Monday, September 12, 2011

Kek Carrot

Satu lagi entry masak2. Yang ni jugak aku buat sempena open house kat umah baru2 ni. So untuk memudahkan aku buat lagi next time, so kena tulis siap2 resepi ni and kalau ada org nak foro leh la.. Altho percubaan pertama ni tak letak creme cheese. Tapi hasilnya ok la.. eatable la. :)

Bahan2
2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran ( Aku guna minyak canola )
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung
1 sudu teh bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala ( Aku tak letak ari tu.. )
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut

Cara2

-Panaskan oven 180 darjah
-Baking powder, baking soda, serbuk kayu manis dan garam diayak
-Pukul telur dan gula sehingga sebati
-Masukkan minyak, pukul lagi.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit
-Masukkan bahan2 yang diayak tadi
-Masukkan vanila, parutan carot dan kacang. Gaul sebati
-Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak dan bakar selama 40 minit.

Ok.. Walaupun aku tak buat creme cheese ari tu. Aku masukkan la resepinya
Creme cheese ( Toping )

250 gm creme cheese
120 gm butter
120 gm gula ising

Lupa nak snap pic carrot cake tu secara solo, just amik yg ni je, lps potong. Tapi share bekas ngan kek gula hangus.. :)
Okies.. sekian entry masak2 aku yang sekarang ni duk feeling2 Masterchef Dungun katanya. :)

No comments:

Post a Comment