Monday, May 21, 2012

Pahit + Manis = Kehidupan ( Affogato)

Waahh.. tetiba entry pasal kehidupan gitu. Hidup tak seperti yang kita nak. Ada orang dapat hidup seperti yang dimimpikan. Ada pulak yang tak dapat apa yang diimpikan. So hidup ini adalah seimbang. Semua yang bahagia akan merasai kesulitan seketika waktu untuk menyedarkan diri akan pencipta. Sama juga dengan yang sedih dan berada dalam kedukaan, akan diberikan kesenangan untuk menjadi pemanis dalam kehidupan. Yang ditakuti sekiranya mendapat kesenangan yang berpanjangan yang menyebabkan kita lalai. :)


Dah lama aku pegi minum affagato ( Vanilla + espresso ) kat Cyberjaya. Masa tu tengah sakit kepala dan stress. So makan pun tak agak2, semua aku makan..huhuh.. Jirrah bila stress... semua makanan aku hadap. :)

Tengah minum2, aku  terpikir, minuman pahit camni pun aku nak minum. Tapi bila pk balik, espresso tu ibarat kehidupan kita yang pahit, so kita nak tak nak, kita minum jugak, kita hadap juga sbb kita tak de pilihan, tapi dengan kehadiran vanilla ice cream, rasa pahit espresso pun hilang dan menjadi pahit2 lemak dan sedikit manis. Vanilla aiskrim lak ibarat kesenangan dan keindahan hidup kita. So sebenarnya dengan kehadiran dua rasa, pahit dan manis, itu la yang jadikan hidup kita meriah dan sempurna. So ada masa kita rasa perit, ada masa kita rasa gembira. Itu la yang dinamakan kehidupan. So apa yang ada pada diri aku hari ini ialah gabungan dua rasa. Pahit mungkin ada manisnya nanti. Doa yang berterusan yang perlu diamalkan, InsyaAllah, hidup akan bahagia dan kita sebagai manusia kena tahu bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Note : Tetiba entry nak berfalsafah lak.. and tetiba teringat muka Arina yang berkerut dan marah dengan Affogato ni.. Leh tak order minuman yang best skitt??? wink2.

No comments:

Post a Comment