Monday, May 21, 2012

Pahit + Manis = Kehidupan ( Affogato)

Waahh.. tetiba entry pasal kehidupan gitu. Hidup tak seperti yang kita nak. Ada orang dapat hidup seperti yang dimimpikan. Ada pulak yang tak dapat apa yang diimpikan. So hidup ini adalah seimbang. Semua yang bahagia akan merasai kesulitan seketika waktu untuk menyedarkan diri akan pencipta. Sama juga dengan yang sedih dan berada dalam kedukaan, akan diberikan kesenangan untuk menjadi pemanis dalam kehidupan. Yang ditakuti sekiranya mendapat kesenangan yang berpanjangan yang menyebabkan kita lalai. :)


Dah lama aku pegi minum affagato ( Vanilla + espresso ) kat Cyberjaya. Masa tu tengah sakit kepala dan stress. So makan pun tak agak2, semua aku makan..huhuh.. Jirrah bila stress... semua makanan aku hadap. :)

Tengah minum2, aku  terpikir, minuman pahit camni pun aku nak minum. Tapi bila pk balik, espresso tu ibarat kehidupan kita yang pahit, so kita nak tak nak, kita minum jugak, kita hadap juga sbb kita tak de pilihan, tapi dengan kehadiran vanilla ice cream, rasa pahit espresso pun hilang dan menjadi pahit2 lemak dan sedikit manis. Vanilla aiskrim lak ibarat kesenangan dan keindahan hidup kita. So sebenarnya dengan kehadiran dua rasa, pahit dan manis, itu la yang jadikan hidup kita meriah dan sempurna. So ada masa kita rasa perit, ada masa kita rasa gembira. Itu la yang dinamakan kehidupan. So apa yang ada pada diri aku hari ini ialah gabungan dua rasa. Pahit mungkin ada manisnya nanti. Doa yang berterusan yang perlu diamalkan, InsyaAllah, hidup akan bahagia dan kita sebagai manusia kena tahu bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Note : Tetiba entry nak berfalsafah lak.. and tetiba teringat muka Arina yang berkerut dan marah dengan Affogato ni.. Leh tak order minuman yang best skitt??? wink2.

Wednesday, May 16, 2012

Istiadat Konvokesyen ke 76, UITM...

Alhamdulillah, tanggal 14.05.2012, at last dapat jugak aku skrol degree yang ditunggu2. Setelah kepayahan dan kesusahan belajar secara separuh masa. At the age 31, baru dapat degree.. hehe, ok la daripada takde kan. Maklum itu la tiket kat company aku kalau nak naik pangkat lagi. Ermm.. hopefully ada la rezeki aku kelak. Penat lelah selama 5 tahun tu, buatkan aku sangat hargai degree yang aku dapat ni. Lain rasanya kalau belajar dengan duit sendiri ni. Usaha nya lebih skit. Dulu masa diploma, macam banyak memain. Maybe because aku pun dah matang. Usaha yang berterusan juga penting, sokongan family terutama yang menghadiahkan cik pooh untuk kesenangan aku ke kelas dan kawan2 yang tak jemu memberikan sokongan moral amat membantu. perghh.. tetiba ayat skima, tapi aku nak jugak tulis entry ni secara berhemah. Seorang lagi yang aku harus berterima kasih ialah En boss.

Ermm... tak tahu da nak tulis pape.. aku nak upload gambar during my big day. :) Credit to my beloved brother Judin yang sudi menjadi jurufoto kakakmu ini. And tq sbb tak charging me even a cents. tq2. Ohh lupa plak, tq jugak pada Cik Ngah n Mak Yah yang sanggup datang jauh2 nak raikan aku. Altho kena naik tangga, jalan jauh skit dari parking, tapi digagahkan jua. Penyumbang2 bunga2an, sampaikan aku tak cukup tangan nak bergambar... Tq to Mak & Ayah, Judin & Athirah, Kak Yah, Bonda Hasmah, Hanisah yang kirim bunga, Cik Arina yang sudi cuti and bought me carnations..loikeee dan Hafizu. Tq all.. sangat hargai.

Thanks to Geng2 Diva yang banyak membantu, sepanjang aku study dan sentiasa menyuntik semangat.. tq Kak Mahani, Farah, Yeen, Kak Norli and Ayeen.. leffff u allllzzzz sooo much... And to Abg Sen, banyak yang banyak memberi semangat dan sokongan sepanjang perkenalan. Tq alllllssss..

Btw ada org kata aku takde kawan... tapi bila nak tulis ucapan tq ni.. mcm ramai la jugak. ekeke...


With ayah... tq 4 everything..

Ayah n mak n Judin... :) Ni je pic yang ada Judin, Tq Jurufoto terjun .. :)

With sweet pie Arina.. :) Tq beb

Ayah n Mak.. lefff u all soo much

Nanti giliran Arina lak.. amik semangat dulu.. Go..Go Gurlll

Control...panas weiiii

Dengan Bonda Hasmah
Tu je la sempat nak upload, kalau upload semua nanti bosan lak tgk pic.. :) tata..


Friday, May 11, 2012

Alhamdulillah

Hari ni aku gerak pi keje dengan malasnya.. tapi kena rajinkan diri, today is Friday, last day for the week. So esok leh bangun lambat. :). This coming monday is my Convocation's Day. Orang lain dah berabad dapat degree, aku baru nak dapat. Setelah susah payah jadi pelajar luar kampus ni. Menyesal sbb dulu2 tak rajin kan diri sambung study, so now dapat la. Tapi pape pun, aku puas hati dengan pencapaian aku. Altho lambat, but still i can get it. Cuma lambat je la. So bulan ni altho hati terusik, sakit dan pedih, tapi Allah maha mengasihani dan pemurah dengan hambaNya. Dugaan sakit sikit tu dihadiahkan dengan kejayaan. Hari ni jugak aku dapat surat kenaikan pangkat. Alhamdullillah... Sujud Syukur kepadaNya. 

So pasni kena la keje baik2 dan harap akan ada lagi kejayaan mendatang. Amin.

Note : Baju konvo tak dapat2 lagi..huhu

Thursday, May 3, 2012

sakit sudaaa

Ermm.. Alhamdulillah, Jumaat tiba lagi. Boleh la aku rehat kat umah esok. Now flu plak. Ini yang tak larat, dengan running nose lagi. Kepala pun pening2 lalat je ni. Ishkkk.. Satu report nak kena setel by today ni.. Huhu. Hope dapatla siap jap gi. Lately ni kurang amik kurma, so tu jugak antara penyebab cepat sangat sakit kot. Kena restock kurma selain jaga makan jugak. Now no 11 kat klinik perubatan menara ni, aku no 16.. Dah la perut lapor. Huhu. Jap g harus la gegas pi makan2 sempena hari2 terakhir di opis ni. Next month bakal ke opis baru..huaaaa.. Donwanna to talk bout that la.. Spoil la friday aku nanti.

Btw, minah kat sebelah aku ni kerek lak.. Perasan aku usha laki dia lak." Abang, datang sini skit" sbb aku duk sblh laki dia.. Hahhah... Kalau dah laki dia hensem cam hero battleship tu takpe la jugak, ni mcm muka dwarf je... Astaghfirullahhhh.. Padan la aku sakit weiii, mulut jahat bangat ni.. Bising lak dia bercite ngan kawan dia, hubby I(dwarf) sakit kepala masa driving lately ni. And doc kata overstressed. And hubby pun menyampuk.. Mana la I tak stress kalau hari2 jumpa client yg cam CELAKA.. So mulut sama jahat ngan aku hari ni.. Hehe.. Btw, dia ok lagi, dia tak tahu aku lagi stress sbb hari2 pk option terbaik how to go to our new building next month..huhu

Ok la chow dulu.. Another 3 no to go...