Tuesday, May 31, 2011

Demam Nora Elena


Amik dari website TV3.. taste sungguh ngan citer ni...
Huhu.. sekarang aku da leh join geng2 kak limah, kak bedah.. sbb tengok drama bersiri lak. Sebab now takde kelas, and bila balik keje, tak tau nak buat apa (Bila ada kelas, mengadu penat and nak cepat balik umah, bila takde kelas.. tak tahu nak wat pe lak..huhu) so satu hari yang hening, aku tengok ada citer menariks kat tv3. Drama bersiri, Nora Elena. So aku tengok episod 1 cam da best. And setakat ni aku follow, pun best. So aku telah mengalami demam Nora Elena, balik keje tak sabar nak tunggu citer ni. Apa da. And yang best, kalau aku terlepas tengok pun takpe. Sbb aku leh dload lak dr satu blog ni, ermm lupa lak blog apa. tapi google je la.. Dload Nora Elena.. Terus dapat.. best2.

Aku pun da tarik sekali partner untuk sama2 menaikkan rating citer Nora Elena ni. :) Dan hasilnya, kitorang leh la goss2  ala2 aktiviti sebelum ini iaitu citer2 balik Desperate Housewive, leh lak slotkan lak goss citer Nora Elena ni.. ermm btw, lupa lak, malam ni ada Desperate. Kena set alarm kat hp ni. Kot lupa.

Bercakap pasal lupa ni, huhu tadi aku pi la meeting yang aku arrange last minute. Sbb last minute?? Aku overlook satu email dr customer aku dan aku terlupa nak arrange meeting awal2. huhu. Nasib baik berjalan lancar dan semua yang diperlukan hadir walaupun bila aku sampai tadi.. customer aku ni saja je bikin havoc, sebenarnya, meeting tu tak de pape yg penting sangat pun. Ermm lambat lagi kul 7 ni.. nak buat apa yer? Bau kat dapur tu cam best je. Adik aku masak lagi..............huhu... tergugat ni.


Nyum..nyum....
Note : Best lak makan kat KL Sentral hari ni.. enjoy lunch ngan Farah n Mahani.. burp... Chicken Teriyaki satu!!!! Siap!! ( Saja nak bakar org kat sand warehouse, sbb dia tak leh makan , katanya situ takde Subway, yang ada hanya la subcontractor dan subtitle je.. Hahaha..., kepada cik Yeen, ini la yang dinamakan BAKAR org..)

Monday, May 23, 2011

Hikmah di sebalik Apa yang berlaku

Hurmm... tajuk cam serius gitu. Tadi pagi sambil drive, dengan jam yang luarbiasa sebab terowong smart tutup tu, aku dengar radio. Dj tu kuarkan citer tentang sorang ibu ni yang dah berbelas bertahun-tahun mencari anaknya. Dia ni bercerai dengan suami dan hak jagaan anak pada si suami tu. Pompuan ni mengikuti berita tentang tanah runtuh kat umah anak yatim kat Hulu Langat tu dan terkejut bila tengok nama anaknya antara senarai pelajar yang terselamat dalam kejadian tu. Dia terus ke Hospital dan dia jumpa dengan anak yang dah berumur 13 tahun kot, and anak tu memang tak kenal dia sbb masa berpisah dulu, anak tu berusia 2 tahun. Sepanjang dia jaga anak di hospital, bekas suami nya takde pun datang melawat. Ermmm... kenapa nak hak penjagaan kalau tak nak jaga. Si ibu ni terkilan, dengan tindakan bekas suami yang buat tak endah dengan anaknya. Disebalik kejadian memilukan ini, masih ada hikmah disebaliknya, si ibu yang telah lama hilang jejak anak akhirnya dapat bertemu kembali. Mangsa yang meninggal, harapnya ditempatkan di tempat2 orang yang beriman, InsyaAllah.

Friday, May 20, 2011

Friday yang cantik

Tajuk entry mencerminkan da satu hari Jumaat yang ceria katanya. Walaupun bgn pagi terlewat skit, sampai opis still ada parking. Hari ni bfast lama skit, sambil sembang2 pagi Jumaat gitu ngan Kak Mahani dan Kak Nol. Lunch yang panjang hari ni apa nak buat yer.. akhirnya bertiga sampai ke Mid Valley. Da lama tak visit MV.

Nak buat ritual hari ni. Sampai kat Nail Parlour, terus je pedicure. Kali ni tambah dengan AHA treatment, including dengan pakej ialah colour skali.. Kebetulan plak dua-dua pun cuti bergaji gitu, terus pilih kaler.. haha.. rosak2.. Takpe la.. bukan selalu..hahha.. Siol je.

Balik umah petang, aku cam malas nak balik awal.. singgah MBO nak tgk movie. Ada citer Fast Furious 5 kul 8 malam. Balik mandi and gerak balik ke MBO.. Bape bintang aku nak bg kat citer ni. Ermm 5 bintang drpd 5 bintang. TASTE and TERBAEKKKK... :)

Ok la.. mata da ngantuk.. Chowwww

Tuesday, May 17, 2011

Cup cake plakkk

Today aku nak buat cup cake lak.. hurmmm.... nak kena buat jugak sbb bahan2 da beli ari tu. Pukul 12 tghari start la aku masuk dapur.. terusla aku jadi chef cup cake lak today. First time nak cuba ni. Nasib la jadi ke tak. Sebelum pape, aku nak tulis resepi dulu :

Cup Cake
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
sedikit kulit & jus lemon
1/2 cawan shortening
1 cawan gula
1 cawan susu segar

Frost

30 gm butter
80 gm creme cheese ( Philadelphia )
1 cawan gula icing ( Kurang skit pun ok..)
sedikit kulit lemon yang dicincang halus

Tu je la bahan-bahannya. Aku sendiri pun tak tahu camne rasanya, maklum hari ni chef posa lak..huhu.. tapi feeling2 macam best je sbb masa bakar tu nampak cam ok la.. tapi bila da letak frost tu, nampak cam manis sbb melekat kat tangan mcm terlebih gula..huhu... ni da pukul 630... jap lagi aku try la.. maybe makan cup cake 1 da cukup untuk kembali kan tenaga kalau termanissss... Jangan la manis sangat.. da la aku letak frost tu banyak pada satu2 cup cake tu.. huhu... 

Pic2 cup cake aku seperti kat bawah ni.. perasan cantik la tu.. huhu
Letak adunan separuh atau 3/4 cup, bakar selama 20 minit suhu 180. Then kena tunggu sejuk dulu baru boleh letak frost nyerr
2 kuntum bunga gitu.. :)
Lepas tu boleh la masukkan dlm fridge nak sejukkan frost tu.. :)
 Dah la pasal cup cake ni, aku nak buat sandwich lak. da nak berbuka posa ni.. tata....

Cheese Cake in Cup

Ok.. semalam takde wat pape.. teruskan usaha baking lagi. Feeling2 nak jadi Bree Van De Kamp gitu. So buat la cheese cake dlm cup. Ermm follow resepi dalam internet, yg ni kureng menjadi skit sbb dia tak letak whipped Creme.. So aku akan cuba buat sekali lagi dengan meng edit resipi tu. So aku nak tulis  edited version la kat blog ni.

Based :
1 Bungkus Mc Vities Biscuit ( Pack Kecik) (Hancurkan dan campur dengan gula )
2 Sudu besar gula
3/4 drpd 250gm butter (Melt dan campurkan ke adunan biskut dan gula )
Padatkan calam cup dan panaskan 8-10 minit

Cake :
2 Philadelphia Creme Cheese
2 Biji telur
1/2 Cawan gula
1 Sudu kecil esen vanila
175 gm Whipped Creme ( Kotak kecik tu 200gm, nak masukkan semua pun ok )
Tepung 2-3 sudu.

Masukkan adunan ke cup2 yang dah dilatakkan based tadi and bakar selama 20 minit dengan suhu 180.
Gambar cake yang nan hado ni.. aku letak jugak.. later2 bila da mahir lagi, aku post lagi.. walaupun tak cantik, tapi sbb usaha tu ada, so kena hargai la.. ekeke... tepuk tangan  untuk diri sendiri la lebih kurang.. ekeke.

Based ni kena bakar dlm 8-10 minit dengan suhu 150


Lepas bake.. ermm.. tak cantik sangat la.. huhuhu

Saturday, May 14, 2011

Banana Muffin... :)

Pagi tadi bangun awal. Hantar mak n ayah ke Putra nak balik Dungun. Sampai umah, adik pun da bertolak ke Fraser Hill, camping lagi. Duk sorang2.. ermmm... nak tido tapi mata tak lelap. So tengok tv dan tengok DC Cupcake. Rasa macam nak baking plak. Terus on lappy and surfing resepi. Ermm nak buat muffin la. Teringat kedai kat Bandar Baru Bangi yang jual barang2 kek and biskut.

Sampai umah, tengok tv dulu nak biarkan butter lembut. Dan kul 630 start la aku jadi chef dipetang hari. Dan hasilnya seperti dibawah... Alhamdulillah, menjadi....






Sebelum aku lupa lak dengan resepi ni baik siap2 tulis kat blog ni :


Banana Muffin ( Untuk 18 biji muffin )

Bahan-bahan

1/2 cawan butter ( Room Temperature )
3/4 cawan gula
2 biji telur
2 biji pisang (Kalau kecik, 4 biji)
1 sudu esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu baking powder
1/2 sudu baking soda
1/2 cawan chopped pecan or walnut ( Optional )

Cara-cara

  • Pukul butter & gula sehingga kembang
  • Dalam bekas berasingan pukul telur, pisang yang telah dilecek, tepung, baking powder, baking soda dan esen vanila.
  • Kemudian campurkan dengan adunan butter and gula tadi. 
  • Kacau rata
  • Masukkan kedalam cup muffin separuh.
  • Bakar dlm oven dengan suhu 180-200 dalam masa 20 minit
Tu je la keje nya aku hari ni. Orang pertama yang rasa muffin ni.. ialah cik Ayeen.. katanya aku leh lawan cake boss pasni.. ekeke... Tq la sebab pujian menggunung tu...

Tuesday, May 10, 2011

Rehat @ home

Macam pelik lak... near 5pm tadi, sembang dengan partner.. apa aku nak buat petang balik keje nanti. Biasa ada kelas, now da boleh balik umah terus. Kalau dulu, time2 takde kelas, mesti melepak ngan Cik Yeen yang sekarang da jauh di PG. Mata mengantuk, balik mesti tido..huhu.. sungguh tak efisyen. Ingat nak berenti mana2, mid valley ke, tapi tanak la...baik balik umah, kemas pape yang patut. Buku2 sepah2 kat umah tu baik aku setelkan. End up, now aku tgh update blog ni, buku2 masih tak kemas2 jugak.. apa punya pemalas la aku ni..huhu... Esok nak kena pi Penang keje, tadi da hello mak n ayah ajak temankan sambil2 tu leh treat for Mother's Day kan.. maklum la, aku yg paling last wish gitu..huhu. Nak kemas baju untuk ke sana pun malas. Apa la nak jadi ngan aku yang semakin2 malas ni.

Tadi lepak2, kat daybed feeling2 Cleopatra, tgk citer Nora Elena... ermm boleh tahan jugak, baru episod 2. Semalam pun aku layan gak. Leh la jadikan citer mengisi masa lapang. Daripada aku tido kan. Citer ni cam ok la.. mau tak ok kalau Aaron Aziz yang act.. hehe.. Mantop... Tapi tak tahu lak mana satu hero nya.. dia ke or Inspektor dlm Gerak Khas tu..:) Ermm tak taste sangat dengan yang tu..

Huhuhu.. Lapo la plak... 2 -3 minggu ni makan tak hengat..ingat nak la try diet ni.. menjadi ke tak la..tengahari tadi da makan nasi..ingat malam ni nak  minum milo je.. tapiiiii... dengar mcm ada org memasak kat luar... huhu.. mesti adik aku masak.. ekeke.. Tahan2... Jangan kuar bilik.. Isyak n tido.. Ok la.. da sampai masa nak sleep.. huhu... Tak leh sleep lagi la.. Desperate Housewive malam ni daaaa... chowssss

Sunday, May 8, 2011

Yahoooo.. exam da abis

Huhu.. at last.. abis jugak exam aku untuk sem ni. Tadi before exam, sempat call mak nak ucap selamat hari ibu.. tetapi nampak nya aku la yg paling last wish "Happy Mother's Day". Nisah da Judin awal2 lagi da call.. ishk2.. itu takpe jugak, katanya Misi Gayah tadi, cikgu cina yg menyewa umah tu pun wish mak aku happy mother's day awal daripada aku.. huhu..

Hari ni pinjam kereta Judin sbb kena pi Muar. Esok ada kerja kat Muar..huhu... Pi exam tadi dengan barang2 da siap bawak semua. Exam tadi aku kuar awal dr dewan.. sebab tanak gelap nak cari hotel..ishk2.. Da keje kan, so kena la patuh.. So now.. aku bersiaran dari hotel kat Muar ni. Masuk hotel ni aku senyum sorang je.. sbb aku ingat pintu almari, walhal pintu bilik air.. hehe.. Tapi pape pun yg best pasal hotel ni, ada wifi.. tak la bosan aku nak tunggu time tido ni... Ermm and da sampai time tido pun.. esok kena bangun awal.. papaiiiii.... kat bawah ni pic pintu bilik air yg aku sangkakan pintu almari..huhu... teruja aku.





Tuesday, May 3, 2011

Minggu yang CEMAS

Weekend lps... aku dan Arina ala2 study maut gitu..cuti 1 May pun tak kuar..kena la pulun.. ni je masa nak tgk buku.. Exam ada 2 paper lagi.. Yang hazabnya.. Selasa da 3hb.. Aku kena pulun buat report lak kat opis. So hari ni..3 hb, aku bangun awal2.. feeling2 cantik, make up all..sbb nak cari mood baik nak buat report. Kena jugak dapatkan parking kat LG4, so mmg kena usaha pi awal. Sampai opis, alhamdulillah, ada parking. Beli sarapan and makan cepat2, terus la aku start buat keje. Non Stop aku pecut demi nak cuti exam lak..huhu.. penat seyy... Nasib baik hari ni tak ramai yang call. Kalau call pun, maybe aku tak dengar sbb da pekak dengan lagu2 yang kuat aku pasang. Ala2 DJ. Biasa la kalau minggu report. Aku masuk konti lagaknya je ler.. Berenti lunch kejap, and aku sambung lagi. Hari ni aku kena siapkan at least 80% report tu. At last kul 7 aku stop sbb takut boss aku lak balik nanti.. Aku takut ada "Orang Lain" nak masuk shift kan.. So cepat2 aku off lappy. Yang happy nyer, report aku da siap 80%. Tercapai KPI ari ni.. :)

Sambil drive, jalan jam skit sbb ujan, mata aku asyik baca no plate kereta je.. huhu... maklum sbb byk sangat tilik nombor masa buat report tadi..huhu..  so kalau aku nak beli no. pun boleh tadi.. sbb mata aku dah digest byk sangat no. hehe...

Ok, sbb aku mmg da blur2 katak ni.. so aku nak sleep dulu. Esok kena sambung perjuangan skit lagi.. Maju2!!!!