Monday, September 19, 2011

Pilihan Yang Tepat Jirr..

Pepagi lagi aku bangun @ 5am, cepat2 bangun minum air. Niat nak menggantikan posa kena diteruskan selepas semalam kecundang. Ingat kan leh la bangkit terus, tapi alamatnya sambung tido..huhu... Bangun pastu da kul 630, mcm ribut aku bangun and bersiap. Baju pun amik yang tak yah iron je. Siap2 and turun ke kereta. Hari ni tak macam semalam, kereta da banyak kat jalan raya ni. Erm... jam skit sebelum Desa Waterpark. Hati berkira2 nak masuk NPE atau Federal Hi way. Akhirnya aku amik NPE, altho jam kat depan RTM but still moving. So senyum sambil drive cik pooh. Aku nak sampai by 730 at least. Sampai awal ke opis dapat bawak mood yang baik untuk sehari kat opis. Bukak Mix Fm, ada lak lagu favourite "Stereo's heart"... and ada lak good life. So hope hari ni berlangsung dengan happy. Maklumla petang nanti akan bermula kelas pertama ku untuk semester ini. DAN... hari ni ada 2 kelas.. huhu... Moga dikuatkan semangat aku nak tempuh semester ni.. InsyaAllah.

Kalau nak mood yang baik untuk sehari... aku kena bermula hari dengan aman dan hepi. So pilihan aku pagi tadi amat bagus sbb now.. aku still in the good mood altho.. perut bunyi2 skit ni.. hehehe.. Woohooooo... And kepada masalah2 yang ada... delete la terus.. jangan simpan. Mulakan hari ni dengan kegembiraan kerana kegembiraan tu akan membuatkan hati lapang dan aku leh senyum dengan seikhlasnya. 

Sekolahku di Shah Alam... nantikan kemunculan aku petang nanti... Wooohoooo.. :)

P/S : Nape Woohoo? Itu la wording yang buat aku, kak mah dan asam hepi today. Bahan terbaru kami.. :)

Sunday, September 18, 2011

Open House Sana Sini

Hari ni aku rehat je kat umah. Rehat sambil mengemas umah aku yang memang da hazab da habuk2 sana sini. Hari ni jugak aku posa lagi nak ganti mana2 posa yg tak penuh last ramadhan. Ermm... nasib baik cuaca mendung je, so posa pun tak la penat sangat. :)

Puasa ni jugak hope2 dapat merehatkan perut aku yang 2 hari lepas asik makan @ open house kawan2. Jumaat, aku ngan Kak Mahan pi umah En Boss. Huhu.. rendang yang jadi fav aku bantai je. Tak kisah diet tu. Tak cukup tu semua la aku bedal...

Hari Sabtu lak aku isytihar sebagai hari kambing. Habis la aku. Kolestrol melompat kegirangan. Dari umah Asam ke umah kak dal, aku makan kambing dengan banyaknya. Pegi dengan Cik Ayeen. Anyway tq pada kengkawan dan En Bos yang menjemput aku makan. Terus hari ni aku hibernate kat umah tak kuar takut makan lagi... huhu..

Lepas kemas2 umah ni, mcm da lama tak bukak mesin jahit portable aku ni. Terus jadi tukang jahit sekejap menjahit baju2 n suar2 yang koyak rabak katanya. Teringin nak try jahit baju baby. Tapi takut lak tak menjadi. So postpone dulu keinginan sehingga aku pi belajar dulu macam mana nak jahit baju. So cepat2 kemas balik and masukan mesin dlm stor.

Monday, September 12, 2011

Kek Carrot

Satu lagi entry masak2. Yang ni jugak aku buat sempena open house kat umah baru2 ni. So untuk memudahkan aku buat lagi next time, so kena tulis siap2 resepi ni and kalau ada org nak foro leh la.. Altho percubaan pertama ni tak letak creme cheese. Tapi hasilnya ok la.. eatable la. :)

Bahan2
2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran ( Aku guna minyak canola )
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala ( Aku tak letak ari tu.. )
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut

Cara2

-Panaskan oven 180 darjah
-Baking powder, baking soda, serbuk kayu manis dan garam diayak
-Pukul telur dan gula sehingga sebati
-Masukkan minyak, pukul lagi.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit
-Masukkan bahan2 yang diayak tadi
-Masukkan vanila, parutan carot dan kacang. Gaul sebati
-Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak dan bakar selama 40 minit.

Ok.. Walaupun aku tak buat creme cheese ari tu. Aku masukkan la resepinya
Creme cheese ( Toping )

250 gm creme cheese
120 gm butter
120 gm gula ising

Lupa nak snap pic carrot cake tu secara solo, just amik yg ni je, lps potong. Tapi share bekas ngan kek gula hangus.. :)
Okies.. sekian entry masak2 aku yang sekarang ni duk feeling2 Masterchef Dungun katanya. :)

Roti Jala

Ok.. now nak masuk entry masak2 lagi. First time buat roti jala ni. Kuah kari mak yang buat. Hidangan ni dibuat untuk open house kat umah Ahad, 11.09.2011. So terusla cari resepi.. surf2 internet, banyak sungguh version. Ada yang guna santan...ada yang guna fresh milk. So aku pilih yang paling senang.

Bahan2

1 kg tepung gandum
1 tin susu cair ( Aku guna susu Ideal )
4 tin air ( Guna tin susu cair tadi )
3-4 biji telur ( Aku guna 4 gred b, Kalau gred A guna 3 pun ok )
Sesudu kecil esen vanilla dan garam
Pewarna kuning secukupnya ( Kalau suka warna kuning sangat..lebihkan, aku guna sesudu besar )

Cara2

Pukul telur sekejap( Tak payah guna mesin ), masukkan susu ideal. Kemudian masukkan air, pewarna kuning, esen vanilla dan garam. Lastly masukkan tepung.

Adunan mungkin akan berketul2 skit, Untuk itu blend semua adunan tadi dan tapiskan.

Ni la rupanya roti jala yang aku jala di depan tv.. :)
Menggunakan acuan roti jala, jala la sepuas hati. Gulung atau lipat roti jala mengikut kesukaan diri sendiri la. Aku ska gulung. Macam lagi senang org nak amik. So selamat mencuba.

Open House @ Widuri Impian

Alhamdulillah.. Ahad lepas 11.09.2011, selamat juga penganjuran open house kat umah aku. Dengan pertolongan misi gayah menyediakan nasi dagang yang menjadi kegemaran kawan2 ku dan juga aku.. dapatlah kawan2 dan sedara berkumpul dan merayakan aidilfitri sesama.. :) Terima kasihla kepada semua kawan2 yang datang dan juga sedara2 kat KL ni. Tak lupa juga En Boss aku yg sudi datang bersama wife dan anak nya.

Bila pk nak jemput orang datang umah ni, berkira 10 kali jugak. yer la dengan nak parking kat area umah ni yg susah, parking kat dalam ni kalau kosong leh la, kalau penuh, sudahnya tetamu kena park kat luar. Nak kena jaln jauh lak tu huhuhu..

Walaupun ada lagi open house kat bangunan umah aku ni, tapi alhamdulillah tetamu2 aku tak la susah sangat nak parking. Kebetulan masa diorang sampai ni, ada lagi petak2 kosong parking tu.

Dengan adanya open house ni jugak aku belajar la buat roti jala untuk julung2 kalinya, dan happy sbb menjadi. Aku suh mak buat kari. Sebelum buat tu, dia siap tgk dulu aku buat roti tu. Katanya dia akan buat kalau kuah kari tu kalau roti jala aku menjadi. :) Taraaa.. akhirnya menjadi. Resepi aku da tulis siap2 pada entry lain. Sila klik disini untuk resepi roti jala tu.. :)

Menu2 yang tersedia semalam (Semuanya ala kadar je la ):
1) Nasi Dagang Misi Gayah
2) Ketupat Daun Palas Misi Gayah
3) Ayam Masak Merah untuk makan dengan ketupat
4) Roti Jala dan kuah kari 
5) Sos Salsa dan Chachos
6) Tembikai

Minuman : Sunquick dan Air mata kucing

Kuih :
-Kek Carrot
-Kek gula hangus
-Muffin banana

Makanan yang tak terhidang : Tapai pulut. Sebab2 tak hidang ialah kerana tapai tu tak menjadi. Kata misi gayah, ragi nya tak elok. SO takper la, takde rezeki nak makan tapai tu. Ok la, tu je entry open house aku.

P/S : Hanisah.... kalau nisah ada lagi meriah la open house ni.. Takpe yer.. next time kita buat masa nisah ada kat sini :).. Miss u sis..


Tu la makanan yang terhidang.. :)

ketupat palas. Daun diimport dr Dungun..:)

percubaan pertama roti jala kuuuu


Banana Muffin

Kek gula hangus dan carrot cake

Main course : Nasi Dagang + Gulai ikan tongkol ( Pic gegar.. sbb lapar ..huhu)

Tuesday, September 6, 2011

Hexagon Alkaline Hydrogen Water Filtration System

Entry ni untuk mengucapkan jutaan tq pada : En Muhd Shah @ Abdullah kerana sponsor Water Filter kat umah aku. Ekeke.. Tq Ayah. :) Hepi. Dah bertahun asik beli air je. Rugi kan. So baru la dapat water filter kat umah. 
Hexagon Water Filter
 Beli kat Cosway kat umah aku je. Mulanya nak beli air kat Giant je, sekali Ayah nak sponsor. Langkah seribu la aku ke Cosway. Ekeke. Balik umah je, terus la pasang2 dan buat ujian PH dan Alkaline tu.
Ok.. Ni after test PH. So yang belah kiri tu selepas guna water filter and kanan sebelum.

Yang ni plak selepas ujian alkaline. So yang belah kiri tu selepas, dan sebelah kanan tu sebelum guna water filter
 So ni adalah water filter yang dihadiahkan sempena Hari Raya la.. Tq again ayah sbb bg hadiah yang mmg dah lama aku idam2kan.. ekeke..

Goodbye Sis.. :)

4hb 09, Nisah dah bertolak balik Russia. Ermm sekejap je rasa tempoh 2 bulan, mcm baru semalam pi KLIA amik dia, ni da hantar balik da. Pape pun still happy sebab this year boleh beraya bersama setelah bertahun2 tak raya sama2.

And alhamdulillah, dah dapat call dari dia yang dia dah selamat sampai ke Nizhny. :)
Anak Manja ayah.. Adik...
Ngan mak
Mmuahh.. love u sis
Happy Family (Not in the pic.. me!)
Sebelum Nisah balik, 2-3 hari asik nak kuar je . Spend time sesama. And beli barang2 keperluan Nisah yang tak setel2 beli tu. Daripada 2 bulan lepas kot belinya. :) Pic kat bawah @mv.




Ok.. chow.. :)

P/S : Nisah, makan kuih raya tu ingat la pada yang membuat tu.. ekekeke..