas nak bersenam cam aku ni, bagus la ikut kelas mcm ni sbb sh'bam ni cara yang menyeronokkan untuk bersenam sbb ala2 menari gitu, tak la tensi sangat nak beria-ria berlari2 kat treadmill sorang2. Kelas ni ramai org dan boleh la bersosial jugak? aku sosial ngan sapa ek kat situ? Arina jugak.. haha.. Dalam kelas selama 45-minutes tu, katanya leh bakar sebanyak purata 506 calories :). Result daripada Sh'bam ni jugak antaranya : tones & shape, develop self expression & improve coordination. 

Ok.. so benefit sh'bam ni jugak antaranya : ( from : http://www.lesmills.com/global/shbam/about-shbam.aspx )
  • Benefit from interval training peaks
  • Get in the fat burn zone without the “hard work” workout
  • Learn hot new dance moves
  • Improve coordination
  • Increase cardiovascular fitness
  • Have loads of fun, get an emotional high and forget you’re even exercising 
Ok la.. da nak start keje. chow dulu... 

Monday, March 26, 2012

Brisk walking

Entry sihat2 today ialah sbb aku semalam baru start 'brisk walk'. Lately ni aku asik pening je. Dinggggg... my cholestrol ke? cuak, takut, berdebar.. semua ada. Sepatutnya buat health check tapi tak buat2 sbb aku makan mengalahkan org sihat. Dengan cholestrol level 7.7...aku makan tak pantang. Maklumla aku ni mmg mudah lupa. Dulu masa baru tahu cholestrol tinggi, semua makan nak jaga. Tanak makan red meat la.. itu la..ini la.. semua yang boleh sebabkan cholestrol tinggi. So skrg ni sbb dah start pening ni. Kena buat sesuatu sblm menyesal. So sbb badan aku yang bot bot ni.. aku kena cari senaman yang akan bagi 'low impact' pada joint/lutut aku ni. Kan tak pasal2 dah sihat skit, lutut plak buat hal.huhu. So ramai yang sarankan aku brisk walk a.k.a jalan dengan laju ni. 

Pic dari : diabetes-cured.blogspot.com
So semalam bermula sesi berjalan laju aku ni. Mula2 macam malas nak turun pi gym. Tapi sbb kalau tak mula, bila lagi aku nak mula kan. So cepat2 tukar baju and turun kat gym. Pak Guard Nepal kat umah aku siap tegur lagi.. "First time ke?" huhhh... Nampak sangat aku jarang turun sini.huhu.Aku tak nak berjalan sekitar umah sbb takut aku berlari laju nanti sbb kena kejar ngan anjing. So kena la aku brisk walk kat treadmill je. :)

So kenapa aku kena brisk walk ni?

  1. Berjalan ni aerobik and boleh improves cardiovascular fitness dan dengan harapan aku jugak dapatla mengurangkan berat badan aku ni.. :)
  2. Nak tingkatkan overall fitness dan tingkatkan tenaga aku ni..now ni asik melepek kat umah je sejak2 takde kelas ni.
  3. Improve blood circulation dan tingkatkan stamina.. maju2!!!
Berjalan ni jugak leh :
  • Menolong untuk kurangkan risiko sakit jantung dan strok
  • Untuk bagi tekanan darah yg ideal ..:)
  • Yang paling PENTING.. ialah untuk KURANGKAN PARAS KOLESTROL AKU...
  • Bantu kurangkan berat badan.lemak2 kat badan aku ni and of coz to help maintain a healthy weight la. :)
  • Kata orang berjalan ni leh kurangkan stress (Tekanan) and boleh bagi mood kita cantik. Mood cantik? ermm tak mudah marah, moody kot.
  • Meningkatkan "bone density" , leh elak osteoporosis
Ermm tu je la yang aku sempat baca. So untuk tak hilangkan semangat aku kena buat benda jadi amalan la. So hari ni kena pi lagi. Huhu.. Kuatkan la azam aku ni supaya aku ni rajin2 skit nak turun pi gym.

Note : Aku baca kalau berjalan laju selama 30 minit leh burn 320 calori. Tapi aku semalam berjalan Sejam leh bakar dalam 200++ je. Ermm maybe speed la tu. So hari ni kena cuba lajukan speed. Janji jangan bagi aku berlari. Tu je syaratnya. Maju JIRAH!!!

Saturday, March 24, 2012

Hati Gumbira

Hari ni pepagi bangun terus ke IOI Puchong. Seperti biasa join Arina ke kelas di Fitness First. Hari ni leh tahan gak, pancit suda.. slow2 je aku ikut..hehe.. last week tak pi, so minggu ni kena la slow2 suda. Abis je bersenam, lepak2 gossip.. and terus la pi bfast wajib di Subway. Arina makan dengan tak tenang sbb kad parking ilang suda..ishk2.. and rasa2 memang terbuang dlm tong sampah tadi. Duk berkira2 bape la harga lost ticket ni. Kalau kat MV, 50..huhu.

Lepas makan sempat mencuci mata di Habib Jewel. Now tengah sale. Lumayan. Arina berkenan ngan cincin yang batu putih. Tapi takde kat situ. huhu. So lupakan la dulu. Tapi bila tanya kat situ katanya kat Bangsar Village ada. Hehe.. terus la aku maju ke situ pas balik IOI. Niat nak tengokkan untuk Arina.. Tapi bila da sampai situ.. aku plak yang berkenan..huhu. Sudahnya aku plak yang beli. Tapi tak dapat lagi la cincin tu sbb kena amik dari HJ The Curve. So next week je la aku collect.

Memang berbaloi kalau nak beli sekarang. Sale up to 70% and untuk yellow gold, ada potongan RM8 untuk setiap gram. If im not mistaken la.. :)

Mode : Happy

Note : Btw lost ticket kat IOI ialah RM 20. Murah la skit. Tapi untuk Arina, sbb dia blink2 mata kat penjaga tu.. so dia kena bayar RM2.... hehe. Pape pun..Alhamdulillah.

Friday, March 23, 2012

Berita...News...

Hari ni aku balik awal. Lepas keje terus je pecut balik umah. Kepala pening lagi. Sambil rehat kat daybed. Aku tengok berita pukul 8. Semua berita yang tak ska aku dengar. Kes bunuh...kes tembak menembak...ishk.. ni sbb aku susah nak tgk berita. Semua ganas2 belaka. Lepas berita aku tengok plak Galaksi @tv9. Ala2 melodi gitu. Banyak sungguh gossip artis. And salah satu ialah cite blogger yang menulis citer video bogel mila amelia dan kes seorang penyanyi yang dikatakan merogol anak tiri. Ermm.. blogger tu mcm cool je masa ditemuramah. Kadang2 aku rasa blogger ni berani jugak. Ye la, kalau salah tulis berkenaan sesuatu tu kan bahaya.. nanti kena saman kan susah. So sbb tu aku ni sekadar menulis berkenaan aku je..sbb aku tulis kat blog aku yang nan hado ni ialah aku ska nak tgk balik apa aktiviti2 aku yg pernah aku buat. So nanti kot2 panjang umur ada cucu cicit ke, diorang leh bukak blog aku..hehe.. tgk cite neneknya..huaa... besar sungguh angan2 aku. :)

Tuesday, March 13, 2012

Bila aku tertinggal HP

Pagi ni bangun dengan segarnya, tido dengan lena semalam, tanpa mimpi.. Cepat2 bersiap ke office, sampai ke parking lot office, still banyak space. Best. Tak payah nak pi bayar parking 13 hinggit. Yang 5 hinggit still banyak. Bukak lappy... tengok email. Baru nak check hp, carik2 takde.. OMG.. tertinggal kat umah la... uhuhuhuh.. Ni yang tak best ni. Aku perasan sangat, handphone aku ni, kalau ada dengan aku, jarang sangat aku nak guna and menunggu panggilan orang. Tapi kalau takde je ngan aku like today ni, masa ni la aku menunggu panggilan. Ishk.. Now aku tgh tgu panggilan n text from :

1) Pantai Hospital
2) Celcom

Tapi aku tertinggal phone. Ishk.. susah la. Tetiba teringat zaman2 takde hp, rilek je plak kan. Tapi bila da ada ni, handphone dah jadi cam nyawa. Kena ada sentiasa. Pada aku yang leh dikatakan nyawa ni ialah apabila nak guna handphone ni time dalam kecemasan. Contoh tetiba kereta rosak ke, sampai dekat tol, tetiba perasan takde duit (purse tertinggal jugak.. ekeke) so tak leh nak call kawan nak rescue, ada kecemasan orang nak hubungi kita susah... dan sebagainya. Ermm. So tips2 bila tertinggal phone ialah :

1) Kalau ada akses email, sila emailkan orang2 yang berkaitan
2) Call inform mak n ayah kat kampung, kot2 dia call kita tak berangkat, risau lak diorang.
3) Call kawan2 kita yang memang ada potensi nak cari kita pada hari ni. Tu pun kalau ingat nombor telefon diorang la.. biasanya tak hafal la sangat sbb semua nombor pun ada dlm phone yg tertinggal tu.. huhu.. Kecuali Kak Mahani yang ingat banyak no tu..ekeke

So dah penat nak menaip ni.. so sambung later la.. huhu.. salammmmmm

Wednesday, March 7, 2012

Hari Yang INDAH

Hari ni bangun pagi sangat malassss.. sbb sakit pinggang.. maklum penat kemas umah dan menolak almari bagai..huhu.. dah lama ngan susun atur lama, rasa nak kelainan plak. So dengan kesakitan tu bangun and keluar rumah. Jam pukul 7am, ehh apasal la jam kat depan umah ni.. ishk2.. bukan saja depan umah je yg jam.. sampai ke Desa Waterpark..huhuh.. so hari ni perjalanan ke ofis mengambil masa 1 jam 45 minit. Takpe la.. dugaan. Bfast ari ni, Subway with Kak Mahani. :) So kena ceriakan balik hari yang mendung ni. Siapkan kerja and tengahari lepak sekejap dengan Kak Norli.. Goss...berangan... semua la.. Yang bagusnya dapat info dari Kak Norli, kalau nak belajar jahit baju leh try ngan Giat Mara. Terus call.. submit form.. and tunggu je la kalau diorang nak bukak kelas, diorang akan inform.. terus berangan nak beli kain Jumaat , tadaaa.. Isnin pakai baju baru.. bole?? :)

Tadi masa call Giat Mara Lembah Pantai, pekerja kat situ dengan ramahnya memberikan maklumat. Kat sini ada pengambilan 2 kali setahun untuk sepenuh masa. So pelatih akan belajar selama 6 bulan. So kalau belajar buat baju, semua2 la diorang akan belajar, baju kurung, baju melayu dan baju2 lain lagi la. Diorang jugak dapat elaun RM 200 sebulan.

Aku plak tanya kalau separuh masa. Kalau separuh masa lak, Giat Mara akan bukak kelas by module. So kalau dah cukup 15 orang, kelas akan dibuka. Tengok plak dengan permintaan. Kalau ramai nak kelas jahit baju kurung, so kelas baju kurung la jawabnya. Hope2 ramai yang nak belajar jahit baju kurung.. Dah teruja sangat dah ni. :). Tadi bila tanya, belajar jahit baju kurung separuh masa, perlukan 42 jam. So bila dah complete 42 jam, boleh la apply belajar module lain plak. Skim latihan ni dipanggil Program Latihan 1 Malaysia. Download borang dan terus faks ke Giat Mara yang terdekat. Senang je.

Tuesday, March 6, 2012

Shopping sana sini...



Ishk2.. sejak seminggu ni, banyak sungguh dapat SMS yang bahaya... ekeke.. dari Jusco, Metrojaya, Robinson.. semua memanggil2 ajak memperabihkan duit.. Nasib baik Jirrah tengah kedekut. Nape tah kedekut sangat ni.. Nak pi shopping complex pun malas sbb takut teringin. Bila teringin kan , terbeli.. kalau tak beli.. termimpi2.. huhuh.. parah sungguh. Pape pun.. now ada hobi gardening ni.. just nak beli barang2 untuk berkebun je la.. hope tak la melebih2 perbelanjaan.. :)

Sunday, March 4, 2012

Movie Marathon @ IOI Puchong



Haaa.. dah lama tak buat keje tgk movie back to back ni. So kali ni menjadi la.. sbb mmg kebetulan ada citer best. So kali ni pi tengok kat IOI Puchong. Why pilih sini? sbbnya pagi ada kelas kat Fitness First. Ini ikut Cik Arina tu. So feeling2 sihat la 2 orang ni. 40 mins kot menari bagai nak rak dalam tu.. anyway its fun la.. so next time akan pi lagi.. 

So citer2 yang dipilih ialah : This Means War, Adnan Sempit 2 dan Cinta Kura2. Yang kura2, ni Cik Arina yang suggest..ekekek.. katanya macam best. Takpe la.. layan je la .. 

This Means War : Aku bagi 4 1/2 bintang daripada 5 bintang. Aku ska jalan citernya, action comedy. Yang actionnya skit je sebenarnya, tapi sbb aku tak la ska sangat action, so to me.. citer ni buat aku happy and menonton tanpa rasa boring.. So worth untuk ditonton la.

Adnan Sempit 2 : Compare dengan Adnan Sempit 1, aku rasa yang lama lagi best, tapi yang 2 ni tak la tak best langsung. Ada jugak part2 yang best and kelakar tu. So boleh la kalau nak tgk pun, citer lawak cam ni ok je kalau nak tgk, bukan kena pk2 pape pun.. layan je. So aku bagi 3 bintang daripada 5.

Cinta Kura-kura : Aku bagi 2 1/2 bintang, citer ok je.. tak reti lak aku nak komen banyak.. tapi ok la. cuma pada yang ska pk logik, jangan la pi tengok, kan nanti kecoh lak kata camne kura2 tu leh jadi ala2 ninja turtle. 

Tu je la entry movie kali ni. Kitorang mcm dah jadi owner IOI, 12 ringgit bayar parking. Yang jaga kaunter pun senyum je masa kitorang bayar..

Pekebun Berjaya

Tajuk kemain lagi.. pekebun berjaya. Entah macam mana la.. tetiba datang mood nak bercucuk tanam ni. So dengan gigih bawak kereta hangkut mak ayah semua pi Sungai Buloh nak beli pokok.. Best la ke sana. Nanti kena pegi lagi. Semalam sbb dah penuh orang dalam kereta, so tak leh la nak beli banyak. And kena ingat jugak HALAMAN RUMAH yang sangan BESAR tu.. so tak leh la nak feeling2 beli pokok banyak. huhu.. Ini la nasib rumah di awangan, feeling2 nak berkebun pun.. dalam pasu je la.. and tak leh banyak.. ishk2.. So semalam bodek2 Bangla kat Nursery tu.. so dapatla pokok2 yang berkenan di hati. Sebab malas nak hangkut bawak balik pasir, aku yang rajin ni jugak suh bangla tu siap2 masukkan pokok2 dalam pasu.. Ni yang best beli kat sini.. hehe. So smlm sempat la beli pokok2 di bawah. Pokok2 lama aku lak, dah idup segan mati tak mau tu.. aku tukar kan tanah skit2.. pasni nak tanam lada plak.. hope menjadi la.. Maju2!!

Pokok yang baru beli.. hope tumbuh segar la ya,, :)

Erm... sian lak pokok2 yang diabaikan ni.. dah tak ijau daunnya.. Jangan la mati ye.. lef u... :)
Note : Aim pasni ialah nak beli tempat letak pokok lak.. kesian lak tgk melepek camtu je.. :)

Alya Nur Imani - 22.02.2012

Ok.. da lama nak masukkan entry anak buah kedua ni. Tak leh nak masuk2 sbb lupa nak transfer pic. Baby ni lahir 22.02.2012. So bulan yang sama la ngan cik long nya. Muka baby ni sebijik macam Aqiff masa baby dulu. Dah namanya adik beradik..:) So nama ;yang diberi ialah Alia Nur Imani ( Ejaan sbnr tak sure la.. ni kalau yang disebut bapaknya la..) Tanak la cakap banyak.. Welcome to the World Alia.. :)

Alia

Alia and Aqiff
Jadilah insan yang berguna dan anak yang soleh dan solehah.. amin....

Tips Memotong Q

Ermm... tetiba mcm rajin nak hapdate blog ku yg disayangi ini.. ihikss.. Ermm tajuk entry ni mmg nampak kurang bermoral skit. Tapi boleh di gunakan sbb tidak menyebabkan kesengsaraan pada org lain.. InsyaAllah. Ok.. tips memotong q di kaunter2 perkhidmatan ( Bank ke, Jusco Customer Service ke, dan mana2 kaunter bayaran la..)

Kena dapat pandangan mcm ni la kalau nak usha line clear ke tak.. hehe
Aku banyak kali dah menghadapi situasi menunggu dikaunter bayaran, tapi bila nombor2 kat depan aku dipanggil, takde lak owner number tu. So apa yang aku buat ialah aku memotong q selepas nombor didepan aku dipanggil. Tapi tak leh main redah je. Kena ada step2 atau tips2 nya. So antara yang aku amalkan ialah :

  1. Hati mesti kering / muka tak tahu malu la.. sbb in case owner number tetiba muncul.. kita kena back off kan.. jangan gaduh lak.. sbb confirm kita kalah.
  2. Bila 2 nombor didepan kita tak dipanggil, kita boleh buat kesimpulan, kat depan kita ni senbenarnya org2 yang amik nombor awal2 tadi  terus blah sbb nombor yang diorang dapat ni jauh lagi nak kena panggil. Kita try tgk nombor kita lak.. biasa pada masa tu mmg nombor kita pun banyak lagi nak kena tgu baru leh sampai giliran.
  3. Now..bila rasa confiden nak bangun untuk nombor seterusnya. Cuba tengok reaksi orang2 lain yang sedang menunggu. Kalau semua tgh ralit main2 phone, baca majalah, tengok2 orang je... so confirm nombor diorang bukan selepas tu. Tapi kena la jugak hati2. And kalau mata bionic sangat, buat la jalan2 sambil tgk nombor kat tgn semua org.. tapi biasanya susah nak buat yang n. :)
  4. Duduk belakang skit. So bila nombor dipanggil, kita leh tgk ada org bangun ke tak. So bila takde yang bangun, apa lagi.... terus la kita maju ke kaunter. And terus gumpal tiket kita yang konon2nya nombor yang terpanggil tu. :)
Selagi tidak memudaratkan orang .. so leh la try tips2 berguna ini. Hehe.. sehingga bertemu lagi dengan tips2 yang lain lagi bermoral.. ahaks... :)