Tuesday, August 30, 2011

Ceria Lebaran 2011

Alhamdulillah, lebaran tahun ni, Nisah dapat beraya bersama kami di Malaysia setelah beberapa tahun duk raya kat Russia. So tahun ni awal2 lagi dia da mintak nak pakai baju sama kaler satu keluarga. Warna pilihan ialah purple. So berjaya la mengumpul semua purple. Altho En Judin nyer purple lain skit. Katanya dengan bangga, purple baju dia ni rare.. lain daripada yang lain. Ermm.. betul la tu. Walaupun hakikat nya juga masa cari kat Metrojaya hari tu, semua purple lain cam besar dengan badan dia, yang ok hanyala purple yang dia pakai today.. :) xs lak tu. Hehehe

Hari ni pepagi semua orang pi masjid untuk solat Raya, then terusla beraya pergi umah makcik2. All diet plan aku untuk hari ni... masuk longkang la. Hari ni semua aku belasah. Nak2 nasi minyak yang mak buat. Huhu. Pantang tul aku ngan nasi minyak mak ni. Tak per la.. pas raya la on diet balik. Hari ni makan stok geli2 la kononya pada awalnya saja, toward petang.. aku ngan kak yah kalah. Semua kitorang makan. Hehe.. :).

Tanak tulis citer banyak2.. Nak paste pic raya je la. Btw, sedih gak aqiff tak beraya ngan kitorang ari ni. Giliran dia raya kat Johor tahun ni. Esok or lusa baru dia balik sini.. :) Tak per la Aqiff, nanti jumpa di umah Mak Tok ye. :)

Penat nak cari pose terbaek bagi nampak slim katanya..hahaha
Team Purple.. :)
Ngan Judin
Ngan Nisah
Mesti nak amik pic ngan Arissa ni.. :)
Family Ceria Kak Yah and Abg Fauzi :)


Arissa da makan sampul duit raya...
With my lovely sister.. Lebiuuuu ( Menyorok kat belakang sbb nak nampak kecik haha)
Geng2 Ngumpat , Kak Wa... u look slimmer la... huhh
Ok la.. banyak lak paste pic ni. Esok ada lagi nak tambah.. hehehe.. Ok la, chow.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. :)

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011. Alhamdulillah esok da raya. Kat luar dari tadi bunyi mercun. Bila mendengar takbir raya, hati aku ni sayu je. Shahdu je. Ermm esok da raya. Macam mana dengan peperangan nafsu makan esok ni.. huhu.. 2-3 hari ni aku makan je kejenyer..esok? tak sanggup nak bayangkan lagi. Alamatnya balik KL nanti cover balik 4.7kg aku tu.. wuaa...

Back to citer raya. Teringat lagi zaman kecik2 dulu, masa aku sekolah rendah, malam raya di umah cik ngah. Masa tu dengar pengumuman raya dibuat mengatakan esoknya raya, aku ngan kak yah terus turun bawah ke laman. Bertemu lak ngan kawan2 sebelah umah cik ngah, cucu2 che su. Ermm, Kak Ya, Kak Chik, Nono dan Juju.

Masa tu abg din (abg kak yah) pun join sekali, bakar2 mercun, main bunga api.. Uii zaman tu.. kalau la leh ulang lagi, alangkah bestnya. Teringat kejadian malam raya, tengah asik2 main bunga api, aku yang cerdik lagi pandai ni main bakar2 straw plak, kononya nak buat penemuan baru la tu bagi menggantikan stok bunga api aku yang telah kehabisan, tetiba terkena lengan Juju... opppsss.. nangis budak tu balik bgtau mak...

Dan mak dia, arwah che ngah pah datang dan marah2 aku..huhuhu.. kejadian di malam raya. Segar lagi dalam ingatan aku ni. Padan la muka aku kan, luka kan anak orang, terima la padahnya kena marah di malam raya. Spoil mood aku. Huh.

Tapi now bila ingat balik, gelihati pun ye. Berparut lengan si Juju tu dek kerana aku. :)

Raya tahun ni aku raya sakan skit sbb Nisah 1st time nak raya pas 3 tahun tak raya sesama. So kalau tahun2 sudah asik bergambar 4 orang je, so tahun ni bertambahla sorang. Semoga raya tahun ni lebih bermakna..InsyaAllah... :)

Tuesday, August 23, 2011

Iftar with BFF @ Half Moon Restaurant Seri Kembangan

22 August 2011 : Semalam bertempat di Half Moon Restaurant kat Seri Kembangan, aku berbuka posa ngan cik yeen ( Pembuat Tart Kamikaze ) yang datang dari JB, Ayeen dan Arina (Tokey Kerepek). Restaurant ni tempat nya kat jalan belakang kalau nak pi mines or Kajang. So disamping bukak posa kat kedai arab ni, berlaku juga aktiviti jual beli yang halal walaupun macam pasaran gelap je, sbb kira duit bawah pokok gelam dibawah lampu jalan yang romantik sangat pencahayaannya.

Aku ngan Ayeen da sampai awal, so pi reserve dulu kat kedai dan untuk buang masa, pi jalan2 kat South City Plaza. Ermm elok lagi aku jalan2 kat Giant umah aku kot.. ehehe.. Takde pe dalam ni, and mcm scary pun ya. Tengah2 usha barang, aku gigil la plak.. dan2 kalau tak posa ni mcm2 plak jadinya. Kalau posa tahan je sampai berbukak posa.ishk... Terus aku ajak ayeen pi beli waffel, dan aku makan terus dalam kereta.

Pukul 630pm jumpa cik yeen kat Halfmoon. Apa lagi gamat bersembang. Aku lebih kepada menemuramah cik yeen pasal tart.. ishk2... jangan lupa cik yeen.. pasni kalau ada lagi ingat word2 di bawah ni :

1) Quotation
2)  0.58 sebalang vs 5.00 sebalang
3)  Kawan2 husband saya order pun da 100 balang... ihiks
4) RM 70 ke RM 72?
Tu je la isi penting yang aku dapat masa sembang pasal tart. ekeke. Then order. Aku yang lebih. Nak order 2, tapi cepat2 ditangkis. So order 1 roti and share ngan cik yeen. Dan tak abis pun actually. Biasala aku tamak bab2 makanan ni. Maklumla lapar walaupun da makan donut, bingka dan waffle..huhu. Yang posa2 tu rilek je.

Makanan kat sini pada aku tak berapa consistent. Ada hari pegi rasanya ok, ada masa lak kering skit.. and lain lak rasanya. Compared to Saba' Cyberjaya, Sana lagi consistent. Untuk harga plak, Sini murah dari Saba'. So fair n square la. :). Aku kalau nak pi Saba' cam jauh, so kalau teringin nasi arab ni, Half Moon dah ok pada aku la. Tak consistent pun, aku tak kisah sangat sbb malas nak pi cyber semata2 nak makan and aku nak masak sendiri aku tak pandai. So pi je la sini.

Macam biasa la.. kalau da berkumpul ni.. snap pic sana snap pic sini... bluetooth sana..bluetooh sini. Kecoh sementara nak tunggu bukak posa. Kat bawah ni pic2 pompuan gediks sekalian :
Bread and mix


Kabsah Chicken
Arina & me
Yeen and Ayeen


me & Yeen




Monday, August 22, 2011

Cornflakes Madu

Untuk biskut seterusnya. aku try lak cornflakes madu ni. Yang ni paling simple dan sekejap nak buat. Aku amik resepi ni dari internet jugak. And ada ubah2 skit sbb nak habis kan bahan2.. :)


Bahan2 :
1) Cornflakes ( Aku amik 400 gm kot, nak amik 1 kotak kecik pun ok )
2) Madu ( Aku guna madu asli , 5 sudu )
3) Gula perang setengah cawan
4) Butter ( separuh, 125gm)
5) Badam hancur/ Kacang Hancur ( Jangan hancur sangat )
6) Ceri merah cincang untuk cantikkan biskut ( Optional )
7) Aku tambah jugak choc rice (baki buat biskut lain, campak je dalam adunan ni.. )

Cara2 :
Cairkan butter, masukkan gula dan madu. Biar larut.
Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar, aku letak badam, ceri dan choc rice sekali gus.
Then masukkan butter yang dah dipanaskan tadi.

Boleh jugak nak letak badam, ceri dan hiasan2 lain selepas masukkan adunan kedalam mangkuk kecik2 tu. Tapi sbb aku malas semalam, aku campur je sekaligus. So aku jimat masa sebanyak 30 minit untuk tabur2kan benda alah tu. And kalau tabur2 tu, confirm bahan hiasan aku tak cukup or terlebih. Aku nyer tujuan campur semalam ialah untuk habiskan bahan2.. so kena ikut objektif asal

Bakar selama 10-15min pada 150 darjah. Jangan lama2, nanti hangus susah... :)

Sunday, August 21, 2011

Akhirnya...

Semalam lepas penat dengan biskut2 tu.Sambil duk depan tv, tengah berkira2. Kena cepatkan ngaji, at least 2 surah sehari. Ramadhan da nak abis.. tinggal tak sampai 10 hari lagi. Pastu tengah plan2.. nak kena buat kuih pas terawikh, 2 hari lagi untuk settle.
Tapi semuanya perancangan aku je, Ketentuan Allah lain. Hari ni aku kena minum air pukul 10pagi. Niat nak habiskan puasa 30 hari terkubur suda..huhu. Tak dapat juga penuhkan 10 malam terakhir ini. Sedih la. Tahun ni baru je aku berkobar2 semangat macam ni. Tak seperti tahun2 lepas. Tapi takpe la. Dah bukan rezeki aku nak penuhkan puasa tahun ini. InsyaAllah kalau diizinkanNya, dipanjangkan umur aku ni pada tahun depan, bolehla bertemu Ramadhan lagi. Amin..

Biskut Sarang Semut

Now resepi seterusnya ialah resepi biskut sarang semut. Teringat zaman aku kecik2 dulu ngan my fav kazen kak yah. Kami ska giler ngan biskut ni. Although rasa yang aku buat ni tak sama dan sesedap zaman aku kecik dulu2.. tapi kira hokey la .. hehe..

Pic ni sebelum dibakar.. Lepas bakar pun lebih kurang la, cuma kalernya lighter than this la..

Bahan2 :
250gm butter
100gm gula halus
350gm tepung gandum
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil baking powder (optional)
1 sudu kecil esen vanilla
choc rice untuk hiasan

Cara 2:
Pukul butter dan gula, then masukkan kuning telur, esen vanilla. Putar lagi. Masukkan all the tepung. Jangan lupa sedikit baking powder. Tanak letak pun takpe.
Selesai mengadun, then parutkan adunan dan masukkan sikit2 dlm cup2 yang dah disediakan siap2 tadi. Hiaskan dengan choc rice. Bakar dengan suhu 160-170 darjah dalam masa 15 minit.

Ok.. then siap la biskut ni. Nanti nak hapdate biskut lain lak. Sempat ke tak pun tak tau la ni.. : )

Biskut Choc Chip

Ok.. weekend ni memang sangat produktif. Untuk tak hilangkan resepi ni aku kena masukkan cepat2 kat blog ni, senang nanti lain tahun nak buat lagi.. (kalau rajin ler...)

Ni la rupanya choc chip cookies aku.. :)
Ok untuk resepi ni, aku dapat dari internet ni jugak, da lupa blog/website mana tapi aku ada ubah2 skit sbb aku nak guna tepung jagung. Resepi asal tak letak.

Bahan2 :
400gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji telur
250gm butter
1 sudu kecil esen vanilla
115gm gula halus
110gm gula perang
100gm choc chip
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit baking powder

Cara2 :
Pukul butter & gula perang dan gula halus. Then masukkan telur. Putar lagi, masukkan esen vanila. Masukkan serbuk koko. Ayakkan all the tepung and masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan. Then masukkan soda bikarbonat dan baking powder. Lastly masukkan choc chip. Selepas dan bentukkan pada bentuk2 yang disukai. Bakar pada 160 darjah selama 15-20 minit.

Thursday, August 18, 2011

10kg more to go..

Semalam pi BB. Nak kena tgk bape kg lak aku minggu ni. Ermm.. selepas makan tak hengat last week. Dengan berdebar2 aku nak menimbang ni.. Alhamdulillah.... Dah turun 1.5kg. Kena usaha lagi ni.. Daripada 27.06.2011 hingga semalam 18.08.2011, aku turun 4.7kg. Soooo hope2 balik Raya ni jangan la tambah lagi 5.7kg dalam masa 4 hari..huhuhu..

Balik semalam, adik berbuka posa kat luar, so aku bukak sesorang sambil tengok citer Kasih Alia. Ermm citer ni aku baru tgk 3 episod kot, tu pun tak penuh. Tgk skit2 je. Nampak jalan citernya best. Tapi sebab waktu siaran kul 7-8pm, tak dapatla nak follow. Time tu la nak siap2 bukak posa kan. So kot2 ada ulangan nanti la baru aku tgk. Ada ker? :)

Hari ni da masuk 18 hari puasa. Sekejap je. Pejam celik pejam celik, next Friday aku da nak balik kampung. Barang2 ada lagi yang tak beli ni. ishk2.. Maju2, kena buat checklist dulu, nanti tertinggal laks. Dengar jugak semalam sebanyak 24 tol akan bagi diskaun pada 30-31 August sempena Aidilfitri dan Merdeka. Selalunya aku balik tak terkena time tu, sbb sure jam kalau ikut time free2 ni. So this year lak, sah2 la tak sempat jugak sbb aku balik lagi awal.. takpe la.. takde rezeki aku la nak masuk hi way FOC. :)

Wednesday, August 17, 2011

Salsa Sauce

Aku hak hapdate resepi lak malam ni. 2 hari lepas aku buat sos salsa ni. Teringin. Thanks to Cik Arina yang ajar buat salsa ni. So tanak cakap banyak. Bahan-bahan dan cara nak buat salsa ni seperti dibawah. Sangat mudah dan boleh dibuat pada bila2 masa. Kalau kehabisan gas untuk masak.. boleh la bertahan dengan buat sos ini sebab tak perlukan api nak masak2 :)

Bahan2nya
Bahan2:
4 biji Tomato (Dipotong dadu)
3 or 2 1/2 bawang besar (Dipotong dadu)
Sedikit daun ketumbar - Dipotong/dimayang halus ( Masukkan last sekali )
Sebotol sos cili kecil brand Maggi


Selamat menjamu selera

Cara2:
Senang giler nak buat salsa ni. Semua bahan2 di potong dadu kecik2.
Masukkan dalam mangkuk besar dan tuangkan sebotol sos cili maggi. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang telah dimayang/potong halus2. Dah siap, masukkan dalam fridge. Jangan lupa beli chachos. Tak kisah flavour apa.. semua nya ok untuk dip ke dalam salsa ni..

Saturday, August 13, 2011

Berbuka Puasa @ Thistle PD

Ermm lagi entry makan-makan bukak posa. Semalam (13 August), sehari terkurang dari last year kalau tak sama date.. :)- Thistle 2010... hehe.aku pi berbuka puasa kat Thistle PD. Kenapa pilih sini, sbb last year pegi, makanannya not bad dan suasana ok dan tak crowded. So pergi berlima. Pilihan makanan ok, and satu je, aku rasa minah yang bagi menu pada aku tu dah silap bagi la. Semalam takde lamb grill, sushi dan seafood on ice. Ermm frust jugak, tapi disebabkan banyak lagi makanan lain yang ada. And aku rasa setakat tu rezeki aku, so cepat2 bersyukur.. ekeke. Maybe kalau ada lamb tu, kolestrol aku lagi melompat kan. So, aku pun diam2 suda la. So tanak cakap banyak, aku akan paste kan gambar-gambar je. Untuk rasa, aku bagi 4 1/2 daripada 5 bintang. Ada tambahan tahun ni, ada ghazal untuk hiburan sambil2 menjamu selera, ok la tu... InsyaAllah panjang umur dan dimurahkan rezeki, tahun depan leh ulang lagi.. :)

Desert.. ada jugak kuih melayu disamping yang kat dalam pic ni, tak sempat nak snap
Ehem..ehemm. red velvet, tapi.. rasa nya.. aku ska lagi kat Bisou kot, yang ni sweet skit.

Deretan ulaman... :)
Judin nak amik makanan...

Nisah pun sama la.. amik makanan jugak

Nisah n Ayah
Sempat tu nak snap depan pemain ghazal

Ishk2.. debab n adik

Smile... altho muka sorang2 penat..huhu

Boleh tahan la persembahan diorang ni and aku ska sbb volume tak kuat sangat. sedang2 elok je.
Ni gambar wajib. Last year pun ada pic kat sini.. ihiks..

Gambar cute ayah n judin.. hehhe

Alamak. nampak lak board tempat letak kamera ni.. :)
Lepas dah abis makan cepat2 kejar nak ke masjid. Sempat la terawikh kat Masjid Askar, lupa lak nama masjid tu..Then kul 11 malam sampai umah, aku tak sempat pape, terus padam.. letih makan banyak.. huaaaaa.. Pape pun, alhamdulillah.

Thursday, August 11, 2011

Iftar @ Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Ok, now nak post pasal makan2 semalam. Semalam pas meeting kat area Kajang, aku da plan baekk ngan Arina nak berbuka sama2, maklumla tahun ni tak leh nak jumpa weekend kot sbb masing2 banyak lak urusan nya..huhu. So curi2 la time weekdays. Aku rasa Ramadhan kali ni sangat pantas, pejam celik pejam celik, dah abis semua weekend aku kat KL sebelum nak raya, semua ada perancangan. So pepagi dah decide nak pi berbukak kat Kelab Cuberjaya ni, seingat aku 2 tahun lepas kitorang pi, last year pun book dan pegi jugak, tapi sbb arrangement out, jauh dengan makanan all, so kitorang berbuka kat ICE ROOM.. haha.. ada je entry pasal ICE ROOM tu


Makan kat sini harga last year ngan this year maintain. Still 39.90 nett. Tapi arrangement tahun ni cam last 2 yrs, aku ska, semua kat dalam, kecuali desert dan all the kambing bakar and ikan bakar. So bagus la. Untuk rasa plak, aku bagi 3 1/2 bintang dari 5. Ok la, semua berperisa. Pilihan makanan jugak ok, adala jugak western dan masakan melayu banyak. Ermm apa lagi yer.. tu je la kot. Tapi kalau orang nak berbuka posa kat situ, aku sarankan la, weekend aku tak nak comment sbb tak tahu, tapi kalau weekdays, ok je. Sebab aku tak ska crowd sangat, so semalam, aku enjoy la makan. Di samping...... naik balik kot berat aku dan cholestrol level ni.. huaaaaaa...

So semalam after  meeting terus lepak umah Arina jap, then kul 645 kitorang gerak. Seperti biasa la, kalau da sampai awal ni, sambil lepak2 dekat lobi, sempat la bergambar. posing tak hengat, altho muka sorang2 cam dah penyek, puasa katanya. Aku lak ari ni extra dahaga laks.. hehe.. So kat bawah ni semua pic2 kitorang dan makanan2. Kualiti gambar sangat tak elok, sbb tangan kami ketar2 nak klik, puasa katanya.. hahaha..

Posing gittew kan.. ceria ni
Ceria jugak... perut sedang berkeroncong.. ekeke
Desert, kat luar dalam da penuh.
Western section : Spaghetti, Fettuchini, blognaise & carbonara and lasagna.
Tak sempat nak jamah ni pun semalam.
Ni tak tau sudut apa.. ermm ada kerabu all
Pizza, tak sempat nak jamah jugak.. sbb full dan Arina tidak berjaya membuka pintu ni.. ekeke
Barisan makanan2nya semalam, Aku ska nasi beriyani, best.
Skit lagi nak sampai masa berbuka, senyum pun semakin lebar
Camne tah, muka nak senyum ngan tak senyum sama banyak so jadi lah gambar diatas
Sebab romantik sangat pencahayaannya, so tambin bakar and pari bakar tu nampak tak nampak je la
Ini pun tak nampak sangat, tapi kitorang amik semua minuman yg ada kecuali kiwi kot. Guava, fruit punch, mata kucing, abc semua kitorang bedal.
Abis berbuka sempat maghrib kat kelab ni jugak. Aku gegas balik Desa Petaling terawikh kat sana je sbb partner yang sorang ni tetiba sakit kepala. Termakan tambin ni kot.. :) Pape pun berbuka puasa semalam menggembirakan aku walaupun balik umah semalam terus je buat NH Detox Slim and pagi ni sahur minum air ngan kurma je.. guilty.. hahahha

Wednesday, August 10, 2011

Majlis Makan Malam di Gereja Methodist Damansara Utama

Partner takde ni sangap lak. Report da siap, so tak tahu nak buat apa, then aku terus online baca berita2. Maklum la, nak tgk berita memalam malas.. so baca je la. Tetiba terbaca isu panas ni. Majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama yang turut melibatkan 12 orang islam. Majlis ni dibuat pada 3 Ogos 2011. Sedih lak, dah la masa bulan Ramadhan ni. huhu. Dalam kesibukan semua orang berkejar2 nak mengimarahkan masjid dan surau untuk berterawikh, ada jugak yang menghadiri majlis seumpama ini.

JAIS yang buat serbuan pada malam itu dan memang majlis itu nampak mencurigakan. Erm.. then aku terbaca lagi, 12 belas orang islam yang terlibat itu tidak munculkan diri setelah dipanggil untuk memberi keterangan oleh JAIS. Kalau mereka takde hidden agenda, pergi semata-mata untuk 1 Malaysia katanya, so rasanya diorang tak perlu takut untuk memberi keterangan. Entah la, nak komen banyak2 pun tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi pada pandangan orang ramai, majlis itu mencurigakan.

Actually isu ni dah lama pun. Masa aku sekolah2 dulu, dah banyak aku dengar citer-citer camni, dalam usaha nak tukarkan agama, orang kristian memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang tak berkemampuan. Ada satu citer ni aku dengar masa kat Kolej, Lecturer Tamadun Islam aku kot yang citer, lupa da tapi citer yang dia citer kat aku memang aku ingat satu persatu. 

Lecturer aku ni dulu masa belajar kat oversea, course yang dia pilih tak banyak orang malaysia yang amik. Then bila dia da start belajar, dia rasa susah nak dapatkan panduan dan rujukan.Dia pun risik-risik la kot ada senior dari Malaysia yang amik the same course as her. Then dia jumpa sorang. Jamaluddin namanya. Happy sangat tahu ada malaysian yang amik kursus yang sama, dia terusla cari dan jumpa dengan Jamaluddin ni. Tapi dia pelik sebab Jamaluddin ni sangat la cold dan langsung tak membantu dia. Dia cuba juga bertanya banyak tapi jawapan Jamaluddin ni dingin je. Then lecturer aku ni pun da malas nak mintak bantuan lelaki ni lagi. Sampai la pada suatu hari dia dapat tahu, Jamaluddin ni sebenarnya dah kahwin. Apa yang dia terkejut ialah dia berkahwin dengan perempuan berlainan agama dan namanya adalah Jamaluddin Joshua. Lecturer aku ni nak tahu cerita lebih lagi dia try la tanya pada yang tahu dan dia dapat tahu yang lelaki ni dulu masa mula-mula datang dia pernah menghadapi kesukaran. Duit tak cukup all, then pada masa tu la ada paderi yang datang memberikan bantuan padanya. Dan tak lama selepas itu, dia dikatakan berkahwin dengan perempuan bukan islam. Selepas itu, dia langsung tidak berhubung dengan keluarganya di Malaysia.So tu la citer nya, Aku memang ingat nama Jamaluddin Joshua ni. 

Kesusahan yang kita hadapi tu sebenarnya ialah dugaan daripada Allah. Memang dalam masa kesusahan ini la agama kita diuji. Kalau tersalah perhitungan, maka terusla kita tercampak dalam golongan yang kerugian sebenarnya. Nauzubillah.

Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan di London

Semalam tengok news @ tv3. Alahai..kesian pulak tengok pelajar malaysia tajaan Mara , Asyraf kena serang dan kena pulak rompak. Sakit hati tengok orang yang rompak tu, mula-mula macam nak tolong, tapi di bukak nya beg budak tu dan curi barang. Siol la.

Tengok keadaan macam tu, bertuah la kita ni duk Malaysia. Setakat ni, takde la kejadian yang macam ni. Kalau berlaku, tak tahu la macam mana. Mesti kacau bilau. Hari tu bila ura2 nak ada perhimpunan Bersih tu pun aku dah cuak jugak. Dan2 rasa nak balik kg. And kebetulan memang aku balik pun..hehe.. siap pi Perhentian lagi.. Jauh skit dengan KL..hehe.. Tapi tanak la doa yang bukan2..KL ke, Terengganu ke, Kedah ke... Semua pun Malaysia. Memang la kalau diikutkan perhimpunan ini dikatakan perhimpunan secara aman, sama juga dengan kekecohan dan rusuhan di London ni yang pada asalnya adalah perhimpunan aman. Tapi siapa sangka berlaku perkara yang buruk jugak, serang2 orang la..bakar kereta la. Masing2 kalau dah berkumpul, perasaan marah dan nak memberontak ada, ganas jadinya. So syukur la kita kat sini setakat ni tak berlaku kejadian seumpama tu. Nauzubillah.

Tadi baca paper lak, katanya Asyraf tu dah dimasukkan ke Royal Hospital dan dirawat disitu. Patah rahang dan gigi. Ermm.. kesian la, niat nak pegi berbuka puasa, tapi malang lak menimpa. Tapi alhamdulillah, beliau tak kritikal. Hope cepat sembuh.

Facial @ Facial First

Hari ni balik keje je terus gerak gi Mines. Ada appointment facial. Ikut hati cam malas nak pegi lagi, tapi sebab Regine dah call and invite untuk Hari Terbuka Facial First, so aku pegi. Lepas facial, diorang siapkan jamuan berbuka puasa gitu. Ermm, sampai Mines sempat melencong ke Avon jap membeli barang2 keperluan.

Sampai je Facial First, ballon arch kat depan da ada. Actually diorang ni buat hari terbuka 2 hari. Semalam dan hari ni. Semalam aku tak leh, so aku pilih la nak pegi today. Facial seperti biasa dengan Fiza. Ok. Sejam lebih facial. Nangis2 bagai masa nak buang blackhead..ishk2. Tahan je la, nak cantik katanya, altho... nan hado.. :)

730pm terus la aku makan. Ok la, ada nasi putih, ayam masak merah ke rendang ke.. tak sure, aku jamah skit je. Otak da pk takut2 jalan jam nak balik nanti. And ada dalca. Yang ni aku ska. Dalca best. Nak makan banyak pun rasa bersalah, maklumla, semalam baru je turun 1 kg ehemmm..ehemm...somemore, Facial First ni attach ngan Bizzy Body lak tu. So letak nasi pun ujung2 senduk je la..huhu . Sebenarnya nape tanak makan sangat ialah nak simpan skit perut untuk berbukak posa ngan family ujung minggu ni. Gitu kekdahnya. :)

So untuk Hari Terbuka ni, Facial First bagi doorgift, Aku dapat Aromatic Body Lotion, Nesvita dan sekuntum mawar merah...sebuah puisi...(puisi tu takde..tetiba teringat lagu Hattan lak..). So tadi memang la meriah org berbuka puasa kat situ. Thumbs up la to Facial First Mines. Really enjoy berbuka puasa tadi. :)

Polaroid pic dengan Regine (Consultant Facial First)
Abg caterer menghidang makanan.. :)
Burppp... Alhamdulillah.
Tu je la. Balik aku terus drift pooh.. ada kiah kisah? Alhamdulilah, sempat la maghrib kat umah. And... sempat jugak ratah lauk mak masak sebelum pi terawikh.. diet gitu kan? Lepas makan..makan lagi.. Yayyyyy.