Sunday, December 28, 2014

Banjir 2014 & Kehilangan pesawat Air Asia QZ8501

Dugaan di penghujung 2014. Banjir besar di negeri-negeri pantai timur dan beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.
 
Semalam mak, ayah dan adik balik Terengganu. Dari KL diorang berlepas jam 9.30pagi, sampai di Dungun dalam 10.30mlm. Jauhnya perjalanan disebabkan lebuhraya Pantai Timur dinaiki air. Bila tengok FB, keadaan di exit Temerluh memang dipenuhi air. Patutla LPT tidak di buka kepada semua kenderaan. Dah macam sungai.
 
Alhamdulillah mak dan ayah dan Judin selamat sampai ke Dungun.
 
So 2-3 menjak ni aku duk dengar berita dan tengok2 entry kat Facebook. Macam-macam yang komen. Ada yang positif dan ada banyak yang negatif. Entahla manusia ni, bila di timpa bencana, semua menuding jari menyalahkan orang lain. Bantuan lambat sampai di maki. Yang peliknya yang terlebih maki tu yang tak terlibat dengan banjir tu.
 
Sekiranya tidak dapat membantu secara langsung, baik la kita berdoa dan menghulurkan bantuan dengan menderma dan sebagainya. Jangan disebabkan kita concern saja, kita nak salahkan badan-badan atau pihak yang berusaha untuk sampai ke lokasi bencana untuk membantu.
 
Ingat la semua itu dugaan yang diberikan kepada kita. Semoga selepas ini kita mendapat iktibar disebalik semua yang berlaku.
 
Tidak cukup dengan komen negatif berkenaan banjir, kehilangan pesawat airasia pada 28hb 12 juga menjadi isu hangat di laman sosial. Di FB semua orang membuat komen dan membuat analisa berkenaan isu kehilangan. Ermm.. Yang tak best nya ada yang membuat berita palsu dan menyebarkan di FB, yang membaca pulak tanpa usul periksa terus share kepada semua orang. Dalam beberapa minit sahaja, macam2 berita yang kita dapat. Berita yang tidak sah.
 
Hope kita semua alert dengan perkara2 seperti ini, sekiranya berita itu tidak sah, elok la kita sekadar membaca dan jangan klik button share.

Sunday, December 21, 2014

Century Battery - 21.12.2014

Lately ni bila nak start enjin kereta, asik 2 kali tekan button. Ishkk.. musykil plak dengan kondisi bateri kereta. Bila aku google2, kebanyakan orang kata hayat bateri dalam setahun setengah, bergantung jugak dengan penggunaan kereta tu la. Kalau banyak jalan long distance, lagi save daripada yang start kereta and pi dekat2 je.
 
So disebabkan preve aku dah nak masuk usia 2 tahun in 4 months time. So aku decide nak tukar je la bateri nya. So aku pergi ke kedai di PJ. Adik aku yang recommend. Situ memang harga nya murah. So aku pun pi la smlm.
 
Disebabkan kereta dah gerak dan jenjalan, so kalau dia nak check kondisi bateri pun kira dah tak accurate. So aku decide nak tukar jugak la. Harga pun not bad. Untuk bateri 23L tu, aku dapat dengan harga RM210. Tolak dengan bateri lama RM20, so jadinya harga RM190. Ok la tu.
 
Lepas tukar bateri, biasa la, radio semua akan kacau la kan. So smlm after start enjin. Sudahnya kena masuk pin code untuk radio. Ermm.. carik2 dalam manual tak jumpa, so aku google la.. nasib dah ada yang share. So kalau nak set balik. masukkan pin code 0000. Semua preve shub be same la.
 
So tanggal 21.12.2014 aku dah tukar bateri. Setel satu. Next!! Tayar. :)

Philips Air Fryer.. Sila beli!! :)

Alhamdulillah, dah lama duk aim air fryer ni.. akhirnya berjaya jugak dimiliki.. gituuu.. Sebelum ni berkira nak beli... harga  lebih kurang RM1000. Macam mahal je.. Tapi smlm..H cakap apa kata tukar points credit card, and tambah la skit duit untuk beli air fryer tu. Gooood idea. Kami dah tengok2 points mana yang lebih bagus. Bila gugel2 maybank treat points tu, Aeon Big bagi offer bagus skit dan menguntungkan. 25,000 points untuk RM105.
 
Mula2 sampai Mid Valley, siap2 survey ada tak air fryer kat Aeon Big. Yuhuuu ada la.. harga pun best RM799. Tengah sale. So kami terus ke Garden , tingkat 2 untuk ke maybank treat points tu. Terus tukar. Dapat RM105x6 :).
Ini wajah kegembiraan selepas tukar points :)
Terus la gegas ke Aeon Big. And aku hanya bayar RM169 je.. Baucer RM630. Memang best la. :) Dapat plak free gift daripada Aeon Big.
 
Terus balik umah dan nak mencuba.. Gigih sungguh kan. Tak sabar punya pasal. H dah beli nugget kat Aeon tadi. Nak try masak hehe..

Dah sampai umah :)
 


Ini lepas di masak. Hanya 10 minit pada suhu 200c. Rasa memang best. Dalam 5 minit masak keluarkan dan shake2 skit, pastu masukkan balik. Cara penggunaan sila rujuk manual :)

 
Ini la keadaan kat bawah, apabila dah keluarkan tray jaring2 yang letak nugget tadi. Kalau ada lebihan minyak pun jatuh kat sini la. Lap je ngan tisu basah after guna. Senang kan?

So aku sangat berpuas hati dengan air fryer ini. Rasa healthy je sbb tak perlu gunakan minyak. Sekiranya perlu pun, hanya 2 sudu minyak bergantung kepada masakan apa yang kita nak buat la. Boleh rujuk resepi yang diberi.

So aku memang cadangkan kepada semua, silakan beli air fryer ini. Sangat mudah cara penyediaan, healthy dan yang penting rasa makanan tidak berubah, malah pada aku rasa lagi best :)
 
 

Wednesday, October 29, 2014

Resepi Mashed Potatoes with White Sauce

Gitu.. entry resepi kali ni. Western sekali sekala. Kekdahnya aku takde idea nak masak apa. Then kawan aku bagi cadangan masak grill chicken dan mashed potatoes ni. So aku google la lebih kurang resepi nya. Tapi aku tak ikut sepenuhnya sbb banyak gak bahan yg aku takde. Tapi rasanya not bad. Sbb tu aku nak share dalam ni.

Mashed Potatoes

Bahan2
1) 2 biji potato ( Russet atau US ). Jangan guna yang kecik2 tu, rasanya lain nanti
2) 3 biji bawang putih, dicincang
3) Sedikit lada hitam, ditumbuk ( Kalau ada yang serbuk tu, leh je guna)
4) Sesudu besar butter
5) Sekeping cheddar cheese
6) Setengah mangkuk fresh milk
7) Garam

Cara2
1) Kupas kulit potato, potong 6. Kemudian rebus sampai empuk. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Setelah empuk, toskan. Kemudian lenyek2 kan kentang. Ketepikan seketika.
2) Panaskan butter, masukkan bawang putih yang telah cincang halus  dan lada hitam
3) Kemudian masukkan fresh milk dan cheddar cheese. Kacau. Dan masukkan sedikit garam.
4) Bahan yang telah dimasak tadi kemudian masukkan ke dalam periuk potato yang telah dilenyek tadi.
5) Kacau sebati dan seterusnya boleh tutup api.

White Sauce

Bahan2:
1) 2 biji bawang putih di cincang halus
2) Sediki lada hitam ditumbuk
3) Sesudu besar butter
4) Sekeping cheddar cheese
5) Fresh milk 3/4 mangkuk
6) Sesudu besar tepung gandum
7) Sedikit garam

Cara2:
1) Panaskan butter , kemudian masukkan bawang putih dan lada hitam
2) Masukkan fresh milk
3) Masukkan gandum. Gunakan whisk untuk kacau sos ini. Laju2 jangan bagi berketul.
4) Masukkan cheddar. Kacau lagi
5) Masukkan sedikit garam

Dan siap la semuanya. Actually bahan2 yang di gunakan lebih kurang sama je. So simple sangat dan cepat disediakan. Selamat mencuba.

So ini la rupanya. Aku makan dengan grill chicken dan salad baby romaine.


Gulai daging

Entry Resepi :

Resepi ni aku cara paling mudah untuk di buat. So aku bagi la cara2 nak buat ni ya.

Bahan-bahan :

Daging lembu atau tulang lembu ( Mana2 la yang di sukai )
*Bawang Besar - Dalam 1-2 biji
*Bawang putih - 3-4 ulas
*Halia - 1/2 inci
*Lengkuas - 1/2 inci
Semua bahan bertanda * di kisar halus
Gula Melaka
Garam
2 sudu besar kerisik

2 sudu membukit rempah kari ( Yang ni aku beli dari peniaga rempah kelantan )
2 sudu besar cili giling
Sedikit air
Santan

#Sedikit kulit kayu manis, Buah pelaga, cengkih dan bunga lawang
#Bawang besar yang di mayang halus.
#Minyak untuk menumis

Cara-cara
1) Bahan yang di kisar di masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan 2 sudu rempah kari dan 2 sudu cili giling. Kacau sebati
2) Panaskan minyak dan masukkan bahan2 bertanda #. Goreng sampai kekuningan
3) Kemudian masukkan bahan2 campuran bawang dan rempah tadi
4) Masukkan gula melaka untuk manis, dan garam untuk kemasinan yang diingini. Bergantung kepada citarasa masing2
5) Masukkan kerisik. Kemudian tumis bahan2 ini sehingga pecah minyak atau masak segala bawang2 tadi.
6) Masukkan daging atau tulang dan 2 cawan air.

Disebabkan daging atau tulang ini sangat lama nak empuk. So aku masukkan ke dalam pressure cooker kesemua tadi. Mean aku pindahkan je dari periuk ke pressure cooker ku. Apa lagi Philips Pressure Cooker yang di beli terus beraksi la. Dalam tempoh 30 minit sahaja. Daging/ tulang sudah empuk

7) Selepas masak tulang atau daging, then baru masukkan santan. Aku masak dalam 10 minit lagi. Dan selesai semuanya.

Selamat mencuba :)

Wednesday, October 8, 2014

Sushi King berwajah baru

Sebelum beli tv semalam, kami decide nak dinner je kat sushi king. So masuk ke Sushi King Mid Valley ni. Uii dah ada new system. Kalau dulu main tekan2 butang nak panggil waiter atau nak mintak bil. Tapi kali ni dah letak i pad untuk order dan panggil waiter. :)

Teruja la sangat si H nak guna i pad nak main order2 ni. Guna i pad ni menarik skit la. Tapi smlm lambat skit order sampai. Ingat nak tya dah waiter diorang dapat tak order kami. :) Tapi belum sempat nak tanya, dah sampai yang di order.

Aku mcm biasa la. Sushi wajib adalah inari boat je. Yang lain makan gitu2 je la.

Itadakimasu!!

Inari Boat :)

Sesi Mengorder..
 




 

Harvey Norman Sales : Factory Direct Price

Lately ni asyik malas je nak tengok tv kat hall. Sudahnya masuk bilik main ngan ipad je la. Then terpikir nak beli tv. Altho hall ngan bilik 3 langkah dah sampai.. tapi rasanya aku kena beli tv gak. Konon nak stream online tgk drama all. :)
 
Kat office ni ada plak brochure Harvey Norman. Sale dari 4.10-13.10.2014. Mata dah bersinar ni. So smlm aku haruk la H pi MV. Konon nak usha dulu. Aku usha 2 tempat la. Kat Harvey Norman dan Aeon. Then lepas solat maghrib cergas pi Harvey Norman. Mata macam dah berkenan ngan LG. Kalau Samsung, harga cantik kat Aeon. Tapi untuk model LG, takde kat Aeon tu.
 
Then aku terus pi kat LG, Salesman yang menjual ni aku ska. Setiap soalan yang ditanya dia jawab detail dan untuk aku yang kayu teknologi ni. Dia cite sampai aku paham la. Gaya tanya cam nak beli tv melengkung 20,000. hehe.. Tapi takpe la kan. Kita kan pembeli, oleh itu kena la tanya semua yang kita tak tahu, so that dah sampai umah nanti tahu mcm mana nak guna tv ni.
 
Jangan harapkan tv je smart, tapi tuan tak smart kan.. Cannot.. :) Then aku pun berjaya beli LG 39LB58 dengan harga RM1449. Murah kan. :) Sebenarnya aku nak yang 42 inch, tapi takde stok dan kena order. Memang tak la untuk aku yang kalau nak sesuatu .. mmg dan2 tu nak. :) And sbnrnya mmg kena beli yang kecik pun memandangkan bilik aku yang sekangkang kera tu.
 
So smlm berjaya la kami membeli tv tersebut dengan harga yang sangat berpatutan. Now tv dah tak semahal dulu. Bagus la.. so dapatla aku merasa menggunakan smart tv ni. H kata pasni bini dia tak kuar bilik la, asyik berinternet ngan tv :)
Tak menyempat2, smlm terus pasang tv ni. :)
 
Eleh.. purak2 malu my lovely H ni.. :)


 
 

Monday, September 29, 2014

Shopping kain @ Jakel KL

Saturday lepas aku ajak H ronda KL jap after breakfast. Actually sebelum tu aku dah dapat sms berkenaan Jakel KL ada sale pindah kedai. Gitu la citernya. Aku pun gigih la pergi. H tunggu dalam kereta je. Aku je yang turun. Konon nak tengok keadaan la. 

Melangkah masuk ke Jakel.. dah sangkut 2 kain cotton yang memang aku minat. During raya ari tu kain ni dalam 30 semeter.. now jadi RM75 sepasang.. mana tak pitam kan.. haha. Terus aku grab la. Then naik ke tingkat 1. Huhuhu.. lagi best pilihannya. Rambang mata. Aku quick shopping mengenangkan H ada alam kereta. :)

Pilih punya pilih.. Tak perasan dah banyak. Kan tak terbayar plak. Then aku terus bayar, Yang best sempat ambil sepasang lagi after bayar.. Mak punya hehe. Dah masuk kereta lupa aku sepatutnya nak tengok lace. Ermm takde rezeki la. Maybe next time. Sbb kalau tak silap sale ni sampai end of october.. wink2.

I am is the rambang mata u ollsss..

Hasil tangkapan ku.. bila nak tempah ni ek..

Tada... jenuh la nak menghantar tailor.. gatal membeli.. rupanya baju dalam almari yang tak bertempah dah ada banyak.. so stop buying kain la .. :)

Dinner @ Laman Grill by Chef Zubir

Ahad lepas aku jenjalan dengan En H. Lunch kami ke Sushi King Leisure Mall dan lunch bersama mai n udin. Lepas Leisure Mall aku still rasa nak jenjalan. Then H ingat kan yang aku ada sebut pasal Laman Grill by Chef Zubir ni. Then aku baru ingat aku nak cuba makan kat situ. Aku google ada 2 cawangan restoran ni. So kitorang pilih cawangan Kajang. 

Dalam 6.30pm kami sampai ke restoran ni. Kami pelanggan pertama untuk sesi dinner kot. Masa masuk tu restoran lengang. Yang ada satu table telah di reserve. Yang lain free to sit la. So kami pilih seat kat tepi tingkap. Susun atur dan perabot memang cantik, simple yet elegant. Gitu komentar nya, mentang-mentang owner restaurant chef di masterchef :).

So kami study la menu tu. Actually still kenyang penangan sushi. Tapi sbb dah sampai sini. So kami decide nak makan pasta dan platter. Then kami panggil la pelayan untuk meng order.. kekdahnya. Datang la seorang pelayan ni. Aku rasa dia bajet dia hero remaja kot. Feeling2 handsome dan datang mengambil order kami.

Kami pun order la. Then aku mcm nak tanya samada lasagna dan spagheti yang mana ok kan. Pastu dia tutup pic lasagna dengan cakap sold out. Nampak biasa je la kan. Kalau korang ada kat tempat aku ari tu, rasa nak bangun dan blah je. Intonasi cakap mmg out. Kedai mamak lagi bagus kot cara layan customer. Huh..

H dah tak sabar sangat. Tapi aku try buat cool.. sbb malas create moment tak best kan. Then aku ckp la aku nak desert, tapi hantar later skit. Then dengan intonasi bangang lagi.. dia ckp.. Nanti nak bagi tau.. Sambil ambil menu dan blah. 

Erkk.. mmg bagus cara layanan tu kan. Kata fine dining, tapi service mcm ... 

Ok.. Ketepikan service mengarut tu. Aku nak komen tang makanan. That day aku pilih makanan seperti di bawah :

Frutti de Mare - Pasta ni mmg best, aku recommend pada yang ska pasta. Rasa masam sos pasta ni mmg terangkat.. RM22.50

Meat Lover's Combo Platter - Pada aku yang tak ska sangat makan daging selain kambing ni.. aku rasa platter ni so so je la. Tapi yang ska daging, maybe best kot. H yang banyak abiskan. :) RM63.50

Caramelized Apple Bread & Pudding - Terbaik.. i like it so much.. bestttt.. RM11.50
Kami order lime juice 2 dan mineral water 1. Tapi pelayan feeling model tu bawak 1 air je and mineral water 1. H kata tak yah mintak dah, Minum je apa yang ada. Overall rasa makanan tidak mengecewakan, tetapi pelayan itu je yang buat suasana restoran tu kelaut. Seorang je yang aku tak puas hati, Yang lain ok kot. :) Lepas ni aku teringin nak cuba yang kat shah alam.. hope pelayan seperti ini takde kat sana.

Thursday, September 18, 2014

Dinner @ Miyagi Bangi

Hari tu feeling nak dinner makanan jepun gitu. So kami decide nak ke Miyagi di Bangi. Restoran ni pernah masuk jalan-jalan cari makan dan aku pernah la makan kat situ. Apa yang aku ska kat situ garlic rice nya. Yang lain tu, lebih kurang je ngan mana2 restoran makanan jepun lain. Sushi plak aku prefer sushi king je.
 
So kami decide nak ke Miyagi malam tu. Sampai je kami terus duduk dan study the menu. Gitu.. :) So pilih punya pilih, kami pun buat keputusan nak makan teppanyaki set. Aku amik ayam je, H amik Salmon. Then kami tambah dengan ayam goreng.
 
Garlic rice tu ok.. tapi malangnya lauk2 malam ni sedikit masin. So aku tak lalu nak habiskan. Last time kami datang, the food mmg best, maybe kami tersilap menu kot. :) Tak pe la.. takde rezeki kami nak menikmati sepenuhnya. Anyway kat bawah pic kami. 
 
Disebabkan keloyaan sbb aku tak leh terima kemasinan tu. Aku jalan ke Bangi kopitiam. Order milo dan kuey tiaw goreng.. hado?? haha..

Miyagi Restaurant
H order salmon teppanyaki set
 
Aku amik chicken teppanyaki set

 
 



 

Wednesday, August 27, 2014

Daging Blackpepper dan Roti Stim

Huii... Minggu ni teruja nak masak je. So semalam aku buat daging black pepper dan makan dengan roti yang di stim. gituuuu
 
So terus pada resepi la :
 
1) 1 bungkus autralian lamb dalam bentuk kiub, lupa berapa beratnya tapi harga dalam rm13.  ( Aku beli kat giant, sampai rumah aku potong kasi nipis skit)
2) Sebiji Bawang besar *
3) 2 inci halia *
4) Lada hitam * , aku guna sesudu besar, kalau nak lebih, boleh lebihkan.
5) 5-6 ulas Bawang putih *
- Bahan2 bertanda *, di blend
6) Mixed vegi dan baby carrot ( Di rebus terlebih dahulu )
7) Kicap
8) Sos tiram
9) Garam untuk perasa
10) Bawang besar dan cili besar di mayang ( Untuk masukkan akhir sekali )
 
Cara :
Tumis kan bahan-bahan2 kisar. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Then masukkan garam.
Kemudian daging masukkan ke dalam pressure cooker dan curahkan bahan2 tumis tadi. Set kan untuk masak daging, dan biarkan sehingga masak. Ikut prosedur guna pressure cooker, selepas lepaskan steam, then masukkan bawang dan cili yang di mayang serta mix vegi yang direbus tadi. gaulkan sebentar dan tutup kembali.
 
After 15 minit dah boleh hidang. Semalam aku stim kan roti putih gardenia. Then cicah pada kuah daging ni. :) Kalau tanak stim pun takpe, tapi if stim kan dulu roti tu, lagi best la.
 
Kat atas kalau guna pressure cooker, kalau tak guna takpe.. cara biasa la, tumis bahan2 kisar, then masukkan daging, kicap dan sos tiram. Then jangan lupa masukkan garam. Bila daging dah empuk, masukkan mix vegi ( tak perlu rebus dulu la). Last sekali masukkan bawang dan cili besar yang dimayang. Settle... :)
 
Kat bawah ni pic resepi :

Roti stim dan daging blackpepper
 

Sesi Motivasi bersama Amin Idris- Think Big!

Last week aku mendapat jemputan daripada HR company aku untuk attend satu kursus bagi menaikkan motivasi pekerja. So aku pergi la. Satu sesi ialah bersama Amin Idris. Actually aku tak kenal beliau ni sehingga aku attend training ni. Maklum aku jarang buka channel al hijrah. :) . Beliau adalah pengacara rancangan pagi di Al Hijrah. Kalau tak silap aku nama rancangan ialah "Assalamualaikum".
 
Orangnya handsome dan sangat stylo. Yup... untuk jadi motivator kena la berketerampilan menarik selain daripada ilmu yang ada untuk dikongsi kepada pendengar. Untuk 2 hari bersama Amin memang sesi yang menarik. Segala yang di kongsi kepada kami sangat bagus dan membuatkan aku bersemangat. Selain itu, beberapa aktiviti yang dijalankan juga sangat bagus. Kami semua tak sempat nak mengantuk la.
 
Dalam sesi ini kami diajar untuk berfikir jauh, think big.. dan jangan mudah berputus asa. Sekiranya mendapat sesuatu tugasan, perlu di buat secara bersungguh-sungguh. Ada perkara yang memerlukan pemikiran yang jauh, out of the box.
 
Begitu juga dengan impian kita, cita2. Sekiranya cita2 kita pelik dan seperti sukar di capai, jangan malu untuk terus bercita2 begitu, kerana itu la yang bagus. Kita berfikir jauh dan bukan sekadar impian yang biasa2 sahaja. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Yang penting cara untuk merealisasikan impian itu. Buat kerja betul dengan cara yang betul.
 
Tq kepada organisasi aku yang menjemput aku menghadiri sesi ini. Sangat berinformatif. Banyak yang aku pelajari sepanjang sesi 2 hari ini.
 
Sempat jugak nak bergambar ngan Amin Idris :)
 
:)
 

Tuesday, August 12, 2014

Philips Pressure Cooker

Akhirnya aku berjaya dapatkan pressure cooker ni, dari sebelum raya dah usha2. Yang konvensional, yang eletrik. Then aku decide nak amik yang elektrik sbb kalau takde gas, leh pakai periuk ni masak kan.
 
Aku duk usha2 yang mana lah elok kan. Tengok review orang2 yang pakai, google how to use la. Cousin aku kat kampung pakai NOXXA by Amway. Dah teruja nak pakai yang tu gak, tapi harga mahal. Altho leh bayar ansuran. So aku padamkan niat la. So balik KL after raya aku tengok kat LAZADA, harga Philips Pressure Cooker ni just RM349. Free delivery. Terus klik beli!!

So untuk sesiapa yang berminat untuk beli kat LAZADA jugak.. boleh la ke url :
http://www.lazada.com.my/shop-pressure-cookers atau http://www.lazada.com.my
 
Isnin beli, Jumaat dah sampai opis. Alhamdulillah.
 
So semalam, aku cuba la masak dalam periuk tu. Aku nak test masak daging. Actually boleh masak terus dalam periuk tu, tapi aku tak study habis lagi. So aku masak kerutuk daging dalam kuali, then masukkan ke periuk tu untuk lembutkan daging je. Senang je, masukkan daging, then pilih butang daging dan tekan start. So dia dah auto set 20 minit untuk masak daging.
 
Tunggu je la. Sampai dah bunyi tanda masak dan blink2 light kat Keep Warm. Time tu laraskan ke lambang untuk buang pressure. Berdesup keluar wap. Be careful time ni. Then lepas tu off periuk dan boleh keluarkan daging.
 
Nampak tekstur daging tak berubah. Cam keras je.. Tapi bila makan.. terbaik.. isi daging lembut ya. Aku ska tekstur camni. Tak terlalu lembut tapi rasa best.
 
So untuk pertama kali guna pressure cooker ni, aku rasa best dan memudahkan serta menjimatkan masa. Aku mmg recommend sesapa yang nak beli periuk camni.

NI masa aku dah release pressure tu.. tapi x nampak plak wap2 yang keluar dlm pic ni :)

Kerutuk inside. Auto set untuk daging 20 minit
  
Dah sampai !!!
 

Monday, August 11, 2014

Memancing di Kuala Dungun.. My hubby happy!!

During raya pun nak mancing kan.. :) Alang2 kat Dungun, H teringin la nak mancing. So on Friday tu, petang dah near 6pm kami pergi la memancing tempat sama. Kuala Dungun. Betul2 depan pasar. Sebelum tu beli umpan di Nirvana. kitorang amik ikan kecik 3 ekor (1.80) dan udang 4 ekor (2.40) hehe.
 
So dah sampai tempat mancing, kali ini kitorang duk kat jetty nak ke Tenggol. Kebetulan orang yang mancing awal tu dah nak balik. So kami duk la situ. Aku seperti biasa ngan i pad je. Semua H yang buat letak umpan kat joran all.
 
Dalam 6.30pm H teruja sebab dapat ikan. Aku dalam pikiran dah agak2 tu mesti ikan belukang, sebab ikan tu yang banyak kat sini. Sekali bila naik, ikan kakap merah. Weuwww... Happy. Then lepas 5 minit, Dia dapat pulak ikan mcm ikan todak tu. Ayah bgtau ikan sembey. Entah betul tak ejaannya aku tak sure. Aku call ayah dulu, sbb kalau tak makan, nak lepaskan balik ikan sembey tu. Sekali ayah kata best kalau buat singgang.
 
So ada balance udang, H bagi kat 2 budak laki yang teruja tengok dia dapat ikan tu :) Budak2 tu guna umpan sotong. Kat bawah ni rupa-rupa bahagia H tika dapat ikan. :) Ikan kakap tu, malam tu terus aku goreng and buat ikan tiga rasa.. meletoppp rasa ikan tu sebab dia segar.. nyum2.
Ikan sembey
Wajah kegirangan dapat ikan kakap merah.. " H :  yang.. cepat snap pic.. rare ikan ni tau " :)
 
Ikan kakap merah masak 3 rasa
 

Aidilfitri 2014

Aidilfitri 2014, aku dan H happy sebab leh balik kampung lama. Maklum Raya jatuh hari Isnin dan Selasa, So ambil cuti 4 hari, dapat 10 hari kan.. :)
 
Disebabkan takut jam. Kami decide untuk cuti Jumaat tu. So Jumaat 4.30am, kami dah gerak. Kereta tak banyak. Aku dah siap2 tapau nasi goreng untuk sahur. So by pukul 5.00am, kami dah berada di simpang untuk ke Bukit Tinggi, so kami masuk ke situ dan bersahur dalam kereta je. Then teruskan perjalanan lagi. Then singgah solat subuh di Hentian.
 
Dalam pukul 10 lebih dah sampai ke Kemaman. Aku singgah ambil ketupat yang di tempah kat situ. So hari pertama sampai, aku singgah Dungun sekejap then terus gerak ke Bukit Bading. Malam raya akan ada di Dungun. So aku dan H stay Bukit Bading dulu sebelum tu.
 
Kampung dekat2 ni mcm ni la. Kalau jauh betul, takde berulang alik. :)
 
Alhamdulillah aidilfitri kami meriah, altho dalam hati ini terasa kehilangan arwah adik. Semoga roh adik dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan org2 yang solehah. Al fatihah.

Keluarga kami
Selfie sekaliiiii
 
Bersama En H :)
 


Roti Daging Berkeju

Now entry masak2 pulak. Disebabkan kepenatan memasang wallpaper, aku sangat la penat nak masak dan kebetulan hari tu pi umah member, dia hidang roti daging ni. H pun mintak aku cuba buat jugak. So alang2 resepi mcm senang je. So aku cuba la buat. Hasilnya sangat memberangsangkan.. gituuu.. Siap buat satu bekas untuk kakak ipar aku dan hantar untuk adik aku sekali. So nak share the recipe la. Roti daging ni ala2 lasagna la.. cuma kepingan lasagna tu digantikan dengan roti :)
 
Bahan2 :
Sebuku roti gardenia besar. ( Tak habis, pun ada balance 2-3 keping)
Fresh milk ( 600 ml )
2 - 3 biji telur ( Tak kisah la.. 2 pun ok, tapi aku guna 3)
 
(Telur dan susu di campur dan dipukul rata )

Bahan2 lain : Untuk susunan dalam bekas pembakar
Keju Cheddar
Keju Mozarella
 
Bahan2 inti :
Daging cincang/ ayam cincang ( Semalam aku guna daging lembu yang dicincang halus, lebihan beli nak buat rendang hari tu :)
*Bawang putih 5 biji
*Bawang besar 1 biji
*Lada hitam sesudu besar
(* Blend)
Garam
Mix vege ( Kalau ada capcicum.. mushroom.. pun boleh letak )
Bawang besar 1 biji di mayang ( Yang ni letak selepas daging/ayam empuk )
 
 
Cara2 menyusun bahan2 :
Celup kan roti ke dalam bancuhan susu dan telur tadi, dan susun di dalam bekas pembakar. Kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Kemudian letak selapis keju cheddar. Then ulang balik langkah roti tadi. Suka hati la nak lapis banyak mana. Yang penting, ending nanti berakhir dengan daging dan last sekali taburkan dengan penuh keju mozarella. Then boleh bakar dengan suhu 180 selama 20 minit.
 
Gambar seperti  di bawah :



Selepas di bakar


Sebelum bakar.. camni rupanya..

Siap untuk di makan :)


 









Deko bersama Jirah

Gitu tajuk entry kali ni. Cam gempak je. Semenjak dua menjak ni malas sungguh nak kemas umah. Tengok kiri..kanan..belakang dan depan. Takde perubahan kat umah aku ni. Then decide nak cat umah la. Tapi hari tu jenjalan kat KAISON Paradigm Mall, tetiba hati tertarik nak cuba wallpaper. Umah kecik je, so no hal la nak tempek wallpaper tu.
 
Last week, Friday, gigih la aku dan En H ke Paradigm Mall. Terus la menuju ke Kaison untuk memilih wallpaper. Selepas bertekak manja dengan H, so kami pilih la 2 design. Bunga2 dan Belang2. Actually aku ada berkenan dengan colour yang ceria skit. Tapi memandangkan perabot dan barang-barang dalam rumah semua colour2 selamat, so aku pun pilih la colour2 selamat jua. Apakah colour selamat? Colour asal dinding aku. off white :)
 
Weekend aku dan H bergelut nak pasang wallpaper ni. Aku pilih yang 10mtrs RM19.90. Yang ni jenis self adhesive. Konon malas nak bancuh2 gam sendiri. Tapi aku rasa cerewet yang ada sticker ni, sbb kena buat dengan penuh cermat dan kelembutan dan kesopanan. Sbb nak tanggalkan balik nak betul2 kan agak susah. Kalau guna yang gam dibancuh sendiri tu senang skit, dia melekat tak kuat sangat.. dlm masa beberapa minit pastu baru dia melekat betul. So ada masa nak betulkan kalau tersenget.
 
Design yang takde gam ni sangat cantik2, and harga mahal skit la. Tapi berbaloi dengan kualiti. Yang itu di Kaison dengan harga RM55.90. :)
 
Kat bawah ni gambar-gambar kami bergelut memasang wallpaper. Tinggal sekeping lagi dinding tak settle. Next week je la sambung. Aku laki bini dah cramp satu badan.. naik turun tangga.. kekdahnya :)

Tukang pasang wallpaper..En H :)
Sekeping dinding lagi next week la sambung :)
 
Selepas di pasang wallpaper. Dining area :)
 
 

Sunday, August 10, 2014

Berbuka Puasa di 10 Binjai , PNB Darby Park

Sebelum balik kampung hari tu, aku dan H decide nak berbuka puasa kat luar. Maklum tahun ni kami tak banyak sangat berbuka kat luar. Ermm kononnya banyak masak kat umah tahun ni.. hehe.. So aku google2 la nak berbuka puasa kat mana. So aku buat keputusan nak berbuka puasa kat Binjai 10 PNB Darby Park. Harga untuk seorang ialah RM100 nett. Tengok daripada menu nya, aku berminat la. Sebab ada kambing panggang all :). And ada juga sup gear box. eueueue..

Balik kerja je aku dan H ke sana. Agak jam jugak nak sampai..tapi we manage sampai by 630 ke sana. Sampai je terus ke meja kami. Kat sini ada hiburan nasyid dan selawat pada junjungan nabi. Sejuk skit nak menunggu waktu berbuka.

Untuk harga RM100 nett per person, dan menu yang banyak serta tak ramai orang, aku rasa berbaloi la. Tempat solat pun disediakan. H kureng berpuas hati tentang menu. Tapi aku rasa ok je :)

Gear box kambing...huuu best
Fav En H..Oyster.. ermmm
 
En H, kat belakang tu group yang entertain pelanggan. Best lagu2 diorang nyanyi :)
 
 
 

Tuesday, July 22, 2014

Berbuka Puasa di Aroma Ikan Bakar , Jeram

Actually dah 2 minggu kot aku ke Jeram nak makan ikan bakar ni, tapi hari ini baru nak update kat blog. Sebenarnya tak rancang nak pergi Jeram ni. Kitorang asalnya nak ke PKNS Shah Alam cuci mata dan beli pape yang berkenan untuk raya. Tapi sesampai nya kat PKNS, kitorang batalkan niat nak menjelajah ke situ. Ramai nya orang. Parking sampai keluar.. So kitorang divert la pergi Jeram.

Kalau nak dibandingkan dengan perjalanan ke Bagan Lalang, Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram ni lagi dekat la. Kami sampai dalam pukul 5. So terus tengok2 ikan. Pastu orang yang jaga kaunter ikan tu suh carik meja dulu. So pergi kat tempahan meja. Kakak yang kerja kat situ bagitau, kalau nak call book table, dah tutup, tapi sbb kami walk in, so ada la meja. Tu pun dah nak habis. Alhamdulillah la sempat kan.

Dah dapat no meja dan bayar deposit RM50, terus la pilih-pilih lauk. So kami order ikan kerapu masak 3 rasa, ikan jenahak bakar, sotong celup tepung, udang butter ,sup sayur dan untuk minuman jus tembikai dan orange. Total bill dalam 100 untuk 2 orang makan. Ok la.

Kat restoran ini ada surau untuk lelaki dan perempuan, so kalau nak berbuka puasa kat sini ok la. Tak rushing la nak kejar solat maghrib, sebab kat sini boleh solat. Aku dan H hari tu solat dulu baru makan. Masa azan just minum air dulu, sebab bimbang nanti ramai yang nak solat. :)

Tak banyak aku amik pic, ni pun masa H pi solat , turn aku plak duduk kat meja sambil ngadap makanan. :)

So untuk rasa pulak, kalau tak larat nak pi Bagan Lalang, aku pilih kat sini la. Bahan mentah nya segar, maybe lauk je tak kena sangat dengan selera aku, orrrrrr.. makanan dah sejuk. So next time aku dan H nak pegi sekali lagi, nak makan panas2. Maybe rasa lagi best. Untuk Ramadhan ni, sbb diorang banyak order, so mmg la lauk dah sejuk.

Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan 2014

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari keempat berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini dapat diharungi dengan baik dan diisi dengan amalan baik. Last week sebelum puasa, makcik aku beberapa kali call aku untuk berpesan. Jangan lupa :
1) Solat terawikh... jangan tinggal
2) Solat tahajjud dan hajat
3) Khatam Al quran
 
Ermm.. ok.. noted. InsyaAllah akan dibuat sepanjang Ramadhan ni. So far ok je. Happy sbb kat opis ada option datang awal balik awal. So lepas solat subuh.. settlekan apa2 yang tak settle kat umah.. then by 6.50 dah kuar umah. So aku amik option masuk 7.30 keluar 4.15. Pergi kerja ada banyak kereta, ya laa.. semua orang keluar lepas solat kot. So mmg banyak kereta. Aku manage sampai ke opis dlm 7.15am. Ok la.. still tak lewat. Balik pulak mmg takde masalah. Tak jam langsung. Alhamdulillah by 4.30 dah boleh sampai umah untuk masak. Masak ke? hehe
 
Dalam 4 hari ini, aku masak simple2 je buat tambah lauk. Selebihnya aku dah siap tapau kat opis :). Dengan alasan.. hari2 takkan nak masak ayam. So kena la beli lauk ikan. Memandangkan kat umah aku takde langsung stok ikan. Last pergi pasar tani, ikan menyedihkan, sbb tu aku tak beli. Sudahnya beli je la ayam.
 
Takde pape nak citer.. kena chow dulu. Lunch hour dah nak abis :)

Thursday, June 19, 2014

Singgang Sotong

Ok... last 2 days H cakap nak singgang sotong. Erkkk tak pernah masak tu la. Then H kata apa lagi, google la. So aku google la resepi, ada la satu resepi yang aku ikut, just aku ubah skit2.
 
Bahan 2
- Sotong 3-4 ekor
- Bawang besar 1 ( dihiris )
- Serai 2-3 batang ( diketuk2 )
- Halia 1 inci ( dihiris )
- Bawang putih 3 ulas (dihiris)
- Cili padi 1 biji
- Cili besar 1 (Hiris 2 je )
-Sesudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
- Garam
 
Cara-Cara:
Didihkan air. Kemudian masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali sotong
Selepas air mendidih, baru boleh masukkan sotong. Masak sekejap je. Masukkan garam dan selesai. Sotong kalau masak lama nanti liat.
 
So hasilnya, H kata best.. hehe.. so sbb tu boleh upload resepi ni di blog aku. Pic lupa nak amik :(

Tuesday, June 17, 2014

El Nino dan aku pun pasang aircon!

Huhu... panas sungguh semenjak dua menjak ni. El Nino dah melanda. Tidur dah tak lena, kejap2 terbangun. Lepas mandi tak yah lap pun takpe. Cepat je keringnya. Umah aku kat tkt 17, sebelum ni rilek je. Tak de la panas cenggini.
 
Disebabkan tidur yang terganggu, aku dan H decide nak pasang aircon kat umah la. Dulu aku penah cakap, tak payah la pasang, nanti badan tak best kalau asyik dengan aircon. Tapi terpaksa derhaka ngan kata2 sendiri.
 
Last Friday aku usha beberapa kedai aircon, dan lastly aku pilih TBM. Aku pi kat Old Klang Road. So terus la beli. Aku ambil york plasma. Kata salesman tu, plasma ni ada filter so that bangun pagi takde la running nose. Tak tahu la menjadi ke tak, sbb H takde aircon pun running nose gak. hehe
 
Beli on Saturday, hanya dapat pasang Selasa, which is today la. Punya la bz org2 yang pasang aircon ni. Salesman tu kata, now aircon tgh hot item, maklum sebab cuaca yang panas ini la. So malam ni aku leh la sleep dengan amannya sebab dah hampir seminggu tidur ku terganggu. :)

Wednesday, June 11, 2014

Downtown Cheras- Shopping!!

Semenjak seminggu ni, agak resah stay at home. Panas. El nino melanda. Rumah takde aircond lagi, so macam cacing kepanasan la. Altho bukan selalu panas, tapi bila datang time panas ni, memang hazab. :)
 
So smlm H bagi cadangan pergi downtown, jenjalan. Hehe.. aku ska la sbb leh tumpang aircond kereta. Sampai tahap tu kehazaban aku..hehe.. Sanggup keluar sbb nak naik kereta. Tapi bila fikir2, memang nak ke downtown, nak usha casing phone. Maklum la dapat phone baru, so nak carikla casing nya.
 
Pukul 11 sampai kat downtowm, kami jenjalan la. H dah jumpa yang dia ska, so dia beli Element Casing. Katanya kalau beli online lagi mahal daripada kat downtown tu, so H amik la dan terus pasang. Tetiba aku nampak monopod. Ermmm.. terus angkat monopod dan shutter bluetooth skali. Tapi good buy la, sbb mmg dapat harga yang berpatutan.
 
Then kitorang jalan-jalan lagi, then jumpa dengan Grip & Go, yang kita leh letak phone while driving. So leh jadi stand phone sementara kita guna aplikasi waze or mana2 gps application la. Aku still lagi mencari casing yang berkenan di hati, tak berkenan, last2 kami ke kedai yang H beli casing tadi. Aku amik exactly same brand tapi colour je lain. Sebab aku pompuan aku amik merah gitu :)
 
Sebelum balik sempat makan chicken wing dan celup2..hehe.. Then sampai rumah dah 1.30pagi. Pukul 2pagi aku sleep.
 
Dan nasib baik hari ini boleh kerja tanpa gangguan mengantuk.. :)
 
Notes : Downtown Cheras ni katanya akan tutup soon, maybe after raya dah takde, sbb owner tanah dah nak buat something here. Owner katanya Jakel tu.. :)

Sunday, June 1, 2014

Maleficent 2014

Semalam Sabtu after hantar H ke Putra, aku terus ke Mid Valley. Malas nak balik umah dulu. Nanti feel empty :(..

Sampai MV awal lagi, so parking senang je la. Pastu aku rasa nak try tgk wayang la. Kalau takde org sangat aku nak beli tiket. Bergegas ke tingkat 3, aku terus beli tiket. Feeling nak tgk 2 movie la. So aku pilih Maleficent dan Abg Long Fadil.

Maleficent is magnificent la. Aku rate 6 bintang out of 5. Dari mula sampai akhir takde pun scene yang aku tak suka and buat aku nak tgk handphone ke apa. Mengadap je sepanjang citer tu. Maleficent cerita sleeping beauty version baru. Kalau yang lama, ada fairy god mother yang tak dijemput buat onar masa baptis puteri tu sbb kecik ati tak dijemput, tapi Maleficent ni, Fairy God Mother yang datang tu sebenarnya berdendam dengan Raja.

Tapi dlm cerita ini, Maleficent, Fairy God Mother ni jadi sayang plak kat puteri tu altho dia cuba jauhi perasaan sayang pada puteri. Adegan2 lawak dan sedih ada dalam cerita ini. Kalau dlm sleeping beaty dulu2, cinta sejati seorang putera tu dapat melawan curse, tapi dlm cerita Maleficent ni, cinta sejati jugak, tapi bukan dari sang putera.

Overall aku sangat berpuas hati dan merecommend kan sesapa yang nak tgk cerita ni :) Selamat Menonton


Tuesday, May 27, 2014

Moody ke?

Ermm.. badan aku cam lemah je 2-3 menjak ni. Mood nak masak pun merudum. Last 2 days, balik kerja je aku demam. Tapi tak la teruk, just dedar2, tapi badan gila lemah la. Maybe sebab nak P kot. huhu.
 
Hujung minggu ni H nak balik kampung, family dia berkumpul ramai2 nak pegi berjimba2 kat Pulau Rhu, Besut. Aku tak dapat nak follow sebab aku ada another training on 2-3June nanti. Diorang ramai cikgu, so memang cuti la time tu, kami2 yang bekerja selain cikgu ni tak leh la nak join.
 
So H cadang nak naik bas je. Sebab dia sorang je nak balik kan. Aku tak keen sangat kalau nak naik bas malam, risau je. So aku mcm berat nak lepaskan H balik. Sedih jugak bila H kata aku saja2 kan buat perangai sbb konon aku merajuk sbb dia nak tinggal aku 2 malam. Ishk2, tak kisah kot nak tinggal seminggu pun, tapi aku tak percaya sangat naik bas malam2 ni. Aku malas nak defend diri la bila H kata camtu. Malas. Tapi aku suarakan la jugak. Kalau nak balik, better ambil bas siang la, pergi dan balik KL nanti.
 
Hope faham la kita tak ska travel2 malam ni.

Monday, May 19, 2014

Goldfish balik rumah

Semalam aku pergi Bangi untuk ambil Goldfish. Workshop dan call H tengahari untuk maklumkan kereta dah siap di baiki. Then balik kerja kami terus ke Bangi.
 
Sedihnya tengok goldfish, lama jugak kena masuk workshop, tapi aku rasa ok la sebab janji seminggu nak siapkan goldfish tu ditepati. Patah kaki jugak takde satu kereta ni. Ye la, H kena hantar aku pagi-pagi pergi kerja, pastu petang aku nak kena naik train plak nak balik. Huhu.. cukup la seminggu.
 
Aku hantar goldfish kat Bandar Baru Bangi, Kedai ni namanya pakarkereta, kalau aku tak silap. Workshop belakang Kagumas.
 
Tak tahu nak review banyak sangat, tapi hasil kerja nya boleh tahan la. Maklum aku tak pernah lak hantar kereta pi repair2 body ni. Tapi kesan-kesan yang aku langgar tiang dan palang umah aku jatuh atas kereta tu dah takde la. Additional 300 untuk itu. Harga untuk repair bontot goldfish tu is 2500, termasuk cat , ketuk2 bagai dan lampu sepasang. :)
 
So now kena duk dendiam kat umah.. banyak dah spend bulan ni. huhu

Tuesday, May 13, 2014

Golfdish ke Workshop & Movie Day : Bad Neighbours

Selasa, Cuti Wesak, aku pepagi bersama H konvoi ke workshop di Bandar Baru Bangi. Nak kena hantar goldfish. Lepas hantar kami brunch kat D limau Nipis. Then ke Surada hantar keropok pada kawan H.
 
Sebab bosan sangat, aku ajak H tengok wayang. Then aku terus beli tiket gsc online -Pavilion. Ingat nak pi tengok kat Alamanda je, tapi Bad neighbour ni ada kat beberapa panggung je. So kena la redah pi Pavi.
 
Pukul 3.30 dah sampai Pavi. Then pusing2 kejap. Ermm nak cerita pasal cerita ini, aku pergi sebab katanya nombor 1 dlm carta box office. So aku decide nak tengok cerita ni against Spiderman 2. Cerita ni berkisar pasal 2 jiran yang bergaduh. Budak2 kolej dan sepasang suami isteri yang ada baby girl comel. Couple ni agak tak tenteram dengan kebisingan jiran-jiran kolej ini. So lapor polis, then berlaku la pergaduhan antara mereka.
 
Aku rasa box office sbb ada Zac Efron kot. Untuk jalan cerita pulak aku rasa biasa2 je. So aku bagi 2 setengah bintang je la.

Dinner : Steamboat @ Best Western Premier Dua Sentral

Hari Isnin lepas bermula aku dihantar kerja oleh en H. Maklum goldfish nak masuk workshop on Selasa. Aku dah tak nak drive la Isnin tu. So H kena la hantar. Pagi tu dalam kereta sembang2, H bagitau aku, dia rasa boleh kalau nak ada 1 kereta. Tapi tu la, susahnya bila aku nak keluar meeting la plak, altho ada cab, tapi disebabkan aku ni malas nak menunggu. So aku rasa payah.
 
Sampai office, kami sarapan sama2. Then H terus ke ofis dia plak. Katanya tak jam menghala ke ofis dia. So ok la skit.
 
Petang hujan lebat giler. Aku dah rasa tak sedap hati ni. Sure jam teruk. True enuff la, H sampai pukul 7 kat office aku. Dia keluar tadi pukul 5.15. Sampai je kat parking aku masuk kereta.
 
H : Arghhh... 2 km sejam yang... huhu..
Me : Hehe... mai la i drive back
H : Tak yah la.. kita dinner kat Best Western Premier la.
Me : Erkk.. tengah2 bulan ni? mahal kot
H : Tak kisah.. i sanggup!!..
Me : Mak ok jer..btw, jadi ke nak ada 1 kereta je?
H : Tanak!!
 
hehe..
 
Punya la penat dia drive. trauma gitu. So kami parking kereta dan masuk hotel. Tengok kat Kembali, Hugo dan Grill. Last2 kami pilih steamboat at Hugo 6. Cafe ni kat tingkat 6. Senang skit dekat dengan surau. Ada promotion 42++ per person. Ok la tu.
 
Aku yang konon-kononya baru bermula atkin ni, terpaksa abort the mission. Hehe.. aku belasah mee bagai kan. So aku cakap ngan H nak start Rabu plak. Selasa tak boleh sbb wesak kan cuti.. nanti kami nak jenjalan makan, malas nak pk menu yang aku boleh makan. :)
 
Lepas makan kami balik. Jalan pun lengang. :)So hari ini, aku mcm nak try naik komuter la. :)Tanak pisang berbuah 2 kali. Gituuu..

Monday, May 5, 2014

Cuti Hari Pekerja & Jom balik kampung & Memancing!!

1 May 2014 hari pekerja. Sebab mak tak jadi pi Medan minggu ini, so aku cadangkan pada H nak balik kampung. Mak H pun tak sihat sangat, so apa salahnya kami balik kan. So Pepagi Khamis tu aku dan H balik. So trip kali ini akan sampai Dungun dulu, tidur one night then esok tu baru balik Bukit Bading.
 
Balik kali ini ada incident yang berlaku, Goldfish tercedera.. aduhh.. H terlanggar pokok. Tapi tu la, harta dunia semuanya, semua tu dah ketentuan. So hadap je la. H dah moody masa kena.. aku ok . Tapi bila sampai umah, aku plak moody. Haha.. tapi esoknya aku dan H ok je. Nanti sampai KL baru cari workshop.
 
Sabtu di Dungun, H nak pegi memancing, so kami pergi memancing kat depan Pasar Besar Dungun. Situ memang dah tahu ada ikan belukang je. Tapi sebab H gian nak memancing, so kami pergi je. Dalam masa 2 jam tu dapat la seekor ikan belukang. Sekilo lebih jugak beratnya. Tapi sebab kita tak makan ikan tu, so kami lepaskan kembali ke habitatnya. :)
 
Ada orang kata ikan belukang ni sama dengan ikan duri, tapi bila kami google2, rupa ikan 2 tu mcm sama, yang membezakan ialah belang2 pada ikan. Kalau ada belang2 tu, so itu ialah ikan belukang.

Monday, April 28, 2014

Restoran HM Bagan Lalang

Last week aku bawak ayah and adik ke Bagan Lalang, Ingat nak makan kat Restoran Senandung Malam. Sampai kat restoran dalam 6.30pm... perghhh yang beratur nya ramai sangat, dan meja takde.
 
Aku dah sedih.. huhu.. jauh kot datang kan, takkan nak balik gitu je. Then H cadang kami try kedai lain. So kami cuba nasib di restoran HM ni. restoran ni terletak paling hujung dan ada tempat jual ikan segar kat sini. Pasar Segar yang jual hasil ikan ni la.
 
Kat sini ala2 restoran terapung la. So kami decide nak makan kat sini. So pilih2 ikan, udang, sotong, lala dan pepahat. Lepas cakap lauk apa yang nak dimasak. Aku terus ke meja. Kat sini kena ada meja dulu, so bila pilih ikan dan lauk, terus cakap nombor meja.
 
Service tak la cepat sangat, tapi sbb tempat nya quite ok, so kami ok je la. Kat sini jugak ada surau dan tandas. Convenient la.
 
Harga kat sini mahal skit compared to Restoran Senandung Malam, tapi lauk superb dan tempatnya ok. So kami akan datang sini lagi.. InsyaAllah. Ayah dah cakap, next time leh datang bawak mak makan sini. Maklum last week mak jenjalan Vietnam so tak dapat join kami.
 
Pukul 9.30mlm sampai umah, aku terus tido.. haha.

Sunday, April 13, 2014

Memancing ikan!!

Erm.. nak update kat sini, aku dah ada hobi baru. hobi baru ke? Walaupun tak sepenuh hati lagi, tapi tak dinafikan, best jugak memancing ni. Disebabkan En Suami suka memancing, so aku nak cuba la feeling2 jadi pemancing jugak.
Last week balik kampung, aku membuat keputusan yang sangat tak ku sangka2, mula2 nya nak temankan H pergi beli machine pancing dia. End up aku pun beli sekali. So aku berjaya membeli joran dan machine pancing ku sendiri. hehe. Excited lebih kan. :)
Sampai rumah aku tengok je H tolong letakkan tali kat machine tu. Aku tolong2 gulung je pun. Mana la tahu how to fix the things tu kan. Ini la kali pertama aku pegang joran ni. So petang tu kami pun berkobar2 la nak pegi mancing. Kami pergi 2 tempat.
Kat Kuala Paka. Kat sini mcm best je lepak, tapi setengah jam je duk situ, H ajak pegi Kuala Dungun lak. Katanya kat sini arus deras. Ok.. aku pun ikut sahaja. Sampai kat Kuala Dungun. Memang la best jugak. Takde orang sangat. Btw walaupun namanya aku memancing, tapi letak umpan adalah H. So aku just tgu tengok kalau2 ikan makan umpan kami sahaja. 

Tapi nasib tak menyebelahi kami hari itu. Seekor ikan pun tak dapat. H sempat la menarik ikan seekor tapi malangnya terlepas. :) Next time cuba lagi la.  So kat bawah ni pic2 nya
Kat Kuala Dungun, menunggu hasil tangkapan. :)

Hasil tangkapan kami di kedai mancing tadi. Yang white tu machine aku.  :) Yang color bronze tu H punya :)

Sunday, March 23, 2014

Aiskrim Goreng Nestle

Haha.. macam nak promo lak. Tapi sebenarnya tak pun. Tak dapat duit pun promo makanan ini. Cuma nak share, untuk sesapa yang gian nak makan aiskrim goreng ni, boleh try beli kat kedai. Keluaran Nestle. Aku dah cuba, hasilnya mmg best. Rasanya sangat best. Btw aku beli yang vanilla. Perisa satu lagi is chocolate. Sbb aku dan H tak suka sangat aiskrim choc, kami beli yang vanilla je.
 
Cara2 goreng nya senang je. Panaskan minyak, pastu masukkan aiskrim goreng ni. Jangan lama2, aku goreng dalam masa seminit je. Ikut kat kotak tu cakap goreng selama 8 saat je. So kalau nak goreng tu agak2 la nanti. Yang penting jangan lama, kalau tak aiskrim cair nanti. Tak best nak makan.
 
So selamat membeli di pasaraya berdekatan dan menggoreng di rumah. :) Btw dalam kotak tu ada 6 aiskrim goreng.

Movie : Need for speed 2014

Semalam pergi Mid Valley sebab nak mkn sushi. Ermm ni sbb malam anniversary, plan dinner terpaksa dibatalkan. So postpone la ke Ahad. Pukul 10 lebih dah masuk MV. Hari ni mmg niat nak bg present kat H. So sebab lately ni asik ngadu tak nampak.. rabun.. ermm and bahaya untuk dia dan juga aku. So aku dengan senangnya tak yah pk apa aku nak bg as anniversary gift. So aku terus cop nak belikan cermin mata. And kitorang pi la Focus Point kat MV ni. Pilih2 bingkai and cek mata. Ermm.. tak banyak pun power dia.. dalam 25-50 je. Tapi ada silau. Tu yang buat dia pening tu.
 
Lepas tu kami terus pi movie. H beli tiket dan aku seperti biasa kat chatime. Hehe.. Honeydew Milk Tea, Less sugar , pearl!
 
H datang bgtau dia da beli tiket Need For Speed.
 
Aku : ?? Cite apakah? ( Sbb aku nak tgk non stop )
H : Fast & Furios ada pun inspired by citer ni la.. Tapi FF keluar dulu.
Aku : So mcm mana u tahu?
H : Sbb sy dah main game ni dari 1-5. Gitu.....
 
Rupanya citer ni daripada game. Ok2. So aku pun postifkan diri. Maybe best kot .. Ya la FF pun aku tak ska sangat gak mulanya.. tapi dah tgk aku lak beria nak ulang2 tgk. :)
 
Citer ni bermula dengan bosan skit. Pastu dtg la musuh generasi ajak jv business. Tapi sbb musuh tradisi tu sah2 tak baik kan.. Then mcm2 la berlaku. Hero kena masuk penjara all.. Keluar penjara balas dendam... bla..bla..bla...
 
Habisnya ngan happy ending la. So overall citer ni, kalau ada 5 bintang, aku bg 4 bintang. Ok. So sapa2 nak tgk citer ni, leh ke panggung2 berdekatan untuk tonton Need For Speed!